Adakah Berfaedah Amalan Orang Yang Hidup Terhadap Roh Simati Atau Tida

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 13 Jun 2010

Oleh

Ustaz Ya ‘ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

Pengajian kitab al-Roh (sambungan)

Pasal

Persoalan Ke Enam Belas

Adakah  Berfaedah Amalan Orang Yang Hidup Terhadap Roh Simati Atau Tidak

Jawabannya: Amalan orang yang hidup memberi faedah kepada simati dalam dua keadaan menurut al-Quran, al-Sunnah dan kebanyakan ahli feqah.

Pertama: Amalan yang dikerjakan oleh simati sebelum matinya. memberi manfaat kepadanya.

Kedua: Do’a orang Islam kepadanya, seperti memohon istighfar, sedekah dan pekerjaan haji, semua perkara ini ulamak  berbeza pandangan   sama ada sampai  kepadanya pahalan amalan,  atau sampai kepadanya pahala perbelanjaan untuknya.   Menurut kebanyakan ulamak mengatakan sampai pahala amalannya,  manakala sebahagian ulamak   Hanafi mengatakan yang sampai hanya pahala perbelanjaannya.

Kemudian mereka berbeza pendapat mengenai ibadat badaniah saperti puasa, sembahyang, bacaan al-Qur’an dan zikir, menurut pendapat Imam Ahmad dan kebanyakan dari ulamak salaf sampai pahalanya, temasuk juga pandangan sebahagian ulamak  dari kalangan Hanafi.

Dalil tersebut;     Imam Ahmad  meriwayatkan bahawa Muhammad bin Yahya al-Kahhal telah berkata:   Abu Abbdullah telah menerima satu berita: Seorang lelaki telah   mendirikan sembahyang, sedekah dan amalan lain seumpamanya lalu dihadiahkan  pahalanya separuh kepada bapanya dan separuh kepada ibunya, kata Muhammad: aku harap Allah maqbulkan  kehendaknya,  sambungnya lagi; akan sampai kepada simati setiap amalan sama ada sedekah atau lain-lain amalan, akhirnya dia   bekata: bacalah ayat kursi tiga kali,   sekali qulhuwallah(surah al-Ikhlas) dan berdo’alah: Ya Allah sesungguhnya aku  hadiahkan pahalanya kepada seluruh ahli kubur.

Menurut pandangan yang masyhur dari mazhab al-Shafie dan Malik pahalanya tidak sampai kepada simati.

Pandangan sebahagian ahli bid’ah dari ahli al-kalam, bahawa tidak sampai sebarang pahala amalan kepada simati  sama ada do’a atau lain-lain amalan.

Dalil yang mengatakan bahawa amalan simati semasa hidupnya memberi faedah kepadanya  berdasarkan hadith saheh yang diriwayatkan oleh  Abu Hurairah, bahawa Rasul Allah s.a.w. bersabda ok

“اذا مات الانسان انقطع  عمله الا من ثلاث: الا من صدقة جارية, او علم ينتفع به, أو ولد صالح يدعو له”

Jika mati seorang insan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara:  sedekah jariyah, atau ilmu yang bermanfaat dengannya, atau anak saleh yang berdo’a untuknya”.

Dalam kitab Sunan Ibnu Majah dari Abu Hurairah katanya sabda Nabi s.a.w.

“ان مما يلحق المؤمن من عمله وحسناته بعد موته علما علمه نشره, أو ولدا صالحا تركه, أو مصحفا ورثه, أو مسجدا بناه , أو بيتا لابن السبيل بناه, أو نهرا اكراه, أو صدقة أخرجها من ماله في صحته حياته تلحقه من بعد موته”.

Sesungguhnya yang mengikuti simati selepas matinya  ialah; amalannya, amalan kebaikakannya dan ilmu yang diajarkan dan disebarkan, atau anak saleh yang ditinggalkan, atau mashaf al-Quran yang diwariskannya, atau masjid yang dibinanya, atau rumah  untuk ibnu sabil yang dibinanya, atau sungai yang dialirkan airnya, atau sedekah yang dikeluarkan dari hartanya semasa dia sehat, semasa hidupnya akan mengikutinya selepas kematiannya”.

Dalam kitab Saheh Muslim hadith diriwayatkan oleh Jarir bin Abdullah beliau berkata: Nabi s.a.w. bersabda;

“من سن في الاسلام سنة حسنة, فله أجرها وأجر من عمل بها من بعده , من غير أن ينقص من أجورهم شيء, ومن سن في الاسلام سنة سيئة كان عليه وزرها ووزر من عمل بها من بعده, من غير أن ينقص من أوزارهم شيء”.

