Siapa Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab?

Berikut ini sedikit catitan ringkas  kuliah Subuh pagi tadi oleh Ustaz Ya Ali Dahaman Imam Masjid As Syakirin. Ustaz mengupas 2 hadis yang dipetik dari Muktasar Tazkirah al Qurtubi mmengenai orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Hadis  pertama adalah hadis riwayat Imam Muslim, kitab Imam hadis no 128:

Rasullulah bersabda, “ Ada tujuh puluh ribu dari umatku yang akan masuk syurga tanpa hisab”. Lalu orang-orang  pun bertanya:

Siapakah mereka wahai Rasullullah?

Rasulullah s.a. w pun menjawab:  “ Mereka adalah orang yang tidak mencuri dengar, tidak meramalkan nasib buruk, tidak mempunyai dendam dan bertawakal kepada Tuhan mereka”

Ustaz menghuraikan tidak mencuri dengar maksudnya tidak belajar mengenai ugama lain. Tidak meramalkan nasib buruk maksudnya menilik nasib. Tidak mempunyai dendam maksudnya melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain. Bertawakal pula bermaksud berusaha dahulu kemudian diikuti doa dan menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Hadis yang kedua di riwayat oleh Tirmizi  kitab Sifat Hari Kiamat  no hadis 1437 dan Ibnu Majah no hadis 4286 :

“Aku pernah mendengar Rasulullah s.aa.w bersabda: Tuhanku telah menjanjikan kepada ku bahawa akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang dari umatku tanpa hisab dan setiap setiap seribu orang dari mereka akan menyebakan tujuh puluh ribu lainnya tidak di azab dan mendapat tiga kurnia Allah ‘Azza wa Jalla.”

[Setelah mendengar hadis tersebut saya membuat pengiraan berikut:

=(70,000 bahagi 10,000) X 70,000 = 7 X 70,000 = 490,000 orang  akan masuk syurga taanpa hisab]

Menghurai dua hadis di atas Ustaz Ya Ali membawa kata-kata Ibnu Mas’ud bahawa sesiapa yang mengali perigi di padang pasir kerana imam dan mengharapkan balasan dari Allah s.w.t. maka ia akan masuk syurga tanpa hisab.

Contoh kedua ialah kata-kata Ali bin al Hussain r.a [ Saya memahaminya sebagai cicit kepada Nabi s.a.w ia itu Imam ke 4 bagi orang Syiah] , ia bercerita:

Pada hari kiamat akan di serukan : “Yang manakah di antara kamu ahl fadhl ( orang yang mempunyai keutamaan), bangkitlah.”

Maka bangkitlah  tetapi hanya sedikit sahaja, lalu di seru “ Pergilah ke syurga” Mereka pun pergi sehingga bertemu pula dengan  Malaikat. Malaikat bertanya,” kamu hendak kemana?”. Lalu mereka menjawab,”Kami hendak ke syurga.”  Malaikat bertanya lagi ,” Sebelum kamu di hisab?”  Mereka pun menjawab, “Benar” . Malaikat bertanya lagi, “ Siapakah kamu ini?”

Mereka menjawab, “ Kami adalah orang-orang yang apabila dating orang bodoh kepada kami, kami berlemah lembut kepadanya. Apabila ada orang yang menyakiti kami, kami bersabar, apabila ada orang menzalimi kami, kami memaafkanya.”

Lalu Malaikat berkata,” Pergilah ke Syurga, itulah balasan paling layak bagi orang-orang yang berbuat soleh.”

Untuk kali kedua Allah menyeru lagi : “ Siapakah diantara kamu termasuk orang-orang yang penyabar?” Maka mereka pun diperintahkan  untuk memasuki syurga. Seperti golongan pertama, mereka ini juga bertemu dengan Malaikat.

Malaikat bertanya, “ Siapakah kamu ini?”

