Roh : Perbincangan Ulama’

Kuliah Subuh Pada 7  Feb 2010 Masjid al-Syakirin, Oran.

Oleh Ustaz Ya ali Dahaman Imam 1

Roh di alam barzah seumpama jasad yang kenal antara sesama mereka bermesra dengan yang kenal dan tidak bermesra dengan yang tidak kenal, bila dimasukkan ke dalam jasad mereka akan diuji didunia ini sebagaiman dikehendaki Allah, kemudian dimatikan semula dan  berada di alam barzah sebagaimana diperlihatkan kepada nabi s.a.w. dimalam Israk, roh yang bahagia disebelah kanan,  manakala roh yang celaka di sebelah kirinya. Manakala roh orang yang mati syahid berada di dalam syurga. Kata Ibnu Hazm ini adalah pandangan  ulamak Islam.

Pandangan ini berdasarkan kepada firman Allah bermaksud:

Maka kaum kanan siapakah kaum kanan itu? Dan kaum kiri siapakah kaum kiri itu? Dan orang yang terdahulu (beriman) yang terdahulu, itulah orang-orang yang terdekat dengan Allah dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan. Sekumpulan dari orang-orang yang terdahulu dan sedikit pula dari orang-orang kemudian. Al-Wqi’ah: 8-14.

Firman Allah lagi bermaksud;

Adapun jika dia termasuk orang-orng yang terdekat kepada Tuhan. Dia memperolehi kesenangan dan kepuasan disyurga Jannatun Na’im. Al-Wqi’ah: 88,89.

Setelah sempurna dijadikan roh lalu dimasukkan ke dalam jasad kemudian dimatikan untuk kembali ke alam barzah, bila berlaku kiamat akan dikembalikan roh kedalam jasad kali kedua untuk dihisabkan amalan, satu golongan akan ke syurga dan satu golongan lain akan  ke neraka mereka kekal di dalamnya.

Kata abu Umar bin Abdul Bar, roh syuhadak berada di dalam syurga manakala roh orang yang  beriman akan berkeliaran di kubur masing-masing, Kata ibnu Mubarak dari Mujahid : roh tidak dibawa ke dalam syurga malah mereka hanya menikmati makanan syurga dan kesengannya.

Kata Mu’awiyah dari Said yang bertanya kepada Ibnu Syihab, telah sampai berita kepadaku bahawa roh syuhadak umpama burung hijau yang bergantung di Arasy, mereka berlegar didalam taman-aman syurga dan  akan memberi salam kepada Tuhan setiap hari.

Kata Umar bin Abdul Bar ketika menghuraikan hadith Ibnu Umar; Bila mati salah seorang daripada kamu akan diperluhatkana tempat tinggalnya pagi dan petang, jika ahli syurga dia akan nampak tempatnya disyurga begitulah juga sebaliknya jika ahli nereka akan nampak tempatnya,  lalu dikatakan kepada mereka; itulah tempat kamu nanti bila dibangkitkan oleh Allah. Ini jelas sebagaiman pendapat yang mengatakan bahawa roh akan berlegar dikubur mereka. Katanya lagi, pada pandagangan saya bahawa roh berlagar dikubur namun bagitu mereka dilepas bebab bergerak kemana sahaja sebagaiman yang dikhabarkan kepada kami oleh Imam Malik.

Kata Mujahid; roh berlegar diisi kuburnya selama tujuh hari selepas dikebumikan.

Ada kumpulan yang mengatakan, roh tidak ada tempatnya, pandangan ini ialah mereka yang mengatakan bahawa roh sama seperti badan semasa hidup, roh akan hilang sebagaiman badan hancur. Pandangan ini bercanggah dengan al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ Ulamak,   Sahabat  dan Tabi’in. Jelaslah pendapat mereka bahawa tidak ada roh dan penempatannya.

Golongan lain pula menyatakan; roh akan ditempakan kedalam badan yang sesuai baginya menurut sifatnya semasa hidup, roh akan ditempatkan kedalam badan haiwan yang menyerupai akhlaknya, roh yang ganas akan ditempatkan kedalam singa atau harimau, yang jahat sepeti anjing akan ditempakan kedalam jasad anjing, roh umpama binantang akan ditempatkan kedalam badan binatang, manakala roh   yang rendah dan hina akan ditempatkan kedalam binatang yang melata diatas muka bumi. Ini adalah pandangan penempatan semula roh (al-Tanasukhiyah), pandangan ini keluar dari Islam.

Ibnu Qaiym, al-Roh, Dar Ibnu Kathir, Beirut, cetakan 6, 2005M, hal. 247.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s