Roh orang yang beriman seperti burung yang bergantung di pohon-pohon syurga

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 30 Mei 2010

Oleh

Ustaz Ya ali Dahaman Imam Masjid Oran

Pengajian Roh (sambungan)

Kata  Muhammad bin Nasr al-Marwazi;   telah berkata Ishak bin Rahawaih;  semua ahli  ilmuan  Islam sepakat mengatakan bahawa roh telah diambil kesaksian  sebelum dijadikan jasad berdasarkan dalil ketika Allah mengambil kesaksian mereka, firman Allah;

وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

أَوْ تَقُولُوا إِنَّمَا أَشْرَكَ آبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِنْ بَعْدِهِمْ أَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُونَ

172. …… dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): “Bukankah Aku Tuhan kamu?” mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

173. Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa Kamilah Yang melakukan syirik dahulu sedang Kami ialah keturunan (mereka)

Kesimpulan dari nas ini menunjukkan kata-kata ini tidak menunjukkan bahawa roh ditempakan sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Hazm iaitu ditempatkan pada  tempat yang terputus dari segala unsur-unsurnya, dan tiada juga menunjukkan bahawa roh sudah wujud sebelum dijadikan jasad, malah  menunjukkan bahawa Allah telah mengeluarkan dari salbi Adam  untuk mendapat kesaksian kemudian dipulangkan semula ketempatnya.

Walaupun pandangan ini dikatakan oleh kebanyakan ulamak salaf dan khalaf adalah berlainan saperti mana yang akan kita bincangkan, malah maksud dari jawapan kepada masalah ini untuk membahaskan roh itu sendiri sama ada dijadikan sebelum jasad atau sebaliknya, walaupun kita terima apa yang dikatakan oleh Ibnu Hazm masih tidak ada dalil menyatakan tempat letaknya roh setelah terputus dari anasir-anasir itu,  dan juga bukan ditempat  yang sama  pada permulaannya.

Pasal

Pandangan Yang Mengatakan  Tidak Ada Tempatnya Roh Selepasa Mati

Pendapat ini menyatakan bahawa roh adalah jirim seperti jirim-jirim badan yang hidup, ini adalah pendapat  Ibnu al-Baqilani dan pengikut-pengikutnya. Menurut Abu Huzail al-‘Allaf; roh adalah jirim sebahagian dari jirim badan tetapi dia tidak mengatakan hidup sebagaimana kata Ibnu Baqilani. Malah dia hanya mengatakan roh sebahagian daripada jirim badannya.

Menurut pendapat mereka;  apabila sesaorang itu mati maka hilanglah rohnya dan juga jirim-jirim yang menjadi syarat kepada kehidupannya. Ada pula yang mengatakan, jirim ini tidak kekal dalam dua zaman sebagai mana yang dikatakan oleh kebanyakan al- Asy’ariyah,   antara kata-kata mereka ialah;  Roh manusia sekarang ini bukanlah roh yang dikenali sebelum ini. Kata mereka roh ini akan berubah-ubah kepada roh yang lain hingga boleh menjadi seribu roh atau lebih, apabila sesaorang mati tidak ada roh yang naik kelangit dan kembali kekubur, malah yang menerima ni’mat dan azab ialah jasad jika dikehendaki Allah Ta’ala

Menurut pendapat lain dari kalangan mereka juga mengatakan bahawa dikembalikan kehidupan kepada ‘ajbu al-zanab(tulang benih manusia), dialah yang akan menerima azab  atau ni’mat.

Pendapat ini ditolak oleh al-Quran, al-Sunnah,   Ijma’  Sahabat, dan tidak boleh diterima oleh akal dan kefahaman cendiakawan Islam  serta fitrah manusia. Pendapat   ini sebenarnya dari seorang yang tidak mengenali dirinya  sendiri,   apatah lagi roh orang lain, sedangkan dalam al-Quran, Allah Ta’ala telah memerintahkan kepada roh supaya kembali, masuk dan keluar, dan disana dalil yang jelas mengatakan roh dibawah  naik kelangit dan turun semula, disambut oleh para malaikat, ada roh yang ditahan untuk disiksa dan ada yang dilepas bebas, dibuka pintu langit untuk laluan roh, roh akan   berkata-kata dihadapan Allah. Roh akan keluar dari badan sebagaimana keluarnya titik-titik air, kemudian dikapankan sama ada dengan kain   dari syurga atau neraka, Malikil maut akan  mencabut roh dengan tangannya kemudian disambut oleh malaikat yang lain,    roh  yang berimana     berbau harum seperti kasturi, manakala roh yang jahat atau kafir berbau busuk semacam bangkai, kemudian akan diarak dari selapis langit kelapisan yang lain kemudian   dibawa kembali kebumi bersama dengan malaikat yang lain. Ketika roh keluar dari badan akan diikuti dengan pandangan matanya.

Al-Qur’an menceritakan, roh akan bergerak dari bahagian badannya hingga kehalqum sebelum keluar dari badannya. Selepas roh dikeluarkan dari badannya mereka akan bertemu sesama roh-roh lain dan saling berkenalan sesama mereka, roh-roh akan ber himpun seperi  tentera dalam barisan. Semua kenyataan ini membatalkan pandangan yang mengatakan roh tidak ada selepas matinya. Dalam hadis juga Nabi s.a.w. menceritakan Baginda melihat roh dimalam Israk   berhimpun sebelah kanan dan kiri Adam, Baginda juga telah menyatakan bahawa roh orang yang beriman berlegar dan bergantung dipohon-pohon syurga, roh syuhadak berada didalam perut burung hijau bersiaran dalam syurga, Allah Ta’ala juga memberitahu bahawa roh-roh keluarga Fir’au dibentang keapi neraka pagi dan petang.

Apabila perkara ini dibawa kepada al-Baqilani, beliau menyanggah  lalu menjawab dengan dua pendekatan; pertama; boleh jadi diletakkkan satu jirim semasa hidup kesalah satu jirm bahagian badannya, kedua atau pun boleh diciptakan satu jasad yang lain untuk merasai nikmat dan azabnya.

Pandangan ini adalah seburuk-buruk pandangan dari berbagai sudut,  pandangan    yang mengatakan roh adalah sebahagian dari jirim yang berubah setiap masa dengan beribu perubahan berulang-ulang kali,  pandangan yang  mengatakan bahawa sebaik sahaja roh bercerai dengan jasad tidak menerima ni’mat dan azab, tidak dibawa naik kelangit dan tidak dibawah turun kebawah disiksa, tidak pernah ditahan atau dilepas bebas. Semua pandangan ini adalah bercanggah dengan akal, nas-nas dari al-Qu’ran, al-sunnah dan fitrah manusia, ini adalah kata-kata dari seorang yang tidak tahu hal ehwal dirinya sendiri. Akan datang  diterangkan tentang salahnya pandangan ini Insya Allah, dimana pandangan ini tidak pernah dikatakan oleh salah seorang  sahabat, al-tabi’in,ulamak al-salaf  dan juga tidak pernah dikatakan oleh seluruh umat Islam.

Pasal

Pandangan Mengatakan Bahawa Roh Akan Dimasukkan kedalam Badan Yang Lain Selepas Matinya.

Pandangan ini ada benar dan ada salahnya: yang benar;   apa yang dikhabarkan oleh Rasul Allah s.a.w. mengenai roh syuhadak ditempatkan dalam badan   burung hijau yang berlegar dilampu-lampu cendalia yang digantung di ‘Arasy seolah-olah semacam   sarangnya, Baginda juga berkata, Allah Ta;ala  tempatkan roh syuhadak didalam perut burung-burung hijau disyurga.

Sabda Baginda lagi; roh orang yang beriman seperti burung yang bergantung dipohon-pohon syurga”. Kemunkinan maksud burung disini ialah seperti badan bagi roh. Ini akan berlaku kepada roh orang yang beriman dan syuhadak, kemunkinan juga dimaksudkan disini roh itu sendiri seperti burung yang berwarna hijau, ini adalah pandangan yang dipilih oleh Ibnu Hazm, Abu Umar bin Abdul Bar yang pernah dijelas sebelum ini.

Bahan bacaan Kitab Al-Roh oleh Ibnu Qaiyim, hal 288.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s