Laman Masjid As Syakirin

Mukim Oran, Mata Ayer, Perlis

Arkib bagi Bulan Mac 2010

Mengenai Tempat Roh Selepas Mati

Posted by aburedza di 4 Mac 2010

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer, Perlis pada 28 Feb 2010

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid  al-Syakirin Oran

KULIAH HADITH

Mengenai Tempat Roh selepas mati.

Kuliah sebelum ini sila rujuk DI SINI

Ada pandangan lain yang mengatakan bahawa roh syuhadak sahaja yang akan dimasukkan kedalam syurga, kerana al-Quran dan al-Hadith menyatakan demikiian, Firman Allah: bermaksud; (Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka  hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah ). QS.Ali –Imran: 167-170.

Hadith  lain daripada Sa’id al-Khudri, bererti (Roh syuhadak bebas pergi balik kemudian mereka menetap di lampu-lampu yang tergantung di Arasy, Allah berfirman kepada mereka: Adakah kamu tahu   kemuliaan yang lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada kamu?, lalu mereka menjawab; tidak,  Cuma kami ingin  agar  dikembalikan kedalam jasad   supaya dapat kami berjuang sekali lagi kejalan Allah). Riwayat Hannad dari Ismail bin al Mukhtar dari ‘Atiah.

Hadith Ibnu Abbas menyatakan, sabda Rasul Allah bemaksud: ( Apabila saudara-saudara kamu terkurban dalam peperangan Uhud, Allah masukkan roh mereka kedalam burung-burng hijau yang bekeliaran disungai-sungai syurga, makan buah-buahan syurga, kemudian mereka pulang  kelampu-lampu yang tergantung  dinaungan Arsasy, apabila mereka merasai keenakan makanan dan minuman lalu mereka berkata; siapakah yang dapat menyampaikan berita kepada rakan-rakan kami bahawa kami sekarang hidup dalam syurga dan mendapat rezeki dari Tuhan, agar mereka tidak merasa berat untuk berjuang dan tidak lari dari mati syahid. Maka  Allah berfirman: (Kami akan sampaikan berita kamu kepada mereka, maka Allah turunkan ayat bermaksud: (Dan jangan kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hiidup disisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki daripada Nya). QS.Ali Imran 169.

Hadith lain dari al-A’amasy daripada Abdullah bin Murrah, dari Masruq katanya; Abdullah bin Ma’ud telah ditanya mengenai ayat; (Dan jangalah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah mati malah mereka hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka) Ali Imran:169. Jawabnya memang kami telah Tanya Nabi s.a.w. lalu Baginda menjawab; (Roh orang-orang yang mati syahid berada didalam perut burung hijau yang berlegar didalam syurga kemana sahaja mereka ingin, kemudin kembali menetap dilampu-lampu, maka Allah menjelma kepada mereka seraya bertanya; (Adakah kamu ingin sesuatu yan lain; mereka menjawab;  apakah ada yang  lagi  yang      kami inginkan, sedangkan kami telah bersiar-siar dalam syurga menurut kehenddak kami, Allah terus bertanya mereka hingga tiga kali. Bila mereka terus ditanya juga lalu mereka berkata; Wahai Tuhan, kami ingin supaya pulangkan roh kami kedalam jasad supaya kami dapat berjuang kejalan Mu sekali lagi,  bila mereka tidak ada soalan lain  mereka tidak ditanya lagi. Hadis Muslim  dalam sahehnya.

Bukhari meriwayatkan hadith dari Anas; bahawa Ummu Rabi’ binti al-Barrak iaitu ibu kepada Harisah bin Suraqah telah berjumpa dengan Nabi s.a.w. lalu bertanya; (Hai Nabi Allah,   beritahu kepada saya  berita Harisah – yang terbunuh dalam peperangan Badar    terkena panahan sesat,- kalau dia berada didalam syurga saya akan    sabar, kalau tidak saya akan menangis besungguh-sungguh, jawab Baginda; Wahai Ibu Harisah  sesungguhnya disana beberapa syurga dan anak puan berada dalam syurga Firdaus yang tinggi).