Ertinya “ Sesiapa yang menganjurkan dalam Islam suatu perbuatan yang baik,  maka dia akan mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal dengannya selepas dia mati, dengan tidak mengurangkan dengan pahala mereka sedikit pun, dan siapa yang menganjurkan sesuatu perbuatan yang buruk dalam Islam baginya dosa dan dosa sebagaimana orang yang mengikutnya selepas itu dengan tidak mengurangkan dari dosa mereka sedikit pun”.

Dalam hadith lain dari Khuzaifah beliau berkata; ada seorang lelaki dizaman Rasul Allah s.a.w. meminta  sedekah dari rakan-rakannya dan tidak seorang pun yang memberi bantuan, kemudian salah seorang dari mereka memberi  sedekah lalu diikuti oleh orang ramai, maka Nabi s.a.w. bersabda;

“من سن خيرا فاستن به كان له أجره, ومن أجور من يتبعه من غير منتقص من أجورهم شيئا, ومن سن شرا فاستن به كان عليه وزره, ومن أوزار من يتبعه غير منتقص من أوزارهم شيئا”

Ertinya; “Sesiapa yang memulakan sesuatu kebaikan lalu ramai yang mengikutinya, maka baginya pahala kebaikan itu, dan pahala dari orang-orang yang mengikutinya dengan tidak mengurangkan sedikit pun dari pahala-pahala mereka, dan sesiapa yang memulakan sesuatu perkara yang buruk maka ramai yang mengikutinya, baginya dosa dan dosa dari kejahatan orang yang mengukitinya dengan tidak megurangkan sedikit pun dari dosa-dosa meraka”.

Baginda juga pernah bersabda;

“لا تقتل نفس ظلما الا كان على ابن آدم الاول كفل من دمها, لأنه أول من سن القتل”

Ertinya; “ Tiada dibunuh jiwa seorang secara aniaya, melainkan ditanggungkan keatas anak Adam yang pertama jaminan darahnya, disebabkan dialah orang yang pertama yang memulakan pembunuhan itu”.

Pasal

Dalil Yang Menyatakan Do’a Memberi Manfaat Kepada Simati

Dalil yang menyatakan simati mendapat manfaat dari amalan orang yang hidup  menurut al-Quran, al-Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Kaedah Syara’; Dalil al-Quran firman Allah:

“والذين جآؤوا من بعدهم يقولوا ربنا اغفر لنا ولاخوانا الذين سبقوا بالايمان” الحشر: 10

Maksudnya: “Dan orang-orang yang datang sesudah meraka,  ,meraka mengatakan; “

Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan dosa-dosa saudara  kami yang telah beriman terlebih daripada kami”.

Allah memuji   orang yang memohon keampunan terhadap orang   sebelum mereka, ini menandakan bahawa simati mendapat manfaat dari amalan dan do’a mereka.

Boleh juga dikatakan: sesungguhnya mereka mendapat dari pahala amalan mereka kerana mereka yang telah memulakan amalan tersebut lalu diikuti oleh orang yang masih hidup, telah sepakat ulamak mengatakan mereka mendapat manfaat do’a orang yang hidup berdasarkan do’a dalam solat jenazah. Dalam sebuah hadith Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w. bersabda;

“اذا صليتم على الميت فأخلصوا له الدعاء”

“Apabila kamu sembahyang keatas mayat, maka hendaklah kamu mengikhlaskan do’a kepadanya”.

Didalam kitab Saheh Muslim Auf bin Malik telah menceritakan; Baginda  Nabi s.a.w. telah sembahyang jenazah dan aku hafal do’anya iaitu;

“اللهم اغفر له وارحمه, وعافه واعف عنه, وأكرم نزله, ووسع مدخله, واغسله بالماء والثلج والبرد, ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الأبيض من الد نس, وابدله  دارا خيرا من داره, وأهلا خيرا من أهله, وزوجا خيرا من زوجه, وأدخله الجنة, وأعذ ه من عذاب القبر وعذاب النا ر”.

Ya Allah  Ya Tuhanku! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat kediamannya, luaskanlah kemasukkannya, dan mandikanlah dia dengan air salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari segala kesalahan, sebagaimana engkau membersihkan  kain putih dari kotoran, gantikanlah dia dengan rumah yang lebih baik dari rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, isteri yang lebih baik dari isterinya, masukkanlah dia kedalam syurga, dan lindungilah dia dari siksa kubur dan azab neraka”.

Bahan bacaan,

Kitab al-Roh oleh Ibnu Qaiyim al-Jauziyah, hal. 300.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s