Mengenai Tempat Roh Selepas Mati
Posted by aburedza di 4 Mac 2010
Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer, Perlis pada 28 Feb 2010
Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran
KULIAH HADITH
Mengenai Tempat Roh selepas mati.
Kuliah sebelum ini sila rujuk DI SINI
Ada pandangan lain yang mengatakan bahawa roh syuhadak sahaja yang akan dimasukkan kedalam syurga, kerana al-Quran dan al-Hadith menyatakan demikiian, Firman Allah: bermaksud; (Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah ). QS.Ali –Imran: 167-170.
Hadith lain daripada Sa’id al-Khudri, bererti (Roh syuhadak bebas pergi balik kemudian mereka menetap di lampu-lampu yang tergantung di Arasy, Allah berfirman kepada mereka: Adakah kamu tahu kemuliaan yang lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada kamu?, lalu mereka menjawab; tidak, Cuma kami ingin agar dikembalikan kedalam jasad supaya dapat kami berjuang sekali lagi kejalan Allah). Riwayat Hannad dari Ismail bin al Mukhtar dari ‘Atiah.
Hadith Ibnu Abbas menyatakan, sabda Rasul Allah bemaksud: ( Apabila saudara-saudara kamu terkurban dalam peperangan Uhud, Allah masukkan roh mereka kedalam burung-burng hijau yang bekeliaran disungai-sungai syurga, makan buah-buahan syurga, kemudian mereka pulang kelampu-lampu yang tergantung dinaungan Arsasy, apabila mereka merasai keenakan makanan dan minuman lalu mereka berkata; siapakah yang dapat menyampaikan berita kepada rakan-rakan kami bahawa kami sekarang hidup dalam syurga dan mendapat rezeki dari Tuhan, agar mereka tidak merasa berat untuk berjuang dan tidak lari dari mati syahid. Maka Allah berfirman: (Kami akan sampaikan berita kamu kepada mereka, maka Allah turunkan ayat bermaksud: (Dan jangan kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hiidup disisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki daripada Nya). QS.Ali Imran 169.
Hadith lain dari al-A’amasy daripada Abdullah bin Murrah, dari Masruq katanya; Abdullah bin Ma’ud telah ditanya mengenai ayat; (Dan jangalah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah mati malah mereka hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka) Ali Imran:169. Jawabnya memang kami telah Tanya Nabi s.a.w. lalu Baginda menjawab; (Roh orang-orang yang mati syahid berada didalam perut burung hijau yang berlegar didalam syurga kemana sahaja mereka ingin, kemudin kembali menetap dilampu-lampu, maka Allah menjelma kepada mereka seraya bertanya; (Adakah kamu ingin sesuatu yan lain; mereka menjawab; apakah ada yang lagi yang kami inginkan, sedangkan kami telah bersiar-siar dalam syurga menurut kehenddak kami, Allah terus bertanya mereka hingga tiga kali. Bila mereka terus ditanya juga lalu mereka berkata; Wahai Tuhan, kami ingin supaya pulangkan roh kami kedalam jasad supaya kami dapat berjuang kejalan Mu sekali lagi, bila mereka tidak ada soalan lain mereka tidak ditanya lagi. Hadis Muslim dalam sahehnya.
Bukhari meriwayatkan hadith dari Anas; bahawa Ummu Rabi’ binti al-Barrak iaitu ibu kepada Harisah bin Suraqah telah berjumpa dengan Nabi s.a.w. lalu bertanya; (Hai Nabi Allah, beritahu kepada saya berita Harisah – yang terbunuh dalam peperangan Badar terkena panahan sesat,- kalau dia berada didalam syurga saya akan sabar, kalau tidak saya akan menangis besungguh-sungguh, jawab Baginda; Wahai Ibu Harisah sesungguhnya disana beberapa syurga dan anak puan berada dalam syurga Firdaus yang tinggi).
Menurut Ibnu Abbas; Roh orang yang mati syahid berada di dalam perut burung hijau yang bergantung di buah-buahan syurga, demikian juga pandangan Qatadah katanya; telah sampai berita kepadaku bahawa roh orang yang mati syahid berada didalam badan burung yang berwarna puteh yang sedang memakan buah-buahan syurga.
Menurut Ibnu Umar; semua hadith yang telah disebut sebelum ini jelas menyatakan bahawaa roh orang yang mati syahid sahaja berada didalam syurga, ada hadith yang menyatakan roh mereka disebut sebagai burung, ada yang menyatakan roh mereka berada didalam perut burung dan ada yang menyatakan roh mereka seperti burung berwarna hijau. Pendapat yang mengatakan roh syuhadak seperti burung hijau berdasarkan hadith riwayat Ka’ab bin Malik, bermaksud; (Roh orang beriman seperti burung, tidak menyatakan dalam perut burung ).
Dari Masruq dari Abdullah mengatakan roh mereka seperti burung hijau. Dan dalam Saheh Muslim; Roh Syuhadak berada di dlam perut burung hijau. Kata Ibnu Umar; berdasarkan kepada semua ulasan ini seolah-olah Rasul Allah s.a.w.mengatakan; (Sesungguhnya roh orang yang mati syahid berterbangan bergantung pada pokok-pokok dalam syurga.)
Sumber pengajian;
Ibnu al-Qaiyum, al-Roh, Dar Ibnu Kathir, Berut, cetakan 6, t 2005, hal 255.
Like this:
Be the first to like this post.
Entri ini telah dipos pada 4 Mac 2010 pada 2:24 AM dan diletakkan dibahagian Hakikat roh.
Di tag: Kuliah Ustaz Ya Ali. Anda boleh mengikuti apa-apa respon kepada pos ini melalui RSS 2.0 feed.
Anda boleh tinggalkan respons, atau trackback daripada laman web anda sendiri.
Mengenai Tempat Roh Selepas Mati – Bahagian 2 « Laman Masjid As Syakirin berkata
[...] Mengenai Tempat Roh Selepas Mati [...]