Laman Masjid As Syakirin

Mukim Oran, Mata Ayer, Perlis

Arkib bagi Bulan Julai 2009

Mesyuarat AJK : Membuka Sebutharga Membina Bilik Air

Posted by aburedza di 31 Julai 2009

Masjid As Syakirin: 31 Julai 2009

ar74

Mesyuarat selepas solat Subuh telah membuka 5 tawaran sebutharga bagi membina bilik air seluas 12 kaki X 22 kaki. Nilaian seperti berikut:

Pertama                            RM 6,500.00

Kedua                                RM 39,819.00

Ketiga                                RM55,904.00

Keempat                           RM1,411.50

Kelima                               RM39,810.00

Mesyuarat bersetuju dengan tawaran yang pertama. Untuk catitan tawaran pertama nilainya rendah kerana ia adalah upah sahaja. Barangan di beli oleh masjid dan sedia menerima sumbangan anak kariah.

Dikirim dalam Isu Semasa | Di tag: | Leave a Comment »

Cadangan Mengujudkan Pusat Komuniti Pintar PNB

Posted by aburedza di 28 Julai 2009

Masjid As Syakirin : 28 Julai 2009

Mesyuarat AJK Kariah Masjid As Syakirin telah bersetuju dengan cadangan menubuhkan Pusat Komuniti Pintar (PKP)PNB. Cadangan telah dibuat oleh Falkulti Teknologi Maklumat UUM melalui wakilnya En Mohamad Amir Bin Abu Seman. En. Mohamad Amir menyatakan , selepas AJK bersetuju, beliau akan memperoses permohonan kepada PNB ( Permodalan Nasional Berhad ). Jika permohonan ini berjaya , PKP Masjid As Syakirin akan menjadi PKP yang ke Empat didirikan.

HALAMAN BELAKANG DI ANTARA MASJID DAN TAPAK CADANGAN

HALAMAN BELAKANG DI ANTARA MASJID DAN TAPAK CADANGAN

TAPAK CADANGAN

TAPAK CADANGAN

PANDANGAN UDARA TAPAK CADANGAN

PANDANGAN UDARA TAPAK CADANGAN

Mengambil contoh PKP Merbok, En Mohamad Amir menceritakan :

KONSEP PUSAT KOMUNITI PINTAR PNB

  • Cadangan pembinaan PUSAT KOMUNITI PINTAR PNB di Kampung Hilir, Merbok, mempunyai 2 fungsi utama iaitu Pusat ICT dan Bilik Serbaguna
  • Pusat pembelajaran ICT untuk pelajar sekolah, belia-belia dan juga golongan dewasa yang akan didedahkan kepada kursus-kursus berkaitan seperti pengenalan komputer (hardware), kursus asas perisian komputer (software), pembinaan laman web dan sebagainya
  • Pusat tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dan juga sesuai sebagai pusat komuniti penduduk setempat
  • Keluasan keseluruhan bangunan adalah 210.96 meter persegi atau 2,270.77 kaki persegi

PUSAT ICT

  • Mempunyai 16 buah komputer untuk kegunaan pelajar dan sebuah untuk kegunaan tenaga pengajar
  • 2 mesin pencetak
  • 1 LCD projector
  • Streamyx

BILIK SERBAGUNA

  • Mempunyai 40 buah kerusi (lecture-style), 1 unit white board, 1 set meja untuk tenaga pengajar (boleh memuatkan sehingga 80 orang dalam satu masa)
  • Cadangan kursus yang dianjurkan :
    - Kursus Motivasi untuk ibubapa & pelajar sekolah
    - Kelas Belajar (prep)
    - Kelas tambahan yang dianjurkan oleh guru sekolah
    - Kelas/ Klinik Bahasa Inggeris
    - Klinik Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM
    - Taklimat Kerjaya

Berikut adalah  gambar dari PKP Merbok dan PKP Nenasi Pahang:

BANGUNAN PKP MERBUK

BANGUNAN PKP MERBUK

PKP NENASI KELAS KOMPUTER

PKP NENASI KELAS KOMPUTER

PERPUSTAKAN PKP NENASI

PERPUSTAKAN PKP NENASI

PKP NENASI KEMUDAHAN KURSUS
PKP NENASI KEMUDAHAN KURSUS

Lawati laman Pusat Komuniti Pintar PNB di http://www.pnb.com.my/pkp/index.htm

Masjid As Syakirin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada UUM melalui wakilnya En. Mohamad Amir Bin Abu Seman kerana perihatin dengan keperluan masyarakat Kariah Masjid As Syakirin. AJK Masjid As Syakirin berharap cadangan ini akan dipertimbangkan oleh PNB.

Dikirim dalam Isu Semasa | Di tag: | Leave a Comment »

Intisari Kuliah Magrib Bulanan : Ustaz Dr. Mohd. Nasir Abd. Hamid

Posted by aburedza di 23 Julai 2009

 

USTAZ DR. MOHD.  NASIR BIN ABD. HAMID

USTAZ DR. MOHD. NASIR BIN ABD. HAMID

Masjid as Syakirin : 22 Julai 2009

Intisari Kuliah Magrib Bulanan : Ustaz Dr. Mohd. Nasir Abd. Hamid (Pensyarah UiTM Arau )

Dalam memperkatakan Israk dan Mikraj penceramah membacakan ayat pertama surah al Israa’ atau di panggil juga surah Bani Israil :

[Ayat : 1]

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 

Menghuraikan peristiwa Israk Mikraj penceramah membaca dan menghuraikan hadis nabi berkaitan dengan pembedahan dada Rasullah untuk mensucikannya dan di masukkan hikmah kedalamnya serta hadis mengenai hidangan susu dan arak dan Rasullah memilih susu dan Jibrail as mengatakan Rasullah telah memilih hikmah. Sila baca maksud hadis tersebut dengan klik pada alamat http://masjidassyakirin.wordpress.com/2009/07/23/hadis-isra-mikraj/

Mengenai pembedahan dada Rasullah Ustaz Dr Mohd Nasir telah kaitkan dengan tokoh saintis terkenal iaitu Az Zahrawi  seorang Pelopor Pembedahan Moden. Saudara pembaca boleh membaca lebih lanjut dengan klik di sini 

http://masjidassyakirin.wordpress.com/2009/07/23/abu-al-qasim-al-zahrawi-pakar-bedah-terulung/

Jika Rasullah saw sebelum diangkat menemui Allah di bersihkan hatinya dan jiwanya dengan pembedahan oleh Jibril as di tepi telaga zam-zam dan dimasukan pula hikmah bagi kali ke dua, selepas kali pertama Baginda Rasullah juga di bersihkan denagn pembedahan sebelum menjadi Rasul, maka kita juga perlu membuat persediaan JIKA INGIN berisrak atau berjumpa Rab kita – demikian kata penceramah.

Penceramah mengutip 10 perintah JANGAN daripada Surah ke 17 Surah al Israa’. Saya catit 10 perintah tersebut dengan sedikit huraian:

SATU:

 [Ayat : 22]

Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah, kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan hina.

 Allah SWT melarang manusia, mengada-adakan tuhan yang lain selain Allah, seperti menyembah patung dan arwah nenek moyang dengan maksud supaya dapat mendekatkan diri kepada Nya. Termasuk yang dilarang itu ialah meyakini adanya tuhan selain Allah mengakui adanya kekuatan-kekuatan yang lain selain Allah yang dapat mempengaruhi dirinya, atau melakukan perbuatan nyata, seperti memuja benda-benda alam, ataupun kekuatan gaib yang lain, yang mereka anggap sebagai Tuhan, atau mereka angan-angankan. Larangan ini ditujukan kepada seluruh manusia, agar mereka tidak tersesat dan tidak menyesatkan karena melakukan sesuatu yang seharusnya dilakukan terhadap Penciptanya Pada hal mereka seharusnya mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka, tidak mengada-adakan tuhan yang lain, yang sebenarnya tidak berkuasa sedikitpun untuk memberikan pertolongan kepada mereka, dan tidak berdaya pula untuk memberikan mudarat

KEDUA :

[Ayat : 23]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

 Dua pekara di perintahkan dalam ayat ini :

Pertama:
Sekali lagi di ulangani agar mereka tidak menyembah tuhan-tuhan yang lain selain Dia. Termasuk pada pengertian menyembah Tuhan selain Allah, ialah mempercayai adanya kekuatan lain yang dapat mempengaruhi jiwa dan raga, selain kekuatan yang datang dari Allah. Semua benda yang ada, yang kelihatan ataupun yang tidak, adalah makhluk Allah.
Oleh sebab itu yang berhak mendapat penghormatan tertinggi, hanyalah yang menciptakan alam dan semua isinya. Dia lah yang memberikan kehidupan dan kenikmatan pada seluruh makhluk Nya. Maka apabila ada manusia yang memuja-muja benda-benda alam ataupun kekuatan gaib yang lain, berarti ia telah sesat, karena kesemua benda-benda itu adalah makhluk Allah, yang tak berkuasa memberikan manfaat dan tak berdaya untuk menolak kemudaratan, serta tak berhak disembah.
Kedua:
Agar mereka berbuat baik kepada kedua ibu-bapak mereka, dengan sikap yang sebaik-baiknya Allah SWT memerintahkan kepada manusia, agar berbuat baik kepada ibu bapak, sesudah memerintahkan kepada mereka beribadah hanya kepada-Nya, dengan maksud agar manusia memahami betapa pentingnya berbuat baik terhadap ibu-bapak itu dan agar mereka mensyukuri kebaikan mereka, seperti betapa beratnya penderitaan yang telah mereka rasakan pada saat melahirkan, betapa pula banyaknya kesulitan dalam mencari nafkah dan di dalam mengasuh serta mendidik putra-putra mereka dengan penuh kasih sayang. Maka pantaslah apabila berbuat baik kepada kedua ibu-bapak itu, dijadikan sebagai kewajiban yang paling penting di antara kewajiban-kewajiban yang lain, dan diletakkan Allah dalam urutan kedua sesudah kewajiban manusia beribadah hanya kepada Allan Yang Maha Kuasa.

 KETIGA :

 [Ayat : 26]

Dan berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.

Di akhir ayat Allah SWT melarang kaum muslimin membelanjakan harta bendanya secara boros. Larangan ini bertujuan agar kaum muslimin mengatur perbelanjaannya dengan perhitungan yang secermat-cermatnya, agar apa yang dibelanjakannya sesuai dan tepat dengan keperluannya; tidak boleh membelanjakan harta kepada orang-orang yang tidak berhak menerimanya, atau memberikan harta melebihi dari yang seharusnya.

Mengenai boros Allah berfirman maksudnya :
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.” (Q.S. Al Furqan: 67) .

Dan Allah menyambung :

Ayat : 27]

Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Surah al Israk 27)

KEEMPAT:

[Ayat : 29]

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkan dengan sehabis-habisnya, akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela dan menyesal.

Kemudian Allah SWT menjelaskan cara-cara yang baik dalam membelanjakan harta, yaitu Allah SWT melarang orang menjadikan tangannya terbelenggu pada leher. Ungkapan ini adalah lazim dipergunakan oleh orang-orang Arab, yang berarti larangan berlaku bakhil. Allah melarang orang-orang yang bakhil, sehingga enggan memberikan harta kepada orang lain, walaupun sedikit. Sebaliknya Allah juga melarang orang yang terlalu mengulurkan tangan, ungkapan serupa ini berarti melarang orang yang berlaku boros membelanjakan harta, sehingga belanja yang dihamburkannya melebihi kemampuan yang dimilikinya. Akibat orang yang semacam itu akan menjadi tercela, dan dicemoohkan oleh handai-tolan serta kerabatnya dan menjadi orang yang menyesal karena kebiasaannya itu akan mengakibatkan dia tidak mempunyai apa-apa.
Dari ayat ini dapat dipahami bahwa cara yang baik dalam membelanjakan harta ialah membelanjakannya dengan cara yang layak dan wajar, tidak terlalu bakhil dan tidak terlalu boros

KELIMA :

[Ayat : 31]

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

Kemudian Allah SWT melarang kaum Muslimin membunuh anak-anak mereka, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa suku dari suku-suku bangsa Arab Jahiliah. Mereka ini menguburkan anak-anak perempuan mereka hidup-hidup, karena anak-anak perempuan itu tidak mampu untuk berusaha mencari rezeki. Menurut anggapan mereka anak-anak perempuan itu hanyalah akan menjadi beban hidup saja. Mereka takut mengalami kepapaan dan kemiskinan karena mempunyai anak perempuan itu. Berbeda dengan anak laki-laki. Mereka menganggap bahwa anak laki-laki mempunyai kemampuan untuk mencari harta dengan jalan menyamun, merampas dan merampok.

