Mengikut Imam Dalam Solat Bahagian 2

KULIAH MAGHRIB MASJID

ARAU, PERLIS  

PADA 10 JAN 2015

Oleh Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid As Syakirin, Oran, Perlis

Pengajian Hadis: Sambungan  Tajuk  Mengikut Imam Dalam Solat.

Rujuk Bahagian 1 di  https://masjidassyakirin.wordpress.com/2015/01/13/mengikut-imam-dalam-solat/

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :

“انما جعل الامام ليؤتم به ، فلا يختلفوا عليه ، فاذا كبر فكبروا ، واذا ركع فاركعوا ، واذا قال : سمع الله لمن حمده . فقولوا : ربنا لك الحمد ، وذا سجد فاسجدوا ، واذا صلى جالسا فصلوا جلوسا أجمعون”.

عن عائشة رضى الله عنها قالت : “صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في بيته وهو شاك فصلى جالسا ، وصلى وراءه قوم قياما فأشار اليهم : أن اجلسوا ، فلما انصرف قال : ” انما جعل الامام ليؤتم به ، فاذا ركع فاركعوا ، واذا رفع فارفعوا ، واذا قال : سمع الله لمن حمده ، فقولوا : ربنا ولك الحمد ، واذا صلى جالسا فصلوا جلوسا أجمعون”.

Ertinya:

Dari  Abu Hurairah r.a.,  Nabi s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya dijadikan imam bagi kamu   supaya kamu  ikutinya, jangan   menyalahinya, apabila imam takbir barulah kamu takbir, bila imam ruku` barulah kamu ruku`, bila imam membaca سمع الله لمن حمده (Allah mendengar siapa yang memujiNya), hendaklah kamu kata; ربنا لك الحمد (Wahai Tuhan kami bagi Engkau segala pujian), apabila imam sujud hendaklah kamu sujud, sekiranya imam solat dengan duduk maka hendaklah kamu semua duduk”.

Dari A`ishah r. a. katanya:

Nabi s.a.w. telah mendirikan solat dirumahnya ketika baginda sakit dengan duduk,  orang ramai solat dibelakangnya dengan berdiri, baginda mengisyaratkan kepada mereka supaya duduk, selapas   solat Baginda bersabda: “Sesungguhnya dijadikan imam bagi kamu supaya kamu mengikutinya, bila dia ruku` hendaklah kamu ruku`, bila dia angkat dari ruku` maka hendaklah kamu angkat kepalamu, bila imam membaca  ) سمع الله لمن حمده Allah mendengar siapa yang memujiNya), hendaklah kamu menjawab : ربنا ولك الحمد (Wahai Tuhan kami dan bagi Engkau segala pujian). Apabila imam solat duduk hendaklah kamu semua duduk bersamanya”.

Makna Ringkas:

Dalam kedua-dua hadis di atas menerangkan cara mengikut imam  ketika solat. Nabi s.a.w. menjelaskan tujuan dijadikan imam supaya kamu mengikutinya, janganlah kamu kerjakan bersalahan denganya, hendaklah menjaga setiap gerak geri kamu dengan sempurna. Bila imam takbir al-ihram baru kamu takir, bila imam ruku` barulah ruku`, bila imam mengingatkan kamu Dia(Allah)   mendengar siapa yang memujiNya,  hendaklah kamu memujiNya (ربنا ولك الحمد) ,  apabila imam sujud hendaklah kamu ikutinya dengan sujud, apabila imam solat  cara duduk kerana dia lemah berdiri atau sakit maka hendaklah kamu duduk bersamanya walaupun kamu mampu berdiri.

A`ishah telah memberitahu bahawa Nabi s.a.w. mengadu sakit maka dengan sebab itu Baginda solat  cara duduk, sahabatnya menyangka bahawa mereka tidak ada uzur dan mampu berdiri lalu mereka solat berdiri di belakangnya, lepas itu Baginda  s.a.w  memberi isyarat agar mereka semua duduk.

