Mengenai Tempat Roh Selepas Mati – Bahagian 2
Posted by aburedza di 9 April 2010
Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 4 April 2010
Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis.
Pengajian Hadith Kitab al-Roh.
Sambungan dari pada http://masjidassyakirin.wordpress.com/2010/03/04/mengenai-tempat-roh-selepas-mati/
Disana banyak hadith-hadith mutawatir[1] yang menyatakan bahawa roh tidak tetap di perkarangan kubur, antaranya hadith yang diriwayatkan oleh al-Barrak bin ‘Azib yang telah diterangkan sebelum ini, bermaksud:
”Ini adalah tempat tinggal kamu sehingga Allah membangkitkan semula pada hari akhirat”.
Juga hadith daripada Anas, bermaksud:
”Apabila seorang hamba Allah meninggal dunia dan dimasukkan ke dalam kuburnya, apabila pulang sahabat yang mengantarnya, dia mendengar bunyi kasut-kasut mereka, dan mereka ditunjukkan tempatnya sama ada di dalam syurga atau di neraka, dan ada kubur yang diluaskan sehingga tujuh puluh hasta luassnya dan ada kubur yang disempitkan iaitu kubur orang kafir”,
demikian juga hadith yang diriwayatkan oleh Jabir, bermaksud;
”Sesungguhnya umat ini akan diuji di dalam kuburnya, apabila mayat orang yang beriman dimasukkan kedalam kuburnya, datanglah malaikat sebaik sahaja rakan-rakannya pulang. Dan dia akan diperlihatkan tempat tinggalnya di dalam syurga lalu dia berkata; tinggallah kami agar kami akan beritahu kepada keluarga kami berita gembira, lalu malaikat berkata kepada mereka; duduklah kamu menetap di sini, dan inilah tempat kamu selama-lamanya”.
Banyak lagi hadith yang menceritakan tentang azab dan nikmatnya roh selepas mati di dalam kubur, begitu juga dengan hadith yang menyarankan supaya memberi salam kepada ahli kubur, mereka bersuara dan mengetahui orang yang menziarahi mereka. Semua berita ini telah diceritakan dalam banyak hadith.
Pandangan tersebut telah ditolak oleh banyak hadith dan athar[2] sahabat yang tidak dapat dipertikaikan kesahehannya, seperti mana disebut sebelum ini, dimana hadith-hatih tersebut menyatakan bahawa roh berada di dalam syurga dengan nas, dan roh berada di samping Allah al-Rafiq al-A’ala, dan telah kami jelaskan bahawa roh dibentangkan tempat tinggalnya di dalam syurga atau neraka. Namun begitu tidak semestinya roh itu berada di perkarangan kuburnya terus meneruus, malah mereka akan balik menziarahi kubur di waktu tertentu sahaja, inilah dikatakan bahawa mereka akan dibentangkan tempat tinggalnya selepas mati. Hendaklah diketahui bahawa roh adalah suatu makhluq Allah yang lain dari yang kita ketahui di mana semasa mereka berada disisi al-Rafiq al-A’ala mereka juga sedang berhubung dengan jasadnya. Ketika seorang memberi salam kepada mereka lalu Allah kembalikan roh kedalam jasad untuk menjawab salam sedangkan ketika itu mereka berada di Rafiq al-A’ala
Amat salah terhadap mereka yang memahami bahawa, roh hanya ditempatkan disuatu tempat sahaja yang tidak bergerak ke tempat lain, malah roh satu ketika berada di upuk tinggi dan dipulangkan kekuburnya untuk menjawab salam terhadap siapa yang meberi salam dan mengenali siapa yang mengziarahinya. Roh Rasul Allah s.a.w. sentiasa berada di Rafiq al-A‘ala, setiap kali uamtnya memberi salam Allah akan kembalikan roh kemaqamnya untuk menjawab salam dan mendengar percakapan mereka.
Rasul Allah s.a.w. pernah melihat Nabi Musa a.s. sembahyang di atas kuburnya, dan pernah melihatnya di langit keenam atau ketujuh, berlakunya keadaan demikian kerana cepatnya pergerakan roh dan berpindah dari satu rempat ketempat lain sekilas mata memandang, atau sama ada perhubungan roh dengan jasadnya seperti cahaya dan panas matahari yang sampai kebumi sedangkan matahari berada dilangit.
Telah dijelaskan sebelum ini, bahawa roh seorang yang sedang tidur naik keatas sujud kepada Allah depan Arasy Nya, kemudian dipulangkan kejasadnya dalam waktu yang cepat, demikian juga roh orang yang baru meninggal dunia akan dibawa oleh malaikat hingga kelangit ketujuh, berhenti dan sujud di depan Allah, kemudian malaikat akan memperlihatkan kepadanya apa yang Allah sediakan kepada mereka di dalam syurga, kemudian turun untuk melihat jasadnya ketika dimandi, diusung dan dikebumikan.
Sebelum ini kita telah fahami hadith riwayat al-Barrak bin ‘Azib bermaksud;”
Sesungguhnya roh sesaorang itu akan dibawa naik sehinga berhenti di hadapan Allah lalu Allah berfirman kepada malaikat; Catitkan tempat hamba Ku ini di Illiyin kemudian bawa pulang kebumi, lalu dipulangkan kekuburnya di waktu jasadnya sedang diuruskan pengkebumiaannya”.
Dalam hadith lain diriwayatkan oleh ibnu Abbas bermaksud;
”Maka dibawa turun rohnya semasa dimandi dan dikapankannya, maka roh itu akan ditempatkan antara jasad dan kain kapannya”.
Seterusnya dicertitakan oleh Talhah bin Abdullah dari bapanya yang berkata:
“ Satu ketika aku masuk kedalam hutan untuk mencari barangku, bila menjelang malam maka aku pun pergi ke kubur Abdullah bin Amrin bin Haram, tiba-tiba aku mendengar suara bacaan al-Quran dari dalam kubur di mana suara itu amat enak yang belum pernah aku dengar sebelumnya, kemudian aku pulang dan bertemu dengan Rasul Allah s.a.w. dan aku ceritakan peristiwa itu lalu Baginda menjawab;
“ Itulah suara Abdullah, tidakkah kamu tahu bahawa sebaik sahaja Allah mengambil roh-roh mereka lalu ditempatkan di lampu-lampu yang diperbuat dari zabarjat dan yaqut, kemudian digantung di tengah syurga, manakala waktu malam dikembalikan roh mereka ke dalam kubur sehinggalah naik fajar kemudian dikembalikan semula ketempat asal mereka.
Kitab al-Roh, Ibnu Qaiyim, hal 266.
[1] Hadits Mutawatir – Hadits yang diriwayatkan oleh banyak orang rawi dalam setiap tabaqah (tingkatan), sehingga mustahil mereka semua sepakat untuk berdusta.
[2] Dalam Ulum Al Hadith oleh Joni Tamkin Borhan menyebut : Ibn Hajar al Asqalani mentakrifkan Athar sebagai apa-apa yang diriwayatkan sama ada daripada sahabat atau Tabi’in. Imam al Nawawi berpendapat Athar adalah apa-apa yang diriwayatkan sama ada daripada Nabi Muhammad s.a.w atau sahabat.












