Laman Masjid As Syakirin

Mukim Oran, Mata Ayer, Perlis

Kiriman dengan Label ‘Kuliah Ustaz Ya Ali’

Lafazkan Ketika Meletak Mayat Di dalam Kubur

Posted by aburedza di 7 Februari 2012

Kuliah Subuh, Masjid al-Syakirin, Oran,  Mata Ayer, Perlis, Pada 22 Jan 2012

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

 

Bab: Ucapan   diLafazkan  Ketika Meletak Mayat Didalam Kubur

Ibnu Majah dan Termizi meriwayatkan   hadith dengan sanad yang hasan;

“قال رسول الله صلى الله عتيه وسلم : اللحد لنا والشق لأعدائنا”.

Ertinya;Sabda Baginda s.a.w. Liang lahad untuk kita dan syaq (lubang kubur yang dikedua tepinya dibangunkan sesutu, mayat diletakkan ditengah-tengahnya dan diatasnya dibina atap) untuk musuh-musuh kita”.

 

Sufian bin al-Thauri pernah berkata; “Apabila mayat ditanya; Siapakah Tuhanmu? Lalu syaitan akan muncul dalam bentu yang asal sambil berkata kepada  dirinya; “Sesungguhnya akulah Tuhanmu”. Sebab itulah ulamak telah berkata ketika sesaorang yang akan mengukur dan menandakan tempat untuk digalikan kubur   sesaorang hendaklah berdoa sebagaimana Nabi s.a.w. berdoa;

“اللهم أجرها من الشيطان ومن عذاب القبر ، وثبت عند المسألة منطقها وافتح أبواب لروحه”.

Ertinya;Ya Allah, jauhkanlah ia dari syaitan  dan dari azab kubur, tetapkanlah lidahnya ketika ditanya dan bukakanlah pintu untuk rohnya”.

Difahamkan bahawa jika sekiranya tidak ada syaitan disana masakan Rasul Allah s.a.w. berdoa terhadap mayat agar dijauhkan syaitan darinya, oleh itu sama-samalah kita memohon agar Allah menjauhkan kita dan semua mukminin dari godaan syaitan.

 

Bab: Berhenti Seketika Di Kubur Selepas Pengkebumiaannya dan Berdoa Tasbit Untuk Mayat.

Muslim dan selainnya telah meriwayatkan hadith, bahawa Amru bin Ash r.a. ketika menjelang kematiaannya telah berkata; “Apabila kamu mengkebumikan aku, tebarkan debu diatas jasadku, kemudian berkumpullah diatas kuburku selama sembelihan unta(selama persediaan makan masih cukup yakni satu unta yang disembelih) dan bahagi-bahagikan dagingnya, sampai aku memperdengarkan kepada kamu dan kamu melihat bagaimana aku menjawab utusan Tuhanku”.

Dalam riwayat yang lain dengan sanad yang berlainan; “Taburkanlah debu diatas jasadku disebelah kanan yang lebih berhak dari sisiku sebelah kiri”. (bersambung)

 

Bahan Bacaan;

Abdul Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkira al-Qurtubi, Jasmin, t 2008M, hal.86.

Dikirim dalam Ingat Mati, Kuliah, Ustaz Ya Ali | Di tag: , , , | Leave a Comment »

Himpitan Kubur

Posted by aburedza di 7 Februari 2012

Kuliah Subuh, Masjid al-Syakirin, Oran Mata Ayer, Perlis pada 15 jan 2012

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

                     Bab: Memilih Kubur Bersama Orang Soleh

Diceritakan seorang wanita dikebumikan  bersebelahan orang yang fasiq, sedangkan wanita itu seorang yang solehah. Satu hari keluarganya  bertemu dengannya dalam mimpi lalu  berkata kepada mereka: “Apakah kamu tidak mendapat tempat untuk mengkebumikan aku selain dari tempat ini (iaitu tempat pembakaran kapur)?, lalu keluarganya menyiasat dan bertanya tentang jirannya didalam kubur, katanya; “Mungkin maksud tempat pembakaran kapur tersebut ialah kubur orang yang fasiq, “Mereka pun mengeluarkan jenazah perempuan itu dari kuburnya dan memindahkan ketempat lain  jauh dari kubur orang yang fasiq itu. Tidak ada ulamak yang melarang mereka berbuat demikian.   Dalam cerita yang lain, seorang Arab telah meninggal dunia, kemudian anaknya bermimpi bertemu dengan ayahnya dan bertanya; “Apakah yang dilakukan oleh Allah Ta`ala kepada ayah?” Jawab ayahnya;  “Baik, kecuali setelah kamu mengkebumikan aku berjiran dengan orang yang fasiq, aku sering mendengar teriakannya ketika diazab oleh Allah Ta`ala”.

Bab: Himpitan Kubur Walaupun Terhadap Orang  Saleh

Hadith riwayat al-Nasaai;

ان النبي صلى الله عليه وسلم قال في سعد بن معاذ : لقد تحرك له العرش وفتحت له أبواب السماء وشهده سبعون الفا من الملأئكة ولقد ضمه ضمة ثم فرج عنه .

Ertinya: Bahawa Nabi s.a.w. bersabda tentang Sa`ad bin Mu`az: “Arasy bergerak kerananya, pintu langit terbuka untuknya, disaksikan tujuh puluh malaikat, meskipun begitu ia telah dihimpit oleh tanah kemudian dikeluarkan kembali”.  Dalam riwayat yang lain dari Aisyah r.a bahawasanya beliau berkata:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: للقبر ضغطة لو نجا منها أحد لنجا منها سعد بن معاذ”.

Ertinya:Telah bersabda Rasul Allah s,a,w, : Kubur itu mempunyai himpitan, maka kalau ada orang yang selamat darinya maka Sa`ad pun akan selamat darinya”.Menururt pendapat ulamak bahawa seorang mayat tidak akan diazab kerana tangisan dan ratapan keluarganya kecuali ia telah mewasiatkanya atau redha terhadapnya. Sebahagian ulamak yang lain pula berkata; Bahawa mayat akan diazab kerana  ratapan dan tangisan keluarganya meskipun mereka tidak diberi wasiat agar tidak menangis dan meratap. Pendapat ini berdasarkan kepada hasith;

“ان الميت ليعذب ببكاء الحي عليه ، اذا قالت النائحة: واعضداه ، وانا صراه ،وأكايسة حبذا الميت وقيل له : أنت عضدها؟ أنت ناصرها؟ أنت كايسها” .

Ertinya; Sesungguhnya seorang mayat akan diazab kerana tangisan orang yang hidup atasnya, ketika orang yang terisak meratap berkata: Siapa yang akan menolongku? Siapa yang akan membantuku? Siapa yang akan melindungiku?. Maka akan dikatakan kepada simayat: Kamulah penolongnya, kamulah pembantunya dan kamulah pelindungnya”.  Imran bin Hisham berkata:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ان الميت ليعذب ببكاء الحى عليه

Ertinya; Telah bersabda Rasul Allah s.a.w.Seorang mayat akan diazab kerana tangisan orang yang hidup atasnya”.   Ada orang yang berkata: “Ada orang yang mati di Khurasan, lalu ditangisi disini, bagaimana ia boleh diazab? Lalu Imram berkata kepadanya: “Rasul Allah s.a.w. berkata benar dan engkau berdusta”.

Bahan Bacaan; Abdul Wahab al-Sya`rani, Mukhtasar Tazkirah al-Qurtubi, terjemahan, Jasmin, t. 2008M, hal. 85

Dikirim dalam Ingat Mati, Kuliah, Ustaz Ya Ali | Di tag: , , | Leave a Comment »

SYARAT PENERIMAAN DOA, HALANGAN DAN ADAB-ADAB BERDOA.

Posted by aburedza di 14 Januari 2012

Kuliah Maghrib Masjid Baroh Perlis pada 1  Dis 2011

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman@Abddul  Rahman Imam Masjid al-Syakirin

SYARAT PENERIMAAN DOA, HALANGAN DAN ADAB-ADAB BERDOA.

Punca doa sesaorang diterima Allah mestilah menepati syaratnya tanpa sebarang halangan;

1)        Hadir Hatinya Ketika Berdoa Serta Penuh Harapan

Antara syarat yang paling  utama  ialah hadir hatinya ketika berdoa disamping  mengharapkan perkenan  Allah Ta`la.

Hadith yang dikeluarkan oleh al-Termizi dari Abu  Hurairah r.a. daripada  Nabi s.a.w. baginda bersabda;

“ادعوا الله وأنتم موقنون بالاجابة ، وان الله تعالى لايقبل دعاء من قلب غافل لاه”

Ertinya; “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin mendapat perkenan dari Allah, sesungguhnya Allah Ta`la  tidak akan menerima doa dari  hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh”.

Dalam kitab Musnad dari Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda;

“أن هذه القلوب أوعية ، فبعضها أوعى من بعض ، فاذا سألتم الله فاسألوه وأنتم موقنون بالاجابة ، فان الله لايستجيب لعبد دعاء من مظهر قلب غافل”

Ertinya; “Hati adalah ibarat bekas, sebahagiannya adalah lebih sesuai untuk digunakan sebagai tempat menyimpan daripada sebahagian yang lain. Wahai manusia, apabila kamu berdoa kepada Allah Azzawajalla, maka pohonlah dalam keadaan kamu yakin  Allah akan menerimanya. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menerima doa seorang hamba yang hatinya lalai”.

Antara tanda seorang itu mengaharapkan kepada Allah ialah apabila memperelokkan keraja taatnya kepada Allah, firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang  mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.  Al-Baqarah:218.

2) Bersungguh-Sungguh Ketika Meminta Dan Berdoa.

Sesaorang  itu  hendaklah berdoa dengan penuh kesungguhan dan keyakinan, tidak ragu-ragu dalam hatinya dan dalam doanya, Nabi melarang seorang yang berdoa atau meminta ampun dengan kata-kata;

Ya Allah ampunkanlah dosaku jika engkau kehendaki, Ya Allah kasihanilah aku jika Engkau kehendaki, tetapi hendaklah dia  bersungguh-sunguh dan penuh yakin,  kerana Allah bebas apa sahaja yang dikkehendaki tidak ada kuasa yang dapat menghalangnya”. Muslim.

Dalam kitab al-Sahih daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda;

“اذا دعا أحدكم فلا يقل : اللهم ان شئت اغفرلي ، ولكن ليعزم وليعظم الرغبة ، فان الله سبحانه لا يتعاظم شئ أعطاه “. الترمذي .

Ertinya; “Apabila seorang daripada kamu bedoa, maka janganlah dia berkata: Ya Allah ampunlah aku jika Engkau mahu”. Tetapi dia hendaklah bedoa bersungguh-sungguh dan melahirkan kesungguhan dan  keinginannya. Sesungguhnya Allah sedikit pun tidak merasa besar terhadap apa yang dikurniakanNya”. Riwayat al-Termizi.

3)  Merayu-rayu  ketika Berdoa;

Sesungguhnya Allah suka jika hamba-hambaNya mezahirkan ubudiyah dan mengemukakan hajat kepadaNya sehingga Dia menerima dan memenuhi hajatnya. Sebagaimana seorang  itu sentiasa berdoa dan mengharapkan penerimaannya tanpa merasa putus asa, maka doanya adalah dekat untuk dimakbulkan. Siapa yang mengetuk pintu penerimaan, kemunkinan besar pintu tersebut akan dibuka untuknya. Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya”. Al-`Araf: 56.

