Laman Masjid As Syakirin

Mukim Oran, Mata Ayer, Perlis

SAYYIDUL ISTIGHFAR

Posted by aburedza di 23 Ogos 2009

cl0030

Tazkirah Malam ke 3 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

SAYYIDUL ISTIGHFAR 

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Syaddad bin Aus, Nabi mengajar sepotong doa. Sesiapa yang membaca­nya dengan keimanan pada waktu pagi, lalu dia mati pada petangnya, maka dia akan menjadi ahli syurga. Demikian juga bagi yang membacanya dengan keimanan pada waktu petang, lalu meninggal dunia selepas itu, maka dia tergolong dalam golongan ahli syurga. 

R3

Maksudnya: “Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar me­lainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu se­mampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada ke­jahatan kelakuanku. Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau. “[1]

Keterangan dan Petua Beramal  

Menurut al-San’ani di dalam Subul ai-Salam, doa ini di namakan “sayyid” yang bermaksud penghulu kerana ia meng­himpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya. [2]

Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Amru r.a., Nabi s.a.w. pernah bersabda maksudnya:

 “Wahai golongan wanita, banyakkanlah bersedekah dan beristighfar, aku melihat golo­ngan wanita yang paling ramai menjadi ahli neraka!” Lalu seorang daripada mereka bertanya: “Kenapa kami yang ramai menjadi ahli neraka wahai Nabi s.a.w.?” Nabi menjawab, “Aku tidak pernah melihat orang yang paling kurang akal dan agamanya berbanding golongan wanita.” Wanita itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan kurang akal dan agama itu?” Jawab Nabi s.a.w : “Kurangnya akal bagi kamu bermaksud persaksian dua orang wanita menyamai seorang lelaki, dan kurangnya agama bermaksud keuzuran seseorang wanita menyebabkannya tidak dapat bersolat dan berpuasa.”[3]

 

Petikan : Doa 74 Dari Kitab 101 Doa Dari Hadis Sahih Oleh Ustaz Zahazan Mohamed

 


[1] Riwayat al-Bukhari no. 6306.

[2] Lihat kitab Subul aI-Salam syarah Bulughul Maram, Bab Zikir dan Doa. 275 Riwayat Muslim no. 79, Kitab al-1man, Bab  Bayan Nuqsan aI-Iman Binaqs al-Taubat.

[3] Riwayat Muslim no 79

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: