Laman Masjid As Syakirin

Mukim Oran, Mata Ayer, Perlis

PERKARA YANG MENYELAMATKAN MANUSIA DARI AZAB KUBUR

Posted by aburedza di 13 Jun 2012

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Orang Mata Ayer Perlis, pada 8 Jun 2012

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman

Imam Masjid al-Syakirin.

BAB: PERKARA YANG MENYELAMATKAN MANUSIA DARI AZAB KUBUR

 Salah satu perkara yang akan menyelamatkan sesaorang dari azab kubur ialah sentiasa mengerjakan amalan kebaikan pada jalan Alllah, sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Imej

Hati yang tetap dan ikhlas beramal pada jalan Allah malam dan siang  adalah lebih baik dari puasa selama sebulan dan melaksanakan sembahayang pada siangnya,  jika  ia meninggal dunia akan diberi  kepadanya   amalannya yang akan menyelamatkan dari azab kubur”.

Amalan lain yang   boleh menjaganya dari azab kubur ialah membaca surah al-Mulk pada setiap malam, sebagaimana disebutkan dalam hadis, selain dari itu ialah membaca surah al-Ikhlas   terhadap orang yang dalam hal naza` juga termasuk dari perkara yang boleh menyelamatkannya  dari finah kubur.

Antara  perkara yang boleh menyelamatkan sesorang dari azab kubur  ialah bayi yang meninggal dalam perut ibunya. Seperti yang dinyatakan oleh Abu Daud dalam hadisnya:

Imej

Ertinya: ”Bayi yang meninggal  dunia dalam perut ibunya   tidak akan diazab di dalam kubur”.

Meninggal pada hari Jumat atau malamnya juga termasuk  sebab   yang menyelamatkannya dari azab kubur, sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Termizi;

Imej

Ertinya; “  Seorang muslim yang meninggal dunia pada hari jumat  atau  malamnya,   Allah akan menghindarkannya dari azab kubur”.

 Mengenai   kelebihan mati d ihari Jumaat  atau  malamnya terdapat banyak hadis yang menyatakan demikian.

Antara mati yang mulia dan akan dihindarkan oleh Allah dari  siksaan kubur ialah mati syahid di medan peperangan dengan orang kafir, sebagaimana yang disebut dalam hadis marfu` riwayat   Abu Syaibah sabda Nabi s.a.w.”

Imej

 Ertinya; “Setiap mukmin akan diazab dalam kuburnya kecuali orang yang mati syahid, yakni orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah”.

Dalam hadis yang lain diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Nasai`:

Imej

Ertinya; “Orang yang mati syahid mempunyai enam kebaikan disisi Allah Ta`ala (lalu Baginda menyebutnya  dan salah satu daripadanya adalah)   dia akan terpelihara dari azab kubur”.

Dapat difahami dari hadis-hadis di atas   bahawa apa  sahaja jenis  kematian  yang    pahalanya sama dengan orang-orang yang mati  syahid, akan dihindarkan dari siksaan kubur seperti bayi yang meninggal dunia dalam perut ibunya, orang yang mati tenggelam atau mati lemas, orang yang mati  terbakar, orang yang  dibunuh tanpa kebenaran  dan sebagainya, sebagaimana yang disebut dalam banyak hadis yang lain.

BAB

Jasad Manusia Akan Hancur Dalam Tanah Kecuali `Ajbu Zanab,   Jasad Nabi Dan Para Syuhadak

Dalam sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah disebut;

Imej

Ertinya; “Semua jasad manusia akan hancur kecuali tulang tongkeng (`Ajbu al-Zanab) dari tulang itu akan disusun dan dihidup semula   badan manusia pada hari kiamat”.

Hadis lain pula menyebut;

Imej

Ertinya; “Dari tulang tongkeng itulah ia dicipta dan darinya pula tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”.

Dari hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa manusia  diciptakan  bermula dengan  `ajbul zanab, Allah Ta`ala akan kekalkannya hingga hari kiamat tidak akan rosak dengan apa  cara kematiaannya sekalipun, kemudian dengan tulang inilah akan disusun semula badannya pada hari kiamat kelak. Rasul Allah s.a.w. ditanya; “Apakah tulang  `ajbul zanab  wahai Rasul Alllah? Lalu Rasul Allah s.a.w. menjawab;

Imej

 Ertinya; “Seperti biji gandum dan dari biji itulah ia tumbuh kembali”.

Persoalan timbul, kenapakah badan para syuhadak tidak dimakan oleh tanah, menurut para ulamak; bahawa jasad mereka  masih hidup di sisi Allah s.w.t., sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran juga diriwayatkan  dalam  hadis saheh bahawa Amru bin al-Jamuh dan Abdullah bin al-Amru telah dikuburkan dalam satu kubur dalam waku yang sama, kemudian ternampak air sedang mengalir menerusi kebur mereka lalu digali semula untuk dipindahkan ketempat lain, sebaik sahaja digali lalu orang ramai nampak bahawa jasad mereka tidak dimakan oleh tanah (tidak hancur), salah seorang dari mereka telah meninggal dalam keadaan berdarah kerena syahid pada jalan Allah, sedangkan tangannya sedang menutup  tempat yang berdarah itu, mereka cuba nak mengubahkan tangannya tetapi tangannya tetap bergerak ketempat lukanya, akhirnya mereka kuburkan di tempat lain. Peristiwa ini terjadi  setelah empat puluh enam tahun lamanya mereka telah meninggal dunia.

Sekian wallah `alam, bersambung.

Bahan Rujukan;

Abdul Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkirah al-Qurtubi, Jasmin, cetakan pertama, 2008M, hal114.

Satu Respons to “PERKARA YANG MENYELAMATKAN MANUSIA DARI AZAB KUBUR”

  1. Rheza jounk ambomez berkata

    Semoga saya di lindungi di sisi allah swt

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: