Himpitan Kubur
Posted by aburedza di 7 Februari 2012
Kuliah Subuh, Masjid al-Syakirin, Oran Mata Ayer, Perlis pada 15 jan 2012
Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
Bab: Memilih Kubur Bersama Orang Soleh
Diceritakan seorang wanita dikebumikan bersebelahan orang yang fasiq, sedangkan wanita itu seorang yang solehah. Satu hari keluarganya bertemu dengannya dalam mimpi lalu berkata kepada mereka: “Apakah kamu tidak mendapat tempat untuk mengkebumikan aku selain dari tempat ini (iaitu tempat pembakaran kapur)?, lalu keluarganya menyiasat dan bertanya tentang jirannya didalam kubur, katanya; “Mungkin maksud tempat pembakaran kapur tersebut ialah kubur orang yang fasiq, “Mereka pun mengeluarkan jenazah perempuan itu dari kuburnya dan memindahkan ketempat lain jauh dari kubur orang yang fasiq itu. Tidak ada ulamak yang melarang mereka berbuat demikian. Dalam cerita yang lain, seorang Arab telah meninggal dunia, kemudian anaknya bermimpi bertemu dengan ayahnya dan bertanya; “Apakah yang dilakukan oleh Allah Ta`ala kepada ayah?” Jawab ayahnya; “Baik, kecuali setelah kamu mengkebumikan aku berjiran dengan orang yang fasiq, aku sering mendengar teriakannya ketika diazab oleh Allah Ta`ala”.
Bab: Himpitan Kubur Walaupun Terhadap Orang Saleh
Hadith riwayat al-Nasaai;
ان النبي صلى الله عليه وسلم قال في سعد بن معاذ : لقد تحرك له العرش وفتحت له أبواب السماء وشهده سبعون الفا من الملأئكة ولقد ضمه ضمة ثم فرج عنه .
Ertinya: Bahawa Nabi s.a.w. bersabda tentang Sa`ad bin Mu`az: “Arasy bergerak kerananya, pintu langit terbuka untuknya, disaksikan tujuh puluh malaikat, meskipun begitu ia telah dihimpit oleh tanah kemudian dikeluarkan kembali”. Dalam riwayat yang lain dari Aisyah r.a bahawasanya beliau berkata:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: للقبر ضغطة لو نجا منها أحد لنجا منها سعد بن معاذ”.
Ertinya: “Telah bersabda Rasul Allah s,a,w, : Kubur itu mempunyai himpitan, maka kalau ada orang yang selamat darinya maka Sa`ad pun akan selamat darinya”.Menururt pendapat ulamak bahawa seorang mayat tidak akan diazab kerana tangisan dan ratapan keluarganya kecuali ia telah mewasiatkanya atau redha terhadapnya. Sebahagian ulamak yang lain pula berkata; Bahawa mayat akan diazab kerana ratapan dan tangisan keluarganya meskipun mereka tidak diberi wasiat agar tidak menangis dan meratap. Pendapat ini berdasarkan kepada hasith;
“ان الميت ليعذب ببكاء الحي عليه ، اذا قالت النائحة: واعضداه ، وانا صراه ،وأكايسة حبذا الميت وقيل له : أنت عضدها؟ أنت ناصرها؟ أنت كايسها” .
Ertinya; “Sesungguhnya seorang mayat akan diazab kerana tangisan orang yang hidup atasnya, ketika orang yang terisak meratap berkata: Siapa yang akan menolongku? Siapa yang akan membantuku? Siapa yang akan melindungiku?. Maka akan dikatakan kepada simayat: Kamulah penolongnya, kamulah pembantunya dan kamulah pelindungnya”. Imran bin Hisham berkata:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ان الميت ليعذب ببكاء الحى عليه
Ertinya; “Telah bersabda Rasul Allah s.a.w.Seorang mayat akan diazab kerana tangisan orang yang hidup atasnya”. Ada orang yang berkata: “Ada orang yang mati di Khurasan, lalu ditangisi disini, bagaimana ia boleh diazab? Lalu Imram berkata kepadanya: “Rasul Allah s.a.w. berkata benar dan engkau berdusta”.
Bahan Bacaan; Abdul Wahab al-Sya`rani, Mukhtasar Tazkirah al-Qurtubi, terjemahan, Jasmin, t. 2008M, hal. 85












