Masjid As Syakirin 28 Ogos 2009

YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
Masjid As Syakirin telah dipilih untuk menjadi tempat pelancaran Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Perlis oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Perancangan Asal akan dilancarkan oleh YB Menteri Besar tetapi telah diminta oleh YAB MB supaya Timbalan Menteri Belia yang lebih muda melancarkannya.
Objektif program ini ialah :
- Sebagai salah satu program mengimarahkan masjid di bulan Ramadhan
- Masyarakat mengetahui mengenai pelaksanaan program melalui hebahan di media massa.
- Mensyukuri dan meraikan kehadiran bulan Ramadhan 1430H.
- Memperkuatkan gagasan ibadah pada bulan Ramadhan dengan pendekatan realistik bagi golongan belia dan impak yang lebih bermakna.
- Mewujudkan lembaran hubungan baru dengan pemimpin belia beragama Islam dan menjadikan Masjid sebagai medan pertemuan rasmi.
Aturcara Program seperti berikut :
4.30 ptg Ketibaan Para Peserta
Solat Asar Berjemaah
5.00 ptg Tazkirah
5.30 ptg Ketibaan Jemputan
5.45 ptg Ketibaan VB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan bersama YAB. Menteri Besar Perlis
Bacaan Ayat Suci
Ucapan Aluan YAB. Menteri Besar Perlis
YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Ucapan Pelancaran Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Perlis 1430H I 2009 oleh YB.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia
6.30 ptg Bacaan Yassin
Penyampaian Sumbangan Anak-anak Yatim
Penyampaian Cenderamata
Berbuka Puasa I Jamuan
Solat Maghrib Berjemaah
Solat Isyak Berjemaah
Solat Tarawih
Seramai 700 orang telah hadir dan berbuka puasa di masjid As Syakirin.












