Dimana Roh Orang Mati Berada – sambungan

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 23 Mei 2010

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid Oran

Sambungan pengajian al-Roh

Jika dikatakan   roh orang yang bahagia  di kanan Adam   di langit dunia, sedangkan sebelun ini telah jelas kepada kita   bahawa roh suhadak berada di bawah Arasy di langit ketujuh, bagaimana dikatakan roh berada di kanan Adam, dan bagaiman Nabi s.a.w. telah melihat di langit dunia.

Jawapanya berbagai pendapat;

  1. Roh yang baik tetap sebelah kanannya tetapi ianya berada ditempat yang tinggi, sebagaimana roh yang celaka berada dipihak bawah tetapi tetap di sebelah kirinya,
  2. Tidaklah  terhalang untuk diperlihatkan kepada Nabi di langit dunia walau pun  roh berada ditempat yang lebih tinggi,
  3. Baginda s.a.w. tidak menyatakan  ketika melihat  roh ditempat tertentu, baginda hanya berkata  “ di sebelah kanannya kelumpok hitam dan sebelah kirinya kelumpok hitam”, kita telah ketahui dengan jelas bahawa roh Ibrahim dan Musa berada di langit keenam dan ketujuh, bagitu juga ada roh yang berada di Rapiq al-a’ala lebih tinggi dari langit-langit tersebut, dimana roh yang baik dan bahagia berada ditempat yang tinggi berdasarkan amalan mereka, demikian juga roh yang celaka dan jahat berada di tempat yang rendah berdasarkan amalan mereka.

Pasal:

Pendapat Yang Menytakan Bahawa Roh Ditempatkan Pada Tempat Sebelum Dimasukkan Kedalan Jasad.

Menurut pendapat Abu Muhammad bin Hazm: Tempat letaknya roh ialah sama dengan tempat dimana  ianya sebelum dimasukkan kedalam jasad, bererti roh dijadikan lebih awal sebelum dijadikan jasad, disana ada dua pandangan, kebayakan ulamak mengatakan bahawa roh dijadikan selepas dijadikan jasad.

Ada pandangan lain yang mengatakan bahawa roh dijadikan sebelum jasad berdalilkan al-Qu’ran, al-Hadis dan Ijma’ Ulamak,   mereka  berdalilkan kepada ayat dan nas yang bukan tepat pada tempatnya bagitu juga dengan hadis yang tidak saheh, sebagaimana Abu Muhammad bepegang kepada ayat-ayat;

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

172. Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah tuhan kami), Kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

– QS Al A’raf 172

وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ

11. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.  – QS Al A’raf 11

Kata Ibnu Hazm; dari ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah telah menjadikan roh serentak, Nabi juga menyatakan bahawa roh  umpama barisan tentera, mana yang kenal akan bermesra sesama mereka, mana yang tidak kenal akan perpaling sesama mereka.

Katanya lagi; Allah Ta’ala telah   meminta mereka memberi kesaksian sebaik sahaja dijadikan (ayat 172 al-A’araf).  Roh adalah makhluq yang berbentuk dan berakal sebelum diarahkan malaikat sujud kepadanya, roh telah pun wujud  sebelum dimasukkan ke dalam jasad sedangkan jasad   pada ketika itu  adalah    tanah dan air yang belum dibentuk  rupanya lagi.

Sambungnya lagi; Allah Ta’ala telah menjadikan roh lalu di disebut dalam al-Quran dengan kalimah (ثم) iaitu kemudian  menandakan ada yang dahulu dan yang kemudian, kemudian Allah meletakkan di tempat yang dikehendaki Nya iaitu Barzakh, tempat ini juga akan ditempatkan   selepas kematian sesaorang..

Kami akan menjawab dalil-dalil  mengenai persoalan mengenai roh sama ada dijadikan serentak dengan jasad  atau sebelumnya.  dan mengenai tempat roh setelah kematian.

Kata-kata yang menyatakan roh ditempatkan di tempat yang sama ketika  belum dijadikan jasadnya berdasarkan kepada kepecyaan menurut I’tiqad.

Kata-kata bahawa roh orang yang bahagia ditempatkan dikanan Adam manakala roh orang  celaka ditempatkan sebelah kirinya adalah benar seperti mana yang dijelaskan oleh Nabi s.a.w.

Adapun pandangan yang mengatakan bahawa roh di tempatkan di suatu tempat yang terputus dengan empat unsur utamanya tidak mempunyai dalil, sama ada dari al-Qur’an atau al-sunnah, tidak terdapat pandangan yang serupa dari kalangan cerdik pandai Islam, malah menurut hadis saheh bahawa roh berada lebih atas dari  unsus-unsur itu iaitu didalam Syurga disisi Allah Ta’ala.

Abu Muhammad telah bersetuju mengatakan bahawa roh orang mati syahid berada di dalam Syurga, dan telah diketahui umum bahawa roh orang siddiqin lebih mulia dari mereka, oleh itu bagaimana  dengan roh Abu Bakar, Abdullah bin Mas’ud, abu Dardak, Khuzaifah bin al-Yaman dan lain-lain yang serupa dengan mereka, adakah berada di tempat yang rendah dibawah langit dunia, sedangkan roh para syuhadak zaman kini dan  sebelum ini dilangit yang  ketujuh?

Adapun pandangan   Muhammad bin Nasr al-Marwazi daripada Ishak bin Rahawaih  telah menyatakan   bahawa tempat roh  selepas mati adalah sama dengan pandangan kami, bagitu juga dengan pandangan  ahli ilmuan  yang lain dalam Islam, ini juga adalah pandangan  kebanyakan umat Islam.

Ibnu Hazm menyatakan juga bahawa Muhammad bin al-Marwazi telah menulis  dalam kitabnya bernama “Menolak Pandangan Ibnu Qutaibah” bagi menghuraikan ayat 172 Surah al-A’araf bermaksud:

“Dan ketika Tuhanmu menjadikan keturunan anak Adam dari belakangnya (punggung) dan Tuhan mengambil kesaksian dari diri mereka sendiri, kata Nya; Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka mengatakan ; Bahkan, kami menjadi saksi”.

Menurut pandangan ulamak salaf, selepas dijadikan roh lalu dikeluarkan untuk mendapat kesaksian kemudian dipulangkan semuala kedalam salbinya, kemudian dikeluarkan semula seperti semut dan pada ketika itu ditulis bagi mereka sama ada bahagia atau celaka juga dicatatkan   tentang ajal, rezeki dan amalan mereka baik atau buruk.

Bahan bacaan kitab al-Roh halaman  284.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s