Hadis Pintu-pintu Kebaikan dan Kuncinya – 2

Kuliah Maghrib Masjid Baroh Mata Ayer Perlis pada 25 Feb 2010

Oleh

Ustaz Yaali Dahaman Imam  Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer, Perlis.

Kuliah Hadith

Sambungan kuliah 18 Feb 2010.  ( Sila rujuk di SINI )

Tajuk; Pintu-Pintu Kebaikan dan Jalan-Jalan Pertunjuk Allah

c)      Sembahyang Malam; sembahyang malam setelah bangun dari tidur,  banyak ayat al-Quran dan al-Hadith menyatakan kelebihan sembahyang malam,   Nabi s.a.w. telah menyatakan  berdasarkan  maksud ayat al-Quran; (Mereka meringankan diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur). Dan seterusnya ayat  lain yang menyatakan kelebihan sembayang malam dan membelanjakan harta kejalan Allah:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (١٥)آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ (١٦)كَانُوا قَلِيلا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (١٧)وَبِالأسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ (١٨

15.Sesungguhnya orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman(syurga) dan d imata-   mata air.

16. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka, sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia ialah orang-orang yang berbuat baik.

17. mereka sedikit  sekali tidur di waktu malam,.

18.Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah). ( QS 51.15-18)

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahihnya; bererti; (Sebaik-baik sembahyang selain sembahyang fardu ialah sembahyang malam), Termizi juga meriwayatkan dari Bilal sabda Baginda s.a.w.; (Kamu mesti mengejakan sembahyang malam, sesunguhnya ia adalah kebiasaan para salihin sebelum kamu, dengan qiyam al-lail akan mendekatkan diri kamu kepada Allah, menjauhkan dari dosa, menghapuskan yang buruk dan membuang penyakit dalam badan).  Masa yang afdhal untuk bangun sembahyang  malam(tahjud) ialah di tengah malam, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. bermaksud: (Dan sembahyang seorang itu di tengah malam).

5. Kepala agama Islam, tunggak dan kemuncaknya; Nabi s.a.w. melihat bahawa Mua’az bersungguh-sungguh untuk menambahkan ilmu kenabian dari Muhammad s.a.w., baginda terus menambahkan ilmu pengetahuan kepada Mua’az  setelah menyoalnya dengan kata Baginda; (Mahukah kamu aku ceitakan kepamu),  inilah satu soalan dan cara tarbiyah Nabi yang boleh menambahkan lagi pemerhatian Mua’az terhadap kata-kata Baginda, antaranya;

a. Kepala segala urusan ialah Islam; huraian hadith dari Mua’az bahawa (Sesungguhnya kepala segala urusan  ialah kamu menyaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah tiada sekutu bagi Nya, bahawa Nabi Muhammad hamba Nya dan pesuruh Nya) , dengan ini jelaslah bahawa kepala segala urusan agama  ialah dua kalimah syahadah, siapa yang tidak mengaku dengan keduanya zahir dan batin maka  tidak ada sedikit pun dari ciri-ciri Islamnya. Dikatakan juga bahawa kepala kepada Islam itu adalah rukunnya yang lima.

b.Tunggaknya ialah sembahyang; sembahyang adalah tiang agama, tiang mengangkat sesuatu bangunan begitu juga dengan sembahyang akan mengangkat agama Islam, dengan demikian akan mendekatkan orang yang mendirikan sembahyang dengan Allah serta merasai dirinya perlu   kepada Allah sebagai hamba yang kurang segala-galanya.

c) Kemuncaknya ialah jihad;  amalan yang akan meninggikan Islam ialah jihad, jihad setinggi-tinggi ibadat  dalam Islam, banyak hadith yang menyatakan bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan dalam Islam selepas amalan fardu. Maksud hadith riwayat al-Bukhari; (Daripada Abu Zar katanya; hai Rasul Allah, apakah amalan yang afdzal?, jawab Baginda: Iman dengan Allah kemudian berjihad pada jalan Allah).

