Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis.11 April 2010
Oleh
Iman Masjid al-Syakirin.
Sambungan Kuliah Hadith Kitab al-Roh.
Hadis yang lalu menerangkan kepada kita bahawa roh dapat berpindah dengan cepat dari timur ke barat, kemudian berpindah semula dari bumi ke langit tempat tinggalnya. Imam Malik dan lain-lain berkata; Bahawa roh lepas bebas boleh bergerak ke mana sahaja dengan kehendaknya, apa yang pernah dilihat oleh orang tertentu dalam mimpinya tentang kedatangan roh kepadanya dari tempat yang jauh adalah sesuatu yang diketahui umum tidak syak lagi akan berlakunya.
Galakan memberi salam kepada ahli kubur dan percakapan mereka bukanlah menandakan roh tidak berada dalam syurga malah di waktu itu juga mereka diperkarangan kubur, Roh Nabi s.a.w. semulia-mulia anak adam berada di diilliyin bersama dengan al-Rafiq al-A’ala menjawab salam ketika umatnya memberi salam dimaqamnya.
Abu Umar r.a. bersetuju mengatakan bahawa roh syuhadak berada di dalam syurga, sedang mereka diberi salam oleh pengunjung dikuburnya sebagaimana diberi salam kepada orang lain, ini adalah ajaran Nabi s.a.w. supaya kita memberi salam kepada mereka, sebagaimana para shabat memberi salam kepada syuhadak Uhud.
Telah sabit dari hadis Nabi s..a.w. yang lalu ,bahawa roh mereka berada di dalam syurga lepas bebas kemana mereka ingin bersiar. Oleh itu dengan sempitnya ilmu kita janganlah menolak hakikat roh dimana sentiasa berada di tempat yang tinggi lepas bebas dalam syurga pergi kemana yang dikehendakinya, dalam waktu yang sama mereka mendengar salam siapa yang menziarahi kuburnya, mereka dekat dan menjawab salam, ketahuilah bahawa sebenarnya roh adalah suatu makhluk yang lain tidak sama dengan badannya.
Nabi s.a.w. pernah melihat malaikat Jibril dengan sayapnya sebanyak enam ratus kepak, dua daripadanya menutup timur dan barat, suatu ketika dia datang mengunjungi Nabi s.a.w. dan duduk di depan Baginda sehingga dia meletak dua lututnya atas lutut Nabi dan dua tangannya memegang kedua peha Nabi, oleh itu kepemahaman kita susah menerimanya, dimana pada ketika itu juga dia berada di tempat yang tinggi atas tujuh lapis langit yang menjadi tempat asalnya. Pada hal dalam waktu yang sama dia berada di samping Nabi, untuk menerima hakikat ini mestilah dari seorang yang diberi pengetahuan yang khas oleh Allah Ta’ala. Bagi siapa yang sempit dadanya untuk menerima hakikat demikian tentu lebih sempit lagi pemikirannya untuk menerima dan beriman dengan turun Nya Allah Ta’ala kelangit bumi setiap malam, sedang Dia (Allah) berada di Arasy Nya atas tujuh petala langit, malah inilah yang layak bagi Allah yang Maha Tinggi Zat Nya.
Demikian juga dengan kata-kata lain, dimana Allah hampir dengan orang-orang yang wuquf di Arafah, demikian juga dengan kehadiran Allah untuk menghisabkan amalan hambaNya pada hari kiamat kelak dan terang benderanglah bumi dengan cahayaNya. Demikian juga dengan kehadiran Allah kebumi ini untuk mengurus tadbir bumi sehingga sebegini adanya. Begitu juga tentang kedatangan Allah pada hari kiamat dan akan mengambil segala yang hidup sebagaimana hadis Nabi yang berberti: “Maka Tuhanmu berkeliling di bumi semuanya telah menjadi kosong, ini semuanya berlaku sedangkan Allah berada diatas langit-langit disinggasana Nya”.
Pasal; Kedudukan roh berbeda selepas kematiannya.
Haruslah diketahui bahawa kedudukan roh selepas matinya adalah berbeda antara satu dengan lain, ada yang kuat dan ada yang lemah, ada yang besar dan ada yang kecil, bagi roh yang besar lagi gagah memepunyai kelebihan berbanding dengan roh yang lain, kita dapat liha reality roh didunia ini tentang wujudnya perbedaan antara satu dengan yang lain, ada yang kuat, lemah, cepat dan mendapat pertolongannya.
Roh yang sudah bebas dari ikatan badannya dan lepas dari tanggungjawabnya mempunyai kekuatan dimana dia bergerak cepat naik kelangit disisi Allah, dan berhubung dengan Nya, dimana roh yang hina terkurung dibadannya tanpa sebarang kekuatan, roh ini bila terpisah dengan badannya adalah lemah tidak dapat mencapai kekuatan sedangkan pada asalnya mereka adalah suci dan mempunyai cita-cita tinggi. Inilah dikatakan bahawa roh akan berbeda keadannya setelah terpisah dengan badan.
Bahan Bacaan Kitab al-Roh Karangan Ibnu Qaiyim hal.269.