Didalam Kitab Sahih al-Hakim dari Anas baginda bersabda;

“لا تعجزوا عن الدعاء ، فانه لا يهلك مع الدعاء احد” وقال صلى الله عليه وسلم “من لم يسأل الله يغضب عليه”. ابن ماجه.

Ertinya; “Janganlah kamu berputus asa  untuk  berdoa, kerana tidak ada seorang pun yang binasa dengan doanya”.dan sabda Baginda lagi,  ”Siapa yang tidak memohon kepada Allah, maka Dia(Allah) murka kepadanya”.

Antara kata-kata sahabat; “ Apabila seorang hamba yang dicintai Allah berdoa, maka Dia berkata; “Hai Jibril , kamu janganlah tergesa-gesa memenuhi kehendaknya, sesungguhnya Aku suka mendengar suaranya”.

4)  Berpurtus Asa Dan Meninggalkan Doa

Rasul Allah s.a.w. melarang seorang hamba yang  yang berputus asa dan meninggalkan doa kerana doanya lambat dimakbulkan, Bahkan Baginda menjadikan perasaan tersebut sebagai salah satu faktor   doa tidak dimakbulkan, agar hamba tersebut tidak berpustus asa daripada berdoa sekalipun doanya itu memakan masa  yang  lama untuk dimakbulkan.  Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang  sentiasa merayu-rayukan kepada  Allah dengan doa, sabda Nabi s.a.w.

“يستجاب لاحدكم مالم يعجل فيقول : قد دعوت ربي فلم يستجب لي ” متفق عليه.

Ertinya; “Doa kamu akan dimakbulkan selagi kamu tidak berputus asa dengan mengatakan: Aku telah berdoa kepadaTtuhanku, tetapi Dia tidak menerimanya”.

5)  Rezeki Yang Halal

Antara sebab terpenting doa akan dimakbulkan oleh Allah ialah rezeki yang halal dan cara mendapatnya menurut hukum syarak, Antara halangan Allah tidak akan menerim doa sesaorang itu ialah dia tidak memperdulikan tentang rezekinya sama ada halal atau haram. Dalam hal ini Baginda Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Seorang lelaki menadah kedua tangannya kelangit lalu berkata; Wahai  Tuhan, wahai  Tuhan, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya juga dari bahan yang haram, dia diberi makan dari  makanan yang haram, bagaimankah  doanya akan dimakbulkan”.  Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sabda Baginda; “

“يا سعد ، أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة”.

Ertinya; “Wahai  Saad, makanlah yang baik-baik, nescaya doamu dimakbulkan”.

Adab-Adab Berdoa;

Antara adab berdoa ialah memilih masa yang afdzal, didahlu dengan wuduk dan sembahyang,  bertaubat kepada Allah, mengadap Kiblat dan mengangkat kedua tangannya. Memulakan doa dengan pujian bagi Allah dan syukur kepadaNya serta  berselawat  keatas  Nabi s.a.w., berselawat dipertengahan doa dan diakhirknya  kemudian  diakhirri dengan doa  “Amin”. Tidak mengkhususkan doa untuk dirinya sahaja malah hendaklah berdoa untuk orang  ramai, mempunyai sangkaan yang baik terhadap Allah dan mengharapkan doanya dimakbulkan, mengaku atas dosa-dosa yang dilakukan dan berdoa dengan suara yang rendah.

 

Bacaan bacaaan;

Dr Mustafffa al-Bugha, Muhyiddin Misto,  al-Wafi, Dar Ibnu Kathir, 1997M, hal. 360.

Mohd Asri Hj Hashim, Syahruzzaman Bistamin, Kharuddin Ghazali, alWafi (terjemahan) , Pustaka Salam, 1998M,Hal. 537.

Dikirim dalam Doa, Kuliah, Ustaz Ya Ali | Di tag: , , | Leave a Comment »

Kubur Adalah Tempat Pertama Di Alam Akhirat

Posted by aburedza di 20 Disember 2011

Kuliah Subuh Pada 18 Dis 2011

 

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman@ Abdul Rahman

Imam Masjid al-Syakirin

Sambungan:   Peristiwa Ketika Malaikat `Izrail Mencabut Nyawa.

Abu Dardak telah berkata;  “Tiga perkara membuat aku ketawa dan tiga perkara juga yang membuat aku menangis kerananya;  Tiga perkara yang membuat aku ketawa ialah; pertama, orang yang mengangan-angankan dunia dengan kenikmatannya pada hal kematian menantinya, kedua; orang yang lalai terhadap sesuatu yang tidak lalai daripadanya, ketiga, orang yang ketawa  pada hal dia tidak tahu apakah Allah reda terahadapnya atau murka kepadanya. Tiga  perkara yang membuat aku menangis kerananya ialah;  Pertama, berpisah dengan orang yang tercinta iaitu Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya, kedua, ketakutan ketika nyawa dicabut sewaktu sakratul maut (mabuk mati) dan ketika,  ketika bertemu dengan Allah Ta`ala ketika diperlihatkan jambatan kemudian tidak ada hamba yang tahu sama ada dia diperintahkan ke syurga atau ke neraka.

Anas bin Malik berkata; “ Mahukah kamu supaya aku ceritakan tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah seorang  pun mendengarnya:  Hari ketika datang berita kepada kamu dari Allah Ta`la sama ada mendapat keredaanNya atau kemurkaanNya, kedua,  adalah hari ketika mengadap Tuhanmu lalu dikatakan; “Ambillah kitabmu”, apakah dari kiri atau dari sebelah kanan.  Manakala malam pula pertamanya, ketika mayat dibawa masuk kedalam kuburnya dan kedua, malan yang dikuti dengan hari kiamat pada besuknya.

Bab: Kubur Adalah Tempat Pertama Di Alam Akhirat, Menangis Disisi  Mayat dan Persiapan Menghadapinya.

Ibnu Majah telah meriwayatkan dari Hani` bin Usman dengan katanya; “ Bahawa Usman  r.a. apabila berhenti  disebuah perkuburan, dia menangis hingga basah janggutnya, lalu sahabat bertanya kepadanya; “Adakah engkau mengingati  syurga dan  neraka,  janganlah menangis, adakah engkau menangis kerana kubur ini?, lalu dia menjawab dengan katanya;

Ertinya;  Rasul Allah s.a.w. telah bersabda;  “Sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat dalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya”.   Dalam hadith yang lain Sabda  Baginda s.a.w.;  “Aku tidak pernah melihat  suatu pandangan yang lebih menakutkan dari  pandangan didalam kubur”.

Usman Bin Affan pernah membaca satu syair apabila melihat mayat sedang diturunkan kedalam kubur dengan katanya;

Apabila kamu selamat daripadanya maka kamu akan selamat dari yang lebih besar

   Tetapi apabila tidak(selamat)  maka tidak ada tanda bagimu akan selamat.

Ibnu Majah meriwayatkan dari  Anas dari al-Barrak bin `Azib r.a. katanya:

Ertinya: “Kami pernah bersama Rasul Allah s.a.w.  ketika mengziarahi  kubur, baginda duduk ditepi kubur lalu menangis, sahabatnya tururt  menangis hingga basah  tanah dengan air mata mereka, lalu Baginda berkata; “ Wahai  saudara-saudaraku,  memandangkan beginilah  keadaan kubur hendaklah kamu   persiapkan diri(dengan  amalan)”.

Bahan bacaan;  al-Qurtubi, al-Tazkirah, Dar al-Salam, cetakan kedua, tahun 2008,  hal. 88

Abd Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkirah al-Qurtubi, Jasmin,  hal. 73

Dikirim dalam Hakikat roh, Ingat Mati, Ustaz Ya Ali | Di tag: , , | Leave a Comment »

Perkara yang mengikuti mayat Semasa Pengkebumiannya

Posted by aburedza di 20 Disember 2011

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 11 Dis 2011

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman @ Abdul Rahman Imam Masjid al-Syakirin

Bab:  Perkara yang mengikuti   mayat  Semasa Pengkebumiannya.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Ertinya: “Ada tiga perkara ikut menghantar mayat kekubur, dua  daripadanya akan pulang dan satu yang kekal bersamanya, iaitu keluarga, harta dan amalannya, keluarga dan harta akan pulang manakala amalannya  akan tinggal bersamanya”.

Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Na`im;

Ertinya; “Ada tujuh perkara yang Allah s.w.t sampaikan pahalanya bagi seorang hamba dalam kubur selepas kematiaannya; Siapa yang mengajarkan ilmu pengetahuan semasa hidupnya, mengalirkan air sungai, menggali perigi, menanam pokok buah-buahan, membina  masjid, mewakafkan Mushaf al-Quran atau meninggalkan anak yang akan memohon keampunannya selepas mati”.

Dalam satu hadith   disebut anak yang saleh atau anak yang muslim. Dalam hadith   yang di- riwayatkan oleh Muhammad bin Yazid al_Qazwani dalam kitab sunannya menyebut:

Ertinya: ”Sedekah yang dikeluarkan sebahagian dari hartanya ketika dia masih sihat”.

Telah berkata Basyar bin Ghalib; aku pernah Nampak Rabi`ah al-`Adawiyah dalam mimpiku, aku sentiasa   berdo`a kepadanya, lalu dia berkata kepadaku: “Wahai Basyar hadiahmu sampai kepada kami dalam bekas yang bercahaya, dialaskan dengan kain sutera, beginilah  Wahai Basyar setiap do`a kepada  rakan mereka yang telah mati akan diperkenankan do`a mereka apabila sesaorang itu berdo`a  dengan niatnya untuk disedekah kepada orang yang mati”.  Begitulah setiap do`a orang yang   beriman akan sampai kepada orang yang telah meninggal dunia, dikatakan kepada orang yang menerima hadiah itu, “Inilah hadiah sipolan untukmu”.

Beberapa orang ulamak telah berbicara sesama mereka, antaranya berkata; “Aku pernah lalu didepan tanah perkuburan yang luas lalu aku pun membaca surah al-Fatihah,   surah Ikhlas dan Ta`wwuz masing-masing aku baca sebanyak tiga kali, kemudian aku hadiahkan kepada  orang   islam yang telah meninggal dunia,  kemudian timbul keraguan dalam hatiku dan bertanya diriku sendiri apakah mereka mendapat pahala dari hadiah ku ini,  lalu  aku tertidur,   aku melihat dalam mimpiku cahaya turun kepermukaan bumi, lalu cahaya-cahaya itu masuk kedalam setiap kubur. Kemudian aku mendengar suara   berkata, “ Inilah pahala bacaanmu yang kamu hadiahkan kepada mereka”.

Bab: Mengenai Peristiwa Ketika Nyawa Dicabut Oleh Malaikat  I`zrail

Telah disebuat dalam sebuah hadith  yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah katanya; Sabda Nabi s

 

Ertinya; “Jangan kamu bercita-cita untuk mati kerana kematian itu sangat sakit”.

