As Syakirin: Memasuki Sepuluh Malam Terakhir Ramadan

20140717_221252[1]

Ramadan, kini kita memasuki 1/3 yang terakhir, atau sepuluh yang terakhir. Mengikut kelender atau takwin Ramadan 1435, Ramadan kali ini sebanyak 29 hari, bermakna 10 terakhir ialah pada  20 -29 Ramadan.

Istimewanya di dalam 10 malam terakhir ini, terdapat pula malam Lailatul Qadar, maksud firman Allah:

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan       – QS Al Qadr 97: 1-3

Tuan Imam, Ustaz Ya Ali Bin Dahaman sebentar tadi, didalam tazkirah ringkasnya, selepas empat rakaat pertama, menyebut kemuliaan sepuluh terakhir Ramadan. Beliau mempelawa semua aanak kariah untuk merebut kemulian tersebut. Masjid As Syakirin disepanjang sepuluh terakhir ini bersedia untuk menerima anak kariah untuk beriktikaf di dalamnya.

20140717_213842[1]

 

Masjid As Syakirin 18 Ramadan

Masjid As Syakirin menerima tetamu  dari rombongan Aman Palestin Perlis. Bersama rombongan adalah Sheikh A’sem dari Palestin.

Sheikh A’sem telah mengimakan solat Isyak, Tarawikh, Witir dan memberikan tazkirah mengenai keadaan semasa di Gaza. Tazkirah Sheikh A’sem di terjemahkan oleh Cikgu Zamri dari Aman Palestin.

2014-07-15 21.15.22 2014-07-15 22.00.52 2014-07-15 22.11.43 2014-07-15 22.11.58 2014-07-15 22.24.58 2014-07-15 22.26.29Ya Allah, Ya Raab
Rakyat Palestin telah di zalimi
Hancur leburkanlah bangsa dan “negara” HARAM Israil
Seperti firmanMu ini:

“Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain sebagai gantinya.

Maka ketika mereka merasai (kedatangan) azab Kami, mereka dengan serta-merta lari keluar dari negeri itu.

(Lalu dikatakan kepada mereka): “Janganlah kamu lari, dan sebaliknya kembalilah kepada kemewahan hidup yang telah diberikan kepada kamu, dan ke tempat-tempat tinggal kamu, supaya kamu dapat ditanya mengenai apa yang berlaku”.

(Akhirnya) mereka berkata: “Aduhai celakanya kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!”

Maka demikianlah seterusnya jeritan dan keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka hancur lebur dan sunyi-sepi.”

- QS 21: 11-15

HAWA NAFSU DIPIMPIN IMAN

Tazkirah Malam ke 19 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman: azkirah Malam ke 15 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

HAWA NAFSU DIPIMPIN  IMAN

Dari Abi Muhammad ‘Abdillah bin ‘Amru bin al-As radiyal­lahu ‘anhuma katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Tidak beriman seorang kamu sehingga adalah hawanya (kemahuannya atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.

Hadith hasan lagi sahih, kami riwayatkannya dalam kitab “al­Hujjah”[1] dengan isnad yang sahih.

Maksud firman Allah :

Maka jika mereka tidak menjawab (tantanganmu), ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun?

- AlQasas :50

Petunjuk  Hadith:

  1. Menunjukkan bahawa orang yang sempurna iman ialah orang yang hawa nafsu mengikuti apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam; dan bahawa orang yang tiada beriman (kafir) ialah orang yang menolak sama sekali apa yang dibawanya; dan bahawa orang yang fasiq ialah orang yang mengikuti iman yang dibawanya tetapi meninggalkan yang lainnya; dan bahawa orang yang munafiq ialah orang yang menempatkan amalan yang dibawa Rasulullah, tetapi batinnya atau hatinya tetap menolak iman itu pada keseluruhannya.
  2. Menunjukkan bahawa hawa nafsu adalah halangan yang terbesar sekali untuk mengikuti jalan yang benar, jalan yang ditunjukki Rasulullah, sehingga orang yang beriman tidak mungkin mencapai darjat kesempurnaan imannya selagi dia dipengaruhi oleh hawa nafsunya. Oleh yang demikian, maka wajiblah ia berusaha menunduk dan menguasainya, dan ini adalah satu perjuangan yang utama.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 41

 


[1] Karangan seorang ahli fiqh yang zahid bernama Ab! al-Qasim Isma’il bin Muhamad bin al-Fadl al-Asfahani –  Kitab ini membahas i’tiqad ahl al-Sunnah. 

KEAMPUNAN ALLAH

Tazkirah Malam ke 18 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman: azkirah Malam ke 15 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

KEAMPUNAN ALLAH

Dari Anas radiyallahu ‘anh katanya: Aku dengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Allah telah berfirman:  Hai Anak Adam! Sesungguhnya engkau, selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu,  Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau dan Aku tiada peduli.  Hai Anak Adam!  Kalau telah sampai sekelian dosa engkau ke awan langit kemudian itu engkau memohon keampunan Ku,  nescaya  Aku ampuni bagi engkau. Hai Anak Adam! Sesungguhnya kalau engkau datang kepada Ku dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi (ini) kemudian itu engkau menemui Aku pada hal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi. “ Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan ia berkata: Hadith ini hasan lagi sahih.

