As Syakirin: Malam 21 Ramadan

image

Tazkirah ringkas malam ini bagi mengisi ruang rehat selepas 4 rakaat tarawikh:

1.  Jangan lupa niat iktikaf jika belum. Jika masuk sahaja di dalam masjid,  niatlah beriktikaf walaupun sejadar duduk tanpa membaca al Quran dan sebagainya.

2. Apabila masuk ke masjid,  tunaikanlah sunat tahiyatul masjid. Di akhirat,  masjid ini akan menjadi saksi bahawa kita pernah beribadah di dalamnya.

3.  Perlu di ingat, anak yatim, bukan asnaf bagi zakat, merujuk kepada ayat ini:

QS 9:60

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Bagaimanapun anak yatim mempunyai keistimewaan bagi siapa yg menjaganya. Anak yatim bukan masalah kehilangan harta, sebaliknya kehilangan kasih sayang.

Penjaga anak yatim perlu menjaga amanah dengan sebaiknya apabila ia menguruskan harta anak yatim. Adalah haram memakan arta mereka.

QS: 18:82
“Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”.

4. Pada malam ini selepas witir, masjid as Syakirin akan menyerah sumbangan ramadan kepada Anak Yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan OKU.

Tuan Haji Hashim Bin Osman: Jasmu Kami Kenang

20140717_220648[1]

 

Tuan Imam, Ustaz  Ya Ali Dahaman, semasa memberi tazkirah ringkas selepas empat rakaat pertama sembahyang Tarawikh tadi, menarik perhatian anak kariah terhadap peribadi seorang Siak @ muazim yang mulai bersara pada  Januari 2014. Beliau ialah Tuan Haji Hashim bin Osman, 84 tahun. Beliau mulai bertugas sebagai Siak pada tahun 1997.

20140717_214046[1]

20140717_213832[1]

20140717_213824[1]

Tuan Haji Hashim, jasamu tetap kami kenang. Beliau adalah seorang Siak yang juga seorang Muazim. Beliau kerap kali mengalunkan azan pertama sebelum Subuh. Beliau juga kerap mengalunkan azan Magrib di bulan Ramadan.

Semuga Allah memberkati hidupnya.

 

BENGKEL PENYEDIAAN PORTAL MASJID NEGERI PERLIS

Padang Katong, 5 Julai 2014:

Biro IT Masjid As Syakirin telah mengikuti Bengkel Penyediaan Potal Masjid Negeri Perlis di Masjid Al Arifin, Padang Katong, Kangar.

Pengerusi Biro IT, Prof Madya Abdul Satar bin S. Asgar, Setiausaha, Cikgu Mohd Asri Md Isa dan Bendahari Masjid, Zainon Yatim telah menghadirinya.

Tujuan Bengkel adalah untuk merangka pengisian kandungan Portal Masjid Negeri Perlis.

10485387_10201391066493471_155100655216115263_n 10462480_10201391071413594_4342127726125281916_n 10442516_10201391069453545_6567420717457902411_n 10442412_10202429978012974_7889235062961332220_n

Negeri Perlis mempunyai 100 buah masjid. Portal ini akan menghimpunkan semua masjid tersebut dalam aspek perkongsian maklumat.

 

 

Bagi tujuan bengkel ini wakil dari beberapa masjid sahaja dijemput iaitu, Masjid Negeri Arau, Masjid Padang Besar, Masjid Oran, Masjid Padang Katong, Masjid Paya, Masjid Titi Beratap, Masjid Terapung, Bohor Lateh dan Masjid Guar Syed Alwi.

Draf awal antara muka Portal tersebut seperti link berikut:
http://www.komunitimasjidperlis.org

LAPURAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BULANAN 2013 MASJID AS SYAKIRIN

LAPURAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BULANAN 2013

LAPURAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BULANAN 2013

ANALISA RINGKAS:      
         
  PEKARA RM %  
         
1 JUMLAH PENDAPATAN 2013 84,353.18    
2 JUMLAH PERBELANJAAN 2013 86,648.20    
3 PERATUS PERBELANJAAN   102.72
         
         
4 SUMBER PENDAPATAN TERBESAR IALAH DARIPADA      
  TABUNG JUMAAT 41,152.50 48.79  
  SUMBANGAN INDIVIDU 14,500.00 17.19  
         
         
5 PERBELANJAAN TERBANYAK ADALAH UNTUK       
  PENYELENGARAAN BANGUNAN, ELEKTRIK DAN KAWASAN 22,434.00 25.89  
  UP GRADE  SISTEM PEMBESAR SUARA 16,452.00 18.99  
  UTILITI ( ELEKTRIK, AIR DAN STRYMX) 11,440.00 13.20  
  DERMA 11,585.00 13.37  
         
6 MASJID ASSYAKIRIN MERAKAMKAN TERIMA KASIH  KEPADA SEMUA PENYUMBANG