Do’a memberi manfaat kepada mayat

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 27 Jun 2010

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

Kuliah al-Roh Sambungan (Do’a memberi manfaat kepada mayat)

Dalam kitab al-Sunan oleh Wailah bin Al-Asyqa’,  katanya; Baginda Nabi s.a.w. telah sembahyang keatas mayat  maka aku dengar Baginda  membaca;

“اللهم ان فلانا ابن فلان في ذمتك وحبل جوارك, فقه من فتنة القبر وعذاب النار, وأنت أهل الوفاء والحق , فاغفر له وارحمه انك انت الغفور الرحيم”

Ertinya; ”Sesungguhnya sipulan bin sipulan berada dibawah naunganMu, dan disisi Mu hindarkanlah dia dari azab qubur dan azab neraka,  Kerana Engkau adalah ahli yang  menepati janji dan kebenaran, maka ampuni   dan kasihanilah dia, sesunguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Mengasihani”.

Do’a serupa ini banyak didapati dari  hadith iaitu mengenai  sembahyang mayat dan juga  do’a selepas dikebumikannya.

Dalam kitab sunan dari hadih Othman bin Affan katanya; “Apabila selesai dikebumikan mayat lalu baginda   berdiri dan berkata; “mohonlah keampunan bagi saudara kamu, dan mintalah agar ditetapkan imannya kerana sekarang ini dia sedang disoal.”

Demikianlah do’a yang diajar  oleh Rasul Allah s.a.w.  apabila menziarahi kubur, diriwayatkan oleh Buraidah bin al-Khasib katanya; bahawa Rasul Allah s.a.w.  telah mengajar mereka apabila keluar menziarahi kubur supaya membaca;

“السلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وانا ان شاء الله بكم لاحقون, نسأل الله لنا ولكم العافية”.

Ertinya“Selamat sejahtera atas kamu penghuni rumah ini daripada orang yang beriman dan orang Islam dan kami Insya Allah akan mengikuti kamu, kami mohon daripada Allah bagi kami dan kamu agar sehat walafiat”.

Dalam Kitab Saheh Muslim bahawa A’ishah telah bertanya Nabi s.a.w. Apakah yang sepatutnya saya  baca bersama   orang yang memohon keampunan kepada ahli kubur? Jawab Baginda s.a.w.;

قولي السلام على أهل الديار من المؤمنين والمسلمين, ويرحم الله المستقدمين منا  والمستأخرين, وانا ان شاء الله بكم لاحقون”.

Ertinya; “Bacalah, selamat sejahtera keatas penghuni rumah ini dari kalangan orang yang beriman dan  orang  Islam, semoga Allah merahmati orang yang terdahulu dan akan datang,   sesungnuhnya kami Insya Allah akan mengikuti kamu”.

Dalam kitab Saheh Muslim,   bahawa Rasul Allah s.a.w. telah keluar pada   akhir suatu malam kekubur Baqi’ lalu baginda berdo’a;

السلام عليكم دار قوم مؤمنين, واتاكم ما توعدون غدا, مؤجلون, وانا ان شاء الله بكم لاحقون, اللهم اغفرلأهل البقيع الغرقد”.

Ertinya; “Selamat sejahtera keatas kamu, wahai penghuni kampong kaum yang beriman, nanti akan datang apa yang dijanjikan kepada kamu, dan kami Insya Allah akan mengikuti   kamu, Ya Allah yang Tuhanku ampunlah penghuni-penghini baqi’ al-gharqad”.

Doa’ Nabi kepada  simati adalah amali dan juga pengajaran,   doa’ para sahabat,  tabi’ain dan orang islam dari masa kesemasa  adalah lebih banyak dari apa yang disebut dan lebih mashur dari   apa yang diingkari. Ada riwayat mengatakan, bahawa Allah Ta’ala akan mengangkat darjat sesaorang hamba Nya  didalam syurga, lalu  ditanya bilalah masa datangnya semua ini, Dijawab kepadanya semua ini berlaku dengan do’a seorang anak kepada bapanya.

Pasal;

Sampainya pahala sedekah kepada mayat.

Dalilnya hadith riwayat  A’ishah, bahawa seorang lelaki telah bertanya Nabi s.a.w.; Ya Rassul Allah, sesungguhnya ibu saya telah mati mengejut tidak sempat ia berwasiat, dan saya sangka kalau dia sempat berkata-kata tentu dia akan  bersedekah, apakah dia akan dapat pahala jika saya sedekah bagi pihaknya? Jawab Baginda; Ya”.

Dalam kitab Saheh Bukhari hadith dari Abdullah bin Abas, bahawa ibu kepada Saad bin Ubadah telah meninggal dunia ketika itu Saad tidak bersama denganya, Saad bertanya; “Adakah memberi manfaat jika saya bersedekah bagi pihaknya? Jawab Baginda;Ya;  Sambung Saad lagi, “Aku jadikan  engkau saksi bahawa kebunku yang banyak pohon kurma itu menjadi sedekah untuk ibuku”.

Dalam kitab saheh Muslim hadith dari Abu Hurairah, bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi s.a.w. ;” Ibu saya telah meninggal dunia dan meninggalkan harta yang belum berwasiat, adakah memberi faedah kepadanya jika saya bersedekah bagi pihaknya? Jaawab Baginda; Ya”.

Dalam kitab Sunan dan musnad Imam Ahmad, hadith dari Saad bin Ubadah ia telah bertanya Nabi s.a.w. “

“يا رسول الله, ان أم سعد ماتت فأي صدقة أفضل؟ قال: “الماء”. فحفر بئرا وقا ل: هذه لأم سعد”.

Ertinya:”Ya Rasul Allah, bahawa ibu Saad telah meninggal dunia maka apakah sedekah yang afdzal untuknya?, jawab Baginda “perigi”,  maka  dia menggali perigi dan  dia berkata, ini adalah sedekah bagi Ummu Saad”.

Abdullah bin Amrin telah menceritakan  bahawa al-As bin Wail telah bernazar dizaman jahiliah beliau akan menyembelih seratus ekor unta betina, dan Hisahm bin al-As akan menyembelih lima puluh ekor, umar bertanya Nabi s.a.w. baginda menjawab: Kalau bapa kamu    mati dalam Islam maka puasamu dan sedekah yang kamu lakukan memberi faedah kepadanya”.

Bahan bacaan kitab al-Roh oleh Ibnu al-Qaiyim, hal; 303.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s