Ketika Umar bin al-Khattab ditikam, seorang lelaki telah berkata kepadanya; “Wahai Amirul Mukminin aku harap agar jasadmu tidak disentuh oleh api neraka”;  Kemudian Umar memandang lelaki tersebut seraya berkata, “Sesungguhnya orang yang engkau tipu telah tertipu, demi Allah andainya aku memiliki segala yang ada dibumi ini, aku akan mengorbankannya demi menghindari pencabutan nyawa yang menakutkan”. Sekian bersambung…

Bahan bacaan;

Abdul Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkirah al-Qurtubi, Terjemahan, Jasmin, hal  70.

Imam al-Qurtubi, al-Tazkirah, Dar al-Salam. Hal. 87.

Dikirim dalam Hakikat roh, Ingat Mati, Kuliah, Ustaz Ya Ali | Di tag: , , | Leave a Comment »

Hukum Membunuh Diri Dalam Islam.

Posted by aburedza di 15 Disember 2011

Kuliah Maghrib Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 27 Nob 2011

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

Pengajian al-Hadith;   Hukum Membunuh Diri Dalam Islam.

Sabda Nabi s.a.w.

 ” كان فيمن كان قبلكم رجل به جرح , فجزع , فأخذ سكينا فحز بها يده فما رقأ الدم حتى مات . قال الله عز وجل : عبدي بادرني بنفسه , فحرمت عليه الجنة ” .

Ertinya:Ada seorang lelaki  sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya,   dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah Azzawajalla befirman, “Hambu Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.

 

Ringkasan Hadith Seorang alim lagi saleh, zahid dan ahli ibadat iaitu al-Hasan al-Basri meriwayatkan dari Jundub bin Abbdullah al-Bajli r.a., beliau menceritakan hadith ini dalam masjid Kufah dengan katanya; “Bahawa Nabi s.a.w. telah menceritakan kepada sahabatnya mengenai seorang lelaki dari umat yang lalu telah luka,  dia tidak sabar menanggung kesakitan dan putus asa terhadap rahmat Allah Ta`ala dan kesembuhan dariNya, disamping   tidak mengharap keredaan Allah kerana lemah imannya dan kurang keyakinan   hatinya terhadap Allah, lalu memotong tangannya,  keluarlah darah tidak henti- henti sehingga dia mati. Allah berfirman; “Hambaku ini merasai lambat untuk mendapat rahmat  dan kesembuhan dariKu dan tidak mampu menangggung ujianKu, lalu segera bertindak terhadap dirinya dengan melakukan satu jenayah, iaitu membunuh diri, dia menyangka dengan perbuatan demikian untuk memindekkan ajalnya,  oleh itu  Aku haramkan dirinya untuk memasuki   syurga, siapa yang diharamkan masuk kedalam syurga maka tempatnya ialah nereka”. Perbuatan tersebut dimana dia lari dari kesakitan luka badannya kedalam azab neraka, Hukum yang diambil hadith ialah;

  1. Haram membunuh diri tanpa kebenaran, suatu   dosa besar. Menurut pandangan Ibnu Daqiq al-A`id: Hadith ini suatu dalil menyatakan bahawa membunuh diri sendiri atau orang lain adalah dosa besar.
  2. Wajib keatas seorang islam bersikap sabar dengan musibah yang menimpanya, elakkan perkara yang dimurkai Allah seperti meratap tangis, atau perbuatan  yang dikutuk seperti  mencaka-cakar muka, mengoyak-ngoyakkan pakaian, lebih-lebih lagi yang paling besar keslahannya ialah membunuh diri.
  3. Sebaik-baiknya Bagi seorang yang ditimpa bala atau musibah harus berdoa jika  tak dapat mengelakkan dari kata-kata  yang salah seperti;

 

“اللهم احيني ما كانت الحياة خيرا لي , وتوفني اذا كانت الوفاة خيرا لي”

“Ya Allah Ya Tuhanku panjangkanlah umurku jika dengan demikian memberi kebaikan kepadaku, dan ambillah nyawaku jika dengan kematian itu adalah lebih baik bagiku”.  

  1. Maksud firman Allah dalam hadith ini ; “عبدي بادرني بنفسه”, (hambaku bertindak mendahului Ku), bukanlah menapikan Kada dan kadar Allah, malah Allah telah mentakdirkan setiap sesuatu sebelum dijadikannya diatas muka bumi ini.  Sedangkan perbuatan membunuh diri dengan menamatkan ajalnya juga belaku dengan   sebab-ebab yang  telah ditentukan oleh Allah. Orang yang merasa lambat untuk mendapat kesembuhan dan rahmat Allah adalah  berputus asa terhadap rahmatNya, ini adalah suatu dosa besar ketika sesaorang   membunuh dirinya merupakan suatu balasan buruk tehadap orang yang merosakkan niatnya iaitu untuk mempercepatkan ajalnya yang belum sampai masanya. Allah tidak menzaliminya dengan perbuatan demikian untuk  memasukkannya kedalam neraka, kerana Allah telah mengurniakan akal , iradah dan qudrah untuk dia memilih  sama ada  dia ingin bertindak atau tidak bertindak demikian,  sebenarnya dia telah mengikut hawa nafsunya lalu membunuh diri.

 2. Dalam hadith ini jelas menyatakan haram membunuh diri, kerana diri kita bukanlah milik kita sendiri malah ianya adalah milik Allah yang menjadikannya,   tidak boleh kita menguruskan diri kita menurut kehendak sendiri melainkan menurut ketentuan yang diizinkan oleh Allah seperti mengubatinya ketika sakit, makan ketika lapar dengan sesuatu yang halal dan sebagainya menurut syariat Allah. Perkara  ini(bunuh diri) sering berlaku kerana lemah dan sempit fikiran dan lemah imannya terhadap kada kadar Allah Ta`ala. Jika sekiranya wujud imam terhadap Allah Ta`ala dan yakin terhadap ketentuanNya pasti dia akan mengharapkan pahala dan balasan baik ketika diuji dengan musibah, dia takut membunuh diri dengan   perbuatan demikian ibarat menempah azab Allah diakhirat kelak, tetapi kebanyakan   manusia tidak memahaminya.

3. Maksud “Aku Haramkan keatasnya Syurga” bererti dia kekal dalam kemurkaan Allah sebagaimana pandangan kebanyakan ulamak. Sekian Wallah a`alam.

Bahan bacaan:  Ibnu Saleh Ali Bassam, Taisir al-`Allam, Juz 2, Dar Ulilnuha, 1944 , cetakan ke 8, hal:422

Dikirim dalam Ustaz Ya Ali | Di tag: , , | Leave a Comment »

Cara Berlaku Kematian dan Perbedaan Sesama Manusia

Posted by aburedza di 14 Disember 2011

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pad 20 Nov 2011

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

Bab:  Cara Berlaku Kematian dan Perbedaan  Sesama  Manusia

Allah Ta`ala telah menyatakan dalam kitab al-Quran secara ringkas dan terperinci, Firman Allah:

32. (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: “Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan”. Al Nahl:32.

Dalam Surah al-Sajdah ayat 11 Firman Allah:

11. Katakanlah (Wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. Al-Sajdah: 11.

Dalam surah al-An`am ayat 61 firman Allah;

61. dan Dia lah Yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). Al-An`am:61.

Dalam surah al-Nahl ayat 28 Firman Allah:

28. (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya).” lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata): “Kami tiada melakukan sesuatu kejahatan”. (malaikat menjawab): “Bahkan (kamu ada melakukannya); Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan”. Al-Nahl:28.

Ayat-ayat di atas dikatakan ayat mujmal (ringkas) bererti ianya secara ringkas, ayat-ayat ini akan  dijelaskan secara terperinci oleh Rasul Allah s.a.w.

Dan ada ayat-ayat lain yang dinyatakan oleh Allah Ta`ala secara khusus, antaranya Frman Allah:

50. dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (Wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): “Rasalah kamu azab seksa neraka Yang membakar”. Al-Anfal:50.

Dan Firman Allah lagi dalam surat Muhammad ayat 27,;

27. (Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (Mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka.  -Muhammad:27.

Ayat-ayat ini menceritakan bagaimana orang kafir ketika kematian mereka dalam peperangan badar.  mereka dipukul depan dan belakang,  demikian juga keadaannya orang-orang kafir pada hari ini ketika mereka diambil nyawa  dipukul depan dan belakang, mereka mati dengan penuh kehinaan.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud;

Telah berkata Ibnu Abas; Ketika orang Islam berada dalam keadaan terdesak dihadapan orang Musyrikin dalam peperangan badar, iba-tiba mereka mendengar bunyi pukulan sesuatu dan juga mereka mendengar suara jeritan  kuda, lalu mereka diminta supaya cepat bergerak, ketika itu mereka ternampak orang musyrikin yang jatuh terlentang sedangkan hidung mereka dijerat dengan tali, muka pecah dengan sebab pukulan tersebut, banyak antara  mereka yang terjatuh, seorang ansar telah menceritakan kepada Rasul Allah s.a.w. berita tersebut lalu Baginda menjawab; “Memang benar katamu, itu bantuan Allah dari langit kedua, yang membunuh sebanyak tujuh puluh orang dan menawan sebanyak tujuh puluh orang”.

Pasal

Jika diperkatakan; bagaimakah dapat dipahami ayat-ayat dengan makna yang sama, dan bagaimana caranya malikil maut dapat mengambil roh-roh yang begitu banyak dalam waktu yang sama ditimur dan barat?.

Ketahuilah,  bahawa kadang-kadang kematian itu dinisbahkan kepada malikil maut, kerana dialah yang langsung mengerjakannya, kadang-kadang dinisbahkan kepada kawan-kawanya (pembantu malikil maut), dan kadang-kadang dinisbahkan kepada Allah s.w.t. seperti firman Allah  dalam surah al-Zumar ayat 42,

42. Allah (yang Menguasai segala-galanya), ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian ia menahan jiwa orang yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum Yang berfikir (untuk memahaminya). – Al-Zumar:42.

Dan Firman Allah lagi dalam surah al-Haj ayat 66;

66. dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian ia mematikan kamu, kemudian ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.     -al-Haj:66.

Dan dalan ayat 2 Surah al-Mulk;

2. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); al-Mulk:2.

Al-Kalbi pernah berkata: Malikil Maut  yang mencabut  roh dari jasad, lalu memberikannya kepada malaikat rahmat apabila roh itu adalah dari kalangan orang yang beriman, atau kepada malaikat azab jika sekiranya roh itu dari kalangan orang kafir.

Dari  khabar yang lain; Semua catatan ajal yang telah dituliskan dimalam Nisfu Sya`ban berada disisi malaikil maut, itulah malam yang diperintahkan segala urusan Allah kepada para malaikat sama ada rezeki, ajal dan lain-ain. Ini adalah pandangan dari Ikrimah dan dan lain-lain.

Yang sebenarnya, Allah telah menentukan segala urusan ini dimalam Ramadzan iaitu dimalam lailatul Qadar, menurut pandangan Qatadah,  hasan Mujahid dan lain-lain berdasarkan firman Allah dalam surah  al-Dukhan ayat  1 hingga ayat 3.

1. Haa, Miim.

2. Demi Al-Quran Kitab Yang menerangkan kebenaran.

3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). Al-Dukhan:1-3.

Yang dimaksudkan lailatul Mubarakah iaitu malam Lailatul Qadar. Menurut pandangan Ibnu Abbas; sesungguhnya Allah menentukan segala urusan dimalam Nisfu Sya`ban kemudian menyerahkan kepada petugas-petugasnNya dimalam Lailatul Qadar. Sekian wallahu `Alam.

