Tafsir Surah Hud : Ayat 28 – 39

Kuliah Maghrib Masjid al-Syakirin oran Mata Ayer Perlis

Pada 9 Feb 2010

Oleh

Imam I  Ustaz Ya ali bin Dahaman

Pengajian tafsir. Surah HUD

قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِنْ كُنْتُ عَلَى بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي وَآتَانِي رَحْمَةً مِنْ عِنْدِهِ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنْتُمْ لَهَا كَارِهُونَ

Maksudnya: Berkata Nuh, hai kaumku, bagaimana fikiranmu, jika aku memiliki bukti yang nyata dari Tuhanku, dan diberikan aku rahmat dari sisiNya, tetapi rahmat ini  disamarkan bagimu. Apakah akan kami paksakan kamu menerimanya, pada hal kamu tidak menyukainya.

–          Hud: 28.

Dalam ayat ini Allah menceritakan bahawa Nuh telah menolak pandangan kaumnya, iaitu maksud al-Quran (apakah pandangan kamu jika aku ada bukti yang nyata dari Tuhanku) iaitu dengan yakin dan urusan yang jelas kenabian yang benar suatu rahmat yang besar daripada Allah. Maksud al-Quaran (maka disamarkan kepada mereka), iaitu disembunyikan pada kamu maka kamu tidak mendapat petunjuk kearahnya dan kamu tidak mengetahu malah kamu segera mendusta dan menolaknya, maksud al-Quran (apakah kami akan paksamu), iaitu paksa kamu menerimanya sedangkan kamu membencinya.

وَيَا قَوْمِ لا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالا إِنْ أَجْرِيَ إِلا عَلَى اللَّهِ وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّهُمْ مُلاقُو رَبِّهِمْ وَلَكِنِّي أَرَاكُمْ قَوْمًا تَجْهَلُونَ

وَيَا قَوْمِ مَنْ يَنْصُرُنِي مِنَ اللَّهِ إِنْ طَرَدْتُهُمْ أَفَلا تَذَكَّرُونَ

Maksdunya:

Dan (dia berkata), Hai kaumku, aku tidak meminta harta benda kepadamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanya dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang beriman, sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui.(29) Hai kaumku, siapakah yang akan menolongku dari (azab) Allah, jika aku mengusir mereka. Maka tidakkah kamu mengambil pengajaran ) 30)

Nuh berkata kepada kaumnya, aku tidak meminta suatu balasan (harta) kerana aku menasihatimu sebagai upah yang aku akan ambil darimu, sesungguhnya aku mengharapkan balasan dari Allah, maksud al-Quran(dan aku  tidak mengusir orang-orang yang beriman), mereka memohon daripada Nuh supaya megusir orang-orang yang beriman daripadanya kerana mereka rasa malu berada disampingnya, permohonan yang sama pernah diminta oleh orang-orang kafir quraisy supaya nabi Muhammad s.a.w. mengusir orang–orang yang lemah agar mereka dapat berada bersama dengannya, maka turunlah ayat maksudnya (janganlah kamu  mengusir orang-orang  yang sentiasa berdo’a kepada Tuhan mereka pagi dan petang).

وَلا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلا أَقُولُ إِنِّي مَلَكٌ وَلا أَقُولُ لِلَّذِينَ تَزْدَرِي أَعْيُنُكُمْ لَنْ يُؤْتِيَهُمُ اللَّهُ خَيْرًا اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا فِي أَنْفُسِهِمْ إِنِّي إِذًا لَمِنَ الظَّالِمِينَ

31. Dan aku tidak mengatakan kepada kamu, bahawa aku mempunyai gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah,  dan aku tidak mengetahui yang ghaib dan tidak pula aku mengatakan, bahawa sesungguhnya aku adalah malaikat, dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina oleh pengelihatanmu, sekali-kali Allah tidak makan mendatangkan kebaikan kepada mereka, Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam diri mereka; sesungguhnya aku, kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang zalim.