Maka Allah SWT melarang kaum muslimin meniru kebiasaan Jahiliah itu, dengan memberikan alasan, bahwa rezeki itu berada dalam kekuasaan Allah. Allah yang memberikan rezekinya kepada mereka. Maka apabila Allah memberikan rezeki kepada anak laki-laki, Dia berkuasa pula untuk memberikan rezeki kepada anak perempuan mereka.

 

KEENAM :

[Ayat : 32]

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.

 Kemudian Allah SWT melarang para hamba Nya mendekati perbuatan zina. Yang dimaksud mendekati perbuatan zina ialah melakukan zina itu. Larangan melakukan zina diungkapkan dengan mendekati zina, tetapi termasuk pula semua tindakan yang merangsang seseorang melakukan zina itu. Ungkapan semacam ini untuk memberikan kesan yang tandas bagi seseorang, bahwa jika mendekati perbuatan zina itu saja sudah terlarang, apa lagi melakukannya. Dengan pengungkapan seperti ini, seseorang akan dapat memahami bahwa larangan melakukan zina adalah larangan yang keras, oleh karenanya zina itu benar-benar harus dijauhi.

 KETUJUH :

[Ayat : 33]

Dan janganlah kamu membunuh seseorang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Tetapi janganlah ia melampaui batas kerana sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat sepenuh-penuh pertolongan.

 

Sesudah itu Allah SWT melarang hamba Nya membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya. Maksud “membunuh jiwa” ialah menghilangkan jiwa manusia. Sedang yang dimaksud dengan “yang diharamkan Allah membunuhnya” ialah tidak dengan alasan yang sah.

KELAPAN :

[Ayat : 34]

Dan janganlah kamu menghampiri anak yatim melainkan secara yang baik, sehingga ia baligh; dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu akan ditanya.

 Kemudian Allah SWT melarang para hamba-Nya mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang baik. Yang dimaksud dengan “mendekati harta anak yatim” ialah mempergunakan harta anak-anak yatim tidak pada tempatnya. Larangan mempergunakan harta anak yatim dalam ayat ini mengandung arti bahwa tidak memberikan perlindungan kepada harta anak yatim itu, supaya jangan habis sia-sia. Allah SWT memberikan perlindungan pada harta itu, karena harta itu sangat diperlukan oleh manusia, dan manusia yang paling memerlukannya ialah anak yatim, karena keadaannya yang belum dapat mengurusi hartanya, dun belum dapat mencari nafkah sendiri.
Dalam pada itu Allah SWT memberikan pengecualian dari larangannya, yaitu apabila untuk pemeliharaan harta itu diperlukan biaya, atau dengan maksud untuk memperkembangkan harta anak yatim itu, maka dalam hal ini tidaklah termasuk larangan apabila mengambil sebagian harta anak yatim itu untuk kepentingan tersebut atau diperkembangkan sebagai modal dengan maksud agar harta itu bertambah.

KESEMBILAN :

[Ayat : 36]

Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan.

Allah SWT melarang kaum Muslimin mengikuti perkataan ataupun perbuatan yang mereka tidak mengetahui kebenarannya. Larangan ini mencakup seluruh kegiatan manusia itu sendiri dari perkataan dan perbuatan.

 

KESEPULUH :

[Ayat : 37]

Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi, dan tidak akan sampai setinggi gunung.

 Sesudah itu Allah SWT melarang kaum muslimin berjalan di muka bumi dengan sombong. Orang yang berjalan dengan sombong di muka bumi bukanlah bersikap wajar, karena bagaimanapun juga kerasnya derap kaki yang ia hentakkan di atas bumi, tidak akan menembus permukaannya dan bagaimanapun juga tingginya ia mengangkat kepalanya, tidaklah ia dapat melampaui tinggi gunung. Bahkan kalau ditinjau dari segi ilmu jiwa, orang yang biasa berjalan dengan penuh kesombongan, di dalam jiwanya terdapat kelemahan. Ia merasa rendah, maka sebagai imbangannya, ia berjalan dengan sombong dan berlagak, dengan maksud menarik perhatian orang lain agar memperhatikannya.
Maka apabila Allah SWT menegaskan bahwa mereka sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan tidak akan setinggi gunung, bertujuan agar kaum Muslimin menyadari terhadap kelemahan-kelemahan yang terdapat pada diri mereka, dan supaya ia bersikap rendah hati, jangan bersikap takabur, karena sebagai manusia tidak akan sanggup mencapai sesuatu yang di luar kemampuan yang dimilikinya.

 Demikian 10 perintah JANGAN dan diikuti penjelasan 2 ayat berikutnya dari surah al Israa’ :

 [Ayat : 38]

Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.

 [Ayat : 39]

Perintah yang demikian itu adalah sebahagian dari hikmat yang telah diwahikan kepadamu oleh Tuhanmu. Dan janganlah engkau jadikan bersama Allah sesuatu yang lain yang disembah, akibatnya engkau akan dicampak ke dalam Neraka Jahanam dengan keadaan tercela dan tersingkir.