Menurut Ibnu Abbas; Roh orang yang mati syahid berada di dalam perut burung hijau yang bergantung  di buah-buahan syurga, demikian juga pandangan Qatadah katanya; telah sampai berita kepadaku bahawa roh orang yang mati syahid berada didalam badan burung yang berwarna puteh yang sedang memakan buah-buahan syurga.

Menurut Ibnu Umar; semua hadith yang telah disebut sebelum ini jelas menyatakan bahawaa roh orang yang mati syahid sahaja   berada didalam syurga, ada hadith yang menyatakan roh mereka disebut sebagai burung, ada yang menyatakan roh mereka berada didalam perut burung dan ada yang menyatakan roh mereka seperti burung berwarna hijau. Pendapat yang mengatakan roh syuhadak  seperti  burung hijau berdasarkan hadith riwayat Ka’ab bin Malik, bermaksud; (Roh orang beriman seperti burung, tidak menyatakan dalam perut burung ).

Dari Masruq dari Abdullah mengatakan roh mereka seperti burung hijau. Dan dalam Saheh Muslim; Roh Syuhadak berada di dlam perut burung hijau. Kata Ibnu Umar; berdasarkan kepada semua ulasan ini seolah-olah Rasul Allah s.a.w.mengatakan; (Sesungguhnya roh orang yang mati syahid berterbangan bergantung pada pokok-pokok dalam syurga.)

Sumber pengajian;

Ibnu al-Qaiyum, al-Roh, Dar Ibnu Kathir, Berut, cetakan 6, t 2005, hal 255.

Dikirim dalam Hakikat roh | Di tag: | 1 Komen »

Hadis Pintu-pintu Kebaikan dan Kuncinya – 2

Posted by aburedza di 3 Mac 2010

Kuliah Maghrib Masjid Baroh Mata Ayer Perlis pada 25 Feb 2010

Oleh

Ustaz Yaali Dahaman Imam  Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer, Perlis.

Kuliah Hadith

Sambungan kuliah 18 Feb 2010.  ( Sila rujuk di SINI )

Tajuk; Pintu-Pintu Kebaikan dan Jalan-Jalan Pertunjuk Allah

c)      Sembahyang Malam; sembahyang malam setelah bangun dari tidur,  banyak ayat al-Quran dan al-Hadith menyatakan kelebihan sembahyang malam,   Nabi s.a.w. telah menyatakan  berdasarkan  maksud ayat al-Quran; (Mereka meringankan diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur). Dan seterusnya ayat  lain yang menyatakan kelebihan sembayang malam dan membelanjakan harta kejalan Allah:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (١٥)آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ (١٦)كَانُوا قَلِيلا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (١٧)وَبِالأسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ (١٨

15.Sesungguhnya orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman(syurga) dan d imata-   mata air.

16. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka, sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia ialah orang-orang yang berbuat baik.

17. mereka sedikit  sekali tidur di waktu malam,.

18.Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah). ( QS 51.15-18)

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahihnya; bererti; (Sebaik-baik sembahyang selain sembahyang fardu ialah sembahyang malam), Termizi juga meriwayatkan dari Bilal sabda Baginda s.a.w.; (Kamu mesti mengejakan sembahyang malam, sesunguhnya ia adalah kebiasaan para salihin sebelum kamu, dengan qiyam al-lail akan mendekatkan diri kamu kepada Allah, menjauhkan dari dosa, menghapuskan yang buruk dan membuang penyakit dalam badan).  Masa yang afdhal untuk bangun sembahyang  malam(tahjud) ialah di tengah malam, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. bermaksud: (Dan sembahyang seorang itu di tengah malam).

5. Kepala agama Islam, tunggak dan kemuncaknya; Nabi s.a.w. melihat bahawa Mua’az bersungguh-sungguh untuk menambahkan ilmu kenabian dari Muhammad s.a.w., baginda terus menambahkan ilmu pengetahuan kepada Mua’az  setelah menyoalnya dengan kata Baginda; (Mahukah kamu aku ceitakan kepamu),  inilah satu soalan dan cara tarbiyah Nabi yang boleh menambahkan lagi pemerhatian Mua’az terhadap kata-kata Baginda, antaranya;

a. Kepala segala urusan ialah Islam; huraian hadith dari Mua’az bahawa (Sesungguhnya kepala segala urusan  ialah kamu menyaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah tiada sekutu bagi Nya, bahawa Nabi Muhammad hamba Nya dan pesuruh Nya) , dengan ini jelaslah bahawa kepala segala urusan agama  ialah dua kalimah syahadah, siapa yang tidak mengaku dengan keduanya zahir dan batin maka  tidak ada sedikit pun dari ciri-ciri Islamnya. Dikatakan juga bahawa kepala kepada Islam itu adalah rukunnya yang lima.

b.Tunggaknya ialah sembahyang; sembahyang adalah tiang agama, tiang mengangkat sesuatu bangunan begitu juga dengan sembahyang akan mengangkat agama Islam, dengan demikian akan mendekatkan orang yang mendirikan sembahyang dengan Allah serta merasai dirinya perlu   kepada Allah sebagai hamba yang kurang segala-galanya.

c) Kemuncaknya ialah jihad;  amalan yang akan meninggikan Islam ialah jihad, jihad setinggi-tinggi ibadat  dalam Islam, banyak hadith yang menyatakan bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan dalam Islam selepas amalan fardu. Maksud hadith riwayat al-Bukhari; (Daripada Abu Zar katanya; hai Rasul Allah, apakah amalan yang afdzal?, jawab Baginda: Iman dengan Allah kemudian berjihad pada jalan Allah).

6. Kunci segala urusan ialah mengawal lidah; Nabi Muhammmad s.a.w. telah mengakhiri nasihatnya kepada Mua’az  supaya menjaga lidah  agar amalannya lebih sempurna lagi, jelaslah kepada kita betapa pentingnya   mengawal   lidah dari       kejahatan, sabda Baginda bererti; (Siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah bercakap baik atau senyap). Dan dari hadith lain oleh Abu al-Yusri bererti; (Seorang lelaki telah berkata; Wahai Rasul Allah tunjukkan kepada saya amalan yang boleh memasukkan saya kedalam syurga, jawab Baginda; tahanlah ini lalu Baginda mengisyaratkan kepada lidahnya, baginda meneruskan lagi dengan katanya celakalah kamu, seorang itu tidak akan dihumbankan kedalam neraka melainkan disebabkan lidahnya.. Ibnu Rejab al-Hambali berkata; dimaksudkan dengan hasil dari lidah itu ialah balasan buruk terhadap perkataan yang haram, ibarat seorang manusia  beramal  baik atau buruk didunia ini dia akan mendapat  hasilnya diakhirat kelak, kalau baik baiklah dia dan kalau buruk akan menyesal dihari kiamat kelak. Jelaslah dari hadith Mua’az ini bahawa kebanyakan mansuia akan dimasukkan ke dalam neraka kelak disebabkan lidahnya, maksiat lidah juga boleh membawa kepada syirik yang merupakan sebesar-besar dosa terhadap Allah Ta’ala, demikian juga   syahadah palsu, sihir, menuduh sesaorang melakukan zina dan lain-lain dosa besar  atau kecil  seperti dusta, mengumpat dan megacum juga disebut sebagai kawan kepada syirik.

