TATACARA PEMILIHAN JAWATANKUASA KARIAH

TATACARA PEMILIHAN JAWATANKUASA KARIAH MASJID

DI MUKTAMAR AGUNG MASJID SELURUH NEGERI PERLIS[1]

1.Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kariah adalah dilantik oleh Majlis dari kalangan Imam Masjid sahaja .

2. Semua Pegawai Masjid seramai 7 / 8 orang secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid.

3. Dua Pengerusi JKKK sahaja akan dipilih menjadi Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid dan dipilih melalui mesyuarat jawatankuasa kariah .

4. Muktamar Agung Masjid hanya melantik 4 orang sahaja Ahli Jawatankuasa Kariah yang baru melalui undian anak kariah yang hadir . (Di dalam Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah 1990 – Pindaan 1995 menyebut “ tidak lebih dari 7 orang hendaklah dilantik di dalam muktamar” )[2]

5. Jawatan Timbalan Pengerusi,Setiausaha,Penolong Setiausaha dan Bendahari hendaklah dipilih melalui mesyuarat jawatankuasa kariah kali pertama. ( Iaitu dipilih dari 4 orang yang dilantik pada para 4 di atas )

6.Mesyuarat Jawatankuasa Kariah Masjid juga perlu melantik 2 orang pemeriksa kira-kira dari kalangan anak kariah selain daripada ahli jawatankuasa sedia ada .

7. Semua masjid perlu mengikut jadual muktamar yang telah ditetapkan oleh JAIPs. Sebarang perubahan tarikh muktamar hendaklah dimaklumkan ke JAIPs satu minggu sebelum berlangsungnya muktamar tersebut.  ( Muktamar akan berlangsung di bulan Mac-April mengikut jadual disediakan oleh JAIPs. Tarikh untuk masjid as Syakirin ialah pada 21 Mac 2010 hari Ahad )

8.Sekiranya berlaku kematian dan peletakan jawatan mana-mana ahli jawatankuasa selain pegawai masjid maka,mesyuarat jawatankuasa kariah perlu melantik mana-mana ahli jawatankuasa kariah sedia ada untuk memangku kekosongan jawatan tersebut dan hendaklah memaklumkannya secara bertulis kepada pihak JAIPs .

9.Tempoh sah perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid hanya 2 tahun sahaja . Selepas 2 tahun , semua masjid perlu mengadakan muktamar tahunan untuk membuat pemilihan baru.

10. Selepas muktamar,pengerusi baru hendaklah memanggil mesyuarat jawatankuasa kariah kali pertama bagi menentukan jawatan timbalan pengerusi,setiausaha,penolong setiausaha dan bendahari serta biro-biro dalam tempoh 14 hari dari tarikh muktamar berlangsung .

11. Senarai Ahli Jawatankuasa Kariah Baru yang lengkap dengan nama,nombor kad pengenalan,alamat tempat tinggal,jawatan/pekerjaan dan nombor telefon hendaklah dihantar ke JAIPs untuk dibawa ke mesyuarat MAIPS sebelum dikeluarkan surat perlantikan.

12. Pihak Masjid dibenarkan melantik seorang wanita dan seorang pemuda sebagai Ahli Jawatankuasa Kariah melalui mesyuarat jawatankuasa kariah . ( 2 orang ini adalah selain dari Pegawai Masjid dan selain dari 4 orang yang dilantik dalam muktamar)

13. Semua masjid perlu mempunyai biro-biro berikut di dalam jawatankuasa kariah masjid masing-masing.laitu :

a. Biro Dakwah dan Kemasyarakatan  ( Biro Pendidikan terletak di bawah biro ini )

b. Biro Informasi dan Teknologi

c.  Biro Ekonomi dan Kebajikan ( Khairat Kematian terletak di bawah biro ini )

d.  Biro Pembangunan Masjid

e.  Biro Wanita

f.  Biro Pemuda

( Semua Biro-biro ini  hendaklah di lantik pengerusinya. Pengerusinya hendaklah terdiri dari AJK sahaja – tidak boleh lantik orang luar – tetapi ahlinya hendaklah orang luar dari AJK )

Disediakan oleh

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis


[1] Dibentang oleh Ustaz Kamarulnajam di majlis Taklimat pada 4/2/2010 di JAIPs, Kangar

[2] Dalam kurungan bertulis italic adalah penjelasan semasa taklimat – non

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s