KEBAIKAN ITU ELOK BUDIPEKERTI DOSA ITU GETARAN PADA HATI

Tazkirah Malam ke 14  Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

KEBAIKAN ITU ELOK BUDIPEKERTI DOSA ITU GETARAN PADA HATI

Maksud hadis : 

Dari al-Nawwas bin Sim ‘an radiyallahu ‘anh dari Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam sabdanya: Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa di lihat oleh manusia kepadanya. Diriwayatkan oleh Muslim.

 Petunjuk daripada hadis :

1. Bahawa keelokan akhlaq adalah satu-satunya penilaian kebaikan. Tetapi kebaikan ini menurut falsafah Islam tidaklah terletak pada keseluruhannya atas pandangan manusia. Kerana ada yang baik bagi manusia, tidak bagi agama; tetapi yang baik bagi agama, sudah tentu baik bagi manusia; hanya manusia itu sendiri yang tidak mengerti hakikatnya atau tidak mahu menilai mutunya.

2. Bahawa hati seorang adalah penunjuk kepada suatu pe­kerjaan yang akan dilakukannya. Kerana ini sudah sepatut­nya ia mengetahui keadaan perasaan atau getaran hatinya atau jiwanya sebelum dikerjakannya. Kalau dirasakan ada ketenteraman atau ketenangan, kerjakanlah; kalau tidak, tidak usahlah.

Menurut riwayat[1] bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anak dengan beberapa wasiat. Di antaranya ia ber­pesan bahawa:

1.Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu geli­sah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu, hatiku telah bergon­cang dan gelisah.

2.Jika kamu hendak mengerjakan suatu, lihatlah kesudahan­nya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudah­an dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3.Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang-orang yang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan memakan buah yang terlarang itu.

 

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 27

 


[1] Syarah al-Arba’in al Nawawiyyah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s