Kuliah Subuh, Masjid al-Syakirin, Oran, Mata Ayer, Perlis, Pada 22 Jan 2012
Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
Bab: Ucapan diLafazkan Ketika Meletak Mayat Didalam Kubur
Ibnu Majah dan Termizi meriwayatkan hadith dengan sanad yang hasan;
“قال رسول الله صلى الله عتيه وسلم : اللحد لنا والشق لأعدائنا”.
Ertinya; “Sabda Baginda s.a.w. Liang lahad untuk kita dan syaq (lubang kubur yang dikedua tepinya dibangunkan sesutu, mayat diletakkan ditengah-tengahnya dan diatasnya dibina atap) untuk musuh-musuh kita”.
Sufian bin al-Thauri pernah berkata; “Apabila mayat ditanya; Siapakah Tuhanmu? Lalu syaitan akan muncul dalam bentu yang asal sambil berkata kepada dirinya; “Sesungguhnya akulah Tuhanmu”. Sebab itulah ulamak telah berkata ketika sesaorang yang akan mengukur dan menandakan tempat untuk digalikan kubur sesaorang hendaklah berdoa sebagaimana Nabi s.a.w. berdoa;
“اللهم أجرها من الشيطان ومن عذاب القبر ، وثبت عند المسألة منطقها وافتح أبواب لروحه”.
Ertinya; “Ya Allah, jauhkanlah ia dari syaitan dan dari azab kubur, tetapkanlah lidahnya ketika ditanya dan bukakanlah pintu untuk rohnya”.
Difahamkan bahawa jika sekiranya tidak ada syaitan disana masakan Rasul Allah s.a.w. berdoa terhadap mayat agar dijauhkan syaitan darinya, oleh itu sama-samalah kita memohon agar Allah menjauhkan kita dan semua mukminin dari godaan syaitan.
Bab: Berhenti Seketika Di Kubur Selepas Pengkebumiaannya dan Berdoa Tasbit Untuk Mayat.
Muslim dan selainnya telah meriwayatkan hadith, bahawa Amru bin Ash r.a. ketika menjelang kematiaannya telah berkata; “Apabila kamu mengkebumikan aku, tebarkan debu diatas jasadku, kemudian berkumpullah diatas kuburku selama sembelihan unta(selama persediaan makan masih cukup yakni satu unta yang disembelih) dan bahagi-bahagikan dagingnya, sampai aku memperdengarkan kepada kamu dan kamu melihat bagaimana aku menjawab utusan Tuhanku”.
Dalam riwayat yang lain dengan sanad yang berlainan; “Taburkanlah debu diatas jasadku disebelah kanan yang lebih berhak dari sisiku sebelah kiri”. (bersambung)
Bahan Bacaan;
Abdul Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkira al-Qurtubi, Jasmin, t 2008M, hal.86.





















