| Oleh Al-Ustadz Ahmad Hamdani Ibnu Muslim |
| http://www.alquran-sunnah.com/ |
Sesungguhnya memahami Kalamullah adalah cita-cita yang paling mulia dan taqarrub (pendekatan diri kepada Allah) yang paling agung. Amalan ini telah dilakukan shahabat, tabi’in dan murid-murid mereka yang menerima dan mendengar langsung dari guru-guru mereka. Kemudian dilanjutkan oleh generasi berikutnya yang mengikuti jejak mereka hingga hari kiamat.Tidak diragukan, orang pertama yang menerangkan, mengajarkan, dan menafsirkan Al Qur’an adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Para shahabat telah menerima Al Qur’an dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam secara bacaan dan pemahaman. Mereka mengetahui makna-makna, maksud-maksud dan rahasia-rahasianya karena kedekatan mereka dengan Rasulullah, khususnya Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin, Abdullah bin Mas’ud, Ibnu Abbas, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Tsabit, Abu Musa Al-Asy’ari dan Abdullah bin Az-Zubair radhiallahu ‘anhum.
Mereka adalah para shahabat yang terkenal alim di antara shahabat lainnya. Para shababat adalah guru-guru bagi tabi’in yang di kemudian hari melahirkan ahli tafsir dari generasi ini di Makkah, Madinah dan Irak. Dari shahabat dan tabi’in, dilahirkan ahli tafsir yang mengetahui sejarah tafsir -di madrasah tafsir dengan atsar (jejak/petunjuk) Nabi dan Shahabat- yaitu imam besar dalam ushul tafsir: Muhammad bin Jarir Ath-Thabari (wafat 310 H). Ciri khas dari madrasah tafsir dengan atsar adalah menafsirkan ayat Al Qur’an dengan satu atau lebih ayat Al Qur’an lainnya. Bila tidak memungkinkan maka ditafsirkan dengan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang shahih. Jika tidak ditemukan hadits yang menjelaskannya maka ditafsirkan dengan ucapan shahabat terutama shahabat yang telah disebutkan di atas. Jika ucapan shahabat tidak ditemukan maka dengan ucapan tabi’in seperti Mujahid, Ikrimah, Sa’id bin Al-Musayyib, Sa’id bin Jubair, ‘Atha bin Abi Rabbah dan Al-Hasan Al-Basri. Namun jika semuanya ada, maka biasanya disebut semua. Adapun menafsirkan Al Qur’an dengan akal semata, haram menurut kesepakatan ulama Ahlus Sunnah, apalagi tafsir yang dilandasi ilmu filsafat -walaupun terkadang benar- termasuk dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: Di abad ke-8 Hijriyah lahir seorang ulama ahli tafsir yang merupakan alumnus akhir madrasah tafsir dengan atsar. Dialah Isma’il bin ‘Umar bin Katsir rahimahullah, salah seorang murid Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (wafat tahun 774 H). Tafsirnya dijadikan rujukan oleh para ulama dan penuntut ilmu semenjak jaman beliau hingga sekarang. Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah -beliau juga menulis tafsir- mengatakan bahwa Tafsir Ibnu Katsir adalah salah satu kitab tafsir terbaik, jika tidak bisa dikatakan sebagai tafsir terbaik, dari kitab-kitab tafsir yang ada. Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah menilai tafsirnya menakjubkan, belum ada ulama yang menandinginya. Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah dalam bukunya Al-‘Ilmu menganjurkan penuntut ilmu membaca Tafsir Al Qur’anil ‘Azhim atau yang lebih dikenal dengan Tafsir Ibnu Katsir. Wallahu a’lam. ____________________________ Download E-Book Tafsir Ibn Katsir DI SINI |
Arkib bagi Bulan Oktober 2011
Download E-Book Tafsir Ibn Katsir
Posted by aburedza di 13 Oktober 2011
Dikirim dalam Tafsir | Di tag: Ibn Katsir, Tafsir Ibn Katsir | 1 Komen »
Akhir Hidup Yang Buruk Bergantung Kepada Amalan Di Akhir Hayatnya
Posted by aburedza di 12 Oktober 2011
Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 25 Sept 2011
Oleh
Ustaz Ya ali Bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
(Sambungan) Akhir Hidup Yang Buruk Bergantung Kepada Amalan Di Akhir Hayatnya
Saidatina A`ishah telah berkata; bahawa Nabi s.a.w. banyak berdo`a dengan ;
Ertinya: “Wahai Allah yang membalikkan hati tetapkanlah hatiku atas keta`atan kepadaMu,, lalu aku bertanya; wahai Rasul Allah sesungguhnya engkau banyak berdo`a dengan do`a ini adakah engkau takut?. Jawab Baginda; “Wahai Aishah apa yang membimbangkan aku bahawa hati manusia terletak antara dua jari-jari Allah yang Jabbar, jika sekiranya Dia akan mengubahkan hati hambaNya Dia akan mengubahnya”.
Ulamak telah berkata; Bahawa hidayah kepada agama Islam adalah urusan Allah, hidup dengan Istiqamah dalam Islam juga urusanNya, baik buruk akhir hayat kita juga ketentuan Allah. Kehendak kita tidak boleh mengatasi kehendak Allah, oleh itu jangan kamu rasa bangga dan kagum dengan iman, amalan, sembahyang , puasa dan seluruh amalan yang kamu kerjakan, ini semuanya walaupun hasil kerjamu sebenarnya adalah berlaku dengan kemurahan dan pemberian Allah kepadamu, sekiranya kamu rasa bangga dengan amalan tersebut seolah-olahnya kamu berbangga dengan harat orang lain yang kamu miliki, justeru bila-bila sahaja Allah boleh mengambil semula darimu, seperti musibah yang berlaku diatas muka bumi yang melenyapkan lalu hilang segala manfaatnya seperti rebut dan banjir. Demikian juga hal manusia yang berimam sebelah petang hingga jatuh matahari, lalu bangun sebelah paginya berubah menjadi manusia yang zalim dan jahat..Ini semuanya adalah uruasan Allah Yang Berkuasa Lagi Bijaksana terhadap hambaNya
Imam al-Nasaii meriwayatkan daripada Usman katanya; “Jauhkan dirimu dari arak kerana ianya ibu segala kejahatan, ada seorang lelaki sebelum daripada kamu kuat ibadatnya, sehingga diicintai oleh seorang wanita, kemudian wanita tersebut mengirimkan pembantu rumahnya untuk bertemu dengan lelaki berkenaan, sebaik sahaja lelaki berkenaan diziarahi oleh perempuan suruhan itu lalu berkata kepada lelaki ahli ibadat tersebut; saya diperintah untuk menjemput tuan untuk menjadi saksi dalam satu kes dirumah tuan saya,; lelaki berkenaan bersetuju lalu mengikut pesuruh berkenaan kerumah wanita itu, apabila mereka masuk kedalam rumah lalu melihat wanita yang cantik dan menarik, disisi wanita itu ada seorang budak lelaki dan sebekas arak. Tuan rumah meberitahu lelaki berkenaan dengan katanya ,; Saya menjemput tuan bukan untuk menjadi saksi, tetapi saya menjemput tuan supaya dapat memuaskan hati saya (zina), atau minum arak atau membunuh budak lelaki ini. Jawab lelaki kalau begitu berilah saya menum arak, lalu diberi minum segelas arak, bila habis diminum dia meminta supaya ditambah lagi, setelah ditambah lalu lelaki tersebut berzina dengan wanita dan membunuh budak lelaki kerana telah mabuk. Kata Usman; Maka hendaklah kamu jauhi arak maka sesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan Iman dan Mabuk arak dalam hati sesaorang melainkan dibimbangi akhir hayat dengan salah satu dari keduanya:.
Bahan bacaan, Kitab al-Tazkirah , al-Qurtubi, Dar-al-Salam, Cetakan kedua 2008 M, hal. 43
Dikirim dalam Kuliah, Ustaz Ya Ali | Di tag: Amalan Akhir Hayat, Tazkirah Qurtubi | Leave a Comment »
Sambil santai Menati Isyak Jom Menonton Debat Dr Zakir Naik – Dr William Cambel
Posted by aburedza di 10 Oktober 2011
Pada setiap hari Jumaat Malam Sabtu, Biro IT Masjid As Syakirin mengisi slot Magrib ke Isyak dengan pertujukan video you tube. Pada 3 minggu yang lepas solt ini diisi dengan Debat Dr zakir Naik dengan Dr Wiliam Cambel, mengenai , Al Quran Dan bible Mengupas Ilmu Pengetahuan.
Debat ini telah di susun dan boleh di tonton melalui laman Masjid As Syakirin
Dikirim dalam Al Quran, BIBLE | Di tag: Dr Zakir Naik | Leave a Comment »
Majlis Meraikan Bakal Haji 1432
Posted by aburedza di 10 Oktober 2011
Masjid As Syakirin 30 September 2011
Seramai 6 orang bakal haji akan berlepas ke tanah suci pada tahun ini di raikan didalam majlis ringkas selepas Sembaynag fardzu Isyak. Mereka ialah:
En. Azahari Bin Hj. Saad
Pn. Syamsiah Bt. Kasim
En. Mazlan bin Ariffin
En. Abdul Wahab Bin Kasim
Pn. Khadijah Bt. Man
En. Md Nor bin Ibrahim
Tuan Imam, Ustaz Ya Ali Bin Dahaman didalam ucapanya menasihati bakal -bakal haji untuk menghafal 13 pekara pantang larang semasa ihram, supaya tidak melakukan kesalahan. Semasa di Tanah Suci jangan terikut-ikut amalan orang tetapi ikutlah apa yang kita sendiri pelajari.
Masjid As Syakirin membekalkan wang tunai RM100.00 seorang sebagai sumbangan dari anak kariah. Majlis diakhiri dengan Dos selamat dan jamuan nasi.
Berikut gambar berkaitan
Dikirim dalam Haji | Di tag: Bakal Haji 1423 | 1 Komen »
Maulana Mohammad Asri Yusof: Anak Cucu Nabi S.A.W Yang Dilupa Dan dipinggirkan
Posted by aburedza di 10 Oktober 2011
PENDUSTAAN SYIAH TENTANG ANAK CUCU NABI S.A.W
Fail 1
Sejarah itu menggumpulkan riwayat-riwayat yang betul dan karut …..
Anak-anak Nabi saw:
1. Kasim (anak dari Khadijah r.a – wafat sejak kecil)
2. Abdullah (anak dari Khadijah r.a – wafat sejak kecil)
3. Tayib atau Tahir (anak dari Khadijah r.a – wafat sejak kecil)
4. Ibrahim ( anak dari Mariah al Qibti r.a – wafat sejak kecil) ……..
Fail 2
Ibrahim meninggal umur 16 bulan. Ada ulama kata Tayib atau Tahir itu adalah Abdullah.
Anak perempuan nabi s.a.w:
1. Zainab ( Isteri kepada Abul ‘As ) – lahir tahun 10 sebelum kenabian, anak gadis yang awal masuk Islam. berhijrah di jalan Allah. Keguguran kandungan apabila nak berhijrah dan terpaksa tangguh. Suaminya anak saudara Khadijah. Abul As masuk islam tahun 6H dan Ia digelar al Amin.Lepas islam baru hijrah ke Madinah menyusul Zainab. Zainab meningal pada tahun ke 8 H. Abul As sahid di perang Yamamah pada tahun 12 H zaman saidina Abu Bakar sebagai Khalifah.
2. Ruqaiyah ( Isteri Usman bin Afan )
3. Fatimah ( Isteri Ali bin Abi Thalib)
4. Ummi Kalsom ( Isteri Usman bin Afan)
Cucu nabi lelaki:
1. Ali bin Abul Ash – cucu lelaki pertama nabi s.a.w. Lahir pada 7 atau 8 tahun sebelum Hijrah. Hidup bersama nabi sebab ayahnya belum Islam.
2. Abdullah bin Usman
3. Hasan bin Ali
4. Hussain bin Ali
Cucu Perempuan;
1. Ummamah binti Abul As
2. Ummu Kalsom binti Ali
3. Zainab binti Ali ……
Fail 3
Zainab, menikah dengan Abu Al-Ash bin Rabi’ bin Abdul Uzza bin Abdul Syams sepupu Zainab, karena ibunya adalah Hala binti Khuwailid (saudara dari Khadijah binti Khuwailid). Zainab mempunyai anak bernama Ali (yang Syiah kata meninggal waktu kecil) dan Umamah yang digendong oleh Nabi saw waktu shalat dan setelah dewasa menikah dengan Ali bin Abi Thalib setelah Fatimah wafat.
Cerita Abul Ash suami Zainab …….. pujian Nabi s.a.w kepadanya.
Nabi s.a.w marah kepada Ali kerana Ali nak menikah dengan anak Abu Jahal ….
Fail 4
Kisah cucu pertama nabi Ali bin Abul As , anak dari Zainab. Lahir 7 atau 8 tahun sebelum Hijrah. Selepas susuan nabi sendiri menjaganya. Nabi sangat sayang cucu ini. Masa pembukaan Mekah nabi gendong beliau diatas unta. Masa itu umur 14-15 tahun semasa pembukaan Mekah beliau membantu mebuang berhala di kaabah. Perang Yarmuk 15 Hijrah ia terlibat. Sahid di Yarmuk pada umur 22 tahun, cucu pertama sahid.
Iqbal berkata mengenai Ali bin Abul As …..
Fail 5
Syiah menukar kelebihan Ali bin Abul Ash kepada Ali bin Abi Thalib : menjadi Nabi s.a.w menjunjung Ali bin Abi Thalib, yang tak masuk akal, menantunnya Ali berumur muda 26 atau 32 tahun sedang nabi berumur lebih 60 tahun pada pembukaan Mekah pada tahun 8 H bulan Ramadan. Adakah lojik naik atas belakang – bahu Nabi ……
Cerita dogeng Syiah kelebihan Ali bin Abi Thalib ……..
Ukuran Kaabah …..
Hanya Hakim seorang yang membawa riwayat Ali bin Abi Thalib naik atas bahu Nabi tetapi pada ketika Hijrah bukan masa pembukaan Makah – ini juga tidak munasabah…… Menurut kebanyakan ulamak Hakim adalah Syiah Rafidah…… Imam Zahabi kata ia seorang Syiah …..
Syidina Hussain terpedaya dengan Syiah Kufah ….. sehingga syahid di Karbala..
Fail 6
Ali bin Abi Thalib dilahir di dalam Kaabah? …..
Kisah Umamah cucu perempuan sulung Rasulullah… beliau lah yang naik atas belakang nabi semasa sembahyang, juga baginda dukung semasa sembahyang…… Umamah tingal dengan nabi sejak umur 6 tahun. Kelebihan Umamah kepada nabi ….. Fatimah berpesan kepada Ali sebelum Fatimah meninggal, jika nak kahwin, kahwin lah dengan anak saudaranya Umamah. Umamah berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib dan hidup bersama selama 30 tahun sehingga Ali di bunuh, lebih lama dari hidup dengan Fatimah. Syiah kata Umamah mandul. Sebenarnya Umamah ada anak dengan Ali bernama Mohammad al Ausad, kata ahli sejarah seperti Baladuri ,Ibnu Athir dan lain-lain, Imam Zahabi berkata anaknya lebih dari seorang …
Selepas Ali wafat Umamah berkahwin Mugirah bin Naufal dan ada anak bernama Yahya.
Abul al Ash adalah dari bani Umaiyah yang di musuhi dan didendami Syiah …. itu punca Syiah berdusta. Syiah berkata Nabi tidak mempunyai anak perempuan selain Fatimah. Zainab bukan anak Nabi kata Siyah.
Ruqaiyah – lahir 7 atau 8 tahun sebelum kenabian, ia jelita. …….. Syiah menuduh ia kahwin dengan anak Abu Jahal begitu juga Umi Kalsom. Sebenarnya dusta dan tak masuk akal menikah masa sangat kecil … tujuannya untuk memburukkan Usman bin Afan.
Fail 7
Ruqaiyah berkahwin dengan Usman. Berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali dengan Usman, kemundian berhijrah pula ke Madinah. Fatimah hanya sekali berhijrah. Anak mereka bernama Abdullah. Nabi beri pembantu rumah kepada Ruqaiyah. Ruqaiyah sakit pada perang Badar pada tahun 2 H – nabi tak benar Usman ke Badar untuk jaga anak Nabi. Usamah juga tak dibenar pergi perang Badar. Ruqaiyah meninggal, setelah selesai perang Badar Ruqaiyah telah di kuburkan.
Zuriat Abdullah ada hingga sekarang. Bergelar Abdullah al Akbar. Sejarah Syiah telah mematikannya pada tahun ke 4 H. Sedangkan Usman pergi ke Hijrah pada tahun ……
Al Masudi sejarawan Syiah membocor rahsia : Anak usman ada 2 anak dengan Ruqaiyah Abdullah al Akbar dan Abdullah al Asrar.
Fail 8
Al Masudi sejarawan Syiah membocor rahsia : Anak Usman ada 2 anak dengan Ruqaiyah Abdullah al Akbar dan Abdullah al Asrar. Al Asrar hidup hingga 76 tahun dan mati di patuk ayam.
Kesimpulan : Anak ruqaiyah tidak mati kecil.
Ibnu Taimiyah kata : mereka tidak mati kecil. Ali Zainal Abidin termasuk tabiin besar dan berguru dengan Abdullah bin Usman bin Afan.
Fatimah – anak perempuan Nabi s.a.w ke 3 bukan pertama. Tahun kelahiran : Tahun 1 kenabian, ke 5, …..
Fail 9
Hujah Umi Kalsom anak sulung , bukan Hasan anak sulung. Hussain lahir tahun 9H bukan bukan tahun ke 4H. Hujahnya …
Persoalannya siapakah yang mula-mula dilahirkan oleh Fatimah. Syiah Rafidhah dan ahli sejarah mendakwa Hasanlah yang sulung. Dengan huraian di atas, dakwaan ini dengan sendirinya tertolak.
Dalam hal ini Mulla Baqir al-Majlisi menulis: ” Mendengarkan perkara itu, Fatimah berada dalam keadaan sedih dan sugul. Beginilah keadaan sehingga ke malam. Apabila malam menjelang beliau meletakkan Hasan di bahu kanan dan Husain di bahu kiri sementara memimpin tangan Ummu Kulthum….. Dalam perjalanan pulang Rasulullah s.a.w. mengangkat Hasan dan Fatimah pula mengangkat Husain dan memegang tangan Ummu Kultum menuju ke masjid.” (Jila’ al-`Uyun, jil. 1 hal. 217,218)
Perhatikan adakah Hasan dan Husain yang berada di atas dukung lebih besar atau Ummu Kulthum yang dipimpin itu lebih besar? Peristiwa ini sendiri membuktikan bahawa Ummu Kulthum lebih tua daripada Hasan dan Husain. Ketika Sayyidina Ali berkahwin pada tahun 4H maka anak yang pertama dilahirkan itu adalah Ummu Kulthum. Nampaknya seolah-olah tidak mungkin Hasan dilahirkan sebelum tahun 5H. Ummu Kulthum ini kemudiannya diperisterikan oleh Sayyidina Umar yang melahirkan dua orang cahaya mata untuk beliau iaitu Zaid dan Ruqayyah.
Fail 10
Surah ahzab turun tahun 6H, hasaan belum lahir bagaimana boleh jadi hadis Nabi selimut Hasan dan Hussain …..
Mengapa Syiah berbohong Hasan anak sulung, bukan Umu Kalsom…..
Kisah Yazid dan Umi Kalsom ….
Zainab bin Ali anak kedua ……
Umi Kalsom dan zainab menjadi saksi BUKAN Yazid membunuh Hussain – ini adalah diceritakan oleh al Majlisi seorang Ulama Syiah sendiri.
Fail 11
Perkahwinan Umu Kalsom dengan Usman selepas Ruqaiyah meningal…
Fail 12
Dikirim dalam Syiah | Di tag: Anak cucu nabi | Leave a Comment »
Cubaan font arab untuk wordpress
Posted by aburedza di 9 Oktober 2011
Cubaan font arab untuk wordpress – mengapa fonts arab untuk worpress tidak menarik, dan tidak berubah jika sekalipon kita tukar jenis fontnya?
Sapa-sapa tau tolong beri komen, atau cadangan. Lihat paparan berikut:
Diriwayatkan oleh Imam Muslim Dari Abu Hurairah r.a. sabda Nabi s.a.w.
“ان الرجل ليعمل الزمان الطويل بعمل أهل الجنة ثم يختم له عمله بعمل اهل النار ، وان الرجل ليعمل الزملن الطويل بعمل اهل النار ثم يختم له بعمل اهل الجنة “.
Etinya: “Sesungguhnya ada orang yang beramal dengan amalan ahli syurga pada waktu yang lama, kemudian ia megakhiri amalnya itu dengan amal ahli neraka, dan sesungguhnya ada orang yang beramal amal ahli neraka pada waktu yang lama, kemudan ia menutup amalnya itu dengan amal ahli syurga”.
Ubah jenis font ia kekal sama!
tahoma
“ان الرجل ليعمل الزمان الطويل بعمل أهل الجنة ثم يختم له عمله بعمل اهل النار ، وان الرجل ليعمل الزملن الطويل بعمل اهل النار ثم يختم له بعمل اهل الجنة “.
Caurieu New
“ان الرجل ليعمل الزمان الطويل بعمل أهل الجنة ثم يختم له عمله بعمل اهل النار ، وان الرجل ليعمل الزملن الطويل بعمل اهل النار ثم يختم له بعمل اهل الجنة “.
Arabic typesetting
“ان الرجل ليعمل الزمان الطويل بعمل أهل الجنة ثم يختم له عمله بعمل اهل النار ، وان الرجل ليعمل الزملن الطويل بعمل اهل النار ثم يختم له بعمل اهل الجنة “.
Traditional Arabic
“ان الرجل ليعمل الزمان الطويل بعمل أهل الجنة ثم يختم له عمله بعمل اهل النار ، وان الرجل ليعمل الزملن الطويل بعمل اهل النار ثم يختم له بعمل اهل الجنة “.
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Keajaiban Air
Posted by aburedza di 5 Oktober 2011
Inilah keajaiban air yang sangat luar biasa. Ternyata air dapat mendengar dan molekulnya berubah bentuk (Luar biasa…!!!).
Dalam kitab-kitab tafsir klasik, ayat tadi diartikan bahwa tanpa air semua akan mati kehausan. Tetapi di Jepang, Dr. Masaru Emoto dari Universitas Yokohama dengan tekun melakukan penelitian tentang perilaku air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sampai -5oC di laboratorium, lantas difoto dengan mikroskop elektron dengan kamera kecepatan tinggi. Ternyata molekul air membentuk kristal segi enam yang indah. Percobaan diulangi dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepang)” di depan botol air tadi. Kristal kembali membentuk sangat indah. Lalu dicoba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepang, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan musik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.
Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicoba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah…..
Berikut adalah gambar keajaiban air tsb :
Ketika dibacakan doa untuk kesembuhan didepan sebotol air maka terekam kristal seperti gambar dibawah:

Ketika dicoba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan.

Ketika diputarkan musik symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga.

Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal akan hancur.

Kristal air ini merekam lagu ‘Imagine’ dari John Lennon. Spt lagunya, kristal ini unik dan indah. Setiap elemen tumbuh dg harmonis.

Saat diungkapkan ‘war’, kpd kristal air (sebelah kiri), maka bentuk kristal ‘peace’ (kanan) tertabrak oleh benda mirip pswt (WTC pd 9 Sept). Gb direkam sblm kejadian.

Selanjutnya ditunjukkan kata ”malaikat” : terbentuk rantai dg kristal hexagonal yg indah (gambar kiri) dan ketika ditunjukan kata “setan”, kristal berbentuk buruk dg bola api ditengah (gambar kanan).

Kristal air yang direkam dari mata air yg masih jernih di Jepang.

Dr. Emoto akhirnya berkeliling dunia melakukan percobaan dengan air di Swiss, Berlin, Prancis, Palestina, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk mempresentasikan temuannya pada bulan Maret 2005 lalu. Ternyata air bisa “mendengar” kata-kata, bisa “membaca” tulisan, dan bisa “mengerti” pesan.
Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr. Masaru Emoto menguraikan bahwa air bersifat bisa merekam pesan, seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat konsentrasi pemberi pesan, semakin dalam pesan tercetak di air. Air bisa mentransfer pesan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali temuan ini bisa menjelaskan, kenapa air putih yang didoakan bisa menyembuhkan si sakit. Dulu ini kita anggap musyrik, atau paling sedikit kita anggap sekadar sugesti, tetapi ternyata molekul air itu menangkap pesan doa kesembuhan, menyimpannya, lalu vibrasinya merambat kepada molekul air lain yang ada di tubuh si sakit. Tubuh manusia memang 75% terdiri atas air. Otak 74,5% air. Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air.
Air putih galon di rumah, bisa setiap hari didoakan dengan khusyu kepada Allah, agar anak yang meminumnya saleh, sehat, dan cerdas, dan agar suami yang meminum tetap setia. Air tadi akan berproses di tubuh meneruskan pesan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Allah, pesan tadi akan dilaksanakan tubuh tanpa kita sadari.
Bila air minum di suatu kota didoakan dengan serius untuk kesalehan, insya Allah semua penduduk yang meminumnya akan menjadi baik dan tidak beringas. Rasulullah saw. bersabda, “Zamzam lima syuriba lahu”, “Air zamzam akan melaksanakan pesan dan niat yang meminumnya”. Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan sakit, dia akan sembuh. Subhanallah . Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat karena dia menyimpan pesan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s.
Bila kita renungkan berpuluh ayat Al Quran tentang air, kita akan tersentak bahwa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahwa air tidak sekadar benda mati. Dia menyimpan kekuatan, daya rekam, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Shalat wajib perlu air wudlu 5 kali sehari. Habis bercampur, suami istri wajib mandi. Mati pun wajib dimandikan. Tidak ada agama lain yang menyuruh memandikan jenazah, malahan ada yang dibakar. Tetapi kita belum melakukan zikir air. Kita masih perlakukan air tanpa respek. Kita buang secara mubazir, bahkan kita cemari. Astaghfirullah.
Seorang ilmuwan Jepang telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al Quran dan hadits.
“Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup.” (QS. Al Anbiya : 30).
Informasi lengkap penelitian dan publikasinya Dr. Masaru Emoto dapat dilihat di alamat berikut ini : http://www.masaru-emoto.net/
Wallahu a’lam ..
Sumber : http://pandu83.wordpress.com
Gambar diambil dari http://prayudi.wordpress.com
Dikirim dalam Air | Di tag: Dr. Masaru Emoto, Keajaiban Ayer | Leave a Comment »













Sesungguhnya memahami Kalamullah adalah cita-cita yang paling mulia dan taqarrub (pendekatan diri kepada Allah) yang paling agung. Amalan ini telah dilakukan shahabat, tabi’in dan murid-murid mereka yang menerima dan mendengar langsung dari guru-guru mereka. Kemudian dilanjutkan oleh generasi berikutnya yang mengikuti jejak mereka hingga hari kiamat.Tidak diragukan, orang pertama yang menerangkan, mengajarkan, dan menafsirkan Al Qur’an adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Para shahabat telah menerima Al Qur’an dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam secara bacaan dan pemahaman. Mereka mengetahui makna-makna, maksud-maksud dan rahasia-rahasianya karena kedekatan mereka dengan Rasulullah, khususnya Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin, Abdullah bin Mas’ud, Ibnu Abbas, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Tsabit, Abu Musa Al-Asy’ari dan Abdullah bin Az-Zubair radhiallahu ‘anhum.





