Beramal mengutamakan pahala kepada orang lain adalah makroh

Kuliaih Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada  10 Okt 2010

Oleh

Uutaz Ya ali Dahaman Imam Masjid al-Syakirin.

 

Sambungan perbahasan mengenai (Beramal mengutamakan pahala kepada orang lain adalah makroh)

Ketiga; Allah  gemar agar  kita  berlumba dan segera   melakukan amalan baik, ini dapat mencapai matlamat peribadatan itu sendiri,  sesaorang yang akan memiliki pahala amalannya pasti  segera membuat taat kepada Allah, mengutamakan  untuk orang  lain akan melemahkan matlamat ibadatnya, Allah memerintahkan supaya kita mengerjakan amalan mendekatkan diri kepadaNya sama ada wajib atau sunat,   dengan itu  sekiranya untuk mengutamakan untuk orang lain akan melemahkan atau meninggalkannya, berlainan jika dia melakukan amalan taat untuk dirinya sendiri kemudian dihadiahkan padala itu kepada orang lain sesama Islam.

Firman Allah:

سَابِقُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالأرْضِ

21. Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,  Al-Hadid : 21.

Dan FirmanNya lagi:

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan;  Al-Baqarah:148.

Jelaslah bahawa mengutamakan amalan untuk orang lain tidak akan berlumba dan bersegera melakukannya.

Para sahabat Nabi S.A.W. berlumba sesama mereka  untuk mengerjakan taat kepada Allah, tidak ada yang mengutamakan kepada orang lain, Omar telah berkata; “Demi Allah, Abu Bakar tidak pernah berlumba dengan aku untuk mengerjakan kebaikan tetapi beliau sentiasa mengatasi aku, lalu belaiu berkata; demi Allah aku tidak akan sekali-kali berlumba dengan engkau untuk mengejakan kebaikan”.

Firman Allah Ta’ala:

وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ

26.       – dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; al-Mutaffifin:26.

Semua dalil diatas jelas menyatakan bahawa apabila sesaorang gemar kepada amalan pasti dia akan berlumba,  dia tidak akan mengutamakan untuk orang lain.

Pasal

Kalau boleh diberi pahala amalan kepada yang mati tentu boleh diberikan kepada yang hidup

Jawabannya dua bentuk:

Pertama; Menurut pandangan setengah ulamak dari kalangan sahabat Imam Ahmad dan lain-lain. Kata al-Qadzi: pandangan Imam Ahmad tidak bermaksud mengkhususkan kepada   mayat, seperti katanya; bila dilakukan suatu amalan lalu dijadikan separuh untuk ibu dan ayahnya, Abu al-Wafa’ bin Uqil telah menentangkan pendapat ini, katanya ini semacam suatu mainan terhadap syariat Allah dan cuba menyentuh urusan tadbian Allah, iaitu meminta menyegerakan pemberian pahala kepada orang lain hasil dari amalannya, pada hal pahala amalan akan disampaikan oleh Allah seperti beristighfar untuknya seperti dalam sembahyang mayat.

Seterusnya dia telah menimbulkan tentang persoalan, tidakkah dengan menyelesaikan hutang dan menanggung sebarang bebanan waktu hidup  adalah sama seperti meunaikannya selepas mati,  dalam dua keadaan ini adalah sama dapat menjamin terlepasnya bebanan tersebut setelah ditunaikan oleh orang lain sama ada semasa mati atau hidup,  jika hutang itu telah tertunai  semasa hidup atau mati,  mengapa tidak dijadikan pahala   amalan  dihadiahkan untuknya semasa mati atau hidup.

Dia sendiri menjawab pula; kalau persoalan ini boleh diterima dan sah, nesaya dosa simati dapat dihapuskan dengan taubat atau istighfari  oleh  orang yang hidup untuknya dan terangkatlah dosanya dihari akhirat kelak.

Dengan demikian ditolak pandangan yang mengatakan tidak sampai amalan orang lain kepada simati  seperti pembayaran hutang atau istighfarnya, untuk  menguatkan hujah ini dan kebenarannya dimana Nabi S.A.W. telah mengizinkan  sahabatnya untuk menunaikan fardu haji daripada orang   hidup tetapi lumpuh yang tidak mampu menunaikannya sendiri sedangkan dia masih hidup.

Ada pandangan lain dari kalangan sahabat, semasa hidup sesaorang   itu belum dapat memberi jaminan akan keselamatan diakhirat nanti, bimbang kalau sekirangnya orang yang menghadiahkan pahala amalannya itu menjadi murtad maka tentulah tidak berfaedah lagi pahala tersebut.

Kata Ibu Aqil; ini adalah andain yang salah,   dia sendiri tidak menjamin dirinya sama ada akan jadi murtad atau tidak kerana dengan murtad akan terhapuslah segala pahala amalannya.

Akuannya lagi; ini pun tidak perlu difikir, sebab sumber-sumber nas dan ijma; akan menolakknya, dalil bahawa Nabi S.A.W. telah mgizinkan sahabat menunaikan haji dan puasa bagi pihak orang lain, dan juga seluruh umat bersepakat mengatakan bahawa terlepas hutang sesaorang apabila dibayar oleh orang lain bagi pihaknya.

 

Brsambung

Bahan bacaan Kitab al-Roh oleh Ibnu al-Qaiyim, hal. 324.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s