Laman Masjid As Syakirin

Mukim Oran, Mata Ayer, Perlis

Kiriman dengan Label ‘Siksa Kubur’

Permasalahn 13, Adakah anak-anak kecil juga diuji dalam kubur mereka?.

Posted by aburedza di 23 Januari 2010

Kuliah Subuh Oleh Ustaz Ya ali Dahaman pada 17 hb Jan 2010 di Masji al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis.

Permasalahn 13, Adakah anak-anak kecil juga diuji dalam kubur mereka?.

Orang ramai mempunyai dua pendapat; dari pendapat sahabat Imam Ahmad, Hujjah siapa yang mengatakan mereka disoal, ialah kerana mayat mereka juga diperintahkan supaya disembahyangkakan, berdoa’ kepada mereka, dan doa’ supaya mereka dihindari dari azab kubur dan fitnahnya, hadith dari Abu Hurairah yag disebut oleh Iman Malik dalam kitab Muwattaqnya bererti;

Nabi s.a.w. pernah menyembahyangkan keatas mayat kanak-kanak maka didengari akan doa’nya; Ya Allah hindarkanlah dia dari azab kubur.

Dalam riwayat lain oleh Ali bin Ma’bad dari A’shah r.a.; bererti:

Satu ketika Aishah lalu dikubur seorang kanak-kanak kecil dan beliau menangis, lalu ditanya: Apa sebab yang membuat engkau menangis wahai Ummul Mukminin? jawabya: Aku menangis anak kecil ini kerana kasihannya daripada siksa himpitan kubur.

Seterusnya mereka berdalilkan hadith riwayat Hannad bin al-Sariy dari Abu Said bin al-Musaiyib katanya:

Aku melihat Abu Hurairah menyembahyang mayat bayi yang belum pernah mengerjakan suatu kesalahan pun, lalu berdsoa’; Ya Allah hindarkannya dari azab kubur.

Menurut hadith dari Abu Hurairah mayat kanak-kanak tidak disiksa berdasakan amalan mereka sama ada meninggalkan ta’at atau melakukan maksiat, malah mereka  akan disiksa  disebabkan amalan orang   lain terhadapnya,   dalilnya maksud Hadith Rasul Allah s.a.w.;

Sesungguhnya mayat itu disiksa disebabkan tangisan ( ratapan) orang lain atas mayat itu.

Oleh itu tidak syak lagi bahawa didalam kubur itu terdapat berbagi kesakitan dan kerunsingan dan kesiksaan   disrasai menurut kesan sekitarnya, maka dengan itu disyariatkan supaya berdoa agar dihindarkan dariapda azab tersebut.

Petikan, Ibnu al-Qaiyim, Kitab al-Roh, hal. 238, Dar Ibnu Kathir.

Dikirim dalam Hakikat roh | Di tag: | Leave a Comment »

Siksa Kubur

Posted by aburedza di 20 Januari 2010

Catitan Kuliah Subuh Pagi Ahad di Masjid As Syakirin ,Oleh Ustaz Ya Ali Bin Dahaman Mengenai Roh Dengan merujuk kepada kitab Roh oleh Ibnul Qayyim.

( Tulisan sebelum ini boleh di baca di SINI )

Semasa Malaikat mencabut nyawa manusia, ia akan berkata-kata dengan manusia tetapi kita yang berada berdekatan tidak melihat dan mendengarnya, kerana Malaikat tidak diciptakan untuk dilihat manusia di dunia ini. Apabila nyawa dicabut maka keluarlah bersamanya seperti cahaya.

Selepas  itu, roh itu akan kembali semula kerumahnya untuk melihat pemandian jenazahnya, perkafanannya serta perpisahan dengan ahli keluarganya. Kalau amalannya baik ia akan berkata :  Bawalah aku pergi segera ! Sebaliknya jika amalanya buruk ia akan berkata : Kemana kalian akan bawa aku pergi ?

Selepas dikuburkan, ditimbus, ditutupi oleh tanah ,oleh batu atau konkrit sekalipun, Malaikat akan datang kepadanya. Malahan Rohnya juga akan kembali ke jasadnya tanpa halangan. Allah menjadikan udara kepada burung dan air kepada ikan untuk terbang dan berenang,  demikian pula Allah menjadikan Malaikat dan roh  boleh merentasi tanah, batu atau besi sekalipun.

Kita melihat liang kubur yang sempit tetapi kekuasan Allah boleh menjadikan ia ruang kubur yang luas atau sebaliknya. Jika disebut api di dalam kubur ketahuilah ia bukan seperti api di dunia. Begitu pula jika disebut kehijauan taman di kubur, ia buka seperti keindahan taman buga di bumi. Sebaliknya api itu adalah api akhirat dan taman itu adalah taman surga. Padahal kita yang berda di atas kubur tidak merasa apa-apa.

Maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :

Rasullah s.a.w bersabda:

” Kalaulah tidak kerana kamu sekelian akan dikuburkan di dalam tanah nescaya aku akan berdoa kepada Allah supaya Dia mendengarkan kamu dari siksa kubur sebagaimana aku mendengarnya”


Lantaran Allah tidak mengenakan azab siksa kubur itu kepada binatang, maka Allah pekenan binatang boleh mendengar siksa kubur. Bagaimana jika kita boleh mendengar siksa kubur?

Ibnu Abid-Dunia di dalam kitabnya ” Kitabul Kubur” ada menyebut  daripada As-Sya’bi, bahawa dia telah menceritakan seorang yang berkata kepada Nabi s.a.w. : sekali peristiwa semasa aku melalui padang Badar, aku terlihat seorang keluar dari dalam bumi, lalu dia dikejar dan dipukul oleh seorang yang lain dengan sebatang besi hingga ia terbenam ke dalam bumi. Kemudian dia keluar semula, lalu dikejar dan dipukul lagi, maka berkata Rasullah s.a.w. Itu lah Abu Jahal bin Hisyam sedang di siksa hingga hari kiamat.

Dikirim dalam Hakikat roh | Di tag: | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.