Mereka menjawab, “ Kami adalah  orang-orang  yang bersabar untuk tetap taat kepada Allah s.w.t  dan sabar untuk tetap tidak melakukan maksiat kepada Allah s.w.t.”  Lalu Malaikat berkata, “ Masuklah ke dalam syurga, itulah senikmat-nikmat  balasan bagi orang yang soleh.”

Untuk kali ke tiga Allah menyeru: “ Hendaklah bangkit orang-orang yang berziarah kerana Allah s.w.t.  dengan menghadiri pengajian kerana Allah dan  (menyembelih)berkorban kerana Allah.” Mereka pun diperintah masuk ke syurga. Seperti golongan terdahulu mereka bertemu dan bersoal jawab dengan Malaikat, lalu Malaikat juga berkata,” “ Masuklah ke dalam syurga, itulah senikmat-nikmat  balasan bagi orang yang soleh.”

Mengimbau Khutbah Wida’

Pagi tadi mendengar khutbah hariraya  Aidil Adha , aku bagaikan kembali berada  di zaman nabi s.a.w. Aku bagai berada di Namirah, Padang Arafah.  Tarikhnya pada 9 Zulhijah tahun 10 Hijrah. Khatib memetik khutbah nabi tersebut dan membacanya bagaikan nabi mewasiatkan kami anak jamaah:

“Wahai seluruh manusia, dengarlah apa yang hendak aku katakan ini, kerana aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kalian semua selepas tahun ini di tempat wukuf ini..

Wahai seluruh manusia! Sesungguhnya darah kalian dan harta kekayaan kalian merupakan kemuliaan (haram diambil oleh orang lain) bagi kalian semua, sebagaimana mulianya hari ini, di bulan yang mulia ini dan di negeri yang mulia ini..

Ketahuilah sesungguhnya segala tradisi Jahiliyah mulai hari ini tidak boleh dipakai lagi. Segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara kemanusiaan (seperti pembunuhan, dendam dan lain-lain) yang telah terjadi di masa Jahiliyah, semuanya batal dan tidak boleh berlaku lagi. (Sebagai contoh) hari ini aku menyatakan pembatalan pembunuhan balas atas terbunuhnya Ibnu Rabi’ah bin Haris yang terjadi pada masa Jahiliyah dahulu. Transaksi riba yang dilakukan pada masa Jahiliyah juga tidak boleh berlaku lagi sejak hari ini. Transaksi yang aku nyatakan tidak berlaku lagi adalah transaksi riba Abbas bin Abdul Muthalib. Sesungguhnya seluruh transaksi riba itu semuanya batal dan tidak akan (haram) berlaku lagi..

Wahai seluruh manusia, sesungguhnya syaitan itu telah berputus asa untuk dapat disembah oleh manusia di negeri ini, akan tetapi syaitan itu masih terus berusaha (untuk mengganggu kalian) dengan cara yang lain. Syaitan akan merasa puas jika kalian semua melakukan perbuatan yang tercela. Oleh kerana itu hendaklah kalian menjaga agama kalian dengan baik..

Wahai seluruh manusia! Sesungguhnya merubahrubah bulan suci itu akan menambah kekafiran. Dengan cara itulah orang-orang kafir menjadi sesat. Pada tahun yang satu mereka langgar dan pada tahun yang lain mereka sucikan untuk disesuaikan dengan hitungan yang telah ditetapkan kesuciannya oleh Allah. Kemudian kalian menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang telah dihalalkanNya. Sesungguhnya zaman akan terus berputar, seperti keadaan berputarnya pada waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah dua belas bulan. Empat bulan di antaranya adalah bulan-bulan suci. Tiga bulan berturut-turut (yakni) Dzul Qa’idah, Dzul Hijjah, dan Muharram. Bulan Rajab adalah bulan antara bulan Jumadil Akhir dan bulan Sya’ban..