Sebaik sahaja selesai solat Baginda s.a.w. memberitahu mereka supaya jangan mendirikan solat berlainan dengan imam, hendaklah mereka mengikut imam barulah menepati dengan konsep mengikut imam, makmun hendaklah solat dengan duduk walau pun mereka mampu berdiri ketika mereka mengikut imam yang tidak mampu berdiri seperti sakit.

PERBEZAAN PANDANGAN DI KALANGAN ULAMAK:

Ulamak berbeza pandangan tentang sah atau tidak makmum solat fardu dibelakang imam  yang solat sunat. Menurut pandangan Imam Malik. Hanapi dan termasyhur dikalangan Mazhab Hambali ialah tidak sah hukumnya berdasarkan hadith yang kita bincangkan, Sesunguhnya dijadikan imam ialah dikutinya dan jangan kamu kerjakan berlainan dengannya”.

Makmum yang mengerjakan solat fardu sedang imam mengerjakan solat sunat adalah bercanggah antara mereka berdua  semasa NIAT, ini adalah perbezaan yang amat ketara kerana niat sebagai penentu sah atau sebaliknya dalam setiap amalan.

Menurut pandangan Imam Syafi`e, Auza`i dan Tabari hukumnya adalah sah berimam solat fardu dengan imam solat sunat, adalah berdasarkan riwayat yang lain dari Imam Ahmad dan disokong oleh Ibnu Qudamah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qaiyim di mana mereka beralasan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az, maksud hadis:Mu`az telah solat dengan Nabi s.a.w. kemudian pulang ke kampungnya lalu solat kali kedua(sunat) dengan kaumnya”.

Dalil  yang lain ialah, Bahawa Nabi s.a.w. telah solat dengan sekumpulan tenteranya ketika solat khauf(solat dalam peperangan) dua rakaat lalu memberi salam, kemudian Baginda ulang solat yang sama dengan kelumpuk yang kedua. Riwayat Abu Daud. Solat kedua yang baginda kerjakan ialah solat sunat. Oleh itu, yang dimaksudkan jangan kamu BERSALAHAN dengan imam ialah solat itu sendiri seperti solah jenazah dengan solat biasa.

Ulamak juga berbeza pandangan tentang hukum solat makmun yang duduk sedang mereka mampu berdiri  dibelakang  imam solat duduk.:

Mengikut pandangan al-Dzahiri, Auzai`, Ishak,  ialah makmum hendaklah solat duduk dibelakang imam yang duduk walaupun mereka mampu berdiri, mereka berdalilkan hadis yang sedang kita bincangkan.

Menurut Imam Abu Hanifah, Syafi`e dan lain-lain ialah tidak harus makmum yang mampu berdiri solat duduk dibelakang  imam yang duduk. Mereka beralasan bahawa Nabi s.a.w. mengimamkan solat dengan sahabat ketika baginda sakit dengan duduk, manakala Abu Bakar dan jamaah lain solat berdiri” Hadith Muttafaq alaih.

Adapun Jawapan   yang mengatakan sah mengikut   imam yang duduk oleh makmum yang berdiri:

Pertama: Maksud hadith yang sedang dibincangkan ini telah dimansukhkan dengan hadis dimana orang ramai telah solat bersama dengan Nabi s.a.w. semasa baginda duduk sedangkan makkmum berdiri, tetapi Nabi s.a.w. tidak menyuruh makmum supaya duduk. Jawapan ini difahami oleh Imam Shafi`e dan yang berpandangan sama dengannya.

Pandangan ini telah dibantah oleh Imam  Ahmad,  bahawa “Naskhah” asalnya tidak berlaku antara beberapa nas syarak selagi boleh dihimpunkan keduanyanya, oleh itu haruslah dikembalikan kepadanya walau pun berbeza.

Kedua: Berdasarkan mereka yang memahami bahawa hadis yang sedang dibicarakan, adalah suatu kes khas kepada Nabi s.a.w. sahaja ketika baginda mengimamkan jamaah cara duduk kerana baginda sakit, oleh itu tidaklah boleh dimalkan oleh orang lain. Jawapan ini disetujui oleh Imam Malik dan jamaah yang mengikutinya.

Pandangan yang menyatakan kedaan ini adalah khas bagi Nabi sa.w. sahaja berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Sya`bi dari Jabir, hadith marfu` :

“لا يؤمن أحد بعدي جالسا”.

Ertinya:Janganlah sesaorang dari kamu menjadi imam selepas aku  dengan duduk”.

Ulamak cuba mendekatkan fahaman dan amalan menurut hadith-hadith yang nampak semacam bercanggah antaranya, Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Usaid bin Hudzair setelah beliau mengimamkan jamaahnya, selepas itu Nabi s.a.w. telah melawat mereka, lalu  anak jamaahnya  bertanya kepada Baginda s.a.w.; “Wahai Rasul Allah, sesungguhnya imam kami sakit. Jawab Baginda s.a.w. , Jika dia solat duduk hendaklah kamu juga solat duduk”.

Imam Ahmad memberi pandangan untuk mendekatkan kedua hadis  ini,:

Jika imam yang mengimami jamaah secara berdiri kemudian dipertengahan solat dia duduk  wajib kamu selesaikan solat kamu dengan berdiri, berdasarkan makna hadis yang menyatakan bahawa Abu Bakar dan sahabat semasa Baginda sakit yang membawa    kewafatan baginda.

Jika imam terus duduk dipermulaan solatnya, digalakkan kamu   duduk solat bersamanya, berdasarkan kedua-dua hadith yang kita bincangkan, ini adalah cara terbaik untuk memahami dan kerjakan antara hadih saheh yang wjud percanggahan. Tidak syak lagi bahawa jika dapat menghimpunkan antara nas-nas yang bercanggah   adalah lebih utama daripada menasakh atau mengubahnya, pandangan ini juga dikuatkan dengan pandangan al-Hafiz Ibnu Hajar r..a.

والله أعلم بالصواب.

Bahan Bacaan:

ابن صالح أل بسام ، تيسير العلام ، جزء الاول ، دار اولى النهى ، بيروت ، 1994 ه ، هلامن.169 .

Harumanis : Rahmat Allah Untuk Warga Perlis

Gambar 17 jan 2015

Harumanis berbunga lagi.

Perlis akan diingati apabila Harumanis akan mulai masak sekitar 3 bulan lagi. Demikian Allah melimpahkan rahmatnya kepada warga Perlis. Perlis dan sedikit di bahagian Kedah Utara hanya tempat sesuai dengan klon mempelam jenis Harumanis.

Warga Perlis sepatutnya mengambil kesempatan dari Rahmat yang dianugrahkan Allah ini, dan bersyukur kerananya.

Allah berfirman:

SURAT 16. AN NAHL AYAT 11

يُنْبِتُ لَكُمْ بِهِ الزَّرْعَ وَالزَّيْتُونَ وَالنَّخِيلَ وَالأعْنَابَ وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya

Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Allahlagi  berfirman maksudnya :

“Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.”

Demikian kelebihan Harumanis tentang rasanya yang disebut di dalam ayat berikut:

SURAT 13. AR RA’D AYAT 4

وَفِي الأرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Maksudnya

Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.

Bagaimanapun kita yang mengusakan tanaman Harumanis secara Kormesil jangan lupa peringatan Allah dalam firmanya, bermaksud: ” Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya”

SURAT 6. AL AN’AAM AYAT 141

وَهُوَ الَّذِي أَنْشَأَ جَنَّاتٍ مَعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ كُلُوا مِنْ ثَمَرِهِ إِذَا أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Maksudnya

Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.

Menurut buku Panduan Mengeluarkan Zakat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Cetakan 2001:

Nisab zakat pertanian bagi negeri perlis ialah RM 542.69.

Kadarnya antara 5%-10%.

Sila hubungi Pejabat Zakat Negeri Perlis untuk keterangan selengkapnya.

Tulisan asal di:  https://aburedza.wordpress.com/2015/01/17/harumanis-rahmat-allah-untuk-warga-perlis/

UJIAN ALLAH ATAS MUKA BUMI

MASJID AS-SYAKIRIN ORAN MATA AYER PERLIS

Kuliah Subuh pada 29 Dis 2014.

Oleh

Ustaz Yaali Bin Dahaman

Imam  Masjid as-Syakirin.

Kuliah Hadith: BAB UJIAN ALLAH ATAS MUKA BUMI

Ulamak telah membincangkan, antara kata mereka; Adakah Kita  akan  ditimpa azab  sedangkan bersama kita orang saleh?   ada yang menjawab; “Ya, Allah akan musnahkan suatu kaum jika banyak maksiat munkar dikalangan mereka”  Ini suatu dalil yang menyatakan bahawa, bala Allah tidak akan  terkena terhadap orang-orang yang  fasiq andainya jika banyak dikalangan mereka orang yang saleh.

Suatu bangsa yang  banyak keburukan dan kederhakaan kapada Allah, sedangkan  kurang dikalangan mereka orang  yang saleh, Allah akan turunkan bala dan terkena kepada orang yang saleh dan orang yang  mengerjakan  maksiat, sekirangnya  orang saleh tidak mengajak mereka untuk mengerjakan amal ma`aruf dan tidak merasa benci terhadap  orang yang  mengerjakan maksiat, seperti firman Allah:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orany yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNy”. Al-Anfal;25,

GAMBAR HIASAN

GAMBAR HIASAN

Ketika itu azab akan terkena terhadap siapa yang melakukan kejahatan dan siapa yang meredzakannya,  kaum ini dibinasakan kerana   kejahatan mereka,    dan yang lain dibinasakan juga kerana   meredzainya.    Seterusnya akan diterangkan secara lebih terperinci:

Firman Allah:

وَلا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلا عَلَيْهَا وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

Maksudnya:  “Dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang   tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)”.  al-Anfal: 164.

Firman Allah Ta`ala lagi:

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

Maksudnya:  “Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) Yang dikerjakannya”, al-Muddathir: 38.

Dalam surah yang lain Allah juga berfirman:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Maksudnya:  “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya”.  Al-Baqarah 286.

Dalam ayat-ayat diatas menyatakan bahawa sesaorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain, siksaan Allah akan dikenakan kepada orang yang mengerjakan dosa atau kesalaan.

Bila kita baca ayat lain Firman Allah:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya”. Al-Anfal:25.

Menurut  bacaan Zaid bin Thabit, Ali, Ubai dan Ibnu Mas`ud iaitu   لتصيبن  (akan terkena). Difahamkan dari ayat yang dibacakan tanpa (lam) memberi makna bahawa azab akan menimpa terhadap orang yang melakukan kejahatan sahaja.

Bagi menjawab perbedaannya:

Jika berlaku munkar secara berleluasa di tengah masyarakat wajib keatas siapa yang melihatnya supaya mengubah atau melarangnya samada ada dengan tangan  (kuasanya) jika  tidak mampu dengan tangan ubahlah dengan lidah, sekiranya tidak mampu juga cegahlah dengan hatinya, sekiranya dia telah mencegah dengan hatinya maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipan atas dirinya setelah tidak mampu dengan cara yang lain.

Pandangan ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri katanya;

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فان لم يستطع فبلسانه , فان لم يستطع فبقلبه ليس عليه غيره وذلك أضعف الايمان”

Ertinya: Aku dengar Rasul Alllah s.a.w. bersabda; “Siapa antara kamu yang melihat kemunkaran maka hendaklah mengubahnya dengan tangan jika tidak mampu hendaklah dengan lidahnya, jika tidak mampu juga tidak ada cara seyang  lain  yang demikian  adalah selemah-lemah iman”. Riwayat Muslim dalam sahihnya.

Sebahagian sahabat Nabi s.a.w. berkata; siapa yang melihat kemunkaran berelaku dihadapanya dan dia tidak mampu mengubahnya; hendaklah  dia berdo`a dengan katanya:

“اللهم ان هذا منكر لا ارضاه”

Ertinya: “Ya Allah jika ini suatu kemunkaran aku tidak redza ”.

Jika dia berkata demikian maka sesungguhnya dia telah menunaikan tanggungjawabnya, sebaliknya jika diam sahaja maka dia juga termasuk orang yang mengerjakan maksiat, yang mengerjakan maksiat berdosa dengan kerjanya dan orang yang diam bererti dia redza dengan maksiat tersebut.