Dikirim dalam Al Quran, Israk Mikraj | Di tag: | Leave a Comment »

Hadis: Isra’ Mikraj

Posted by aburedza di 23 Julai 2009

Dalam kuliah Magrib pada 22 Julai 2009 , penceramah jemputan Ustaz Dr Mohd. Nasir Bin Abdul Hamid telah membaca hadis mengenai Israk Mikraj nabi saw. Catitan saya tidak lengkap bagaimanapun antara intisari yang saya sempat catit adalah mengenai pembedahan dada rasullah saw dan penyucian dengan air zam-zam serta di masukan hikmah kedalamnya. Juga mengenai pemilihan susu dan arak dan nabi saw memilih susu atau hikmah. Berikut adalah antara hadis yang berkaitan. Selamat membaca .

peta mekah masjidil aqsa

Kedudukan Masjidil Aqsa Dengan Kubah Batu

Kedudukan Masjidil Aqsa Dengan Kubah Batu

Kubah Batu - Bukan Masjidil Aqsa

Kubah Batu - Bukan Masjidil Aqsa

 

Antara Hadis berkaitan dengan Isra’ Mikraj ialah

Pertama :

Maksud hadis :

Pada malam dijalankannya Rasulullah saw dari Masjidilharam datanglah kepadanya tiga orang pada saat sebelum turunnya wahyu, sedangkan Rasul pada waktu itu sedang tidur di Masjidilharam. Kemudian berkatalah orang yang pertama: “Siapakah dia ini ? Kemudian orang kedua menjawab: “Dia adalah orang yang terbaik di antara mereka (kaumnya). Setelah itu berkatalah orang ketiga : “Ambillah orang yang terbaik itu. Pada malam itu Nabi tidak mengetahui siapa mereka itu, sehingga mereka datang kepada Nabi di malam yang lain dalam keadaan matanya tidur sedangkan hatinya tidak tidur. Demikianlah para Nabi, meskipun mata mereka terpejam, namun hati mereka tidaklah tidur. Sesudah itu rombongan tadi tidaklah berbicara sedikitpun kepada Nabi sehingga saatnya mereka membawa Nabi dan meletakkannya di sekitar sumur Zam-zam. Kemudian Jibrilah di antara mereka yang menguasai diri Nabi, lalu Jibril membelah bagian tubuh, antara leher sampai ke hatinya, sehingga kosonglah dadanya. Sesudah itu Jibril mencuci hati Nabi dengan air Zamzam dengan menggunakan tangannya, sehingga bersihlah hati beliau. Kemudian Jibril membawa talam yang terdapat di dalamnya bejana dari emas yang berisi iman dan hikmah. Kemudian dituangkanlah isi bejana itu memenuhi dada beliau dan urat-urat tenggorokannya”. (H.R. Bukhari dan Anas)

Kedua :

Maksud hadis :

Bahwa Nabi saw bersabda : “Datang kepadaku seseorang (Jibril). Kemudian ia mengeluarkan hatiku. Setelah itu dibawalah kepadaku piala yang terbuat dari emas yang penuh dengan iman, lalu ia mencuci hatiku. Setelah itu menuangkan isi piala itu kepadaku. Kemudian hatiku dikembalikannya seperti sediakala.” (H.R. Bukhari dari Sa’sa’ah).

Ketiga ;

Maksudnya :

“Bahwa Rasulullah saw bersabda : “Didatangkan kepadaku Buraq, yaitu binatang putih lebih besar dari keledai yang lebih kecil dari bagal. Ia melangkahkan kakinya sejauh pandangan mata. Kemudian saya mengendarainya, lalu ia membawaku sehingga sampai di Baitulmakdis. Kemudian saya mengikatnya pada tempat para nabi mengikatkan kendaraannya. Kemudian saya salat dua rakaat di dalamnya, lalu saya keluar. Kemudian Jibril membawa kepadaku sebuah piala yang berisi minuman keras (khamar) dan sebuah lagi berisi susu; lalu saya pilih yang berisi susu, lantas Jibril berkata : “Engkau telah memilih fitrah sebagai pilihan yang benar”. (H.R. Ahmad dari Anas bin Malik).

Batu Tergantung Tempat Mikraj Nabi SAW

Batu Tergantung Tempat Mikraj Nabi SAW

Batu Tergantung Tempat Mikraj Nabi SAW Pandangan Atas

Batu Tergantung Tempat Mikraj Nabi SAW Pandangan Atas

 Dua keping gambar di atas adalah dari laman : http://qhazanah.wordpress.com/

Dari keterangan hadis-hadis tersebut, dapatlah disimpulkan bahwa Nabi Muhammad saw dijalankan di waktu malam hari dari Masjidilharam ke Masjidilaksa atas izin Allah di bawah bimbingan malaikat Jibril!. Sebelum Nabi Muhammad saw diperjalankan malam hari itu, hatinya diisi iman dan hikmah, agar beliau tahan menghadapi segala macam cobaan dan tabah dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya. Perjalanan itu dilakukan dengan Buraq yang mempunyai kecepatan luar biasa sehingga Isra’ dan Mikraj hanya memerlukan waktu kurang dari satu malam, dari sesudah waktu `Isyak sampai sebelum subuh.

Dapatkan maklumat tambahan mengenai Sakhrah Baitulmaqdis atau batu tergantung tempat mikraj Nabi saw oleh Tuan Guru Dr Harun Din di laman blog penulis  http://aburedza.wordpress.com/ 
Rujukan : http://c.1asphost.com/

Dikirim dalam Israk Mikraj | Di tag: | 2 Komen »

Abu Al-Qasim Al-Zahrawi : Pakar Bedah Terulung

Posted by aburedza di 23 Julai 2009

Abu Al-Qasim Al-Zahrawi

Dalam kuliah Magrib pada 22 Julai 2009 , penceramah jemputan Ustaz Dr Mohd. Nasir Bin Abdul Hamid telah menyentuh tentang pembedahan “dada – badan ” Rasullah s.a.w sebagai persedian untuk israk dan mikraj menemui Allah. Al Zahrawi telah mengambil iktibar dari peristiwa tersebut , jestru menjadikan beliau seorang saintis , pakar perubatan sekaligus pakar bedah terulung. Sebagai rujukan pembaca saya perturunkan sedikit maklumat mengenai al Zahrawi. Selamat membaca .

az Zahrawi atau Albucasis

az Zahrawi atau Albucasis

Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas Al-Zahrawi (9361013), (Arabic: أبو القاسم بن خلف بن العباس الزهراوي) dikenali di barat dengan gelaran Abulcasis dan dianggap sebagai `Bapa Bedah Moden `. Ensiklopedia karangannya yang bertajuk At-Tasrif merupakan bahan rujukan penting dalam ilmu pembedahan ketika itu. Beliau mencipta banyak alat-alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing. Beliau adalah orang yang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai `haemophilia`.

Abu Al-Qasim Al-Zahrawi telah mengarang kitab at-Tasrif yang diterjemahkan oleh Gherard kelahiran Cremona dari bahasa Arab ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1300-1368M) menjadikan tulisan al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. At-Tasrif menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno di Itali, Motpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Menurut Dr.Cambell di dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan al-Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di Eropah.

