Bolehkah menghadihkan amal yang wajib kepada mayat

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 24 Okt 2010

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin.

 

Pengajian mengenai al-Roh (sambungan).

Rahsia masalah ini, sama ada pahala yang dihadiahkan oleh sesaorang itu sampai kepada simayat terlebih dahulu, atau orang yang beramal ibadat itu yang mendapat lebih dahulu, kemudian barulah dihadiahkan kepada orang lain. Siapa yang meniatkan hadiah pahala kepada simati sebelum dia beramal atau selepasnya akan sampai pahala tersebut, jika dia beramal dan tidak menghadiahkan kepada orang lain maka pahala tersebut adalah miliknya tidak akan berpindah kepada orang lain, sebab setiap pahala bergantung kepada siapa yang mengamalkannya.

 

Jika sesaorang membebaskan hamba untuk dirinya maka berpindahlah wala’ (kuasa) kepada dirinya, jika dipindahkan hak milik kepada orang lain selepas dibebaskan tidak akan berpindah kecuali jika dibebaskan hamba tersebut untuk orang lain, (wala’)kuasanya akan berpindah kepada siapa yang dia dibebaskan, demikian juga jika sesaorang itu membayar hutang untuk dirinya kemuadian dia ingin   memindahkan kepada orang lain tidak boleh dipindahkan, demikian juga jika sesaorang telah mengerjakan haji,  puasa atau sembahyang untuk dirinya kemudian ingin untuk memindahkan kepada orang lain maka tidak boleh berbuat demikian kerana ketaatan itu hanya miliknya.

 

Bagi menguatkan lagi kenyataan diatas berdasarkan beberapa soalan yang dikemukakan oleh para sahabat kepada Nabi S.A.W.;  telah berkata Saad; ”Adakah memberi manfaat jika saya sedekahkan    untuk ibu saya?”; Saad tidak berkata jika saya hadiahkan pahala untuknya. Demikian juga soalan seorang wanita, katanya ; “Adakah boleh saya kerjakan haji untuk ibu saya?”. Seorang sahabat yang lain pula bertanya; “Apakah boleh saya kerjakan haji untuk ayah saya?”, Baginda Nabi telah memberi izin kepada mereka untuk mengerjakan  haji   bukan dengan mengsedekahkan pahalanya.   Tidak pernah diketahui oleh para sahabat adanya soalan untuk memberi pahala amalan,  dan tidak pernah diketahui adanya sahabat yang berdoa seperti;  “Ya Allah jadikanlah pahala amalan saya yang telah lalu untuk sipulan atau pahala yang saya kerjakan untuk  diri saya sendiri”.

 

Ini adalah rahsia disabalik syarat-syarat tersebut, namun demikian Allah jualah yang lebih mengetahui hakikatnya,  Siapa yang mengerjakan amal taat kepada Allah pahala tetap untuknya, maka jika dia ingin sedekah atau hadiah kepada orang lain seolah-olah dia ingin mengsedekahkan hartanya kepada orang lain.

 

 

Pasal

Bolehkah menghadihkan amal yang wajib kepada mayat.

 

Jawapannya, adalah mustahil bagi  mereka yang mengatakan sampainya niat amalan tersebut kepada mayat, kerana amalan yang wajib tidak sah untuk dikerjakan untuk orang lain, kerana ianya adalah wajib keatas pelakunya disamping dia niat untuk mendekatkan diri  kepada Allah.  Jika sesaorang itu tidak meniatkan malannya itu untuk orang lain, tetapi dia ingin menghadiahkan pahalanya dari amalan fardu adakah sampai atau tidak, jawapannya :

 

Telah berkata Abdullah bin Hamdan: jika dihadiahkan pahala amalan fardu seperti sembahyang, puasa atau ibadat yang lain harus dan gugurlah  kewajipan keatas pelakunya.

 

Sesungguhnya telah berlaku dilkalangan sahabat dimana mereka menghadiahkan pahala amalan fardu kepada sesama orang islam disamping kata mereka; kami akan bertemu dengan Allah dengan keadaan fakir dan muflis  tanpa sebarang pahala,  syariat tidak melarang perbuatan demikian kerana pahala amalan adalah hak pelakunya, jika dia ingin menghadiahkan kepada aorang lain tidak boleh ditahan.

 

 

Pasal

Segala kewajipan keatas manusia adalah ujian dan percobaan yang tidak boleh diganti oleh orang lain.

 

Jawapannya; Syariat Islam tidak melarang seorang menghadiahkan pahala amalannya kepada orang lain, malah ini adalah antara kesempurnaan Ehsan Allah dan RahmatNya kepada hambaNya, diantara kesempurnaan syariat ini dibina atas keadilan, ehsan dan tolong menolong, Allah sendiri telah menugaskan para malaikat  termasuk malaikat yang menanggung Arasy supaya berdoa untuk hambaNya yang beriman dan memohon keampunan daripada Allah untuk mereka, seterusnya memohon agar dijauhkan Allah dari sebarang keburukan dan kejahatan, dan Allah memerintahkan kepada  Rasul akhir zaman supaya memohon ampun  untuk orang yang beriman lelaki dan wanita, dan Allah akan membangunkan Nabi Muhammad  dihari akhirat kelak dengan maqam yang tinggi lagi terpuji supaya dapat memberi syafaat kepada pengikutnya dan ahli sunnah dari sebarang kemaksiatan, dan Allah juga memerintahkan Baginda supaya berdoa kepada sahabatnya semasa hidup dan selepas   mati, dengan demikian Nabi telah berdiri dikubur    dan berdoa untuk mereka.

 

Bahan bacaan Kitab al-Roh, oleh Ibnu Qaiyim, hal. 329.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s