MENGHAYATI SUNNAH DAN MENJAUHI BIDAAH – 2

KULIAH MAGHRIB MASJID BAROH 4 FEB 2010

Oleh

Ustaz Yaali Dahaman Imam I Masjid al-Syakirin Oran, Perlis.

Pengajian Hadith

Sambungan 29 Jan 2010 ( KLIK DI SINI KULIAH TERDAHULU)

2. Sifat Penasihat yang Berjaya;  nasihat yang berkesan dapat membangunkan jiwa yang lalai dan hati yang mati, oleh itu untuk mendapat kejayaan seorang penasihat mestilah mempunyai  akhlak dan kata-katanya yang memenuhi syarat berikut:

Seorang beriman yang yakin dengan kata-katanya menusuk masuk kedalam hati pendengar dan rasa puas  dengannya,  dari gaya bahasa dan suaranya juga perubahan air mukanya, inilah gaya Rasul Allah s.a.w. ketika baginda memberi nasihat akan berubah sikapnya. Jabir bin Abdullah berkata; Ketika Nabi berkhutbah mengenai kiamat nampak amat marah dan tinggi suaranya, merah mukanya seolah-olah ketua tentera yang sedang memberi arahan dengan kata-kata; pagi besok kamu akan diserang, petang besok kamu akan diserang.

a) Hati Penasihat mestilah murni dan bersih dari kekotoran, percakapan yang keluar dari hati yang benar  dapat menyentuh   hati pendengar, orang yang hatinya sakit atau kotor pecakapannya akan masuk ketelinga kiri akan keluar ditelinga kanan. Hasan al-Basri pernah mendengar ceramah  oleh seorang penceramah di Masjid Basrah kepada orang ramai tetapi tidak bekesan ucapannya, beliau berkata kepada penceramah tersebut setelah orang ramai bersurai: Hai tuan penceramah sama ada hati tuan berpenyakit atau hati saya yang berpenyakit lantaran tidak berkesan.

.

b) Perkataan hendaklah menepati perbuatan; pendengar yang kagum dengan kepitahannya akan meneliti   amalannya, jika bertepatan dengan kata-katanya mereka akan turut sebaliknya jika mereka dapati perbuatannya bercanggah dengan kata-katanya,  mereka akan hebohkan dan akan lari darinya, dikatakan; siapa yang menasihati dengan kata-katanya sia-sialah, siapa yang memberi peringaan dengan perbuatannya tepatlah sasarannya. Allah mencela penasihat tersebut  seperti Firman Allah bermaksud: (Hai orang-orang yang beriman mengapa kamu berkata apa yang  kamu tidak lakukan, amat besar kebencian Allah,  kamu perkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan).

3. Kelebihan sahabat dan kesucian hati mereka;  ketakutan yang wujud dalam hati mereka dan mengalirnya air mata ketika mendengar nasihat Nabi s.a.w., dalil menandakan kelebihan yang  ada pada mereka dan keelokkannya, iman mereka sentiasa bertambah, sehingga dikatakan sebagai bintang-bintang yang memberi pertunjuk  mereka  mendapat pujian dari Rasul Allah s.a.w.  Allah Ta’ala berfirman  bermaksud; (Dan bila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada pesuruh mereka lalu menitis air mata dari apa mereka tahu tentang kebenaran). Allah juga memuji orang yang beriman, maksudnya; (Sesunguhnya orang yang beriman apabila disebut nama Allah gementar hati mereka  dan apabila dibaca ayat-ayat Allah bertambahlah iman mereka).

4. Wasiat dengan taqwa; taqwa bererti menunaikan titah perintah Allah dan menjauhi laranganNya, wasiat ini sentiasa diamabil berat oleh Nabi s.a.w. kerana dengan bertaqwa kepada Allah akan membawa kebahgian dunia dan akhirat, wasiat serupa ini juga dilakukan oleh Allah terhadap umat sekarang dan terdahlu firman Allah bermaksud;( dan sesungguhnya Kami telah wasiatkan kepada umat yang diberikan kitab dan kami wasiat supaya bertaqwa kepada Allah).

5. Wasiat supaya dengar dan ta’at; Allah mewajibkan umat islam supaya dengar dan ta’at  kepada pemimpin mereka, firman Allah bermaksud; (Ta’atlah kepada Allah dan ta’atlah kepada Rasul dan peminpin antara kamu). Dengan itu Nabi mewasiatkan kepada sahabat supaya dengar dan ta’at yang termasuk kepada taqwa, apabila umat Islam memegang wasit ini akan mendapat kebahgian didunia, dapat menyusun umat dalam kehidupan mereka, mengukuhkan kesatuan mereka dan melahirkan kesungguhan ibadat  setelah mereka ta’at kepada Allah. Kata Ali bin Abu Talib; (manusia akan dibentuk oleh pemimpin mereka sama ada baik atau buruk, jika pemimpin Jahat umat akan tetap menyembah Allah manakal yang jahat akan berterusan hingga menemui ajal). Antara sebab umat islam lemah dan hilang kekuatan mereka ialah bila tidak mahu mendengar dan ta’at kepada pemimpin mereka, maka berlakulah kucar kacir dan percanggahan sesama mereka, akan lahirlah fitnah memftnah dan banyak perpecahan dan puak, lahirlah zindiq, maksiat dan menurut hawa nafsu.