Gambaran peralatan pembedahan yang digunakan oleh Abu Al-Qasim Al-Zahrawi.

Dikirim dalam Sejarah, Tokoh | Di tag: , | 1 Komen »

Kuliah Magrib Ustaz Harun Yusof : Menunaikan Amanah

Posted by aburedza di 23 Julai 2009

 Amanah adalah satu sifat mulia yang menghiasi diri Rasullah s.a.w . Oleh itu wajib atas orang Mukmin menghiasi diri mereka dengan sifat tersebut dan mengamalkan di dalam perkerjaan yang dilakukan seharian seperti hadis rasullah : Tidak sempurna iman bagi siapa yang tiada amanah.

Allah berfirman : 

 “Sesungguhnya Allah itu memerintahkan kepada engkau semua supaya engkau semua menunaikan – memberikan – amanat kepada ahlinya - pemiliknya.”  (an-Nisa’: 58) 

 gunung

  Allah Ta’ala berfirman: 

 “Sesungguhnya Kami  telah memberikan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan memikulnya dan merasa takut terhadap itu, sedang manusia suka memikulnya, sesungguhnya manusia itu amat menganiaya serta bodoh sekalian.”  (al-Ahzab: 72) 

Amanat, artinya segala sesuatu yang diamanatkan atau diperintahkan untuk melaksanakannya, baik berupa perintah larangan, urusan keagamaan atau keduniaan. 

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Tanda orang munafik itu tiga macam yaitu jikalau berkata dusta, jikalau berjanji menyalahi – tidak menepati – dan jikalau diamanati – dipercaya untuk memegang sesuatu amanat – lalu berkhianat.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan-dengan tambahan:

“Sekalipun ia berpuasa, bersembahyang dan menyangka bahwa ia seorang muslim.”

Dikirim dalam Amanah, Hadis | Di tag: | Leave a Comment »

Kuliah Magrib Bulanan : Ustaz Dr. Mohd. Nasir Abd. Hamid

Posted by aburedza di 22 Julai 2009

Masjid As Syakirin : 22 Julai 2009

Kuliah Magrib Bulanan  oleh Ustaz Dr Mohd. Nasir Abdul Hamid daripada UiTM Arau. Beliau seorang penceramah yang dikenali di kalangan Jamaah Masjid As Syakirin kerana beliau biasa memberi ceramah sejak tahun 2004. Sehingga sekarang sebayak 5 kali beliau biasa memberi ceramah di masjid ini.

Pagi : Gotong Royong memasak untuk jamuan makan malam selepas kuliah :

Muslimat Menyedikan Perencah

Muslimat Menyedikan Perencah

Masakan Yang Ringkas : Nasi Jagung 2 Periuk dan Gulai Daging Seperiuk

Masakan Yang Ringkas : Nasi Jagung 2 Periuk dan Gulai Daging Seperiuk

 Untuk makluman pembaca sebahagian kos jamuan ditangung oleh masjid dan sebahgian lagi adalah dari anak jamaah.

Malam :

Solat Magrib berjamaah  dan diikuti kuliah Magrib.

Kuliah Magrib

Kuliah Magrib

Diakhiri dengan jamuan makan malam.

Jamuan Nasi

Jamuan Nasi

 Tunggu !  intisari kuliah Ustaz Dr. Mohd. Nasir bin Abd. Hamid mengenai Surah al Israa’ akan menyusul kemudian .

Dikirim dalam Jom Gotongroyong, Uncategorized | Di tag: | Leave a Comment »

Gotong Royong Membersih Kubur

Posted by aburedza di 22 Julai 2009

Masjid As Syakirin : 19 Julai 2009

Kedudukan Masjid Dan Tanah Perkuburan

Kedudukan Masjid Dan Tanah Perkuburan

Masjid As Syakirin mempunyai beberapa tanah perkuburan iaitu Tanah Perkuburan Masjid As Sykirin, Tok Pilus, Masjid Lama, Kg Oran, Belukar dan Hutan Temin. Tanah perkuburan Hutan Temin adalah tanah perkuburan yang jarang digunakan, jesteru ia menjadi semak samun. Oleh yang demikian AJK Masjid bercadang untuk membersihkannya secara upah. Dianggarkan upah yang terlibat sekitar RM 3,000.00. Bagaimanapun anak jamaah mencadangkan supaya dibersikan secara gotong royong.

Saa    kata nak gotong royong , laa mai berduyun…..  trektor sebuah .. dan 2 buah backhoe. Sampai tengahhari cuci liap…..

 

 

 

 

 

Ni Cerah Dah .. tadi kelam !

Ni Cerah Dah .. tadi kelam !

 

 

 

Tanah Perkuburan:

 

Masjid As Syakirin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

 

Sebahagian Jamaah daripada 45 orang berehat ...

Sebahagian Jamaah daripada 45 orang berehat ...

Sebahagian Peserta Gotong Royong Bergambar Sebelum Bersurai

Sebahagian Peserta Gotong Royong Bergambar Sebelum Bersurai

Dikirim dalam Jom Gotongroyong, Jom Masjid | Di tag: | Leave a Comment »

Pesanan Luqman al Hakim

Posted by aburedza di 19 Julai 2009

Satu ketika

Dan  ketika Lukman berkata kepada anaknya,

di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:

 

Hai anakku,

janganlah kamu mempersekutukan Allah

sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

 

Dan Kami perintahkan kepada manusia  agar berbuat baik

kepada dua orang ibu-bapaknya;

ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah

yang bertambah-tambah,

dan menyapihnya dalam dua tahun.

 

Bersyukurlah kepada-Ku

dan kepada dua orang ibu bapakmu,

hanya kepada-Kulah kembalimu.

Dan jika keduanya memaksamu

untuk mempersekutukan dengan Aku

sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu,

maka janganlah kamu mengikuti keduanya,

dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik,

dan ikutilah jalan orang-orang  yang kembali kepada-Ku,

kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu,

maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

 

 Hai anakku,

sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan  seberat biji sawi,

dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi,

niscaya Allah akan membalasinya

Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

 

Hai anakku,

dirikanlah salat

dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik

dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar

dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.

Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

 

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia

karena sombong

dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong

lagi membanggakan diri.

 

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan

dan lunakkanlah suaramu.

Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai

 (Al Qurab Surah Luqman 13 – 19)

Kenali siapa Luqman al Hakim di sini : http://aburedza.wordpress.com/2009/05/15/kenali-luqman-al-hakim-wahai-anakku/

 

Dikirim dalam Al Quran | Di tag: , | Leave a Comment »

Program Belia : Jom Ke Masjid

Posted by aburedza di 18 Julai 2009

Masjid As Syakirin : 18 Julai 2009

Jom Ke Masjid

Program ini adalah anjuran Bersama Jabatan Agama Islam , Jabatan Mufti , Jabatan Belia Dan Sukan, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, ABIM dan Masjid As Syakirin.

PAGI

Jom Pakat-pakat Cuci Masjid

lapnako

misin rumput

sapu

 MALAM

Jamuan Makan Malam Selepas Solat Magrib

jamuan1

Selepas Solat Isyak Forum Iman : Keluarga Bahagia, Komuniti Ceria, Masyarakat Sejahtera

banerforum2 

panel sisi

jamaah1

hadiah2

Selesai Majlis Forum Diadakan Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Sukanika Oleh Tuan Imam Masjid As Syakirin, Ustaz Ya Ali Bin Dahaman

Masjid As Syakirin Merakamkan Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Semua Pihak Yang Membantu Melicinkan Perjalanan Majlis.

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

Kuliah Magrib Malam Rabu Ustaz Ya Ali Dahman : Tafsir Surah Yunus Ayat 24 – 25

Posted by aburedza di 15 Julai 2009

Kuliah Magrib Malam Rabu Ustaz Ya Ali Dahman : Tafsir Surah Yunus Ayat 24 – 25

Catitan kuliah Magrib Malam Rabu :

 

إِنَّمَا مَثَلُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاء أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاء فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الأَرْضِ مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ وَالأَنْعَامُ حَتَّىَ إِذَا أَخَذَتِ الأَرْضُ زُخْرُفَهَا وَازَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَا أَنَّهُمْ قَادِرُونَ عَلَيْهَآ أَتَاهَا أَمْرُنَا لَيْلاً أَوْ نَهَارًا فَجَعَلْنَاهَا حَصِيدًا كَأَن لَّمْ تَغْنَ بِالأَمْسِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُون

وَاللّهُ يَدْعُو إِلَى دَارِ السَّلاَمِ وَيَهْدِي مَن يَشَاء إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

 Maksudnya:

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengannya tanam-tanaman di bumi dari jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang; hingga apabila bumi itu menampakkan keindahannya dan berhias, dan penduduknya menyangka bahawa mereka dapat menguasainya (mengambil hasilnya), datanglah perintah Kami menimpakannya di malam atau siang hari, lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir. ( Yunus 24 )

Dan Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat, dan memberi hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. (Yunus 25)

Satu perumpamaan yang indah tentang hidup kita di dunia ini. Hujan yang menjadi salah satu sumber kehidupan diturunkan Allah lalu tumbuhlah tanaman , bunga-bungaan dan buah-buahan dari rahim bumi yang subur. Manusia menyangka semua hasilnya, adalah miliknya, ia akan tuai besoknya. Tetapi kekuasaan Allah merubah semuanya dengan datangnya musibah samawi , bagaikan semuanya habis licin dituai , bagaikan tiada tanaman sebelumnya. Tidakkah mau kita berfikir ?

Ibn Katsir membawa ayat 45 surah al Kahfi bagi menghuraikan tafsir ayat di atas:

وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاء أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاء فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرً

 Maksudnya:

Dan berilah kepada mereka misal perbandingan Kehidupan dunia ini umpama air yang Kami turunkan dari langit, lalu suburlah kerananya tanaman di bumi; kemudian menjadilah ia kering ditiup angin; dan adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Ustaz Ya Ali Dahaman dalam menghuraikan ayat di atas membaca sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Lait dari Jabir bin Abdullah , mengatakan nabi saw di datangi oleh dua malaikat Jibril dan Mikail di dalam mimpi. Daripada percakapan dua malaikat tersebut menyebut Seorang raja memiliki tanah dan di atasnya dibina istana. Raja mengadakan majlis jamuan. Raja melantik seorang pesuruh untuk menjemput orang ramai kejamuan tersebut. Bagaimanapun ada yang hadir , ada yang tidak hadir. Raja itu umpama Allah. Tanah itu dimana istana dibina umpama Islam. Istana dimana perjamuan di adakan adalah Syurga. Dan pesuruh untuk menjemput orang ramai adalah Muhammad saw. Maka barangsiapa menerima undangan tersebut sebenarnya ia telah masuk Islam. Siapa yang masuk Islam , ia masuk syurga . Siapa yang masuk surga akan makan dari hidangannya.

Demikian perumpamaan umat Muhammad saw  yang penulis fahami dari hadis tersebut.

Pada ayat 25 Allah menyeru kita masuklah ke kediaman yang Selamat Sentosa, kerana di sana tidak ada takut , dukacita , kesusahan dan kelaparan. Di sanalah syurga yang penuh dengan keindahan, kenikmatan dan keredzaan Allah.

Dikirim dalam Tafsir, Ustaz Ya Ali | Di tag: | Leave a Comment »

As Syakirin Menerima Tetamu Rombongan Dari Kampung Batu Muda

Posted by aburedza di 14 Julai 2009

As Syakirin 11 Julai 2009.

Taklimat Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman ,Imam Masjid As Syakirin

Taklimat Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman ,Imam Masjid As Syakirin

Masjid As Syakirin dengan sukacita menerima tetamu dari Jamaah Masjid dan Surau Kampung Batu Muda Kuala Lumpur. Rombongan yang sampai sekitar jam 7.30 pagi terus bersarapan pagi sebelum mendengar taklimat Masjid As Syakirin.

Rombongan di ketuai oleh Tuan Hj Mansor Bin Manap terdiri daripada 80 orang jamaah dalam rangka lawatan ke Perlis dan Langkawi. Kampung Batu Muda adalah sebuah kampung Melayu di Wilayah Persekutuan, terletak di utara Kuala Lumpur, di Jalan Ipoh tidak jauh dari Batu Cave.

En. Yahaya bin Osman , Pengerusi GDW Kg Batu Muda  adalah kelahiran Perlis , malahan ramai keluarganya  tinggal di kariah Masjid Oran.

Selepas bersarapan pagi, rombongan di beri taklimat aktiviti Masjid As Syakirin oleh Tuan Imam Ustaz Ya Ali bin Dahaman. Rombongan kemudian bertolah ke Pusat Pertanian Bukit Bintang untuk melihat tanaman anggor Perlis, sebelum bertolak ke Langkawi.

Semuga hubungan silatulrahim diantara dua jamaah masjid ini akan berterusan.

Gambar Kenangan

Gambar Kenangan

Dikirim dalam Tetamu | Di tag: | Leave a Comment »

TAZKIRAH PROF ABDUL RASHID SAID ASGAR : USIA 40 TAHUN

Posted by aburedza di 11 Julai 2009

Oleh :  Aburedza

Prof Abdul Rashid Said Asgar

Prof Abdul Rashid Said Asgar

Dalam memperkatakan tentang motivasi kepada sikap kawan dan teman , semasa sembang-sembang santai  setelah selesai solat Asar kelmarin Prof Rashid membaca sepotong ayat yang menarik .

وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya :

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. (QS al Ahkaf : 15 )

Satu ayat yang sangat baik yang mengandungi  doa tanda kesyukuran. Allah menyebut pada umur 40 tahun, mengapa Allah memilih umur 40 tahun ? Demikian persoalan Prof Rashid yang ditinggalkan untuk saya fikirkan.

Saya kemudian memerhatikan huraian Maulana  Abdullah Yusof Ali dalam terjemahan Al Quranya menyebut  …..setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya ( ashudd) dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun …. Peringkat  ashudd dianggapkan antara umur 18 dan 30 atau 32 tahun.  Antara umur 30 – 40 tahun sesaorang itu berada pada tahap puncak kelakiannya. Selepas umur itu beliau melihat kepada zuriatnya yang sedang membesar, dan memang tepatlah ia menyerahkan keturunan muda yang baru itu kepada Tuhan. Selepas 40 tahun mungkin pula keupayan kerohaniannya  akan meningkat.

Ustaz Zahazan Mohamed dalam bukunya 101 Doa dari al Quran memetik dari  tafsir ayat 15 surah al ah Kaf oleh al Imam al Baghawi mengatakan ayat ini menceritakan kelebihan Abu Bakar r.a. Beliau merupakan sahabat karib Nabi s.a.w. sejak berusia 18 tahun. Semasa Muhammad s.a.w  menjadi Nabi , usia Abu Bakar r.a ialah 38 tahun. Berkat usahanya berdakwah pada umurnya sekitar 40 tahun beliau berjaya mengislamkan ayah, ibu dan anak-anaknya. Ayat ini mengajar kita cara untuk bersyukur kepada Allah.

Ustaz Zahazan Mohamed menambah kita juga wajar  mengamalkan doa ini sebagai tanda  bersyukur atas nikmat iman dan Islam yang turut dinikmati keluarga kita.

Membaca doa kesyukuran dari ayat di atas yang di titipkan oleh Prof Rashid , saya teringat pula kepada doa nabi Sulaiman a.s pada ayat 19 surah an Naml : ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚﯗ ﯘ

 ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚﮱ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚﯚ

Maksudnya :

“Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”.

 

Sumber :  http://aburedza.wordpress.com/2009/07/11/tazkirah-prof-abdul-rashid-said-asgar-usia-40-tahun/

Dikirim dalam Al Quran, Prof Abdul Rashid | Di tag: | Leave a Comment »

Kuliah Subuh Ustaz Ya Ali Dahaman : Menghadapi sakaratul maut.

Posted by aburedza di 9 Julai 2009

Oleh : Aburedza

Catitan ringkas kuliah Subuh pagi Ahad:

Allah s. w. t. telah menjadikan perihal akhirat dan segala sesuatu yang berkait  dengannya sebagai suatu hal yang ghaib, dan Dia te1ah menghijabkannya dari pengetahuan orang-orang yang mukallaf di dalam dunia ini, dan yang demikian itu adalah dari kesempurnaan kebijaksanaanNya, dan supaya berbeza orang-orang yang beriman dengan ghaib dari yang lain-lainnya.

Di antara pekara yang ghaib itu ialah Malaikat akan turun ke atas orang yang sedang sakarat, lalu duduk berdekatan dengannya. Orang yang di dalam sakarat itu dapat melihat para Malaikat itu dengan penglihatannya, dan boleh pula mereka berbicara dengan malaikat tersebut. Di dalam tangan malaikat ada kain kafan yang dibawanya sama ada dari syurga ataupun dari neraka.

Para Malaikat itu juga mengaminkan doa orang-orang yang berada di sisi mayit itu, sama ada yang baik mahupun yang buruk. Ada kalanya para Malaikat itu akan memberi salam kepada orang yang sedang sakarat itu, dan dia dapat menjawab salam mereka, sama ada dengan mengucapkan jawapannya, ataupun dengan isyarat, ataupun dengan hati apabila dia sudah tidak dapat menjawab dengan lisan ataupun dengan isyarat. Biasa terdengar daripada orang-orang yang sedang sakarat itu mengata­kan: Ahlan wasahlan wamarhaban! (selamat datang) kepada malaikat yang datang.

Berkata Maslamah bin Abdul Malik: Apabila Umar bin Aziz r.a. sedang menghadapi maut, kami sekalian berada di sisinya. Tiba-tiba dia telah mmeminta kepada kami supaya keluar dari bilik itu. Maka kami pun keluar menunggu di luar dekat pintu. Orang yang tinggal bersamanya hanya seorang khadam­nya saja. Kami mendengar dia membaca firm an berikut:

تِلْكَ الدَّارُ الآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الأرْضِ وَلا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

Negeri akhirat itu, Kami jadikan bagi orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa. (Al-Qashash: 83)

Kemudian terdengar kata-katanya: Kamu semua bukanlah dari golongan manusia ataupun jin!

Sekejap lagi, khadamnya pun keluar, lalu menjemput kepada kami untuk segera masuk. Maka kami pun masuk, dan mendapatinya telah meninggal dunia.

