Laman Masjid As Syakirin

Mukim Oran, Mata Ayer, Perlis

Arkib bagi Bulan Ogos 2009

DOA MEMOHON KETEGUHAN IMAN

Posted by aburedza di 24 Ogos 2009

Tazkirah Malam ke4 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

DOA MEMOHON KETEGUHAN IMAN

 r4 

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ke­pada-Mu iman yang tidak akan lepas (murtad), nikmat yang tak akan habiss dan menyertai Nabi Muhammad s.a.w. di syurga yang paling tinggi selama-Iamanya. “[1]

Keterangan dan Petua Beramal

Memohon keteguhan iman adalah antara doa yang paling banyak dipanjatkan oleh Nabi s.a.w. dalam munajat-munajat baginda. Menurut mazhab ahlissunnah wal jama’ah, iman seseorang itu bertambah dan berkurang. Adalah amat malang jika permulaan hidup berada dalam takwa, tetapi ketetapan akhimya, ialah mati dalam su al-khatimah, maka nerakalah tempat kembalinya.

Menurut sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya amalan kamu dinilai pada bahagian akhimya.”

Maksud hadis ini ketentuan akhimya jika baik, maka syurgalah tempatnya, demikian sebaliknya jika buruk, nerakalah tempatnya.” [2]

Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata, ramai sahabat me­nangis tatkala hampir mati. Apabila ditanya, mengapa me­nangis.

Mereka menjawab, “Allah S.W.t. membahagikan hamba-Nya kepada dua golongan, yang pertama adalah ahli syurga dan yang kedua ahli neraka. Kamu tidak tahu di mana­kah kedudukanmu.”[3]

Petikan : Doa 98  Dari Kitab 101 Doa Dari Hadis Sahih Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

 


[1] Riwayat Ibn Hibban no. 2436.

[2] Riwayat al-Bukhari no. 3208, Muslim no. 2643. 356 Lihat kitab Jami al-Ulum: Hadis ke 4.

[3] Lihat kitab Jami al Um hadis no 4

Dikirim dalam Tazkirah Ramadan | Di tag: | Leave a Comment »

SAYYIDUL ISTIGHFAR

Posted by aburedza di 23 Ogos 2009

cl0030

Tazkirah Malam ke 3 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

SAYYIDUL ISTIGHFAR 

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membaca­nya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu, maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga. 

R3

Maksudnya: “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar me­lainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu se­mampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada ke­jahatan kelakuanku. Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau. “[1]

Keterangan dan Petua Beramal  

Menurut al-San’ani di dalam Subul ai-Salam, doa ini di namakan “sayyid” yang bermaksud penghulu kerana ia meng­himpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya. [2]

Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Amru r.a., Nabi s.a.w. pernah bersabda maksudnya:

 “Wahai golongan wanita, banyakkanlah bersedekah dan beristighfar, aku melihat golo­ngan wanita yang paling ramai menjadi ahli neraka!” Lalu seorang daripada mereka bertanya: “Kenapa kami yang ramai menjadi ahli neraka wahai Nabi s.a.w.?” Nabi menjawab, “Aku tidak pernah melihat orang yang paling kurang akal dan agamanya berbanding golongan wanita.” Wanita itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan kurang akal dan agama itu?” Jawab Nabi s.a.w : “Kurangnya akal bagi kamu bermaksud persaksian dua orang wanita menyamai seorang lelaki, dan kurangnya agama bermaksud keuzuran seseorang wanita menyebabkannya tidak dapat bersolat dan berpuasa.”[3]

 

Petikan : Doa 74 Dari Kitab 101 Doa Dari Hadis Sahih Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

 


[1] Riwayat al-Bukhari no. 6306.

[2] Lihat kitab Subul aI-Salam syarah Bulughul Maram, Bab Zikir dan Doa. 275 Riwayat Muslim no. 79, Kitab al-1man, Bab  Bayan Nuqsan aI-Iman Binaqs al-Taubat.

