Cadangan Mengujudkan Pusat Komuniti Pintar PNB

Masjid As Syakirin : 28 Julai 2009

Mesyuarat AJK Kariah Masjid As Syakirin telah bersetuju dengan cadangan menubuhkan Pusat Komuniti Pintar (PKP)PNB. Cadangan telah dibuat oleh Falkulti Teknologi Maklumat UUM melalui wakilnya En Mohamad Amir Bin Abu Seman. En. Mohamad Amir menyatakan , selepas AJK bersetuju, beliau akan memperoses permohonan kepada PNB ( Permodalan Nasional Berhad ). Jika permohonan ini berjaya , PKP Masjid As Syakirin akan menjadi PKP yang ke Empat didirikan.

HALAMAN BELAKANG DI ANTARA MASJID DAN TAPAK CADANGAN

HALAMAN BELAKANG DI ANTARA MASJID DAN TAPAK CADANGAN

TAPAK CADANGAN

TAPAK CADANGAN

PANDANGAN UDARA TAPAK CADANGAN

PANDANGAN UDARA TAPAK CADANGAN

Mengambil contoh PKP Merbok, En Mohamad Amir menceritakan :

KONSEP PUSAT KOMUNITI PINTAR PNB

  • Cadangan pembinaan PUSAT KOMUNITI PINTAR PNB di Kampung Hilir, Merbok, mempunyai 2 fungsi utama iaitu Pusat ICT dan Bilik Serbaguna
  • Pusat pembelajaran ICT untuk pelajar sekolah, belia-belia dan juga golongan dewasa yang akan didedahkan kepada kursus-kursus berkaitan seperti pengenalan komputer (hardware), kursus asas perisian komputer (software), pembinaan laman web dan sebagainya
  • Pusat tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dan juga sesuai sebagai pusat komuniti penduduk setempat
  • Keluasan keseluruhan bangunan adalah 210.96 meter persegi atau 2,270.77 kaki persegi

PUSAT ICT

  • Mempunyai 16 buah komputer untuk kegunaan pelajar dan sebuah untuk kegunaan tenaga pengajar
  • 2 mesin pencetak
  • 1 LCD projector
  • Streamyx

BILIK SERBAGUNA

  • Mempunyai 40 buah kerusi (lecture-style), 1 unit white board, 1 set meja untuk tenaga pengajar (boleh memuatkan sehingga 80 orang dalam satu masa)
  • Cadangan kursus yang dianjurkan :
    – Kursus Motivasi untuk ibubapa & pelajar sekolah
    – Kelas Belajar (prep)
    – Kelas tambahan yang dianjurkan oleh guru sekolah
    – Kelas/ Klinik Bahasa Inggeris
    – Klinik Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM
    – Taklimat Kerjaya

Berikut adalah  gambar dari PKP Merbok dan PKP Nenasi Pahang:

BANGUNAN PKP MERBUK

BANGUNAN PKP MERBUK

PKP NENASI KELAS KOMPUTER

PKP NENASI KELAS KOMPUTER

PERPUSTAKAN PKP NENASI

PERPUSTAKAN PKP NENASI

PKP NENASI KEMUDAHAN KURSUS
PKP NENASI KEMUDAHAN KURSUS

Lawati laman Pusat Komuniti Pintar PNB di http://www.pnb.com.my/pkp/index.htm

Masjid As Syakirin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada UUM melalui wakilnya En. Mohamad Amir Bin Abu Seman kerana perihatin dengan keperluan masyarakat Kariah Masjid As Syakirin. AJK Masjid As Syakirin berharap cadangan ini akan dipertimbangkan oleh PNB.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s