Imam Ahmad dan Termizi meriwayatkan Hadith dari Abu Hurairah yang bererti; (Baginda bersabda ; (Kebanyakan manusia akan dimasukkan kedalam neraka kerana dua ronggaya iaitu mulut dan kemaluan). Umar meriwayatkan hadith dari Zaid bin Aslam dari bapanya; bahawa Umar masuk berjumpa dengan  Abu Bakar yang sedang menarik lidahnya lalu berkata; (Sudahlah tu semoga Allah mengampunkanmu, lalu Abu Bakar  menjawab; ini lah punca aku dihumbankan kedalam kehinaaan). Abu Buraidah berkata; aku nampak  Ibnu Abas memgang lidahnya lalu berkata celakalah   kamu,  berkatalah yang baik necaya kamu akan mendapat untung, dan berhentilah kamu daripada bercakap buruk nescaya kamu akan selamat, kalau tidak kamu akan menyesal. Ada orang bertanya kepadanya, kenapa kamu katakan begini? Jawabnya; Sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa seorang insan akan diperlihatikan apa yang dia kata, tidak ada sesuatu dari badannya  yang paling dimurkai dan dibenci pada hari kiamat lebih dari lidahnya, melainkan siapa yang bercakap  dengan baik.

Ibnu Mas’ud bersumpah dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, tidak ada sesuatu yang perlu dipenjarakan dalam  masa yang lebih lama melain kesalahan dari lidahnya. Hasan al-Basri pula berkata; Lidah ketua bagi badan, jika dia membuat jenayah seluruh badannya akan membuat jenayah sebaliknya jika lidah menjaga kehurmatannya maka seluruh badan akan menjaga kehurmatannya.

7. Sebaik-baik amalan selepas amalan fardu, menurut Imam Malik dan Abu Hanifah bahawa amalan yang afdzal selepas amalan fardzu ialah menuntut ilmu kemudian jihad, Imam Syafi’e pula berpendapat, bahawa amalan yang afdzal ialah sembahyang fardzu dan sunat. Kata Imam Ahmad pula ialah jihad pada jalan Allah.

Diriwayatkan bahawa Baginda Nabi s.a.w. sentiasa ditanya oleh para sahabat tentang amalan yang afdzal, kadang-kadang Baginda menjawab; bahawa sembahyang dalam waktunya, kadang-kandang dijawab; jihad, dan kadang-kadang Baginda menjawab; berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jawapan Baginda berbeza kerana berbezanya keadaan orang yang bertanya atau berbeza waktunya.

  1. Hadith ini memberitahu kepada kita, bahawa para sahabat sentiasa meminta pertunjuk dari Nabi s.a.w. Baginda juga menjelaskan bahawa menunaikan sembahyang lima waktu adalah perkara utama yang perlu dikerjakan, dengannya menjadi sebab dia dmasukkan kedalam syuga dan dijauhi daripada neraka.
  1. Kelebihan jihad, adalah untuk memelihara dan meninggikan syiar Islam.

10.  Bahaya lidah, dimana akan diambil tindakan tehadap percakapannya dan akan dihumbankan kedalam neraka hasil kerjanya.

Bahan Mengajar;

Dr Mustaffa al-Bugha dan Muhyiddin Misto, al-Wafi, Dar Ibnu Kathir, Berut, cetakan ke 10, 1997M, Hal 207

Dikirim dalam Kuliah, Ustaz Ya Ali | Di tag: , | Leave a Comment »

Perisian Tambahan Menulis Ayat Quran Pada Word

Posted by aburedza di 2 Mac 2010

Anda mengahadapi kesukaran menulis Ayat Al Quran dan terjemahannya pada Word? Sila download di sini

http://www.ziddu.com/download/5647444/SetupQuranInWordMalay1.3.exe.html

Selepas didownload perisian ini hendaklah diinstal dan ia akan dimasukkan pada word secara terus. Untuk menggunakannya sila buka word  dan lihat pada menu dan kelik pada menu tambahan baru pada kanan sekali ‘ add-ins’.