6. Kunci segala urusan ialah mengawal lidah; Nabi Muhammmad s.a.w. telah mengakhiri nasihatnya kepada Mua’az  supaya menjaga lidah  agar amalannya lebih sempurna lagi, jelaslah kepada kita betapa pentingnya   mengawal   lidah dari       kejahatan, sabda Baginda bererti; (Siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah bercakap baik atau senyap). Dan dari hadith lain oleh Abu al-Yusri bererti; (Seorang lelaki telah berkata; Wahai Rasul Allah tunjukkan kepada saya amalan yang boleh memasukkan saya kedalam syurga, jawab Baginda; tahanlah ini lalu Baginda mengisyaratkan kepada lidahnya, baginda meneruskan lagi dengan katanya celakalah kamu, seorang itu tidak akan dihumbankan kedalam neraka melainkan disebabkan lidahnya.. Ibnu Rejab al-Hambali berkata; dimaksudkan dengan hasil dari lidah itu ialah balasan buruk terhadap perkataan yang haram, ibarat seorang manusia  beramal  baik atau buruk didunia ini dia akan mendapat  hasilnya diakhirat kelak, kalau baik baiklah dia dan kalau buruk akan menyesal dihari kiamat kelak. Jelaslah dari hadith Mua’az ini bahawa kebanyakan mansuia akan dimasukkan ke dalam neraka kelak disebabkan lidahnya, maksiat lidah juga boleh membawa kepada syirik yang merupakan sebesar-besar dosa terhadap Allah Ta’ala, demikian juga   syahadah palsu, sihir, menuduh sesaorang melakukan zina dan lain-lain dosa besar  atau kecil  seperti dusta, mengumpat dan megacum juga disebut sebagai kawan kepada syirik.

Imam Ahmad dan Termizi meriwayatkan Hadith dari Abu Hurairah yang bererti; (Baginda bersabda ; (Kebanyakan manusia akan dimasukkan kedalam neraka kerana dua ronggaya iaitu mulut dan kemaluan). Umar meriwayatkan hadith dari Zaid bin Aslam dari bapanya; bahawa Umar masuk berjumpa dengan  Abu Bakar yang sedang menarik lidahnya lalu berkata; (Sudahlah tu semoga Allah mengampunkanmu, lalu Abu Bakar  menjawab; ini lah punca aku dihumbankan kedalam kehinaaan). Abu Buraidah berkata; aku nampak  Ibnu Abas memgang lidahnya lalu berkata celakalah   kamu,  berkatalah yang baik necaya kamu akan mendapat untung, dan berhentilah kamu daripada bercakap buruk nescaya kamu akan selamat, kalau tidak kamu akan menyesal. Ada orang bertanya kepadanya, kenapa kamu katakan begini? Jawabnya; Sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa seorang insan akan diperlihatikan apa yang dia kata, tidak ada sesuatu dari badannya  yang paling dimurkai dan dibenci pada hari kiamat lebih dari lidahnya, melainkan siapa yang bercakap  dengan baik.

Ibnu Mas’ud bersumpah dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, tidak ada sesuatu yang perlu dipenjarakan dalam  masa yang lebih lama melain kesalahan dari lidahnya. Hasan al-Basri pula berkata; Lidah ketua bagi badan, jika dia membuat jenayah seluruh badannya akan membuat jenayah sebaliknya jika lidah menjaga kehurmatannya maka seluruh badan akan menjaga kehurmatannya.

7. Sebaik-baik amalan selepas amalan fardu, menurut Imam Malik dan Abu Hanifah bahawa amalan yang afdzal selepas amalan fardzu ialah menuntut ilmu kemudian jihad, Imam Syafi’e pula berpendapat, bahawa amalan yang afdzal ialah sembahyang fardzu dan sunat. Kata Imam Ahmad pula ialah jihad pada jalan Allah.

Diriwayatkan bahawa Baginda Nabi s.a.w. sentiasa ditanya oleh para sahabat tentang amalan yang afdzal, kadang-kadang Baginda menjawab; bahawa sembahyang dalam waktunya, kadang-kandang dijawab; jihad, dan kadang-kadang Baginda menjawab; berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jawapan Baginda berbeza kerana berbezanya keadaan orang yang bertanya atau berbeza waktunya.

  1. Hadith ini memberitahu kepada kita, bahawa para sahabat sentiasa meminta pertunjuk dari Nabi s.a.w. Baginda juga menjelaskan bahawa menunaikan sembahyang lima waktu adalah perkara utama yang perlu dikerjakan, dengannya menjadi sebab dia dmasukkan kedalam syuga dan dijauhi daripada neraka.
  1. Kelebihan jihad, adalah untuk memelihara dan meninggikan syiar Islam.

10.  Bahaya lidah, dimana akan diambil tindakan tehadap percakapannya dan akan dihumbankan kedalam neraka hasil kerjanya.

Bahan Mengajar;

Dr Mustaffa al-Bugha dan Muhyiddin Misto, al-Wafi, Dar Ibnu Kathir, Berut, cetakan ke 10, 1997M, Hal 207

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s