Laman Masjid As Syakirin

Mukim Oran, Mata Ayer, Perlis

Abu Al-Qasim Al-Zahrawi : Pakar Bedah Terulung

Posted by aburedza di 23 Julai 2009

Abu Al-Qasim Al-Zahrawi

Dalam kuliah Magrib pada 22 Julai 2009 , penceramah jemputan Ustaz Dr Mohd. Nasir Bin Abdul Hamid telah menyentuh tentang pembedahan “dada – badan ” Rasullah s.a.w sebagai persedian untuk israk dan mikraj menemui Allah. Al Zahrawi telah mengambil iktibar dari peristiwa tersebut , jestru menjadikan beliau seorang saintis , pakar perubatan sekaligus pakar bedah terulung. Sebagai rujukan pembaca saya perturunkan sedikit maklumat mengenai al Zahrawi. Selamat membaca .

az Zahrawi atau Albucasis

az Zahrawi atau Albucasis

Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas Al-Zahrawi (9361013), (Arabic: أبو القاسم بن خلف بن العباس الزهراوي) dikenali di barat dengan gelaran Abulcasis dan dianggap sebagai `Bapa Bedah Moden `. Ensiklopedia karangannya yang bertajuk At-Tasrif merupakan bahan rujukan penting dalam ilmu pembedahan ketika itu. Beliau mencipta banyak alat-alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing. Beliau adalah orang yang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai `haemophilia`.

Abu Al-Qasim Al-Zahrawi telah mengarang kitab at-Tasrif yang diterjemahkan oleh Gherard kelahiran Cremona dari bahasa Arab ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1300-1368M) menjadikan tulisan al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. At-Tasrif menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno di Itali, Motpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Menurut Dr.Cambell di dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan al-Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di Eropah.

Gambaran peralatan pembedahan yang digunakan oleh Abu Al-Qasim Al-Zahrawi.

Satu Respons to “Abu Al-Qasim Al-Zahrawi : Pakar Bedah Terulung”

  1. [...] Abu Al-Qasim Al-Zahrawi : Pakar Bedah Terulung [...]

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.