Menu baru ‘ Al Quran ‘ akan keluar pada sebelah kiri dan pilih sama ada hendak tulis ayat al quran sahaja dengan 2 pilihan teks atau bersama terjemahan Melayu. Terdapat tetinkap baru muncul dengan meminta memasukan ayat dari surah mana yang kita nak tulis.

Selamat mencuba.

Semuga rahmat Allah dilimpahkan kepada perekanya.

Dikirim dalam Perisian Tambahan Word | Di tag: | 1 Komen »

Kursus Sehari Asas Internet Dan Membina Laman Blogspot

Posted by aburedza di 2 Mac 2010

Masjid As Syakirin 27 Febuari 2010 – Masjid As Syakirin menganjurkan kursus sehari Asas Internet Dan Membina Laman Blogsport

ANJURAN BERSAMAMASJID AS SYAKIRIN DENGAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Gambar-gambar berikut menceritakan sendiri …..

Ucapan Aluan Tuan Imam 1 Ustaz Ya Ali Dahaman

Dikirim dalam Kursus Kumputer, Uncategorized | Di tag: | Leave a Comment »

Khutbah Multimidia

Posted by aburedza di 2 Mac 2010

Masjid Salahuddin Al-Ayubi padang besar

Padang Besar 12 Rabiul Awal 1431 – Penulis bersama Prof Madya Hj Abd Rashid Asgar dan Saudara Amir berhajat untuk sembahyang Jumaat di Masjid Solahuddin Al-Ayubbi, Padang Besar hari ini. Tujuannya untuk melihat kemudahan peralatan untuk kutbah multimidia yang telah digunakan di masjid tersebut.

Rupanya langkah kami bertepatan dengan pelancaran Khutbah Multimidia oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Sebelumnya kami tidak tahu akan majlis pelancaran tersebut.

Sebelum ketibaan Baginda Tuanku Raja Muda saya sempat berbual dengan Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perlis menyatakan hajat kami untuk meninjau kemungkinan untuk memasang kemudahan multimidia di masjid kami. Tuan Pengarah percaya masjid kami berkeupayaan melaksanakannya dan pihak Jabatan akan membantu dimana perlu.

Dalam titah pelancaran, baginda mahu masjid menjadi pusat kegiatan kemasyarakatan dan menjadi arena pengukuhan perpaduan umat Islam.

“Perpecahan juga akan wujud jika ada di kalangan pegawai masjid menyalahgunakan masjid sebagai landasan untuk mencapai cita-cita peribadinya,” titah baginda.

Baginda juga berharap peningkatan kemudahan teknologi terkini dalam institusi masjid akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi mengimarahkan masjid-masjid diseluruh negeri Perlis.

“Jika ada pegawai yang berkebolehan dalam bidang teknologi maklumat, mereka boleh mewujudkan jaringan hubungan dengan masjid-masjid dan menyalurkan maklumat kegiatan melaluinya,” tambah baginda.

Menurut baginda, masjid yang aktif mengadakan kegiatan sudah pasti akan mempunyai peminatnya yang akhirnya masjid itu dapat diimarahkan secara berkesan.

Selepas ucapan pelancaran, khutbah disampaikan oleh Tuan Imam 2. Disamping khutbah pertunjukan power point dibuat pada dua skreen di kiri dan kanan masjid. Persediaan power point nampak kemas walaupun terdapat beberapa slide warna tulisannya pudar. Ada ketika teks khutbah disertakan dan ada ketika pula diringkaskan melalui grafik yang menarik melalui tulisan yang lebih besar untuk memudahkan pemahaman. Penulis difahamkan bahawa persediaan power point tersebut disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Selesai majlis saya sempat berbincang dengan pegawai-pegawai masjid . Menurut saudara Setiausaha Masjid mereka membelanjaka hampir RM30,000.00 untuk memasang kemudahan tersebut. Mereka juga mendapat pertolongan dan khidmat nasihat dari  Universiti Malaysia Perlis.

Dikirim dalam Uncategorized | Di tag: | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.