Kata Nabi s.a.w. (jika kamu diperintah oleh seorang hamba) sebagaimana hadith riwayat al-Bukahri dari dari Anas (dengar dan taatlah walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba habshi seolah-olah kepalanya semacam buah kismis kering). Ulamak memahami hadith ini dengan dua pandangan:

Pertama;

Melantik hamba sebagai pemimpin tidak berlaku, tetapi arahan Rasul Allah supaya ta’at kepadanya mengambil seringan-ringan mudarat  berbanding dengan menimbulkan fitnah  dalam masyarakat.

Kedua;

Gambaran dalam hadith ini tidak berlaku dalam realiti hidup seperti melantik hamba sebagai pemimpin, contoh lain sabda Baginda bemaksud; siapa yang membina masjid walaupun seluas sarang burung merpati, Allah akan membina sebuah rumah dalam syurga untuknya. Sebenarnya sarang seluas ini tidak boleh dijadikan masjid.

6. Kepastian berpegang kepada sunahRasulAllah dan sunah khulafa al-Rashidin, sunah adalah jalan, iaitu berpegang keapda sunah Nabi dan Khulafa al-Rashidin dalam bidang I’tiqad, amalan dan perkataan. Arahan Nabi agar ikut sunah khalifah-khalifah selepasnya kerana baginda tahu bahawa mereka tidak akan mengambil sesuatu hukum selain al-Quran dan al-sunnah jauh sekali dari melakukan  kesalahan, Ulamak islam menamakan khalifah tersebut terdiri dari Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali

Berpegang kepada sunah Nabi dan sunah khalifah selepasnya akan membawa kepada kejayaan lebih-lebih lagi ketika banyaknya perselisihan dan perpecahan umat.

7. Amaran terhadap perkara bid’ah; hadith bermaksud; (siapa yang mengada-ngadakan dalam agama kami sesuatu yang bukan daripanya maka dia ditolak), jelas dari sini siapa yang mengadakan sesuatu yang baru tidak ada asasnya dalam agama dianggap sesuatu yang keji, bid’ah yang sesat.

Bid’ah dua makna, syara’ dan bahasa; Syarak; mengadakan sesuatu yang becanggah dengan dalil syarak sama ada khas atau umum, ini disebut bi’ah dzalallah.

Bid’ah dari sudut bahasa; suatu rekaan yang tidak ada asas  yang lepas, ini juga disebut sebagai Ihtehsan (yang baik) dikalangan sahabat, dengan itu Khalifah Umar telah menghimpunkan sahabat untuk menunaikan sembahyang teraweh dengan sata imam, lalu beliau berkata; sebaik-baik bid’ah, ini. Ubai bin Ka’b telah menegur Umar seraya menjawab, aku lakukan kerana ianya baik, maksud Ubai kerana tidak pernah dilakukan  sebelum ini tetapi ada asanya dalam syarit Islam.

Demikian juga membukukan al-Quran dizaman Abu Bakar. Memerangi orang yang enggan membayar zakat, dibukukan al-Quran beberapa mushaf untuk dikirimkan kepda negara Islam pada masa zaman Usman, dan lain-lain perkara yang baik dilakukan oleh sahabat yang asanya ada dalam sunah.

Al-Shafi’e mengatakan; Bid’ah ada dua jenis, bid’ah yang baik dan bid’ah yang keji, sesuatu yang menepati sunah dikatakan baik dan mana yang berlainan dengan sunah dikata keji berdasarkan kata Umar; Ini sebaik-baik bida’h. Seterunya beliau menyatakan bahawa perkara baru itu ada dua jenis; apa yang bercanggah dengan al-Quran, al-Sunah, athar sahabat dan ijma’ adalah bid’ah dzalalah. Manakala sesuatu yang baru dan baik(khair) tidak berlainan   adalah tidak dikeji, banyak perkara yang dilakukan sekarang ini yang tidak diperseilisihkan oleh ulamak, adalah baik tidak perlu dikembalikan kapada   sunnah untuk memastikan hasanah atau tidak..

8. Hadith ini menunjukkan kepada kita wasiat Rasul Allah terakhir yang mempunyai maslahah kebahgian dunia dan akirat.

9. Melarang sesuatu yang diadakan dalam agama tanpa asas yang boleh diamabil    darinya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s