Laman Masjid As Syakirin

Mukim Oran, Mata Ayer, Perlis

Arkib bagi Bulan Januari 2010

Quran Surah An Nisa : Ayat 31

Posted by aburedza di 24 Januari 2010

Kuliah Maghrib di Masjid Jejajwi Dalam, pada 5 Dis 09,

Tafsir Quran Mukhtasar Ibnu Kathir, Juz 2 Surah  al-Nisa’ ayat 31. :

إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُمْ مُدْخَلا كَرِيمًا

Bermaksud :

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar dan  dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahan (dosa-dosa yang kecil) dan Kami masukkan kamu  ketempat yang mulia (syurga).

Antara petikan huraian ayat tersebut; Hadith Bermaksud: Syafaatku adalah untuk pelaku dosa besar (kaba’ir) dari umatku.

Para sahabat Rasul Allah dan para ulamak yang datang sesudah mereka berselisih pendapat tentang dosa-dosa yang termasuk kaba’ir, sebahagian dari mereka berpendapat;

1. Dosa yang mengakibatkan hukuman seperti had atau rejam,
2. Dosa yang diancam dengan ancaman yang keras yang ditegaskan oleh al-Quran dan al-Hadith,
3. Menurut Imam al-Haramain; dosa yang menandakan kurangnya   pegangan pelakunya terhadap agama,
4. Menurut al-Kadzi said al-Harawi; kabs’ir ialah dosa-dosa yang diharamkan dalam al-Quran dan al-Hadith, jenis dosa yang dihukum   seperti bunuh dan sebagainya.

Menurut Huraian Imam al-Ruyani;

Dosa-dosa besar ialah; membunuh seseorang tanpa alasan yang benar, zina, liwat, minum arak, mencuri, mengambil harta seseorang dengan paksa, menuduh dengan palsu, dan ditambah dalam lagi dari tujuh perkara yang tersebut; saksi palsu, memakan riba, berbuka puasa siang hari Ramadzan tampa uzur, sumpah palsu, memutuskan silatul rahim,menyiksa dua ibu bapa,  lari dari medan perang, makan harta anak yatim, tipu sukat dan timbang, mendirikan sembayang sebelum waktunya, melewatkan sembahyang dari waktunya tanpa uzur, memukul seorang muslim tanpa alasan yang benar, mendusta Rasul Allah dengan sengaja, mencaci sahabat Rasul Allah, menolak untuk memberi saksi tanpa uzur, menerima risyah, menjadi orang tengah antara lelaki dan pelacur, membuat pengaduan palsu kepada penguasa, enggan mengeluar zakat, meninggal amar ma’ruf dan mencegah kemunkaran pada hal ia dapat dan berkuasa, melupakan al-Quran setelah mempelajarinya, membakar haiwan dengan api, wanita yang menolak ajakan suaminya tanpa sebab, putus asa dari rahmat Allah, merasa aman dari tipu daya Allah, mencaci ulamak dan penghafal al-Quran, al-Kaba’ir juga ialah; zihar(menyamakan anggota zahir isterinya dengan orang yang mahramnya seperti ibu), makan daging babi  atau bangkai kecuali dengan darurat.

Mukhtasar ibnu Kathir, juz, 2, hal: 382.

Dikirim dalam Kuliah, Ustaz Ya Ali | Di tag: | Leave a Comment »

Permasalahn 13, Adakah anak-anak kecil juga diuji dalam kubur mereka?.

Posted by aburedza di 23 Januari 2010

Kuliah Subuh Oleh Ustaz Ya ali Dahaman pada 17 hb Jan 2010 di Masji al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis.

Permasalahn 13, Adakah anak-anak kecil juga diuji dalam kubur mereka?.

Orang ramai mempunyai dua pendapat; dari pendapat sahabat Imam Ahmad, Hujjah siapa yang mengatakan mereka disoal, ialah kerana mayat mereka juga diperintahkan supaya disembahyangkakan, berdoa’ kepada mereka, dan doa’ supaya mereka dihindari dari azab kubur dan fitnahnya, hadith dari Abu Hurairah yag disebut oleh Iman Malik dalam kitab Muwattaqnya bererti;

Nabi s.a.w. pernah menyembahyangkan keatas mayat kanak-kanak maka didengari akan doa’nya; Ya Allah hindarkanlah dia dari azab kubur.