Petunjuk  Hadith:

  1. Menunjukkan bahawa Allah memberi kesempatan yang seluas-luasnya kepada manusia untuk mendapat keampun­anNya. Maka terserahlah kepadanya untuk menggunakan kesempatan itu dengan sebaik-baiknya demi kebahagian hidupnya yang abadi. Juga menunjukkan bahawa dosa yang walaubagaimana pun banyaknya, tidaklah menjadi rintangan mendapat keampun­an; asal seorang itu benar-benar insaf dan menyedari kesalahan­nya dan bersedia untuk membersihkannya dengan bertaubat dengan cara yang sesungguhnya.
  2. Menunjukkan bahawa dari kesimpulan hadith tersebut dapat ditetapkan, iaitu untuk memperolehi keampunan Allah memerlukan tiga syarat:
    1. Doa serta harapan,
    2. Istighfar atau me­mohon keampunan,   
    3. Tauhid pada i’tiqad atau keper­cayaan. Dan tauhid inilah syarat yang lebih utama dan penting dari yang lainnya. Kerana ketiadaannya tidaklah ada keampunan  sama sekali.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 42

BERTAKWALAH KEPADA ALLAH

Tazkirah Malam ke 17 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman: azkirah Malam ke 15 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

BERTAKWALAH KEPADA ALLAH

Dari Abu  DzarJundub bin Junadah dan Abu  ‘Abdul Rahman Mu’adz bin Jabal radiyallahu ‘anhuma  dari Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam sabdanya:

Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerja­kan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus.

Diriwayatkan oleh Al- Tirmizi. Dan katanya: Hadith ini hasan. Dan pada setengah naskhah dikatakan hadIth ini hasan sahih

Petunjuk Hadith :

 

  1. Bahawa hadith tersebut pada keseluruhannya mengan­dungi tiga hukum yang amat penting. Pertama: Hak Allah. Kedua: Hak mukallaf.  Ketiga: Hak hamba. Hak Allah ialah taqwa kepadaNya. Hak mukallaf ialah meng­hapuskan kejahatan yang telah dikerjakannya. Hak hamba ialah elok pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat. Ketiga-tiga hak ini masuk ke dalam tuntutan dan pengertian taqwa.

 

  1. Bahawa kebaikan yang dikerjakan seseorang dapat meng­hapuskan kejahatannya, yang demikian lenyaplah dosa­nya. Para ‘ulama  telah banyak memperkatakan masalah penghapusan dosa dengan ketiadaan taubat. Mereka telah membahaskan, adakah amal kebaikan (amal saleh) dapat menghapuskan dosa kecil dan dosa besar atau dosa-dosa kecil saja? Di antara mereka banyak yang berpendapat bahawa amal kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa kecil saja tidak dosa besar. Inilah yang diriwayatkan dari ‘Atha’ dan ‘ulama’ salaf pada hadith wudu’ yang menya­takan penghapusan dosa kecil.

 

 

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 18

PERASAAN RAGU DAN YAKIN

Tazkirah Malam ke 16 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman: azkirah Malam ke 15 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

PERASAAN RAGU DAN YAKIN

Dari Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib cucu Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam dan kesayangannya radiyallahu ‘anhuma. katanya: Aku te1ah menghafaz dari Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam (sabdanya iaitu):

Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.

Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasi’i. Tirmizi berkata: Hadith ini hasan sahib.

 

Petunjuk Dari Hadith :

Menunjukkan kepada kewajipan melakukan suatu yang diyakini keadaannya dengan meninggalkan suatu yang diragu­kan atau yang disyaki, sama ada dalam perkara ibadat mahu pun dalam hukum-hukum yang lain. Mithalnya, seorang yang yakin sucinya (berwudhu) kemudian ia ragu atau syak tenang hadathnya adalah dikehendaki supaya ia tetap dalam kesucian­nya kerana ini yang menjadi keyakinannya sedang keraguannya adalah dalam perkara yang belum dipastikan. Selanjutnya kalau ia dalam sembahyang, diteruskanlah sembahyangnya dan di­tinggalkan keraguannya tentang hadathnya berdasarkan hadlth Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam riwayat Bukhairi dari ‘Ab­dullah itu Zaid al-Ansari katanya:

Bahawa telah mengadu kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam  seorang lelaki yang dikhayalkan kepadanya bahawasanya ia mendapat suatu (terasa keluar sesuatu yang membatalkan wudu’) dalam sem­bahyang, Rasulullah berkata: Jangan ia berpaling atau jangan ia pergi sehingga ia mendengar suara atau mendapati bau.

Lainlah halnya kalau ia yakinkan hadath dan ragukan tahirah (suci) maka hendaklah ia lakukan menurut keyakinan­nya.

 

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 11