Mengenai Tempat Roh Selepas Mati – Bahagian 3

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis.11 April 2010

Oleh
Iman Masjid al-Syakirin.

Sambungan Kuliah Hadith Kitab al-Roh.

Hadis yang lalu menerangkan kepada kita bahawa roh dapat berpindah dengan cepat dari timur ke barat, kemudian berpindah semula dari bumi ke langit tempat  tinggalnya. Imam Malik dan lain-lain berkata; Bahawa roh lepas bebas boleh bergerak ke mana sahaja dengan kehendaknya, apa yang pernah dilihat oleh orang tertentu dalam mimpinya tentang kedatangan roh kepadanya dari tempat yang jauh adalah sesuatu yang diketahui umum tidak syak    lagi  akan berlakunya.

Galakan memberi  salam kepada ahli kubur dan percakapan mereka bukanlah menandakan roh   tidak berada dalam syurga  malah  di waktu itu juga mereka diperkarangan kubur, Roh Nabi s.a.w. semulia-mulia anak adam berada di diilliyin bersama dengan al-Rafiq al-A’ala menjawab salam ketika umatnya memberi salam dimaqamnya.

Abu Umar r.a. bersetuju mengatakan bahawa roh syuhadak berada di dalam syurga, sedang mereka diberi salam oleh pengunjung dikuburnya  sebagaimana diberi salam kepada orang lain, ini adalah ajaran Nabi s.a.w. supaya kita memberi salam kepada mereka, sebagaimana para shabat memberi salam kepada syuhadak Uhud.

Telah sabit dari hadis Nabi s..a.w. yang lalu ,bahawa roh mereka berada di dalam syurga lepas bebas kemana mereka ingin bersiar. Oleh itu dengan sempitnya ilmu kita  janganlah menolak  hakikat roh dimana sentiasa berada di tempat yang tinggi lepas bebas dalam syurga pergi kemana yang dikehendakinya, dalam waktu yang sama mereka mendengar salam siapa yang menziarahi kuburnya, mereka dekat dan menjawab salam, ketahuilah bahawa sebenarnya roh adalah suatu makhluk yang lain tidak sama dengan  badannya.

Nabi s.a.w. pernah melihat malaikat Jibril dengan sayapnya sebanyak enam ratus kepak, dua daripadanya    menutup timur dan barat, suatu ketika dia datang mengunjungi Nabi s.a.w. dan duduk di depan Baginda sehingga dia meletak dua lututnya atas lutut Nabi dan dua tangannya memegang kedua peha Nabi,  oleh itu kepemahaman kita susah menerimanya,   dimana pada ketika itu juga dia berada di tempat yang tinggi atas tujuh lapis langit yang menjadi tempat  asalnya. Pada hal dalam waktu yang sama dia berada di samping Nabi, untuk menerima hakikat ini mestilah dari seorang yang diberi pengetahuan yang khas oleh Allah Ta’ala. Bagi siapa yang sempit dadanya untuk menerima hakikat demikian tentu lebih sempit lagi pemikirannya untuk menerima dan beriman dengan turun Nya Allah Ta’ala kelangit bumi setiap malam, sedang Dia (Allah) berada di   Arasy Nya atas tujuh petala langit, malah inilah yang layak bagi Allah yang Maha Tinggi Zat Nya.

Demikian juga dengan kata-kata lain, dimana Allah   hampir dengan orang-orang yang wuquf di Arafah, demikian juga dengan kehadiran Allah untuk menghisabkan amalan hambaNya pada hari kiamat kelak dan terang benderanglah bumi dengan cahayaNya. Demikian juga dengan kehadiran Allah kebumi ini untuk mengurus tadbir bumi sehingga sebegini adanya. Begitu juga tentang kedatangan Allah pada hari kiamat  dan akan mengambil segala yang hidup sebagaimana hadis Nabi yang berberti: “Maka Tuhanmu berkeliling di bumi semuanya telah menjadi kosong, ini semuanya berlaku sedangkan Allah berada  diatas langit-langit disinggasana Nya”.

Pasal; Kedudukan roh berbeda selepas kematiannya.

Haruslah diketahui bahawa kedudukan roh selepas matinya adalah berbeda antara satu dengan lain, ada yang kuat dan ada yang lemah, ada yang besar dan ada yang kecil, bagi roh yang besar lagi gagah memepunyai kelebihan berbanding dengan roh yang lain, kita dapat liha reality roh didunia ini tentang wujudnya perbedaan antara satu dengan yang lain, ada yang kuat, lemah, cepat  dan mendapat pertolongannya.

Roh yang sudah bebas dari ikatan badannya dan lepas dari tanggungjawabnya mempunyai kekuatan dimana dia bergerak cepat naik kelangit disisi Allah, dan berhubung dengan  Nya, dimana roh yang hina terkurung dibadannya tanpa sebarang kekuatan, roh ini bila terpisah dengan badannya adalah lemah tidak dapat mencapai kekuatan  sedangkan pada asalnya mereka adalah suci dan mempunyai cita-cita tinggi. Inilah dikatakan bahawa roh akan berbeda keadannya setelah terpisah dengan badan.

Bahan Bacaan Kitab al-Roh Karangan Ibnu Qaiyim hal.269.

About these ads

3 thoughts on “Mengenai Tempat Roh Selepas Mati – Bahagian 3

  1. abdullah says:

    salam,saya begitu tertarik membaca artikel ini,rasanya begitu gementar sekali apabila memnikirkan mati.Bagaimana hendak mengadap sang Khaliq sedangkan dosa bnyk sekali dipikul..cuma saya kurang jelas tentang turunnya Allah ke langit bumi setiap malam..boleh tak dijelaskan makna “turun” itu.Maha Suci Allah dari bersifat makhlukNya.

    hamba Allah yang kurang ilmu bertanya.

    • aburedza says:

      Daripada Ustaz Yaali bin Dahaman

      Bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pembaca mengenai dengan kehadiran Allah kebumi ini untuk mengurus tadbir Alam ini.

      Allah tetap bersemayam diatas ArasyNya, maksud turun disini ialah mengurus tadbir alam bumi ini sebagaimana yang berada sekarang ini, sebab antara kekuasaan Allah dan KudratNya bila Dia hendak sesuatu memadai hanya Allah berfirman Jadilah maka jadilah sesuatu menurut kehendakNya.

      إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

      82. Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. maka ia terus menjadi. Yasin:82.

      Daripada Ustaz Yaali bin Dahaman

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s