Berkata Fadhalah bin Dinar: Saya te1ah menghadiri Muhammad bin Wasi’, dan dia sedang menghadapi maut, katanya: Se1amat datang dengan para Malaikat T uhanku! Laa Hawla Walaa Quwata Illaa Billaah! (Tiada daya dan tiada kuasa me1ainkan dengan izin Allah!). Ketika itu aku mencium bau-bauan yang paling harum sekali, yang be1um pemah aku tercium bauan seperti itu sebe1umnya. Kemudian Muhammad bin Wasi’ pun mengangkat pandangannya ke atas, lalu dia pun meninggal dunia.

Cerita-cerita serupa ini memang banyak diceritakan, untuk menguatkan hujjah itu semua, lihatlah firman Allah Ta’ala yang berikut ini:

فَلَوْلا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ.وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ.وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَكِنْ لا تُبْصِرُونَ.

Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya. Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat. (AI-Waqi’ah: 83-85)

Yakni, kami lebih dekat kepada orang yang akan mati itu dengan para Malaikat Kami, dan utusan-utusan Kami, akan tetapi kamu sekalian tiada dapat melihat mereka, sebab para Malaikat itu tidak diciptakan untuk dapat dilihat oleh manusia di dunia ini. Kemudian Malaikat itu pun menghulurkan tangannya untuk mencabut nyawa manusia itu sambil mengambilnya ia berkata-kata kepadanya, padahal semua orang yang berada di sisinya tiada dapat me1ihat dan mendengar semua perlakuan itu. Apabila nyawa itu keluar dari tubuh, akan ke1uarlah bersamanya semacam cahaya seperti pancaran matahari, dan akan terciumlah daripadanya suatu bau-bauan yang harum seperti bau-bauan misk, padahal semua orang yang hadir di situ tiada dapat menyaksikannya atau mencium bau-bauan itu. Kemudian roh itu pun meningkat ke atas di antara dua barisan panjang dari para Malaikat, sedang semua orang yang di situ tiada dapat melihat para Malaikat itu.

Demikian yang di ceritakan oleh Ibnul Qayyim seperti dikuliah subuh oleh Ustaz Ya Ali Dahaman

Dikirim dalam Hakikat roh, Ustaz Ya Ali | Di tag: | 1 Komen »

Kuliah Subuh Ustaz Ya Ali Dahaman : Hakikat Badan dan Roh

Posted by aburedza di 5 Julai 2009

Oleh : Aburedza

Catitan ringkas kuliah Subuh pagi Ahad:

Sangat menarik kupasan  hakikat Badan dan Roh oleh Ibnul Qayyim[i] ,lebih kurang beliau ( Rahmat Allah ke atasnya ) menghuraikan  mengikut pemahaman penulis  :

Allah menjadikan tempat tinggal itu 3 peringkat :

  1. Di dunia
  2. Di alam barzakh
  3. Di alam abadi

Allah menjadikan hukum berbedza bagi semua peringkat itu. Di dunia hukum atau peraturan dikenakan ke atas badan dan roh adalah pengikut kepada badan. Di alam barzakh hukum dikenakan ke atas roh dan badan adalah pengikut kepada badan. Kemudian di alam akhirat yang abadi , hukum dikenakan keatas kedua-duanya sekali, jasad dan roh.

Di dunia azab dan kenikmatan diterima jasad juga adan dirasai oleh roh. Begitujuga dialam barzakh kenikmatan atau azab yang di tanggung oleh roh akan juga di konsi oleh badan.

Ibnul Qayyim mengambil contoh seorang yang bermimpi kenikmatan atau kesiksaan akan dirasai oleh roh dan meresap kepada badan, dan apabila terjaga badan merasa keletihan, kepenatan atau sebaliknya kesegaran. Demikianlah keadaan yang sama  akan berlaku di alam barzakh.

Maka di hari kebangkitan roh dan badan akan bangkit bersama sekaligus untuk menerima hukum kenikmatan atau keazaban.

Ibnul Qayyim menambah lagi,  apabila kita timbangkan perkara ini dengan sehalus-halusnya, niscaya akan jelaslah kepada kita apa yang diberitahukannya oleh Rasulullah s.a.w. dari hal siksa kubur dan nikmatnya, tentang ke­sempitan kubur dan keluasannya, tentang hempitannya dan keadaannya menjadi suatu lubang dari lubang-lubang neraka, ataupun suatu taman dari taman-taman syurga, semua itu adalah sesuai dengan tuntutan akal fikiran, dan bahwasanya semua itu adalah hak dan benar, tiada syak dan ragu lagi padanya. Tetapi siapa yang masih merasa musykil terhadap hal­hal ini, maka sudah tentulah itu timbul dari lemah kefahamannya dan cetek pengetahuannya.

Dan yang lebih menakjubkan dari semua itu, kita boleh melihat contoh dua orang yang sedang tidur di suatu hamparan, yang satu rohnya merasa kenikmatan, lalu dia sedar sedang bekas kenikmatan itu dapat terlihat pada badannya. Dan yang satu lagi rohnya sedang mengalami kesiksaan, lalu ia tersedar, sedang bekas kesiksaan itu masih ketara pada badannya. Dan salah seorang dari keduanya tiada mengetahui apa yang berlaku pada yang lain, padahal mereka berada di sebelah menyebelah. Ketahuilah, bahwa perkara alam Barzakh itu adalah lebih menakjubkan lagi dari semua ini.

 


[i] Beliau ialah Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa’ad bin Huraiz az-Zar’i, ad-Dimasyqi. Dikenal dengan ibnul Qayyim al-Jauziyyah kerana dinisbahkan kepada sebuah madrasah yang dibentuk oleh Muhyiddin Abu al-Mahasin Yusuf bin Abdil Rahman bin Ali al-Jauzi yang wafat pada tahun 656 H, sebab ayah Ibnul Qayyim adalah tonggak bagi madrasah itu. Ibnul Qayyim dilahirkan di tengah keluarga berilmu dan terhormat pada tanggal 7 Shaffar 691 H. Di kampung Zara’ dari perkampungan Hauran, sebelah tenggara Dimasyq (Damaskus) sejauh 55 batu. Ibnul Qayyim wafat pada 751 H. Ibnu Taimiyah (wafat 728H) adalah gurunya, dan Ibnu Katsir (wafat 774H) adalah muridnya.

Dikirim dalam Hakikat roh, Ustaz Ya Ali | Di tag: | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.