HAWA NAFSU DIPIMPIN IMAN

Tazkirah Malam ke 19 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman: azkirah Malam ke 15 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

HAWA NAFSU DIPIMPIN  IMAN

Dari Abi Muhammad ‘Abdillah bin ‘Amru bin al-As radiyal­lahu ‘anhuma katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Tidak beriman seorang kamu sehingga adalah hawanya (kemahuannya atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.

Hadith hasan lagi sahih, kami riwayatkannya dalam kitab “al­Hujjah”[1] dengan isnad yang sahih.

Maksud firman Allah :

Maka jika mereka tidak menjawab (tantanganmu), ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun?

– AlQasas :50

Petunjuk  Hadith:

  1. Menunjukkan bahawa orang yang sempurna iman ialah orang yang hawa nafsu mengikuti apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam; dan bahawa orang yang tiada beriman (kafir) ialah orang yang menolak sama sekali apa yang dibawanya; dan bahawa orang yang fasiq ialah orang yang mengikuti iman yang dibawanya tetapi meninggalkan yang lainnya; dan bahawa orang yang munafiq ialah orang yang menempatkan amalan yang dibawa Rasulullah, tetapi batinnya atau hatinya tetap menolak iman itu pada keseluruhannya.
  2. Menunjukkan bahawa hawa nafsu adalah halangan yang terbesar sekali untuk mengikuti jalan yang benar, jalan yang ditunjukki Rasulullah, sehingga orang yang beriman tidak mungkin mencapai darjat kesempurnaan imannya selagi dia dipengaruhi oleh hawa nafsunya. Oleh yang demikian, maka wajiblah ia berusaha menunduk dan menguasainya, dan ini adalah satu perjuangan yang utama.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 41

 


[1] Karangan seorang ahli fiqh yang zahid bernama Ab! al-Qasim Isma’il bin Muhamad bin al-Fadl al-Asfahani –  Kitab ini membahas i’tiqad ahl al-Sunnah. 

Advertisements

One thought on “HAWA NAFSU DIPIMPIN IMAN

  1. Assalamualaikum, nak maklumkan bahawa program kelas tajwid di bawah bimbingan Sdr. Azman bin Bakar telah berjaya dijalankan dengan kehadiran seramai 4 orang peserta. Begitu juga program usrah remaja di bawah naqib Cikgu Mohd Asri, seramai 5 orang peserta. Program dirancangkan pada setiap malam Jumaat, selepas solat Isya’. Pada 2 Okt, adalah permulaan bagi program tersebut. Tempat adalah di dalam masjid, bagi Usrah, bilik Mesyuarat bagi kelas tajwid.
    Jemput semua remaja dan belia untuk turut serta pada malam tersebut.

    S/U Belia Masjid.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s