Dalam riwayat lain oleh Ali bin Ma’bad dari A’shah r.a.; bererti:

Satu ketika Aishah lalu dikubur seorang kanak-kanak kecil dan beliau menangis, lalu ditanya: Apa sebab yang membuat engkau menangis wahai Ummul Mukminin? jawabya: Aku menangis anak kecil ini kerana kasihannya daripada siksa himpitan kubur.

Seterusnya mereka berdalilkan hadith riwayat Hannad bin al-Sariy dari Abu Said bin al-Musaiyib katanya:

Aku melihat Abu Hurairah menyembahyang mayat bayi yang belum pernah mengerjakan suatu kesalahan pun, lalu berdsoa’; Ya Allah hindarkannya dari azab kubur.

Menurut hadith dari Abu Hurairah mayat kanak-kanak tidak disiksa berdasakan amalan mereka sama ada meninggalkan ta’at atau melakukan maksiat, malah mereka  akan disiksa  disebabkan amalan orang   lain terhadapnya,   dalilnya maksud Hadith Rasul Allah s.a.w.;

Sesungguhnya mayat itu disiksa disebabkan tangisan ( ratapan) orang lain atas mayat itu.

Oleh itu tidak syak lagi bahawa didalam kubur itu terdapat berbagi kesakitan dan kerunsingan dan kesiksaan   disrasai menurut kesan sekitarnya, maka dengan itu disyariatkan supaya berdoa agar dihindarkan dariapda azab tersebut.

Petikan, Ibnu al-Qaiyim, Kitab al-Roh, hal. 238, Dar Ibnu Kathir.

Dikirim dalam Hakikat roh | Di tag: | Leave a Comment »

Siksa Kubur

Posted by aburedza di 20 Januari 2010

Catitan Kuliah Subuh Pagi Ahad di Masjid As Syakirin ,Oleh Ustaz Ya Ali Bin Dahaman Mengenai Roh Dengan merujuk kepada kitab Roh oleh Ibnul Qayyim.

( Tulisan sebelum ini boleh di baca di SINI )

Semasa Malaikat mencabut nyawa manusia, ia akan berkata-kata dengan manusia tetapi kita yang berada berdekatan tidak melihat dan mendengarnya, kerana Malaikat tidak diciptakan untuk dilihat manusia di dunia ini. Apabila nyawa dicabut maka keluarlah bersamanya seperti cahaya.

Selepas  itu, roh itu akan kembali semula kerumahnya untuk melihat pemandian jenazahnya, perkafanannya serta perpisahan dengan ahli keluarganya. Kalau amalannya baik ia akan berkata :  Bawalah aku pergi segera ! Sebaliknya jika amalanya buruk ia akan berkata : Kemana kalian akan bawa aku pergi ?

Selepas dikuburkan, ditimbus, ditutupi oleh tanah ,oleh batu atau konkrit sekalipun, Malaikat akan datang kepadanya. Malahan Rohnya juga akan kembali ke jasadnya tanpa halangan. Allah menjadikan udara kepada burung dan air kepada ikan untuk terbang dan berenang,  demikian pula Allah menjadikan Malaikat dan roh  boleh merentasi tanah, batu atau besi sekalipun.

Kita melihat liang kubur yang sempit tetapi kekuasan Allah boleh menjadikan ia ruang kubur yang luas atau sebaliknya. Jika disebut api di dalam kubur ketahuilah ia bukan seperti api di dunia. Begitu pula jika disebut kehijauan taman di kubur, ia buka seperti keindahan taman buga di bumi. Sebaliknya api itu adalah api akhirat dan taman itu adalah taman surga. Padahal kita yang berda di atas kubur tidak merasa apa-apa.

Maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :

Rasullah s.a.w bersabda:

” Kalaulah tidak kerana kamu sekelian akan dikuburkan di dalam tanah nescaya aku akan berdoa kepada Allah supaya Dia mendengarkan kamu dari siksa kubur sebagaimana aku mendengarnya”


Lantaran Allah tidak mengenakan azab siksa kubur itu kepada binatang, maka Allah pekenan binatang boleh mendengar siksa kubur. Bagaimana jika kita boleh mendengar siksa kubur?

Ibnu Abid-Dunia di dalam kitabnya ” Kitabul Kubur” ada menyebut  daripada As-Sya’bi, bahawa dia telah menceritakan seorang yang berkata kepada Nabi s.a.w. : sekali peristiwa semasa aku melalui padang Badar, aku terlihat seorang keluar dari dalam bumi, lalu dia dikejar dan dipukul oleh seorang yang lain dengan sebatang besi hingga ia terbenam ke dalam bumi. Kemudian dia keluar semula, lalu dikejar dan dipukul lagi, maka berkata Rasullah s.a.w. Itu lah Abu Jahal bin Hisyam sedang di siksa hingga hari kiamat.