Bahan bacaan:

al-Qurtubi, al-Tazkirah, Dal-Assalam, cetakan kedua 2008, Kahirah, hal.65.

Dikirim dalam Hakikat roh, Ingat Mati, Ustaz Ya Ali | Di tag: , | Leave a Comment »

Setiap Amal Yang Berfaedah Ialah Amalan Akhir Hidupnya

Posted by aburedza di 26 September 2011

Kuliah Subuh Masid al-Syakirin Oran  Mata Ayer Perlis pada 18 Sept 2011

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-syakirin

 

Bab

Akhir Hidup Yang Buruk dan Setiap Amal Yang Berfaedah   Ialah Amalan Akhir Hidupnya

 

Diriwayatkan oleh Imam Muslim Dari Abu Hurairah r.a. sabda Nabi s.a.w.

 

“ان الرجل ليعمل الزمان الطويل بعمل أهل الجنة ثم يختم له عمله بعمل اهل النار ، وان الرجل ليعمل الزملن الطويل بعمل اهل النار ثم يختم له بعمل اهل الجنة “.

Etinya: “Sesungguhnya ada orang yang beramal dengan amalan ahli syurga pada waktu yang lama, kemudian ia megakhiri amalnya itu dengan amal ahli neraka, dan sesungguhnya ada orang  yang beramal amal ahli neraka pada waktu yang lama, kemudan ia menutup amalnya itu dengan amal ahli syurga”.

 

Dalam kitab Saheh Bukhari ada hadith lain yang berbunyi:

 

“ان العبد ليعمل عمل اهل النار وانه من أهل الجنة ، ويعمل عمل اهل الجنة وانه من اهل النار وان الأعمال بالخواتم” .

Ertinya; “Sesungguhnya ada hamba yang mengerjakan amal ahli neraka tetapi ternyata ia salah seorang dari ahli syurga, dan ada yang mengerjakan amal ahli syurga tetapi ternyata ia termasuk dari ahli neraka. Kerana sesungguhnya seluruh amal itu bergantung pada akhir hidupnya”.

 

Ulamak berpendapat bahawasanya su`ul khatimah (akhir hidup yang buruk) terjadi pada orang yang sering dan terus menerus mengerjakan maksiat secara sembunyi, dan ia sering mengerjakan dosa-dosa besar dan cuba menipu Allah s.w.t. Adapun orang yang istiqamah secara zahir dan terus menerus mengerjakan maksiat secara batin (tersembunyi), belum ada terdengar cerita bahawa orang yang seperti itu mengakhiri hidupnya dengan buruk. Segala puji hanya bagi Allah s.w.t atas kelapagan ini.

 

Sebaliknya orang yang kebanyakan waktunya digunakan untuk mencintai dunia dan  melakukannya tanpa   niat untuk bertaubat, lalu   datang ajalnya sebelum bertaubat, hingga syaitan boleh menggodanya pada saat itu dan langsung membawanya  kejalan yang sesat pada ketika itu juga, kita berlindung dengan Allah s.w.t. dari keadaan demikian, maka pada saat ia meninggal dunia mungkin  kelihatan mudah dimata orang ramai .Selain dari itu ada juga hamba Allah yang hidupnya berada dijalan yang lurus,  akan tetapi ketika menjelang ajalnya ia berubah dan keluar dari jalan yang lurus tersebut, yang kemudian hal itulah yang menyebabkan dia mengakhiri hidupnya dalam keadaan yang buruk, dan mendapat celaan yang hina seperti yang dialami oleh iblis. Bagaimana yang tertulis dan diceritakan bahawa di peringkat iblis menyembah Allah s.w.t. bersama-sama dengan para malaikat selama lapan puluh ribu tahun lamanya kemudan dia durhaka kepada Allah..

 

Ini pernah berlaku kapada Lu`am bin Ba`ur yang telah diperlihatkan kepadanya ayat-ayat kebesaran Allah, tetapi kemudiannya ia menjauhkan dari hidayat Allah dan menukar hidupnya mengikut hawa nafsunya.

 

Begitu juga dengan Bersisa yang alim dan merupakan ahli ibadat, seperti yang dirakamkan dalam al-Quran Firman Alllah Ta`ala yang berbunyi:

 

“كمثل الشيطان اذ قال للاءنسان اكفر”

Maksudnya; “Seperti syaitan ketika ia erkata kepada manusia “Kufurlah kamu”.

 

Ringkasan cerita Bersisa; Seorang ahli ibadat dan mustajab doa` sehingga dapat mendoa`kan untuk menyembuh penyakit orang gila. Seorang puteri raja   telah mengidap penyakit gila, lalu raja pun menyerahkan anaknya untuk bersama dengan Bersisa untuk diubati, dengan rasokan iblis lalu Bersisa telah melakukan zina dengan perempaun tersebut dengan alasan perempuan itu tidak sedar dan tidak mengetahui, bila berlaku perbuatan tersebut lalu iblis pun meninggalkan, setelah berlaku perbuatan itu lalu terasa takut dan bimbang kalau-kalau diketahui oleh raja,  lalu dibunuh perempuan itu kemudina dikebumikan ditempat kediamannya. Ini semua berlaku atas pandangan iblis, lalu katanya kepada Bersisa jika raja datang untuk mengambilnya katakan kepadanya puterinya telah sembuh dan telah pulang. Apabila rombongan raja datang berilah jawab bahawa puterinya telah sembuh dan telah pulang pasti dia akan percaya. Bersisa telah melakukan setiap pandangan oleh iblis.

 

Kemudian iblis dengan bentuk seorang hamba lalu bertemu dengan raja  dan menceritakan kepadanya; Bersisa telah menodai puteri tuanku oleh takut kalau puteri akan memberitahu kepada raja  maka dia telah membunuh puteri tuan dan meguburkannya berhampiran dengan pondoknya, dia akan memberi alasan bila tuanku bertanya nanti bahawa puteri tuan telah sembuh dan pulang, maka janganlah percaya akan   perkataan itu.

 

Kemudian raja telah mengantar rombongan untuk menemui Bersisa, dan ternyata semuanya benar, lalu Raja memerintahkan supaya Bersisa disalib, semasa Bersisa disalib datang semula Iblis dan berkata kepada Bersisa; “Aku boleh menolongmu jika kamu sujud kepadaku sebagaimana aku menggenakan kecelakaan kepadamu, Bersia akhirnya sujud kepada Iblis dengan syarat sujud menunduk  kepalanya, lepas itu iblis pun pergi tanpa menolongnya dan akhirnya Bersisa mati dalam kekufuran.

 

Dalam cerita yang lain, bahawa ada seorang alim yang  menjadi tukang azan (muazzin) disalah sebuah masjid di Mesir, berdekatan dengan masjid itu ada seorang wanita anak kepada seorang Nasrani (keristian), disuatu hari dalam perjalananya lalu lelaki berkeanaan tertarik dengan rupa paras wanita berkenaan lalu jatuh cinta kepadanya, dan ingin bertemu dengan wanita berkenaan dirumahnya, bila beertemu lalu menyatakan hasratnya untuk  berkahwin dengan wanita tersebut, wanita itu menjawab bahawa ; ayahku tidak membenarkan kita berkahwin melainkan setelah engkau memeluk agama Nasrani,  lelaki itu pun masuk agama Nasani, kemudian lelaki berkenaan masuk kedalam rumah wanita itu  kemudian naik keatas bangunan untuk melihat  pandangan kota. Kemudian dia terjatuh dan meninggal dunia dalam keadaan Nazrani.

Bahan Bacaan;

Ringkasan Tazkirah al-Qurtubi(terjemahan), oleh Syeikh Imam Abdul Wahab al-Sya`rani, Berlian Publications. Sdn. Bhd. Cetakan pertama, 2008 m, hal. 37.

Dikirim dalam Ingat Mati, Ustaz Ya Ali | Di tag: , | Leave a Comment »

Allah ditaati tidak diingkari, selalu dingati, tidak dilupai selalu disyukuri, tidak dikufuri

Posted by aburedza di 19 Jun 2011

Kuliah Maghrib Masjid Arau Perlis pada 4 Jun 2011

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran Pelis

Pengajian hadith bertajuk : Bertaqwa Kepada Allah dan Akhlak yang Baik

عن أبي ذر جندب بن جنادة ، وأبي عبدالرحمن معاذ بن جبل رضي الله عنهما ، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : اتق الله حيثما كنت ، واتبع السيئة الحسنة تمحها ، وخالق الناس بخلق حسن ، رواه الترمذي .

Daripada Abu Zar Jundub Bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu`az bin Jabal r.a. Rasul Allah s.a.w. bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada, Ikutilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu, bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik”. Riwayat al-Tirmizi.

Pengajaran Hadith;

1. Sebab Hadith Ini dilafazkan; Wasiat Nabi kepada Abu Zar dan Mu`az, wasiat ini menerusi berlainan cara berdasarkan masa yang munasabah;

-          Diriwayatkan oleh Abdul Bar Dari Anas r.a. katanya; Nabi telah mengutuskan Mu`az bin Jabal ke Yaman dan Baginda mewasiatkan;

“يا معاذ ، اتق الله ، وخالق الناس بخلق حسن ، واذا عملت سيئة فاتبعها حسنة . فقال : قلت : يا رسول الله ، لا اله الا الله من الحسنات ؟ . قال : هي من اكبر الحسنات “.

Ertinya: Wahai Mua`az bertaqwalah kepada Allah, bergaullah dengan orang ramai dengan akhlak yang baik, apabila kamu melakukan kesalahan segeralah kamu ikuti dengan kebaikan, Mua`az berkata: “Aku bertanya; “Waha Rasul Allah, La ilaha illah temasuk amal kebaiakan? Jawab Rasul Allah; “Ia adalah kebaikan yang paling besar”.

 

-          Ahmad meriwayatakan daripada abu Zar r.a. katanya;

“قلت : يا رسول الله ، علمني عملا يقرنبي من الجنة ويباعدني من النار . قال : اذا عملت سيئة فاعمل حسنة ، فانها عشرأمثالها . قال : قلت : يا رسول الله ، أمن الحسنات لا اله الا الله؟. قال : هي أحسن الحسنات”.

Ertinya:Wahai Rasul Allah ajarkan  saya suatu amalan yang mendekatkan  saya dengan syurga dan mengjauhkan  saya dari neraka. Jawab Baginda ; Jika kamu lakukan suatu keburukan maka hendaklah kamu ikuti dengan amalan kebaikan, kerana kebaikan itu mempunyai sepuluh  kali ganda pahalanya.  Saya berakata; Aku bertanya lagi, Wahai Rasul Allah adakah laila hailllah itu termasuk kebaikan? Jawab bagindna: Ia adalah sebaik-baik kebaikan”.

2. Manusia Adalah Makhluk Termulia Atas Muka Bumi; Alah telah menjadikan manusia dan memberi ni`mat yang banyak tidak ternilai, manusia dilantik sebagai rasul dan diturunkan wahyu kepadanya untuk memberi pertunjuk  kepda manusia kejalan yang baik dan bahgia, Allah juga memerintahkan agar manusia menyembahNya Yang Esa tidak mengsyirikkan dengan sesuatu, diperintahkan kepada manusia supaya menurut titah perintahNya  dan menjauhi segala laranganNya,  segera melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, setiap insan  diminta bekerja untuk memastikan kebahagian sejagat, mereka diperintah berakhlak muia, bejiwa   bersih,   akhlak yang lemah lembut dan percakapan yang baik. Dengan amalan tersebut dapat mencapai kebaikan hidup   dunia dan akhirat, ini juga dapat memastikan manusia sebagai khalifahNya dimuka bumi, sebab itu Allah memilih Adam sebagai khalifah tidak memilih dari kalangan malaikat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 34 yang bermaksud; Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepda Malaikat; Tunduklak dan   hurmat   kepada Adam…”.

3. Wasiat Yang Abadi. Alangkah indahnya nasihat ini yang telah disampaikan oleh Baginda kepada dua orang sahabatnya, dimana pada asalnya adalah untuk mereka berdua sahaja, namun demikian sebenarnya untuk seluruh umat manusia secara berkekalan, kerana isi kandungannya amatlah berfaedah yang memastikan hidup bahagia di dunia dan berita gemberi untuk akirat.

4. Taqwa Adalah Jalan Kejayaan. Yang utamanya nasihat baginda ialah bertaqwa kepada Allah kerana ia terhimpun segala kebaikan dan mengawal dari  keburukan, dengan nasihat ini orang yang beriman berhak mendapat pertolongan dari Allah. Firman Allah dalam surah al-Naml ayat 128 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat baik”. Firman Allah lagi dalam surah al-Talaq ayat 3 yang bermaksud: “Dan siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesusahan, dan membri rezeki  dari jalan yang tidak terlintas dalam hatinya”.

Dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang menyatakan kelebihan taqwa disis Allah Ta`ala. Sifat taqwa adalah akhlak Rasul dan Nabi, Taqwa juga merupakan wasiat Allah kepada  umat terdahulu dan yang terkemudian, siapa yang beristiqamah dengan taqwa dia akan berjaya dan sebaliknya siapa yang tidak bertaqwa dia akan musnah dan rugi.

5. Hakikat Taqwa. Satu kalimah Jami`a dan Mani`a, mengandungi isi kandungan Islam itu sendiri dari sudut aqidah, ibadah, mu`amalah dan akhlak, Firman Allah Ta`ala dalam surah al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud; “Bukanlah kebaikan itu kamu mengadap wajhmu ke timur dan kebarat, tetapi kebaikan itu  ialah sesaorang itu beriman dengan Allah, hari akhirat, malaikat, kitab-kitab, nabi, membelanjakan harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak yatim, fakir miskin, ibnu sabil, orang yang meminta, dan  membebaskan hamba, mengerjakan sembahyang, mengeluarga zakat, orang yang menunaikan janji apabila berjanji, orang yang sabar ketika kesempitan, kesakitan dan ketika peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan mereka itulah orang yang bertaqwa”.

Perkataan taqwa bukanlah sekadar sebutan sahaja tanpa bukti dengan amalan, ulamak salaf al-saleh menyatakan; “Allah ditaati tidak diingkari, selalu dingati dan tidak dilupai selalu disyukuri tidak dikufuri”. Mereka  yang  beriman dan beramal dengan  pengertian  tersebut sama ada diwaktu sunyian atau berterangan demi menyahut perintah Allah Ta`ala adalah taqwa yang sebenarnya.

6. Antara Kesempurnaan Taqwa. Menjauhkan diri dari perkara yang syubhat dan yang bercampur dengan haram;  petikan hadith riwayat Bukhari dan Muslim, bererti; Siapa yang mengelakkan dirinya dari perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah bersihkan agama dan dirinya. Bersihkan diri dari perkara yang harus ketika bimbang terlibat dengan perkara yang haram, hadith riwayat Termizi dan Ibnu Majah yang bererti. “Sesaorang itu tidak sampai kemartabat al-muttaqin sehingga dia meninggalkan perkara  yang harus ditakuti perkara itu tidak dibolehkan kepadanya”.  Hasan al-Basri bekata; “Taqwa itu tetap bersama-sama orang yag bertaqwa sehingga mereka meninggalkan banyak perkara yang halal kerana takut terkena sesuatu yang haram”.

Bahan bacaan kitab al-Wafi karangan Dr Mustafa al-Bugha dan Muhyiddin Misto. Hal. 116.

Dikirim dalam Kuliah | Di tag: , | Leave a Comment »

Mengingati mati dan akhirat akan zahid hidup didunia – Bahagian 2

Posted by aburedza di 30 Mei 2011

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 22 Mei 2011

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid Oran

Sambungan (Tajuk Meingingati  Mati Dan Akhirat Menjadi Zahid Hidup di Dunia)

 

Hadith yang menceritakan bahawa bapa dan ibu Nabi s.a.w. dihidupkan oleh Allah Ta`ala dihadapan Baginda dan beriman dengannya bukan sesuatu yang mustahil dan tidak boleh  diterima oleh akal dan syara`, dalam al-Quran pernah diceritakan oleh Allah Ta`ala; suatu ketika Allah hidupkan seorang dari kalangan Bani Israil  untuk  memberitahu  orang yang membunuhnya[i],  Nabi  Isa a.s. telah menghidupkan orang mati setelah baginda berdoa` kepada Allah[ii].  Begitu juga berlaku dizaman Nabi kita Muhammad s.a.w. dimana Allah menghidupkan beberapa orang yang mati.

 

Jika sabit berlakunya peristiwa sebelum ini, maka  tiada alasan untuk menolak tentang imannya mereka berdua setelah dihidupkan oleh Allah Ta`ala, apatah lagi dengan  karamah (kemuliaan) yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda, lebih-lebih lagi peristiwa ini disebut sendiri oleh Baginda s.a.w., peristiwa ini telah berlaku terhadap orang yang mati dalam kekufuran terhadap Allah, menurut khabar dari Nabi s.a.w. “Bahawa Allah Ta`ala pernah menerbit semula matahari setelah terbenam dizaman kerasulannya”.[iii]

 

Kata Abu Ja`afar al-Tahaawi;   Hadith yang menceritakan  bahawa  Allah Ta`ala telah  menerbitkan semula  matahari setelah  ghurub(terbenam) adalah jelas, demikian juga berita dimana Allah menghidupkan kedua ibu bapanya adalah memberi  manfaat untuk mereka berdua beriman  dengan Baginda dan membenarkan kerasulannya,   begitu juga Allah telah menerima keimanan kaum Yunus setelah mereka bertaubat  ketika ditimpa azab sebagaimana yang telah diceritakan oleh Allah Ta`ala dalam al-Quran.

 

Adapun khabar tentang mereka berdua telah menerima azab adalah sebelum  beriman dengan Allah, ini adalah sesuatu yang berlaku dibawah ilmu Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

 

 Bacaan Ketika Mengziarahi Kubur Dan Harus Menangis Diatasnya

Abu Daud meriwayatkan hadith dari Buraidah bin Khusaib katanya; sabda Nabi s.a.w.:

“نهتيكم عن زيارة القبور فزوروها ، فان في زيارتها تذكرة “.

Ertinya;Aku pernah melarang kamu mengziarahi kubur. Sekarang hendaklah kamu mengziarahinya kerana dengan berbuat demikian akan mengingati  mati”.

 

al-Nasaai`meriwayatkan hadith dari Buraidah dari Nabi s.a.w. sabda Baginda;

“من اراد أن يزور قبرا فليزره ، ولا تقولوا هجرا ” .

Ertinya; Siapa yang ingin mengziarahi kubur maka ziarahilah, dan janganlah kamu ber cakap dengan perkataan yang  keji”.

 

Abu Umar menyatakan hadith dari  Ibnu Abas Sabda Nabi s.a.w.;

“ما من رجل يمر بقبر أخيه المؤمن كان يعرفه فسلم عليه ، الا رد عليه السلام”

Ertinya; Siapa yang mengziarahi kubur saudaranya yang beriman yang dia mengenalinya hendaklah memberi salam kerana dia akan menjawab salamnya”.

 

Hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., sabda Nabi s.a.w. ;

“فان لم يعرفه فسلم ، رد عليه السلام “.

Ertinya; Jika   tidak   mengetahui penghuni kubur yang diziarahi hendaklah memberi salam dia akan menjawab salam”.

 

Imam Muslim meriwayatkan hadith dari `Aishah, beliau   bertanya  Nabi s.a.w. dengan katanya; “Wahai Rasul Allah, apa  yang  perlu saya   bacakan  ketika mengziarahi kubur? Jawab Baginda ucaplah “

“السلام على اهل الديار من المؤمنين والمسلمين ، ويرحم الله المستقدمين منا والمستأخرين ، وانا ان شاء الله بكم لاحقون”

Ertinya, Selamat sejahtera keatas penghuni rumah   mukminin dan muslimin(Penghuni kubur),   Allah telah merahmati   orang yang telah mati dahulu dan   yang kemudian,  sesungguhnya kami akan mengikuti kamu nanti”.

 

Dalam hadith lain riwayat Muslim dari hadith Buraidah, menambah hadith yang lalu;

“أسأل  الله لنا ولكم العافية”

Ertinya,Saya mohon untuk kami dan kamu sehat wal `afiat”.

 

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadith dimana Baginda telah melalui suatu kubur dan melihat seorang wanita sedang menangis, lalu baginda  bersabda;

“اتقي الله واصبري”.

Ertinya, Bertaqwalah kepada Allah dan bersabar”.

 

Pasal

Hadith-hadith yang telah dipaparkan diatas mempunyai banyak ilmu bagi kita, iaitu harus mengziarahi kubur bagi lelaki dan wanita dan memberi salam kepada ahli kubur, mayat akan menjawab salam yang telah diucapkan kepada mereka,   menangis diharuskan  ketika berada diatas kubur, walau pun sebelum ini baginda telah melarang  wanita menziarahi kubur dan menangis diatasnya. Nabi   melarang   mereka yang mengziarahi kubur melakukan perkara-perkara yang  keji.  Ada pandangan mengatakan larangan wanita mengziarahi kubur adalah tidak benar, apa yang dinyatakan disini adalah diharuskan,  namun begitu wanita dilarang melakukan sesuatu yang ditegah oleh Islam ketika mengziarahi kubur seperti berpakaian  yang dilarang oleh Islam dan juga percakapan yang  keji. Hukum mengenainya telah diterangkan sebelum ini.  Harus menangis terhadap mayat   sekadar dukacita atas kematiannya atau kasihahinya ketika berada disis Allah, juga diharuskan menagis ketika kematiannya. Tangisan yang dikenali oleh orang arab ialah ratapan  adalah dilarang, sehingga berlaku dikalang mereka yang meraung  memukul-mukul  kedua belah pipinya dan mengoyakkan pakaian, perbuatan yang serupa ini jelas haramnya menurut pandanagan ulamak, inilah yang diberi amaran oleh baginda s.a.w. supaya jangan menangis dan mengoyak-ngoyakkan pakaian.

Adapun tangisan yang tidak disertai dengan ratapan adalah harus diatas kubur atau ketika kematian, ini adalah tangisan rasa kasihan belas yang tidak dapat dielakkan oleh sesaorang insan. Baginda Nabi s.a.w. sendiri pun menangis ketika kematian anak lelakinya Ibrahim bin Muhammad.

Umar pernah berkata; biarlah mereka menangis ketika kematian Abu Salman selagi mereka tidak mengangkat suara dan tidak melumurkan pasir keatas kepala mereka”.