Allah Ta`ala telah menentukan hukum ada huikmatnya iaitu orang yang redza dengan kejahatan itu adalah sama dengan orang yang mengerjakannya, sama menerima akibat buruk dari Allah. Dalilnya Firman Allah Ta’ ala

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Maksudnya:  “Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam”. Al-Nisa` : 140

Sekiranya orang yang saleh merasa benci dan marah terhadap kerja-kerja orang-orang fasiq, dan benar-benar benci kerana Allah serta mereka ingin membersihkan diri sekadar kemampuannya, mereka   akan selamat dari kemurkaan Allah, Firman Allah:

فَلَوْلا كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِنْ قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الْفَسَادِ فِي الأرْضِ إِلا قَلِيلا مِمَّنْ أَنْجَيْنَا مِنْهُمْ وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا مُجْرِمِينَ

Maksudnya: “Maka sepatutnya ada di antara umat Yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang Yang berkelebihan akal fikiran Yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! tidak ada Yang melarang melainkan sedikit sahaja, Iaitu orang-orang Yang Kami telah selamatkan di antara mereka. dan orang-orang Yang tidak melarang itu telah menitik beratkan Segala kemewahan Yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang Yang berdosa”. Hud :116.

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

Maksudnya: “Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa Yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang Yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang Yang zalim Dengan azab seksa Yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka)”. Al-`Araf: 165.

Sekian wassalam.

Bahan Bacaan:

القرطبي، التذكرة باحوال الموتى وأمور الأخرة ، دار السلام ، الطبعة الثانية ، 1429 هر 2008 م ، هلامن . 502

Mengikut Imam Dalam Solat

KULIAH MAGHRIB DI MASJID ARAU PERLIS  PADA 3 JAN 2015

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman

Pengajian  Hadith: Bab Imamah (Ikut Imam Dalam Solat).

Dalam bab ini akan dibincangkan adab seorang Imam dan makmum,   perakara-prakara yang wajib da sunat dikerjakan oleh keduanya.   Berikut akan diterangkan  hubungan antara imam dan makmum:

Mengikut imam adalah suatu peraturan yang  ditentukan oleh   Allah Ta`ala,     menurusi amalan NabiNya Muhammad s.a.w., mempunyai tujuan yang tinggi nilainya, yang membina ketaatan  terhadap pemimpin dalam kerja-kerja jihad kejalan Allah yang serupa dengan peratauran yang ditentukan dikalangan tentera   dalam gerak keraja semasa  dalam peperangan yang menuntut supaya berlaku kesamaan dalam tindnakan.

trima kasih jodohsejati.net

trima kasih jodohsejati.net

Dalam solat ada peraturan bagaimana kedudukan kanak-kanak dengan orang dewasa, yang  kaya dengan miskin, yang   mulia kedudukannya  dengan orang biasa dan lain hikmat yang tersembunyi padanya.

Ini semuanya adalah bertujuan untuk kita tunduk beribadat kepada Allah Ta`ala dan tunduk merendah  diri dihadapanNya.

Sabda Nabi s.a.w.:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “أما يخشى الذي يرفع رأسه قبل الامام أن يحول الله رأسه حمار . أو يجعل الله  صورته  صورة حمار؟!”.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Apakah tidak takut sesaorang  yang mengangkat kepalanya sebelum imam mengangkat kepalanya agar Allah ubahkan kepalanya menjadi kepala himar. Atau Allah ubahkan rupanya menjadi rupa himar?!”.

Makna ringkas:

Ditugaskan Imam dalam solat agar makmum mengikutnya, supaya setiap pergerakan makmum dilakukan selepas imamnya, inilah caranya untuk menyempurnakan solat berjamaah. Jika makmum bergerak lebih dahulu daripada imamnya sama ada ruku` atau sujud suatu kesalahan dimana   Baginnda s.a.w. memberi amaran keras,  perbuatan demikian   Allah akan ubahkan kepalanya menjadi kepala himar atau Allah ubahkan rupanya menjadi rupa himar. Bererti Allah akan mengubah rupanya menjadi rupa yang huduh, sebagai balasan terhadap anggota yang berbuat demikian selain dari rusak solatnya.

Perbedaan Pandangan Ulamak Mengenai Perbuatan Yang mendahului Imam:

Semua ulamak  sepakat  tentang haramnya makmum mendahului imamnya berdasarkan amaran keras   daripada Nabi s.a.w.. Namun demikian mereka berbeda pandangan  sama ada membatalkan solat atau tidak, menurut jumhur ulamak tidak membatalkan solat.

Imam Ahmad menulis dalam kitab Risalahnya: “Tidak sah solat siapa yang mendahului imanya”.

Ada pandangan dari kalangan sahabatnya yang berkata; Siapa yang mendahuli imamnya sama ada ketika ruku` atau sujud maka hendaklah dia kembali semula dengan segera untuk mengikut imam, jika tidak kembali dengan sengaja sehingga imamnya ruku` atau sujud maka batal solatnya.

Yang saheh dan benar tersebut dalam kitab al-Risalah, jika sengaja berbuat demikian batal solatnya pandangan ini sama dengan pandangan Ibnu Taimiyah r.a., kerana amaran Nabi dalam hadithnya memberi makna larangan, setiap larangan  yang dilakukan akan membawa kepada kerusakan.

Kesimpulan dari Hadith:

1 – Haram mengangkat kepala semasa susjud sebelum imam, amaran dalam hadith menandakan larangan, setiap amaran menandakan larangan atau haram, Nabi s.a.w. memberi amaran keras dengan berubah kepada himar adalah sebesar-besar iqab dari Allah.

2 –   Makmum mestilah mengikut imam dalam setiap pergerakan tidak boleh diqiyaskan dengan lain-lain amalan, pandangan imam al-Bazzar dari hadith Abu Hurairah r.a., bermakskud, “siapa yang mengangkat   kepala sebelum imam  kepalanya di kuasai oleh syaitan”.

3 –    Makmum wajib mengikut imam dalam semua pergerakan solat.

4 –  Balasan bagi siapa yang mendahului imam seperti mengangkat kepala lebih dahulu daripada imam  ialah dengan  berubah mukanya.

5 – Amaran dengan  berubah rupanya  kepada rupa  himar,  ialah untuk menggambarkan sikap bodohnya,  jika sesaorang itu mengetahui betapa buruk balasannya pasti dia tidak akan berbuat demikian,  andaikan berlaku juga tentulah  dia bersikap bodoh atau lemah akalnya.

6 –   Sesaorang yang mendahulukan imamnya dalam solat menandakan dia ingin segera keluar dari solat, sikap demikian suatu penyakit yang ubatnya ialah dengan memberi peringatan kepadanya tentang kesalahan tersebut.

7 – Amaran dengan berubah rupanya terhadap siapa yang mengangkat kepalanya sebelum imam sesuatu yang mungkin berlaku dari  Allah,  selama ini belum pernah berlaku namun bagitu boleh  diertikan bahawa berubah disini ialah berubah sikap menjadi saperti seekor himar yang bodoh.

Sekian wallah a`alam,

Bahan Bacaan:

Abdullah bin Abdul Rahman bin Saleh Ali Bassam, Taisir al-`allam, juz 1, cetakan ketujuh, dar Ulil Nuha Berut, 1994 M, 1414 H, hal. 166.

Kuliah Subuh: Mengupas kitab Muktasar Tazkrah Al-Qurtubi Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman

Bagaimana  keadaan anak-anak  orang Islam dan bukan Islam pada hari Qiamat?

QS Al Mudddaththir 74: 38-39, ” Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang di perbuatnya. Kecuali golongan kanan.”

Riwayat dari Ibnu Abdil Barr bersumber dari Ali Bin Abi Thalib r.a pada menafsir ayat di atas bermaksud adalah anak-anak  oarang Islam, mereka belum berbuat apa-apa, maka mereka akan tergadai, bergantung kepada amalan orang tua mereka.

Bagaimanapun Ibnu Abdil Barr berkata majoroti ulama berpendapat anak-anak muslim akan masuk syurga, ada pun anak orang musrik tidak masuk syurga dan neraka mengikut pandangan beberapa kelompok ulama.