Nuh menyatakan kepada kaumnya bahawa ia adalah rasul dari Allah yang diutuskan untuk menyeru mereka menyembah Allah yang satu, dan baginda tidak meminta balasan hasil dakwahnya itu, kemudian baginda berdakwah kepada umatnya sama ada mulia atau sebaliknya, maka siapa yang menyahut dakwahnya dia telah berjaya, Nuh juga memberi tahu mereka bahawa dia tidak berkuasa untuk mengurus tadbir harta-harta kekayaan Allah, dan Baginda tidak mengetahui sesuatu yang ghaib melainkan apa yang diberitahu kepadanya oleh Allah, baginda bukan malaikat Allah malah baginda adalah manusia yang diutuskan oleh Allah sebagai rasul yang dikuatkan dengan mu’jizat, kataNuh,   aku tidak pernah mengatakan kepada orang yang kamu hina itu bahawa mereka tidak mempunyai balasan pahala dari Tuhan mereka, al-Quran bermaksud (Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam jiwa mereka), jika mereka beriman   akan menerima  balasan yang baik dari Tuhan.

قَالُوا يَا نُوحُ قَدْ جَادَلْتَنَا فَأَكْثَرْتَ جِدَالَنَا فَأْتِنَا بِمَا تَعِدُنَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ .  قَالَ إِنَّمَا يَأْتِيكُمْ بِهِ اللَّهُ إِنْ شَاءَ وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ . وَلا يَنْفَعُكُمْ نُصْحِي إِنْ أَرَدْتُ أَنْ أَنْصَحَ لَكُمْ إِنْ كَانَ اللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يُغْوِيَكُمْ هُوَ رَبُّكُمْ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

32) Mereka berkata, Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami dan kamu telah memanjangkan bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang yang benar.

33) Nuh menjawab, Hanyalah Allah yang akan mendatangkan azab itu kepadamu jika Dia  menghendakinya,  dan kamu sekali-kali tidak   dapat melepaskan diri.

34) Dan tidak bermafaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepadamu. Jika sekiranya Allah ingin menyesatkan kamu. Dia adalah Tuhanmu dan kepadaNya kamu dikembalikan.

Allah memberitahu bahawa kaum Nuh memohon agar Allah menurunkan azab dengan segera, kata mereka al-Quran bermaksud (Hai Nuh telah banyak kamu berbantah dengan kami) banyak kamu berhujah dengan kami tetapi kami tetap tidak mengikutmu, (bawa datanglah apa yang kamu janjikan kepada kami) iaitu dengan kecelakaan dan azab, do’alah agar diturunkan azab  keatas kami jika engaku benar-benar Rasul Allah, jawab Nuh, sesungguhnya Allah yang akan menurunkan azab bagi siapa yang dikehendakiNya, dan kamu tidak mampu untuk menolaknya iaitu Allah yang akan menurunkan azab dengan segera keatasmu dan siapa pun tidak dapat mengealakkan darinya, tidak akan memberi manfaat nasihatku jika aku ingin memberi nasihat kepadamu jika Allah inggin menyesatkan kamu,  oleh itu tidak kan berfaedah apa yang aku sampai dan nasihat kepadamu,    Allah sahaja yang berkuasa segala urusan mendtadbir dengan adil bijaksana tidak zalim dan kepadaNya kamu akan dikembalikan.

أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ قُلْ إِنِ افْتَرَيْتُهُ فَعَلَيَّ إِجْرَامِي وَأَنَا بَرِيءٌ مِمَّا تُجْرِمُونَ

35) Malahan mereka itu berkata, dia hanya mereka-reka nasihatnya sahaja, katakanlah; jika aku mereka-reka nasihat  ini,   akulah yang akan memikul dosanya dan aku berlepas diri dari dosa yang kamu lakukan.