 

Bahan bacaan kitab al-Tazkirah oleh Imam al-Qurubi hal; 21.


[i] Surah al-Baqarah : 72

[ii] Lihat ayat 49 Surah Ali Imran

[iii] Lihat al-Huffaz oleh imam Sayuti 1/442.

 

 

 

 

Dikirim dalam Ingat Mati, Ustaz Ya Ali | Di tag: , | Leave a Comment »

Amalan Ihsan

Posted by aburedza di 17 Mei 2011

Kuliah Maghrib Masjid Arau Perlis pada   7 Mei 2011

Oleh  Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran

 

Kuliah Hadith Bertajuk (Amalan Ihsan)

عن أبي يعلى شداد بن أوس رضي الله عنه ،  عن رسول الله صلى الله عليه وسلم: ان الله كتب الاحسان على كل شىء ، فادا قتلتم فأحسنوا القتلة ، وادا دبحتم فأحسنوا الدبحة ، وليحد أحدكم شفرته وليرح دبيحته ” رواه مسلم .

Ertinya;Daripada Abu Ya`la Shaddad bin Aus r.a daripada Rasul Allah s.a.w. baginda bersabda; “Sesunguhnya Allah s.w.t. mewajibkan ihsan keatas sesuatu,  jika kamu membunuh laksankanlah dengan cara yang baik,    apabila kamu menyembelih sembelihlah dengan cara yang baik dan hendaklah sesaorang daripad kamu menajamkan pisaunya serta hendaklah dia merehatkan sembelihannya. Riwayat Muslim.

 Pengajaran Yang Dipetik Dalam Hadith Ini Ialah;-

1.  Kewajipan Berbuat Ihsan;

Melakukan ihsan adalah wajib, setiap amalan yang dituntut oleh syara` hendaklah dikerjakan dengan pemuh teliti, sempurna dan elok. Firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya:Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.  

-  Surah al-Nahl: 90.

Ihsan dituntut dalam setiap amalan fardu, meninggalkan yang dilarang dan juga ketika bergaul sesama anggota masyarakat, iaitu dengan melaksanakan dengan sebaik munkin dengan menjaga adab-adabnya   sempurna dan sah dari segi syara`  agar diberi ganjaran oleh Allah Ta`ala.

2.  Ihsan Ketika Membunuh

Ketika membunuh hendaklah menggunakan alat yang tajam supaya mati dengan senang  dan segera tanpa menyeksa, seperti pembunuhan dalam peperangan jihad yang disyariatkan, termasuk hukun qisas dan hukum  hudud

a)      Tata cara peperangan dengan musuh Islam fi sabilillah, ialah dengan memegal lehernya dengan pedang, firman Allah;

فَإِذا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ

Aksudnya:Dengan Yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya”  -Muhammad: 4.

Rasul Allah melarang memotong  tubuh sama ada selepas mati atau semasa hidupnya,  maksud hadith; Sesungguhnya Nabi melarang memotong-motong tubuh

Umat Islam dibolehkan mengguna senjata api atau meriam walaupun boleh menghancurkan badan musuh,  kerana dasarnya adalah sama seperti digunakan oleh musuh berdasarkan firman Allah Ta`la:

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya: “Oleh itu sesiapa Yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan Yang dilakukannya kepada kamu”  – al-Baqarah: 194.

Dalam peperangan juga tidak harus melakukan sesuatu yang boleh menyeksakan mayat. Ada Negara bukan umat Islam mengarahkan tenteranya supaya  tidak membunuh musuh malah hanya mencacatkan sahaja, kerana dengan kecacatan  supaya menjadi bebanan kepada Negara lawan, ini akan menjadi sebagai peperangan ekonomi dan kejiwaan, ini merupakan kerosakan, pertumpahan darah dan kehancuran. Yang dimaksudkan dengan peperangan ekonomi agar memberi bebanan kepada negara untuk menyelia dan menjaga mana-mana askar yang cedera dan sakit.

Islam menolak cara-cara yang jijik sebigini, Islam meminta agar ditegakkak ihsan walaupun dalam peperangan.

b)      Pembunuhan secara   qisas, Islam tetap mengharamkan agar mengkelar dan memotong-motong badan mayat, malah hendaklah dijalankan hukuman dengan pedang. Jika berlaku pembunuhan dengan sengaja kemudian disiksa mayat dengan mengkekar atau sebagainya, maka menurut Imam Malik, Shafi`e dan Ahmad hukumnya dibunuh balas  menurut cara  bagaimana dia membunuh mangsanya.

Dalam satu kes dizaman Rasul Allah s.a.w. dimana Bukhari dan Muslim menceritakan hadith daripada Anas r.a. kata;

 “Pada satu  ketika seorang hamba perempuan yang memakai perhiasan   lalu keluar kekota Madinah, kemudian seorang Yahudi telah melontarnya dengan batu. Kemudian dia dibawa kepada Rasul Allah dalam keadaan yang tenat. Rasul Allah bertanya kepadanya; “Adakah sipulan   membunuhmu?, lalu wanita berkenaan  mengangkatkan kepalanya; Rasul Allah bertanya lagi hingga kali ketiga; Adakah sipulan  membunuhmu?. Kemudian wanita berkenaan menganggukkan kepalanya. Rasul Allah s.a.w. telah memanggil Yahudi berkenaan lalu dipukul kepalanya dengan dua batu dari dua sisi.”.

c) Hukuman bunuh kerana kufur kepada Allah; jumhur ulamak menyatakan mayat berkenaan tidak boleh dikelar atau disiksa.

3.  Larangan membakar dengan api;

Rasul Allah s.a.w. melarang keras menyeksa makhluk dengan menggunakan api. Bukhari meriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas, sabda Baginda;

” لا تعدبوا بعداب الله عز وجل”

Ertinya; Jangan kamu menyiksa dengan menggunakan seksaan yang digunakan oleh Allah s.w.t.”.

Larangan ini adalah mendahului perjanjian melarang penggunaan bom yang membakar oleh dunia, walaupun perjanjian ini hanya tinggal atas kertas sahaja.

Larangan membakar ini termasuk juga binatang yang melata, maksud hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas`ud katanya;

Kami bersama dengan Nabi telah melalui satu kampung dan kami dapati mereka telah membakar semut, lalu Nabi s.a.w. memarahinya seraya berkata; “ sesungguhnya tidak sewajarnya bagi manusia menggunakan azab yang digunakan oleh Allah”.

 

Larangan ini termasuk bintang yang kecil seperti hama, kutu dan juga belalang. Telah berkata imam Ahmad;

 “Jangan kamu membakar ikan atas api ketika ia masih hidup”.

 

4. Larangan Mengurung Dan Menyiksa Binatang,

Islam melarang mengurung binatang kemudian memukulnya sehingga mati. Hadith riwayat al-Bukahri yang bermaksud; Rasul Allah s.a.w. melarang mengurung dan menyiksa binatang”.

5.  Larangan Menjadi Sesuatu Yang Bernyawa Sebagai Sasaran Panah.

Nabi s.a.w. melarang demikian  menerusi sebuah hadith riwayat Abu Hurairah yang bermaksud: Rasul Allah s.a.w. melarang memanah binatang lalu dimakan, tetapi hendaklah disembelih dahulu kemudian panahlah jika kamu ingin”.

 

6. Ihsan Semasa Menyembelih Binatang; Antaranya ialah menajamkan pisau supaya   cepat mati dan menyenangkan,  sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar dengan maksud;Rasul Allah s.a.w. memerintahkan  agar menajamkan pisau, dan menyembunyikan daripada binatang berkenaan, sambung baginda lagi ; jika kamu menyembelih hendaklah diselesaikan dengan segera”.

 

Diantara adab ketika menyembelih binatang juga ialah, berlemah lembut dengan binatang yang hendak disembelih dan berlemah lembut juga ketika membawa ketempat sembelih; Sabda Nabi s.a.w. riwayat  Ibnu Majah yang bermaksud; “Kata Said al-Khudri; “Rasul Allah s.a.w. telah  melihat seorang  sedang mengheret kambing dengan  telingnya, maka Rasul Allah s.a.w. berkata; Lepaskan telinganya dan heretlah dengan menggunakan lehernya”.

Antara adabnya  ialah, tidak menyembelih dihadapan binatang yang lain, mengadap qiblat, menyebut nama Allah ketika sembelih, membiarkan binatang sembelihan benar-benar mati sebelum diperoseskan dagingnya. Antara adabnya juga terhadap binatang ialah tidak membebankan muatannya sehingga     lebih dari kemampuannya, dan tidak menunggang ketika binatang sedang berhenti kecuali dengan sebab-sebab tertentu dan tidak memerah  susunya jika memudaratkan anaknya.

7. Ihsan dalam setiap amalan; pada keseluruhan hadith ini mengajar kita agar melakukan ihsan dalam setiap amalan yang hendak dikerjakan. Sekian  والله اعلم .

Bahan bacaan kitab al-Wafi, karangan Dr Mustaffa al-Bugha dan Muhyiddin Misto. Hal 112.

Terjemahan al-Wafi  oleh Ustaz Hj Muhammad Asri Hj Hashim, Ustaz Syahruzzaman Bistamin dan Ustaz Khairuddin Ghazali. Hal. 165.

Perhatian: Kalimah zal dalam lafaz hadith ialah lafaz dal, kerana  ada kerosakan pada huruf zal.

Dikirim dalam Ihsan | Di tag: , | Leave a Comment »

Bukti Penciptaan Roh Selepas Penciptaan Badannya

Posted by aburedza di 20 Februari 2011

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 17 Jan 2011

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

Kuliah  Roh

Pasal : Bukti Penciptaan Roh Selepas Penciptaan Badannya

Buktinya ada beberapa  sebab:

Pertama: Penciptaan Adam bapa manusia seperti berikut; Allah perintahkan Malaikat Jibril mengambil segenggam tanah kemudian diadunkan sehingga menjadi tanah liat kemudian dibentuk rupa Adam, kemudian ditiupkan roh kedalam badannya, sebaik sahaja roh masuk kedalam badannya jadilah daging, darah dan hidup hingga boleh bertutur.

 

Menurut tafsir Abu Malik dan Abu Saleh daripada Ibnu Abas, Murah daripada Ibnu Mas’ud dan dari sahabat Nabi s.a.w.; Setelah selesai penciptaan Adam  oleh Allah menurut pilihanNya   lalu Allah Istiwa diatas Arasy, kemudian Allah mengangkat Iblis menjadi pemerintah langit dunia, Iblis berasal dari  kaum Malaikat yang berasal dari golongan Jin, dinamakan Jin kerana mereka bertugas menjaga penghuni syurga, kemudan terlintas dalam pandangannya, bahawa Allah tidak akan memberi tugas ini melainkan  aku adalah teristemiwa pada pandangan Allah berbanding  dengan malaikat, maka lahirlah perasaan takabbur dalam dirinya, hal ini terdedah ketika Allah  maklumkan kepada malaikat; maksud al-Quran :

 

Sesungguhnya Aku akan melantik seorang khalifah diatas muka bumi” al-Baqarah: 30.

 

Malaikat bertanya; Tuhan kami! Bagaimana keadaan khalifah itu dan apa yang akan  dilakukan diatas muka bumi?. Allah menjawab; Meraka akan beranak-pinak dan akan melakukan kerosakan diatas muka bumi, mereka akan berhasad dengki dan bunuh membunuh sesama mereka. Seterusnya Malaikat berkata menurut al-Quran firman Alllah;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ

 

30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Al-Baqarah:30.