Dikirim dalam Hakikat roh | Di tag: | Leave a Comment »

Perkhidmatan WiFi

Posted by aburedza di 20 Januari 2010

Masjid As Syakirin 20 Januari 2010

Mulai sekarang Masjid As Syakirin menyediakan perkhidmatan Wi Fi di dalam dan di sekitar kawasan masjid. Perkhidmatan Wi Fi   ini ialah perkhidmatan boleh layari internet tanpa wayar. Sesiapa yang memiliki komputer riba (laptop) atau talipon bimbit ( jenis boleh capai internet ) boleh melayari internet percuma di sekitar kawasan masjid. Malahan rumah-rumah berdekatan juga mungkin boleh mencapainya.

Perkhidmatan Wi Fi ini menggunakan Wireless ADSL Modem  yang dibekalkan TM Net melalui pakej Stremyx dan di tambah dengan peralatan yang di bekalkan melalui program JAKIM  (No Tender JAKIM 37/2009)  seperti berikut :

  1. Satu unit -  Network Switch 8 port – D-Link DGS-1008D 8-Port Gigabit Switch
  2. Dua Unit – Access Point – 3Com Wireless 7760  11a/b/q PoE Access Point
  3. Tiga Unit – Ethernet Adaptor – Aztech Homeplug 85 Mbps
  4. Tiga Unit – Cable – Cat6 3 meter Patch Cord

Perkhidmatan Wi Fi ini adalah langkah awal bagi Masjid As Syakirin di dalam rangka mengujudkan Kemudahan Internet Desa. Peringkat berikutnya adalah melengkapkan bilik komputer dengan kerusi meja, set kumputer, printer, pendawaian soket kuasa dan alat penghawa dingin. Program latihan kepada anak karian juga insyaallah akan menyusul.

Dikirim dalam Internet Percuma | Di tag: | Leave a Comment »

Program Kelas Bimbingan Pelajar As Syakirin Sessi 2010

Posted by aburedza di 20 Januari 2010

Program Kelas Bimbingan Pelajar As Syakirin Sessi 2010

Program ini bermula 2 Januari 2010 ditawarkan kepada anak-anak kariah bagi pelajar Tahun 3, 4, 5 dan 6. Matapelajaran yang diajar adalah secara Pakej iaitu

  1. Matematik
  2. Bahasa Melayu
  3. Bahasa Inggeris
  4. Sains

Kelas beroperasi pada hari

  • Sabtu      ( 2.30 Petang – 6.00 Petang )
  • Ahad       ( 8.00 Pagi – 11.30 Pagi )

Semasa rehat pihak Pengurusan menyediakan makanan dan minuman ringan secara percuma. Pada hari Sabtu semua pelajar dimestikan bersolat Asar  berjemaah di masjid.

Kelas dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman. Penyelaras Program ini ialah En. Abdul Aziz bin Haji Mustaffa, seorang guru dan bertugas di Jabatan Pelajaran Perlis.

Sumbangan pelajar untuk mengikuti kelas bimbingan ini adalah sebanyak RM 30.00.  Program ini bukan berorientasikan perniagaan, oleh itu jumlah tersebut adalah sangat rendah berbanding harga pasaran semasa. Perbelanjaan Program ini adalah bergantung kepada sumbangan orang ramai (anak kariah) dan sumbangan pelajar sendiri.

Jumlah pelajar yang mengikuti program ini adalah seperti berikut :

  • Tahun 3                      27 Orang
  • Tahun 4                      37 Orang
  • Tahun 5                      37 Orang
  • Tahun 6                      32 Orang
  • Jumlah                      133 Orang

Dikirim dalam Kelas Bimbingan Pelajar | Di tag: | Leave a Comment »

LAPORAN PROGRAM SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM 2009

Posted by aburedza di 20 Januari 2010

Masjid As Syakirin , 8 Januari 2010

Tuan Imam, Merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Kariah Masjid as Syakirin mengumumkan kedudukan kewangan dan jumlah sumbangan kepada Anak-anak Yatim di Karian Masjid As Syakirin  bagi tahun 2009 dan mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.