Takutlah kepada Allah dalam bersikap kepada kaum wanita, kerana kalian telah mengambil mereka (menjadi isteri) dengan amanah Allah dan kehormatan mereka telah dihalalkan bagi kalian semua dengan nama Allah. Sesungguhnya kalian mempunyai kewajiban terhadap isteri-isteri kalian dan isteri kalian mempunyai kewajiban terhadap diri kalian. Kewajiban mereka terhadap kalian adalah mereka tidak boleh memberi izin masuk orang yang tidak kalian suka ke dalam rumah kalian. Jika mereka melakukan hal demikian, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. Sedangkan kewajiban kalian terhadap mereka adalah memberi nafkah dan pakaian yang baik kepada mereka. Maka perhatikanlah perkataanku ini wahai seluruh manusia, sesungguhnya aku telah menyampaikannya..

Aku tinggalkan dua perkara bagi kalian, jika kalian berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu, maka kalian tidak akan tersesat selama-lamanya (yakni) Kitabullah dan Sunnah NabiNya (Al-Hadis)..

Wahai seluruh manusia! Dengarlah dan taatlah kalian kepada pemimpin kalian, walaupun kalian dipimpin oleh seorang hamba dari negeri Habsyah yang berhidung kemek, selama mana dia tetap menjalankan ajaran Kitabullah ke atas kalian semua..

Bersikap baiklah terhadap hamba sahaya. Berikanlah makan kepada mereka dengan apa yang kalian makan dan berikanlah pakaian kepada mereka dengan pakaian yang kalian pakai. Jika mereka melakukan sesuatu kesalahan yang tidak dapat kalian maafkan, maka juallah hamba sahaya tersebut dan janganlah kalian menyeksa mereka..

Wahai seluruh manusia! Dengarkanlah perkataanku ini dan perhatikanlah. Ketahuilah oleh kalian bahawa setiap Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain dan semua kaum Muslimin itu adalah bersaudara. Seseorang tidak dibenarkan mengambil sesuatu milik saudaranya kecuali dengan senang hati yang telah diberikannya dengan senang hati. Oleh sebab itu janganlah kalian menganiaya diri kalian sendiri..

Ya Allah! Sudahkah aku menyampaikan pesan ini kepada mereka? Kalian semua akan menemui Allah, maka setelah pemergian aku nanti janganlah kalian menjadi sesat seperti sebahagian kalian memukul tengkuk sebahagian yang lain. Hendaklah mereka yang hadir dan mendengar khutbah ini menyampaikan kepada mereka yang tidak hadir. Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami daripada mereka yang mendengar langsung pada  hari ini. Kalau kalian semua nanti akan ditanya tentang aku, maka apakah yang akan kalian katakan?

(Semua yang hadir menjawab, ‘Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan tentang keRasulanmu, engkau telah menunaikan amanah dan telah memberikan nasihat’. Sambil menunjuk ke langit, Rasulullah SAW kemudian bersabda,) ‘Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini. Ya Allah! Saksikanlah pernyataan mereka ini”

Selepas khatib membaca khutbah Nabi s.a.w, khatib menyambung dengan permasalahan semasa berkait dengan wasiat nabi tersebut. Di sini aku tidak bermaksud menyentuh hal tersebut.

Sungguh khutbah tersebut menyentuh perasaan terutamanya pada para pertama:

kerana aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kalian semua selepas tahun ini di tempat wukuf ini..

Kerana sungguh  tak lama kemudian Nabi s.a.w pun wafat.

Menarik untuk diperhatikan pada bahagian akhir khutbah Nabi s.a.w  menyebut:

Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami daripada mereka yang mendengar langsung pada  hari ini

Ya selayaknya doa  tersebut tersentuh pada kita…

 

Masjid Namirah, Arafah

Mengikut catitan sejarah, selepas khutbah tersebut azan dikemundangkan diikuti iqamah dan solat zohor. Kemudian bangun lagi iqamah lalu bersolat Asar. Kemudian Rasulullah s.a.w menunggang untanya sehingga ke tempat wukuf, lalu untanya Al-Qaswa’ diletakkan di batu-batu di bawab bukit Rahmah (iaitu bukit yang terletak di padang bumi ‘Arafah) dan orang ramai berkumpul di hadapannya dan menghadap kiblat.  Kemudian baginda terus berwukuf sehingga matahari terbenam dan hilang cahaya kuning.