 

Inilah gambaran dari al-Quran tentang perihal iblis.

 

Setelah selesai gambaran diatas lalu Allah utuskan Jibril  untuk mengambil segenggam tanah di bumi, lalu bumi mengatakan; Aku berlindung dengan Allah  agar kamu tidak mengambil aku,  lalu Jibril tidak mengambilnya.   Kemudian kembali kepada Allah dengan katanya; Sesungguhnya bumi telah berlindung diri kepada Mu Ya Allah. Kemudian Allah perintahkan malaikat Mikaail untuk mengambil tanah, tanah juga memohon perlindungan dari Allah lalu Mikaail juga tidak mengambilnya.

 

Seterusnya Allah perintahkan malaikat al-Maut (‘Izraail) untuk berbuat demikian, bumi jua memohon perlindungan daripada Allah, tetapi malaikat Izraail pula memohon  perlindungan daripada  Allah supaya melaksanakan perinnah tersebut, akhirnya malaikat Izraail telah mengambil segengam tanah dari berbagi jenis  trmasuk tanah yang berwarna merah,  puteh dan hitam , diambil dari berbagai tempat lalu dicampurkan menjadi satu, dengan sebab itulah lahirlah anak adam dari brbagai warna kulit.lalu dibawa naik di sisi Allah sehingga menjadi tanah lazib (melekat antara satu sama lain). Kemudian Allah berfirman kepada malaikat:

 

إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِينٍ

فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِنْ رُوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ

 

71. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: ” Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia (Adam)  dari tanah;

72. ” kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya “. Saad: 71-72.

 

Allah  memberitahu  penciptaan Adam dengan TanganNya(kuasaNya), agar Iblis tidak merasa takbur lagi, kalau sekiranya iblis  takbur juga maka Allah akan menyatakan; Apakah kamu akan takabur juga sedangkan aku ciptakan manusia dengan TanganKu (KuasaMu) sendiri, meskipun begitu Aku tidak terasa takbur”. Adam berbentuk jasad selama empat puluh tahun, setiap kali malaikat melalui di sinya merasa takut terhadapnya. Anatara mereka yang paling takut ialah Iblis, setiap kali Iblis lalu di sisinya dia akan memukulnya, kemudian keluar suara seperti suara tembikar. Al-Quran menyatakan dalam surah al-Rahman ayat 14 bermaksud’

 

Daripad suara semacam tembikar”.

 

Seterusnya iblis bertanya kepada Allah; Untuk apa dijadikan tubuh ini?.  Lalu iblis masuk kedalamnya menerusi mulut dan keluar menerusi duburnya. Iblis berkata kepada malaikat; jangan kamu   takut kepada tubuh ini, Tuhan kamu tempat meminta perlindungan,  didalamnya kosong,   kalau aku  menguasai atasnya  pasti dia akan ku pecahkan atau rosakkan.

 

Apabila Allah memasukkan roh kedalam jasad Adam, lalu diperintahkan supaya malaikat sujud kepad Adam, sebaik sahaja roh masuk kedalam jasad menerusi kepalanya lalu dia bersin, kemudian malaikat suruh  Adam bekata al-hamdulillah, lalu dijawab oleh Allah: Yarhamuka rabbuk (Tuhan kamu merahmatimu).

 

Apabila roh sampai kemata lalu dia dapat melihat buah-buahan syurga,  bila  sampai keperutnya lalu rasa ingin memakan buah tersebut pada hal ketika itu roh belum lagi sampai kekakinya, dia segera ingin bangun untuk mendapat buah-buahnnya, ini adalah sesuai dengan firman Allah yang bermaksud;

 

Manusia itu dicipta dengan sifat tergesa-gesa:. Al-Anbiya’:37.

 

Telah berkata Yunus bin Abdul ‘Ala dari Ibnu Wahab dari Ibnu Zaid dengan katanya;

 

Apabila Allah menciptakan neraka, mereka terkejut lalu bertanya; Ya Allah untuk apakah engkau ciptakan neraka ini? Dan untuk siapakah? Jawab Allah; Aku sediakan untuk siapa yang derhaka kepada Ku  dari kalangan  makhluk Ku.

Pada masa itu  tiada makhluk lain yang diciptakan oleh Allah melainkan malaikat. Ketika itu tidak ada makhluq di atas muka bumi ini, lepas itu barulah diciptakan Adam, menurut al-Quran firman Allah;

 

هَلْ أَتَى عَلَى الإنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا

 

Maksudnya; “Sesunguhnya telah datang kepada manusia suatu masa, ketika itu   belum ada suatu apa pun yang dapat disebut”. Al-Insan: 1.

 

Umar bin al-Khattab  bertanya Rasul Allah s.a.w.;

 

Wahai Rasul Allah! Alangkah baiknya masa itu! Kemudian baginda menyatakan kata-kata malaikat, apakah akan datang suatu masa kami akan melakukan maksiat nanti? Sebab mereka tidak nampak makhluq lain pada ketika itu, Allah menjawab; tidak! Sesungguhnya Aku ingin mencipta dibumi ini makahluq dan akan dilantik disitu seorang khalifah. Demikian menurut mafhum hadith.

 

Berkata Ibnu Ishak; Allah telah menciptakan Adam, kemudian dibiarkan selama empat puluh tahun, kemudian meniupkan roh kepadanya sehingga berbentuk tembikar yang tidak disentuh oleh api, apabila rohnya sampai kekepalanya lalu dia besin dan mengucap Alhamdulillah.

 

Dari dalil al-Quran, al-hadith dan berita dari ulamak salaf menunjukkan bahawa Allah telah meniupkan kedalam tubuh Adam sesudah dicipta jasadnya. Dari tiupan itu barulah dia bernafas dan hidup, jika sekiranya roh diciptakan sebelum badan bersama-sam roh zuriatnya, tentu malaikat tidak ta’jub  denganya, juga tidak tidak ta’jub dengan pencpitaan neraka, sehingga berkata; Untuk apa engkau jadikan neraka ini? Sebab malaikat telah melihat sebelum ini roh anak-anak Adam   ada yang beriman dan ada yang kufur, ada yang baik dan ada yang jahat.

 

Bahan bacaan Kita al-Roh karangan Ibnu Qaiyim, hal. 410.

 

Dikirim dalam Hakikat roh, Kuliah | Di tag: | Leave a Comment »

Adakah Roh dijadikkan oleh Allah lebih dahulu daripada jasad atau jasad lebih dahulu…. bahagian 2

Posted by aburedza di 13 Februari 2011

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 9 Jan 2011

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

 

Kuliah al-Roh (sambungan)

Pasal: Pandangan Ulamak Salaf Dan Khalaf mengenai maksud ayat al-Quran; (Kemudian Kami perintahkan malaikat suapaya sujud…)

Dalam ayat ini tiada  dalil yang menyatakan bahawa Roh dijadikan lebih dahulu daripada jasad, hanya apa yang dimaksudkan ialah kejadian bentuk dan rupanya dalam gambaran alam yang amat kecil seperti atom, dan diminta ia bertutur. Lepas itu dikembalikan kealam asalnya, kalau ini dikatakan  berita yang sah. Namun begitu yang jelas  ialah ditakdirkan oleh Allah tentang celaka dan bahagianya.

Adapun dalil yang dipegang oleh Ibnu Hazmin berdasarkan firman Allah;

وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ

11. Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Al-A’raf:11

Dalil ini amat jelas bahawa zahir ayat bahawa Allah telah memerintahkan supaya sujud kepada Adam  terdahulu daripada penciptan diri kita dan pembentukannya, kerana perintah sujud adalah terhadap badan dan roh, peristiwa ini berlaku selepas penciptaan Adam, Menurut Ibnu Abas; Ssungguhnya Kami ciptakan kamu (Adam), kemudian Kami gambarkan rupa zuriat kamu.

Demikian juga pandangan Ibnu Abas; Firman Allah yang bermaksud ;Kami telah ciptakan kamu iaitu Adam dan Kami gambarkan rupa kamu dimaksudkan  zuriatnya. Demikian juga pandangan Mujahid. Abu Ubaid menyokong pandangan Mujahid disebalik firman Allah yang bermaksud; Kemudian kami perintahkan kepada malaikat  supaya sujud kepada Adam, perintah ini berlaku sebelum zuriat Adam dibentuk dalam kandungan ibunya,

Kata Abu Ubaid;  Mujahid telah menerangkan tentang perintah Allah supaya Malaikat sujud kepada Adam selepas Allah menciptakan zuriatnya, perkara ini juga sudah dijelaskan didalam Hadith.

Didalam al-Quran ada ayat yang menjelaskan lebih lanjut lagi tentang penafsiran penciptaan Adam dan zuriatnya; firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ

 

Maksudnya: “Wahai manusia! kalau kamu masih ragu tentang hari kebangkitan, maka ketahuilah bahawa Kamilah yang mencipta kamu dari tanah, kemudian dari seitik air mani”. Al-Haj: 5

 

Dalam ayat diatas Allah menyatakan tentang kejadian manusia dari tanah, walaupun bentuk ayat mengatakan Kami jadikan kamu, sebenarnya yang dimaksudkan dari tanah ialah Adam, kerana Adam asal kejadian mansuia, kemudian zuriat Adam dijadikan daripada benih iaitu air mani.

 

Bahan bacaan Kitab al-Roh karangan Ibnu Qaiyim hal. 407.

Dikirim dalam Hakikat roh | Di tag: | Leave a Comment »

Adakah Roh dijadikkan oleh Allah lebih dahulu daripada jasad atau jasad lebih dahulu.

Posted by aburedza di 20 Januari 2011

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 2 hb Jan 2011

Oleh

Imam Masjid al-Syakirin Oran

 

Kuliah al-Roh (sambungan)

 

Pasal 18

Adakah Roh dijadikkan oleh Allah lebih dahulu daripada jasad atau jasad lebih dahulu.

Dalam masalah ini ada dua pandangan sebagaimana dimaklumkan kepada kita oleh Sheikh al-Islam dan lain-lain, antara mereka yang mengatakan bahawa roh dijadikan lebih dahulu daripada badan ialah Muhammad bin Nasru al-Marwazi, abu Muhammad bin Hazmin dan kata ibnu Hazmi pandangan ini adalah secara ijmak, kami akan terangkan dalil dari kedua-dua belah pihak.   Pandangan pertama adalah yang benar.

 

Mereka yang mengatakan bahawa roh diciptakan oleh Allah lebih dahulu daripada badan berdasarkan fiman Allah Ta’ala:

وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ

11. Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk Dalam golongan Yang sujud.

- Al-“Araf:11

Mereka berkata; dalam ayat tersebut telah dinyatakan tertib dan tempohnya antara keduanya, dalam   tersebut juga menjelaskan kepada kita bahawa roh dijadikan lebih dahulu daripada jasad berdasarkan kepada ayat dimana Allah memerintahkan Malaikat sujud kepada Adam, dengan  ini sudah termaklum kepada kita bahawa roh diciptakan lebih dahulu daripad badan.