Ayat ini datang ditengan kisah Nuh, Allah berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w., apakah orang kafir berkata bahawa ini direka olehnya sendiri, katakanlah; jika aku telah mereka-reka ini dengan kehendak ku sendiri maka akulah yang menanggung dosanya dan aku akan melepas diri dari dosa yang kamu lakukan, sebenarnya perbuatan itu bukan sekali-kali dari perbuatanku, kerana aku tahu bahawa azab Allah itu akan menimpa keatas orang yang berbuat dusta.

وَأُوحِيَ إِلَى نُوحٍ أَنَّهُ لَنْ يُؤْمِنَ مِنْ قَوْمِكَ إِلا مَنْ قَدْ آمَنَ فَلا تَبْتَئِسْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ. وَاصْنَعِ الْفُلْكَ بِأَعْيُنِنَا وَوَحْيِنَا وَلا تُخَاطِبْنِي فِي الَّذِينَ ظَلَمُوا إِنَّهُمْ مُغْرَقُونَ. وَيَصْنَعُ الْفُلْكَ وَكُلَّمَا مَرَّ عَلَيْهِ مَلأ مِنْ قَوْمِهِ سَخِرُوا مِنْهُ قَالَ إِنْ تَسْخَرُوا مِنَّا فَإِنَّا نَسْخَرُ مِنْكُمْ كَمَا تَسْخَرُونَ.

فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَنْ يَأْتِيهِ عَذَابٌ يُخْزِيهِ وَيَحِلُّ عَلَيْهِ عَذَابٌ مُقِيمٌ

36) Dan diwahyukan kepada Nuh, bahawasanya sekali-kali tidak akan beriman diantara kamu, kecuali orang yang telah beriman (saja), kerana itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan.

37) Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan pertunjuk dari Kami, dan janganlah  kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orng yang zalim itu, sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.

38) Dan mulailah Nuh membuat bahtera, dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melihat kerja-kerja Nuh, mereka megejeknya. Nuh berkata; jika  kamu mengejek kami pada hari ini sesunguh kami akan mengejekmu sebagaiman  kamu mengejek kami.

39) Maka kelak kami  akan mengetahu siapa yang akan ditimpa azab yang menghinakan dan   kekal.

Allah mengwahyukan kepada Nuh, setelah kaumnya memohon agar Allah segerakan turun azab kepada mereka, maka Nuh pun berdo’alah,

Ya Tuhanku janganlah engkau tinggalkan orang-orang kafir dibumi ini.

Setelah Nuh berdo’a merayu agar diberi kemenangan, Allah  memberitahu kepadanya, selepas ini tidak lagi ada orang yang beriman dengan nya melain kan orang yang telah beriman, dan jangnanlah  kamu dukacita dan bersedih hati. Allah perintahkan Nuh sepaya membuat   bahtera dengan pengawasan dariNya bagaiman hendak  membina, Allah melarang Nuh jangan lagi membicara denganNya terhadap orang yang zalim kerana mereka akan ditenggelamkan.

Qatadah berkata; panjang  bahtera itu ialah tiga ratus hasta dan lebarnya lima puluh hasta. Al-Hasan berkata; Panjangnya enam ratus hasta dan lebarnya tiga ratus hasta.  Kata ibnu Abbas; panjang bahtera Nuh  seribu dua ratus hasta dan lebarnya  enam ratus hasta. Dan ada pula yang berkata panjangnya dua ribu hasta dan lebarnya seratus hasta.

Dikatakan; tinginya tiga puluh hasta, bahtera tersebut dibina tiga tingkat setiap tingkat sepuluh hasta. Tingkat bawah ditempatkan kumpulan binatang, tingkat tengah untuk manusia yang beriman manakala tingkat atas untuk burung, bahtera tersebut ada beberapa pintu dan sebelah atasnya berbumbung.

Semasa Nuh dan rakan-rakannya membina kapal tersebut diejek oleh orang yang tidak beriman, lau Nuh memberi amaran bahawa mereka akan ditenggalamkan nanti  akan mendapat azab yang kekal.

Ibnu Kathir, Mukhtasar Ibnu Kathir, Jil 2, Dar al Sabuni, cetakan 7, hal. 217.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s