Hadis riwayat Muslim dalam kitab Kadar pada bab Erti setiap orang yang lahir, dilahirkan dalam keadaan fitrah. No Hadis 2659 dan 2662 bermaksud:

“Hanya Allah s.w.t jualah yang lebih mengetahui tentang apa yang mereka perbuat”

Imam Muslim dalam kitab dan bab yang sama membawa kisah seorang anak kecil dari kaum Muslim telah meninggal dunia, lalu seorang Isteri Nabi s.a.w berkata, ” Berbahagialah ia, kerana ia akan memiliki seekor burung dari burung syurga.” Lalu nabi berkata, ” Apakah kamu mengetahui ? Sesunggunya  Allah s.w.t telah menciptakan  syurga dan menciptakan penghuninya. Ia juga mencipta neraka dan mencipta penghuninya.”

Al Qurtubi dengan merujuk kepada kitab Al-Minhj al-Hilmy, mengatakan kisah di atas terjadi sebelum turunnya ayat Quran Surah at Tur 21: ” Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka …”

Kesimpulan yang dibuat oleh Imam Al-Qurtubi mengenai masalah ini ialah: yang paling benar  bahawa semua anak-anak yang belum dewasa, sama ada anak-anak muslim taupun kafir, akan masuk kedalam syurga. Hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui.

image

Anugerah Masjid Terbaik Kategori Pengurusan Dan Pentadbiran, Peringkat Negeri Perlis tahun 1436 H

10609546_779776822078001_8149768796635609924_n

Penghargaan kepada warga kariah As Syakirin, Oran. Tahniah kepada semua Anak Kariah Masjid As Syakirin, sumbangan wang ringgit, tenaga dan buah fikiran anda telah melayakkan Masjid As Syakirin menerima Anugerah Masjid Terbaik Kategori Pengurusan Dan Pentadbiran, Peringkat Negeri Perlis tahun 1436 H Dengan Hadiah RM3,000.00

Rummah Allah ini adalah masjid kita bersama. Jom, makmurkanya.

10635838_10201952091198738_836621695411695687_n

Allahu Akbar.

Pengampunan (At-Tawbah):18 – “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Sujud Tilawah dan Sujud Syukur

Kuliah Magrib 28 Oktober 2014 Oleh Ustaz Yaali Dahaman

Kitab Solat: Sujud Tilawah dan Sujud Syukur

Sujud1.Sujud Tilawah maksudnya ialah sujud bacaan. Disunatkan sujud bagi sesiapa yang membaca  ayat-ayat  Sajdah. Sesiapa yang membacanya, ia sujud, yang mendengar atau makmum sujud pula. Jika yang membaca tidak sujud, yang mendengar, atau makmum tak sunat sujud.

sujud tilawah doa

  1. Sujud Tilawah boleh di luar sembahyang dan di dalam sembahyang. Jika di dalam sembahyang di pagi Jumaat apabila Imam membaca Surah As Sajdah, di panggil sujud sajdah.

sajdah1

  1. Rukun sujud Tilawah: Niat,Takbiratul-ihram, sujud dan member salam sesudah duduk.
  2. Disyaratkan dalam sujud Tilawah, suci dari hadas dan najis, mengadap kiblat dan menutup aurat. Sebahagian ulama berpendapat tidak disyaratkan suci dari hadas dan tidak pula suci pakaian dan tempat.

ayat-ayat-sajdah

  1. Sujud Syukur, ertinya sujud terima kasih, kerana mendapat nikmat keberuntungan atau terhindar dari bahaya. Sujud Syukur hanya di luar sembahyang. Syarat dan rukun adalah sama dengan sujud Tilawah.
  2. Sujud Tilawah dan Syukur hanya sekali sujud sahaja.

20141028_192554[1]CATATAN HUJUNG:

Berikut 2 image dari kitab Salat Empat Mazhab oleh Abdul Qadir ar Rahbawi, Penerbit Victory Agencie , mengenai sujud Tilawah dan Syukur, sebagai tambahan maklumat:

20141030_004005[1]

20141030_003926[1]