Hujah mereka lagi firman Allah:

 

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

172. Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): “Bukankah Aku Tuhan kamu?” mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.Al-‘Aarf:172

 

Mereka juga berkata bahawa penyaksian yang diambil  oleh Allah adalah kepada roh dimana pada ketika itu jasad belum dijadikan lagi,

Mereka juga menyatakan bahawa suatu ketika Umar bin al-Khattab telah ditanya mengenai ayat yang bermaksud; (Dan ketika  Tuhan Mu menjadikan keturunan anak-anak Adam dari punggungnya) al-‘Aarf: 172. lalu Umar menjawab; saya pernah mendengar bahawa Rasul Allah s.a.w. telah ditanya lalu baginda menjawab; “Allah telah menciptakan Adam, kemudian disapukan punggungnya dengan kanannya, maka keluarlah zuriatnya. Maka Allah berfirman; bermaksud; “Aku ciptakan mereka untuk neraka dan meraka akan beramal dengan amalan ahli neraka, dan Aku ciptakan mereka untuk syurga  dan beramal  dengan amalan ahli shurga”.

Lalu  ditanya oleh seorang lelaki; wahai Rasul Allah apa guna amalan itu? Jawab Rasul Allah s.a.w. “Sesungguhnya jika Allah menjadikan seorang itu sebagai ahli syurga, maka Dia akan mendorongnya beramal dengan amalan ahli syurga lalu dimasukkan kedalam syurga, dan jika Dia menciptakan seorang itu untuk neraka,  akan mendorongnya beramal dengan amalan ahli neraka sehingga mati dengan amalan ahli neraka maka dia akan dimasukkan kedalam neraka.

 

Al-Hakim telah meriwayatkan dari Hisham dari Zaid dari Abu Saleh dari Abu Hurairah, “Apabila Allah menciptakan Adam lalu menyapukan atas punggungnya maka keluarlah setiap jiwa yang diciptakan hingga hari kiamat seperti debu kemudian dijadikan kedua belah matanya pancaran  seperti cahaya kemudian ditunjukkan kepada Adam lalu bertanya; siapa mereka itu wahai Tuhan Ku?, jawab Allah itulah keturunanmu.

 

Kemudian Adam melihat seorang lelaki antara mereka yang ada pancaran cahaya dari kedua belah matanya, lalu bertanya; Wahai Tuhanku sipakah dia?; lalu dijawab itulah anak engkau bernama Daud   yang akan lahir di penghujung umat, Adam bertanya lagi; berapa umurnya, jawab Allah; enam puluh tahun. Adam memohon agar Allah tambahkan umurnya melebihi   empat puluh tahun dari umurnya, jawab Allah kalaulah ditetapkan begitu tidak boleh ditambahkan lagi.

 

Apabila sampai umur yang ditetapkan kepada Adam lalu datanglah malikilmaut kepadanya lalu Adam  bertanya kepadanya; adakah  masih baki umurku selama empat puluh tahun lagi? Jawab Malikilmaut; Bukankah engkau telah berikan kepada anakmu Daud?. Sambung Nabi Kita yang menceritakan cerita ini. Adam mengingkarinya, lalu keturunannya juga mengingkari. Adam melupainya lalu  umatnya juga pelupa, Adam juga melakukan kesalahan dan juga umatnya sering melakukan kesalahan.

 

Seterusnya Ibnu Abas telah meriwayatkan bahawa setelah turun ayat mengenai dengan hutang, kata Rasul Allah s.a.w.; “Sesungguhnya orang yang mula melupainya ialah Adam”. Muhammad bin Saad menambah; Kemudian Allah telah menyempurnakan umur Adam seribu tahun dan Daud seratus tahun.

 

Dalam kitab Saheh al-Hakim dari Ubai bin Ka’ab menyatakan firman Allah; bermaksud “ Dan ketika Allah menjadikan keturunan anak-anak Adam dari punggungnya….”. al-“’Araf: 172.

 

Katanya;  Allah telah mengumpulkan semua keturunan Adam yang akan keluar hingga hari kiamat  dan dijadikan dalam bentuk roh kemudian dirupakannya  hingga boleh berkata-kata lalu  ditanyakan kepada mereka;

 

وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ

 

Maksudnya; dan diambil kesaksian dari mereka, katanya bukankan aku ini Tuhan kamu? Mereka menjawab, ya Tuhan kami menjadi saksi. Nanti dihari kiamat Engkau tidak dapat mengatakan, bahawa Kami telah lalai dari semua ini! * Atau agar kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya nenek kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedangkan kami adalah anak-anak keturunan yang datang sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang telah sesat. “ al-A’raf: 172, 173.

 

 

Bahan bacaaan Kitab al-Roh karangan Ibnu Qaiyim, Hal. 379.

 

 

Dikirim dalam Hakikat roh | Di tag: , | Leave a Comment »

Ibnu al-Qaiyim: Hujah Sampainya Sedekah Pahala Bacaan Quran Kepada Si Mati

Posted by aburedza di 17 Disember 2010

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 28 Nov 2010

Oleh

Ustaz Ya ali Bin Dahaman Iman masjid al-Syakirin

Kuliah al-Roh (sambungan)

Amalan yang afdhal untuk dihadiahkan kepada mayat ialah membebaskan hamba, sedekah, meminta Allah ampun   dosanya, berdo’a dan mengerjakan haji  untuknya. Pahala Membaca al-Quran juga akan sampai kepada mayat jika dibaca dengan ikhlas tanpa sebarang upah sebagaimana sampainya pahala haji kepadanya.

Ada pendapat mengatakan; bahawa membaca al-Quran untuk dihadiahkan kepada mayat tidak  diketahui berlakunya dizaman ulamak salaf, tidak siapa yang dapat  menceritakan amalan kebaikan mereka kerana mereka amat berhati-hati dan menjaga agar amalan mereka tidak dihebohkan. Nabi s.a.w. tidak menunjukkan supaya sahabatnya  melakukannya, malah apa yang dianjurkan oleh Baginda s.a.w. ialah untuk berdo’a kepada mayat, memohon ampun, besedekah, mengerjakan haji dan berpuasa. Jika sekiranya pahala bacaan al-Quran sampai kepada mayat pasti baginda s.a.w. menganjurkan kepada mereka berbuat demikian, sudah tentu mereka akan melakukannya.

Jawapannya; Orang yang menimbulkan persoalan ini telah mengakui bahawa pahala haji, puasa, do’a dan istighfar sampai kepada mayat.

Jawapan seterusnya; apakah ada sebab yang khas pahala bacaan al-Quran  tidak sampai kepada mayat sedangkan pahala amalan yang lain sampai kepadanya, ini adalah suatu cubaan untuk membezakan antara amalan tersebut, sepatutnya untuk menyatakan tidak sampai  pahala bacaan al-Quran hendaklah diambil dalil dari al-Quran, al-Sunnah , Ijmak dan kaedah syarak.

Antara sebab tidak terkenalnya amalan ini dizaman ulamak salaf, kerana tidak berlaku dikalangan mereka   orang yang mengupah orang untuk membaca al-Quran  lalu dihadiahkan kepada mayat, dan tidak juga berlaku dikalangan mereka ada orang yang membaca al-Quran diatas kubur sepertimana yang berlaku disetengah tempat dewasa ini, mereka juga  tidak pernah melihat  orang yang membaca al-Quran lalu menghadiahkan pahalanya kepada sipulan yang tertentu, demikian juga menghadiahkan pahala sedekah dan puasa.

Jawapan seterusnya kapada mereka yang mengatakan demikian; kalau diminta  supaya mereka   menceritakan dari   ulamak salaf yang pernah berdo’a; “Ya Allah sampaikahlah pahala puasaku ini kepada si pulan”; pasti tidak dapat, kerana mereka amat berhati-hati agar amalan mereka tidak diketahui orang ramai  dan terus menyembunyikan setiap amalan  baik, mereka tidak  ingin orang ramai menyaksikan amalan mereka  agar Allah sampaikan kepada mayat.

Kalau dikatakan pula; Rasul Allah s.a.w.   pernah menganjurkan para sahabat menghadiah pahala puasa, sedekah dan haji tetapi Baginda tidak pernah menganjurkan mereka menghadiah pahala bacaan al-Quran.

Jawapannya; Mengenai dengan amalan itu pun baginda s.a.w. tidak memulakannya untuk menganjurkan supaya  berbuat demikian, sebenarnya telah terkeluar dari  persoalan ini. Sebenarnya mengenai   haji sebagai hadiah kepada mayat bermula dengan soalan sahabat kepada baginda lalu Baginda mengizinkannya, demikian juga dengan   puasa apabila ada yang bertanya lalu Baginda mengizinkannya, juga   sedekah baginda mengizinkannya, seterusnya Baginda s.a.w. tidak pernah melarang sama sekali untuk mengerjakan lain-lain amalan untuk disedekahkan kepada mayat.

Apakah bezanya dengan sampainya pahala puasa yang dihadiahkan  semata-mata dengan niat dan menahan  diri dari makan dan minum  sahaja berbanding  dengan  sampainya pahala membaca al-Quran dan zikir yang memerlukan tenaga dan amalan khas.

Mereka yang mendakwa  bahawa tidak ada seorang pun dari  ulamak salaf  yang mengerjakannya, sebenarnya  orang yang berkata demikian   tidak tahu langsung tentang ehwal ulamak salaf,  ini adalah suatu penapian dari orang yang tidak tahu kedudukan mereka, sebenarnya amalan ulamak salaf itu tidak diketehui oleh  oran g ramai melainkan hanya diketahui oleh Allah yang mengetahui sesuatu yang ghaib tentang  niat dan   maksud ibadat sesaorang, apatah lagi  melafazkan niat ketika menghadiahkan pahala   kepada mayat langsung  tidak disyaratkan.

Jelaslah bahawa, pahala   amalan adalah hak milik  pengamalnya, apabila dia ingin menghadiahkan kepada saudaranya yang Islam, Allah akan menyampaikannya,  dengan ini apakah    layak kita katakan bahawa Alah akan menahan pahala bacaan al-Quran untuk dihadiahkan kepada mayat, amalan ini adalah amalan biasa yang dikerjakan oleh orang ramai sehingga berlaku dikalangan orang yang mengingkarinya dimana sahaja dan disebarang waktu dan tidak pernah dinapikan oleh ulamak Islam.

Jika dibincangkan lagi; apakah boleh dihadiahkan pahala amalan kepada Rasul Allah s.a.w.?

Jawapannya; Ulamak yang muta’khir menggalakknya, dan ada yang tidak menggalakkannya kerana mereka menyatakan ini adalah amalan bid’ah, sebab sahabat Nabi tidak pernah  berbuat deikian. Sebenarnya   Nabi diberi pahala setiap amal baik yang dilakukan oleh umatnya tidak dikurang sedikit pun, kerana Bagindalah yang mula menunjukkan umatnya untuk mengerjakan amalan yang baik, baginda menunjuk dan mengajak mereka mengerjakannya, maksud Hadith Nabi s.a.w. “ Siapa yang mengajak kepada sesuatu yang baik iaitu petunjuk Allah baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya tidak akan dikurang sedikit pun”. Maka dengan itu Baginda akan mendapat pahala hasil amalan orang yang mengikutnya begitulah seterusnya.

Bahan bacaan Kitab al-Roh karangan Ibnu al-Qaiyim , hal. 347.

Dikirim dalam Hakikat roh | Di tag: , | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.