GARIS PANDUAN MASJID
1. GARIS PANDUAN MASJID SELURUH NEGERI PERLIS
2. BIDANG TUGAS BIRO-BIRO JAWATANKUASA KARIAH*
1. BIRO DAKWAH DAN KEMASYARAKATAN
- Merancang dan melaksanakan aktiviti keilmuan dan dakwah.Contohnya kelas pengajian, ceramah,forum,diskusi dsb.
- Merancang dan mengadakan kursus-kursus berbentuk ilmiah/kemasyarakatan seperti kursus pengurusan jenazah,kursus menjahit,dsb.
- Mengadakan program kemasyarakatan seperti gotong royong,membantu fakir miskin,dsb.
2. BIRO EKONOM1 DAN KEBAJIKAN
- Merancang aktiviti yang membantu menjana pendapatan masjid
- Memelihara serta реkа kepada kebajikan anak kariah terutama dari segi kehidupan harian mereka
- . Mengemaskini data-data anak kariah seperti maklumat anak-anak yatim, dan sebagainya
3. BIRO INFORMASI DAN TEKNOLOGI
- Mengawal selia dan mengemaskini рарan kenyataan masjid
- Membantu meningkatkan penggunaan ICT di masjid.
- Menjadi Pegawai Penerangan/Pegawai Perhubungan Awam bagi Pihak masjid.
- Membantu Pcngerusi/Imam mengumumkan sesuatu arahan/iklan/ maklumat kepada anak kariah .
4. BIRO PEMBANGUNAN MASJID
- Merancang pembangunan prasarana masjid
- Menguruskan sebarang kerosakan masjid dengan pihak tertentu
- Mencari sumber kewangan bagi membaiki dan mengindahkan persekitaran luaran dan dalaman masjid .
4. BIRO WANITA
- Merancang dan Mengadakan pelbagai aktiviti khusus untuk kaum wanita.
- Menjaga kebajikan kaum wanita dikalangan anak kariah
5. BIRO BELIA
- Merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti keilmuan khusus untuk remaja dan para belia.
- Mewujudkan jalinan kerjasama yang baik antara belia dan jawatankuasa masjid.
- Menjalinkan hubungan dengan NGO atau badan-badan belia di dalam negeri Perlis.
Disediakan Oleh:
Jabatan Agama Islam Perlis