Berikut adalah data berkaitan bagi tempoh Januari – Disember 2009 :

DATA ANAK YATIM

ORANG

BERSEKOLAH MENENGAH

13

BERSEKOLAH RENDAH

8

BELUM BERSEKOLAH

1

JUMLAH

22

BIL ANAK YATIM MENGIKUT KAMPUNG

ORANG

KG ORAN

2

SUNGAI MATI

3

SIMPANG GETI

1

HUTAN TEMIN

5

KERSIK

5

HUTAN PALAS

3

CANGKAT LADA

3

JUMLAH

22

AGIHAN SUMBANGAN

RM

SUMBANGAN BULANAN

6030.00

SUMBANGAN HARIRAYA PUASA

5412.00

RM 246.00/ORANG

PEMBERIAN PERSEDIAN PERSEKOLAHAN

5510.00

RM 260.00/ORANG

JUMLAH

16952.00

BAKI DIBAWA 2010

421.00

LAPURAN KEWANGAN PROGRAM SUMBANGAN ANAK YATIM 2009

SUMBANGAN ANAK KARIAH

RM

CATITAN

JUMLAH

17373.00

PURATA

1447.75

TERTINGGI

5264.00

SEPTEMBER

TERENDAH

418.00

DECEMBER

DATA ANAK YATIM

ORANG

BERSEKOLAH MENENGAH

13

BERSEKOLAH RENDAH

8

BELUM BERSEKOLAH

1

JUMLAH

22

BIL ANAK YATIM MENGIKUT KAMPUNG

ORANG

KG ORAN

2

SUNGAI MATI

3

SIMPANG GETI

1

HUTAN TEMIN

5

KERSIK

5

HUTAN PALAS

3

CANGKAT LADA

3

JUMLAH

22

AGIHAN

RM

SUMBANGAN BULANAN

6030.00

SUMBANGAN HARIRAYA PUASA

5412.00

RM 246.00/ORANG

PEMBERIAN PERSEDIAN PERSEKOLAHAN

5510.00

RM 260.00/ORANG

JUMLAH

16952.00

BAKI DIBAWA 2010

421.00

Dikirim dalam Anak Yatim | Di tag: | Leave a Comment »

Ali bin Abi Thalib r.a Mencadangkan Peristiwa Hijrah Nabi Sebagai Asas Tahun Islam

Posted by aburedza di 19 Januari 2010

Berikut adalah 3 catatan berkaitan Hijrah Rasulullah s.a.w

  1. Dalam risalah DAWAMA mengenai Ensiklopedia Dunia [i] mencatitkan :

Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan bulan qamari dan disebut juga takwim atau kalendar Islam. Ia mengandungi 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Ka’b ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah S.A.W.

Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dahulu. Walau agaimanapun mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa tersebut.  Umpamanya ialah tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma’il a.s. (pada tahun 1855 S.M.)  dan tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur (bersamaan dengan tahun 571 M.) Namun sejarah yang dicatatkan tidak mengikut kaedah yang tetap di kalangan seluruh bangsa Arab, mereka menulis mengikut cara masing-masing, iaitu mengikut perbezaan tempat tinggal, sama ada di utara atau di selatan, bahkan perbezaan menulis tarikh juga berbeza dengan adanya perbezaan qabilah. Oleh itu takwim qamari pada zaman jahiliyah bukanlah takwim yang boleh dipegang teguh untuk digunakan di dalam kehidupan manusia.

Selepas berdirinya negara Islam pada zaman Rasullullah S.A.W., tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi di dalamnya. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin dan akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun a l – Wa d a ‘ iaitu tahun haji al-Wada’ atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa semasa pemerintahan khalifah ‘Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak perubahan takwim hijrah dimana khalifah ‘Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam. Dalam perbincangan tersebut pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.

Awal Muharam tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. diambil sebagai permulaan tarikh Islam sekalipun hijrah tidak bermula dan berakhir pada hari itu, kerana sebenarnya hijrah bermula pada akhir bulan Safar dan Baginda sampai ke pinggir Madinah pada hari Isnin, kemudian masuk ke Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal.

2      Di dalam Sirah Nabawiyah oleh Ibnu Hisyam menyebut Ibnu Ishak berkata  bahawa orang yang pertama sekali berhijrah ke Madinah dari kalangan sahabat Rasullah s.a.w  dari Quraisy dari Bani Makhzum adalah Abu Salamah bin Abdul Asad bin Hilal bin Abdullah bin Umar bin Makhzum.[ii] Ia berhijrah ke Madinah setahun sebelum berlaku perjanjian Aqabah.