Ketika Rasulullah s.a.w selesai bersolat baginda berdoa hingga terbenam matahari.  Di dalam doanya baginda menadah tangan ke dadanya dengan berkata:

Yа Allah, sesungguhnya Engkau mendengar perkataanku,

melihat tempat- ku,

mengetahui yang tersembunyi dan terang-terangan padaku,

tadak ada sesuatu yang tersembunyi daripada urusanku,

aku orang yang susah lagi fakir,

meminta pertolongan dan perlindungan,

bimbang dan takut,

yang mengakui dosa-dosanya,

aku meminta kepada-Mu seperti permintaan orang miskin

dan berdoa kepada- Mu

seperti doa orang yang berdosa lagi hina dan ketakutan,

tunduk kepada-Mu,

mengalir air matanya,

hina tubuhnya dan menyungkurkan hidungnya kepada-Mu.

Ya Allah s.w.t janganlah Engkau hampakan doaku

dan kasihanilah aku wahai Tuhan yang sebaik-baik tempat meminta

dan sebaik-baik pemberi.

 

Selesai berdoa, ketika itulah turun kepada baginda s.a.w Al Maidah ayat 3:

… pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

Ketika turun ayat tersebut sebahagian sahabat menangis termasuk Umar r.a, kerana mereka memahami perpisahan dengan Rasullullah akan berlaku. Ketika Umar r.a di Tanya mengapa menangis, jawabnya:

“ Sesungguhnya tidak ada lagi setelah kesempurnaan melainkan kekurangan”


– Rujukan :

1. Dr Ali Muhamad As Salabi , Biografi Rasulullah s.a.w

2. Ibnu Hisham , Sirah Nabawiyah

3. Khutbah Hari Raya Korban Masjid As Syakirin

Sumber:  https://masjidassyakirin.wordpress.com/2010/11/17/khutbah-hari-raya-korban-khutbah-wida/

Memakan Daging Korban Sesudah Tiga Hari

Seseorang yang melakukan ibadat korban, bolehkah ia menyimpan daging tersebut lebih tiga hari, selepas itu baru ia memakannya?

Jawapan tersebut diberi melalui dua hadis riwayat Imam Muslim seperti berikut:

Halaman 188

Halaman 188

Ini bermakna hadis pertama yang melarang   telah di mansuhkan melalui hadis yang kedua. Oleh yang demikian biasa kita mendengar orang melarang seseorang menyimpan lebih dari 3 hari kerana ia tidak membaca hadis yang kedua berikutnya.

Jld 1 Terjemahaan Hadis Sahih M<uslim

Jld 1 Terjemahaan Hadis Sahih M<uslim

Rujukan: Terjemah Hadis Shahih Muslim, Fachruddin HS, Penerbit Bulan Bintang, cetakan tahun 1978, pada halaman 188 Jilid 1

Jom Puasa Arafah Isnin 14 Oktober

Jom kita pakat pakat puasa Arafah hari Isnin ini 14 Oktober.

Halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin
Halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin

Imam Nawawi meriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a, beliau berkata  Maksudnya:

” Rasullulah s.a.w  pernah ditanya  tentang (keutamaan) puasa hari Arafah. Baginda menjawab, ia daapat menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun yang akan datang.”

– Di petik daripada halaman 223 Kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin, Imam Nawawi     karangan Syeikh Yusuf bin Ismail An Nabhani, Penerbit Telaga Biru.

– Imam Nawawi Lahir 631 H dan wafat 676 H

Abu Anas Madani ; KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH, PUASA HARI ARAFAH