[3] Riwayat Muslim no 79

Dikirim dalam Tazkirah Ramadan | Di tag: | Leave a Comment »

DOA SEPANJANG RAMADAN

Posted by aburedza di 23 Ogos 2009

Tazkirah Malam Kedua Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman :

Menurut sebuah hadis riwayat Imam al- Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibn Majah, Aisyah r.ha. pernah bertanya Nabi s.a.w., jika mendapat Lailatul Qadar, apakah yang patut diminta. Nabi s.a. w. menjawab, “Bacalah olehmu, 

r21

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni maka ampunilah aku. “[i]  

r22

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon daripada-Mu ke­redaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan­Mu daripada kemurkaan-Mu dan daripada azab api neraka. ”

Keterangan dan Petua Beramal

Bulan Ramadan merupakan bulan pengampunan dan pe­nerimaan doa seperti yang dijanjikan olehAllah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 183-186 dan menerusi hadis-hadis sahih. Antara nasihat Nabi s.a.w., doa yang penting untuk dipanjatkan oleh seseorang hamba menjelang bulan yang mu­lia ini ialah keampunan. Maka Nabi s.a.w. mengajar Sayida­tina Ummul Mukminin Aisyah r.ha. agar beriltizam dengan doa di atas. Walaupun kita mempunyai berbagai hajat, namun Nabi s.a.w. mengingatkan agar mengutamakan memohon keampunan mengatasi doa-doa keperluan dunia yang lain.

Justeru, eloklah kita beramal dengan doa di atas pada setiap detik dan waktu pada bulan Ramadan, terutamanya sewaktu solat malam. Tidak terkecuali para ibu dan kaum wanita yang uzur hendaklah turut beramal dengan doa di atas kerana keuzuran itu tidak menghalang amalan doa, zikir dan wirid.

Imam al-Syafi’i menyatakan sunat memperbanyakkan amalan pada bulan Ramadan sama ada pada waktu siang ataupun malamnya. Antara amalan yang digalak dan dituntut ialah memohon apa jua perkara yang mendatangkan kebaikan kepada umat Islam. Cara ini lazimnya dilakukan oleh generasi salaf al-soleh sebelum kita.” [ii]

Petikan : Doa 63 Dari Kitab 101 Doa Dari Hadis Sahih Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

 


[i]Riwayat al- Tirmizi no. 3513, Ibn Majah no. 3850, lihat Sahih al-Tirmizi no. 2789.

[ii] Al-Azkar – Pada Bab Doa Lailatul Qadar

Dikirim dalam Tazkirah Ramadan | Di tag: | Leave a Comment »

Selamat Datang Ramadan

Posted by aburedza di 23 Ogos 2009

Tazkirah Malam Pertama Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman :

SELAMAT DATANG RAMADAN

bungaraya.2Dalam sebuah hadis disebutkan, Ketika Rasullah s.a.w melihat anak bulan , baginda mengucapkan : 

Maksudnya:

“Ya Allah! Bulan Ramadan telah mendatangi kami, sedangkan kami dalam keadaan aman dan beriman, serta dalam keadaan selamat dan Islam. Wahai anak bulan! Tuhanku dan Tuhanmu adalahAllah. Dan sesungguhnya engkau adalah anak bulan yang baik dan telah memberi petunjuk kepada kami. [1]

Di awal bulan Ramadan, Nabi s.a.w selalu menyampaikan kepada umatnya  firman Allah s.w.t : 

Maksudnya:

“Setiap perbuatan anak cucu Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku, dan Aku yang akan membalasnya. [2]

Sahal bin Saad meriwayatkan Rasullah s.a.w bersabda 

Maksudnya:

“Di syurga ada satu pintu yang diberi nama dengan pintu ‘al-Rayyan’. Orang-orang yang berpuasa akan masuk ke dalam syurga melalui pintu itu. Jika mereka telah mas uk, pintu itu akan ditutup semula, sehingga tidak ada orang lain selain mereka yang masuk ke syurga melalui pintu itu. “[3]

Petikan : Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan Oleh Dr. ‘Aid Abdullah Al Qarni, Mukasurat  128-130

 


[1] Hadis sahih

[2] Diriwayat oleh Bukhari no 1904 dan Muslim  no 163 dalam kitab as Shiyam

[3] Diriwayat oleh Bukhari no 1896 dan Muslim  no 1152

Dikirim dalam Tazkirah Ramadan | Di tag: | Leave a Comment »

KULIAH MAGRIB KHAS : USTAZ MOHD. ABD. KADIR BIN ISHAK

Posted by aburedza di 12 Ogos 2009

Masjid As Syakirin : 7 Ogos 2009

Ustaz Mohd. Abd. Kadir Sahak

Ustaz Mohd. Abd. Kadir Sahak

Kuliah Magrib Khas telah  diadakan dengan undangan penceramah oleh Jabatan Mufti Perlis,beliau ialah Ustaz Abd. Kadir Bin Ishak.

Ustaz Mohd. Abd. Kadir Sahak

Ustaz Mohd. Abd. Kadir Sahak

Intisari kuliah beliau dicatit di sini secara ringkas:

1. Antara pekara yang wajib dipikul oleh seorang mukmin ialahn Mengenal Allah, Mengenal Siapa Nabi saw  dan Apakah Islam itu.

2. Untuk mengenal 3 pekara di atas setiap mukmin dipertangungjawabkan untuk menuntut ilmu. Mengamalkan ilmu tersebut dan berdakwah kepada masyarakat kepada Islam. Berbanding zaman sahabat masyarakat sekarang sangat jauh dari kerja-kerja dakwah. Ramai sahabat makam mereka bukan di Makah atau Madinah, tetapi di merata pelusuk dunia.

 3. Ilmu yang dituntut adalah ilmu yang selaras dengan ilmu al Quran dan as Sunah.

 4. Kepada ahli jamaah masjid , mengapa kerja dakwah tidak ditingkatkan untuk mengajak masyarakat kemasjid , sebaliknya kita sebok “berkelahi’ sesama ahli masjid.

 5. Menjawab satu pertanyaan mengenai Wahabi ,penceramah telah menyentuh tentang salah faham terhadap   Wahabi. Wahabiah adalah sebuah lafaz yang dilontarkan oleh musuh-musuh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab disebabkan dakwah beliau di dalam memurnikan tauhid, membasmi syirik dan membendung seluruh tatacara ibadah yang tidak dicontohkan dari Nabi Muhammad s.a.w. Tujuan mereka dalam menggunakan lafaz ini ialah untuk menjauhkan manusia dari dakwah beliau dan menghalangi mereka agar tidak mahu mendengarkan perkataan beliau

6. Wahabi sebenarnya adalah diambil daripada nama Muhammad bin Abdul Wahab. Tetapi dinisbahkan kepada nama ayahnya iaitu Abdul Wahab sebagai “wahabi”. Padahal ayahnya tidak ada sangkut paut dengan dakwah yang di bawa oleh anaknya iaitu syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.

7. Berikut ini penulis titipkan maklumat mengenai Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab atau nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Wahab bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid At-Tamimi al-Najdi. Beliau lahir pada tahun 1115H, dibandar al-U’yainah sebelah sebelah utara bandar Riyadh, Saudi pada waktu pemerintahan Bani Uthman (Uthmaniah) semasa sultan Ahmad ketiga yang memerintah antara tahun 1115H hingga 1144H. Wafatnya Syaikh Muhammad pada bulan dzulkaedah 1206H dalam usia 86 tahun rahimahullah.

Jamaah Masjid As Syakirin merakamkan penghargaan dan terima ksih kepada Jabatn Mufti dan Saudara Penceramah Ustaz Mohd. Abdul Kadir Sahak.

Dikirim dalam Kuliah | Di tag: | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.