Dari Ibnu Ishak , Ibnu Hisyam  berkata Rasullah s.a.w  menetap di Quba di penempatan Bani Amru bin Auf pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.  Baginda telah mengasaskan pembinaan Masjid Quba. Allah mengeluarkan Rasulullah s.a.w  dari kaum Ansar di Quba pada hari Jumaat. Rasulullah telah mendapat perintah  untuk solat Jumaat sewaktu baginda berada di perkampungan Bani Salim bin Auf ia itu di lembah Ranuna. Itu lah solat Jumaat pertama Baginda di Madinah.[iii]

3.Sementara itu Muhammad Husain Haekal dalam bukunya Sejarah Hidup Muhammad menulis :

Dalam pada itu ia ( Baginda Rasulullah s.a.w ) sudah di Quba’ – dua  farsakh jauhnya  dari Medinah.  Empat  hari  ia tinggal di tempat itu, ditemani oleh Abu Bakr. Selama masa empat hari itu mesjid Quba’ dibangunnya. Sementara  itu  datang  pula  Ali  b.  Abi  Talib ke tempat itu setelah  mengembalikan barang-barang amanat -  yang  dititipkan kepada  Muhammad  s.a.w – kepada pemilik-pemiliknya di Mekah. Setelah itu ia sendiri meninggalkan Mekah, menempuh  perjalanannya  ke Yathrib dengan berjalan kaki. Malam hari ia berjalan, siangnya bersembunyi.   Perjuangan   yang   sangat    meletihkan    itu ditanggungnya  selama  dua  minggu penuh, yaitu untuk menyusul saudara-saudaranya seagama.[iv]


[i] Di siarkan Berita Harian  24 Jan 2007 . DAWAMA ialah Dawama Sdn.Bhd., ditubuhkan untuk mengambilalih aktiviti-aktiviti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diswastakan iaitu pra-cetak, rekabentuk, percetakan, pengedaran dan pemasaran penerbitan DBP. Saya petik secara berpisah-pisah  – tidak sepenuhnya.[ii] Muka surat 124 Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam  (Terjemahan) Terbitan Pustaka Dini

[iii] Muka surat 163 Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam  (Terjemahan) Terbitan Pustaka Dini

[iv] Muka surat 211 Sejarah Hidup Muhammad

Sumber : http://aburedza.wordpress.com/2009/12/25/ali-bin-abi-thalib-r-a-mencadangkan-peristiwa-hijrah-nabi-sebagai-asas-tahun-islam/

Dikirim dalam Sejarah Tahun Hijrah | Di tag: | Leave a Comment »

Hijrah : Bilakah 1 Muharam Tahun 1 Hijri

Posted by aburedza di 19 Januari 2010

Baharrudin Bin Zainal [1] menulis :

Setelah kedatangan Islam, ketiadaan asas tahun yang tetap dalam empayar Islam yang berkembang luas  merumitkan urusan pentadbiran dan kerajaan. Oleh itu peristiwa hijrah Rasullah s.a.w telah ditetapkan  sebagai asas tahun dalam takwin Islam yang kemudiannya dikenali sebagai takwim Hijri. Penetapan ini  telah dibuat semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab selepas 17 tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w .

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ahli-ahli falak dan para sejarawan tentang tarikh sebenar 1 Muharam 001 Hijrah. Sebahagian ahli falak yang menggunakan kaedah  hisab hakiki  menyatakan tarikh awal Muharam 001 Hijrah jatuh pada hari Khamis 15 Julai 622 Masihi, kerana ijtimak bulan baru Muharam telah berlaku sebelum terbenam terbenam matahari pada hari Rabu 14 Julai 622M. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian  daripada mereka yang menyatakan bahawa awal Muharam  001 Hijrah bermula pada hari Jumaat 16 Julai 622 M berdasarkan peristiwa anak bulan Muharam yang hanya dapat dilihat pada malam Jumaat.

Berdasarkan fakta sains,  takwin dan sejarah , maka lebih pasti bahawa 1 Muharam 001 Hijrah jatuh pada hari Jumaat 16 Julai 622 Masihi.

Pada nota kaki Baharrudin Bin Zainal  mencatitkan bahawa  Kerajaan Negeri Terangganu telah bersetuju menggunakan tarikh  1 Muharam 001 Hijrah pada hari Jumaat berdasarkan  kitab  Ruh al-Maani di mana Ibn Syatir mengatakan bahawa anak bulan dapat dilihat pada malam Jumaat.


[1] Baharrudin Bin Zainal, Unit Falak KUZA dalam bukunya Pengenalan Ilmu Falah , terbitan DBP cetakan 2002

SUMBER : http://aburedza.wordpress.com/2009/12/23/hijrah-bilakah-1-muharam-tahun-1-hijri/

Dikirim dalam Hijrah | Di tag: | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.