Sedekah pahala amalannya kepada simati

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 17 hb Okt 2010

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin

 

Kitab al-Roh(sambungan).

 

Sebagai jawapannya dikatakan:  Pahala amalan yang telah dihadiahkan oleh orang hidup kepada orang mati telah menjadi miliknya, maka tidaklah   terputus atau terbatal hak miliknya dengan sebab pemberinya  menjadi murtad, begitu juga dengan apa-apa kerja yang  telah dilakukkan sebelum dia murtad seperti membebaskan hamba atau membayar kifarat, jika dia telah menunaikan haji badal terhadap orang yang lumpuh kemudian dia murtad maka tidaklah perlu pesakit tersebut meminta orang lain untuk mengerjakan haji bagi pihaknya.

 

Disana ada perbezaan antara orang hidup dengan  orang mati, umpamanya orang hidup tidak memerlukan kepada orang lain untuk mengerjakan sesuatu  amalan untuknya seperti orang yang mati, kerana dia sendiri dapat berbuat demikian untuk mendapat pahala amalannya, sedangkan orang mati tidak dapat berbuat  sesuatu pun.  Kalau ada orang yang mengatakan orang hidup boleh bergantung kepada  orang lain untuk menunaikan amalannya, ini adalah membawa kerosakan yang besar sekali. Sebab bagi mereka yang mempunyai wang yang banyak akan mengambil peluang ini  dengan mengupah orang lain untuk menunaikan  ibadatnya, dengan ini akan menggugurkan  amal ibadatnya samada wajib atau sunat, akhirnya akan berubah  dari ibadat yang asalnya dilakukan untuk mendekatkan dirinya kepada Allah kepada amalan mendekatkan diri semsama manusia, akan hilanglah konsep ikhlas dalam amalan dan tidak akan  diberi pahala kepada kedua belah pihak.

 

Ibnu Uqil melarang mengambil upah ketika berbuat taat kepada Allah, katanya lagi, kami mengancam  orang yang mengambil upah seperti menjadi qadhi, mufti, guru yang mengajar ilmu agama, imam sembahyang, mengambil upah membaca al-Quran dan lain-lain lagi. Allah tidak akan memberi pahala setiap amalan yang dilakukan tanpa ikhlas kepadaNya, oleh itu jika dilakukan amalan dengan mengambil upah,  Allah tidak memberi pahala kepada pengamalnya dan juga orang yang  mengupahnya. Tidak layak pada pandangan syarak untuk  dijadikan ibadat yang suci ini semacam  jual beli untuk  meraih pencarian didunia. Ini adalah berbeza dengan cara tolong membayar hutang  atau menjaminnya, kerana ini adalah hak sesama manusia yang boleh bantu membantu sesama mereka, maka sebab itu  boleh  dikerjakan sama ada selepas mati atau semasa hidupnya.

 

Pasal

Kalau boleh dihadiahklan semua pahala amalan tentu   boleh dihadiahkan separuh atau seperempat daripadanya.

 

Ada dua bentuk jawapannya:

Pertama; Dilarang  berbuat demikian kerana tidak ada dalil melainkan hanya sekadar kata-kata sahaja,

 

Kedua; harus berbuat demikian, Dalil nas dari Imam Ahmad menukilkan dari riwayat Muhammad bin Yahya al-Kahhal; iaitu pahala amalan memang hak milik pelakunya, dia berhak untuk menghadiahkan semua pahalanya atau separuh kepada orang lain, umpamanya jika dia ingin menghadiahkan kepada empat orang untuk setiap orang sebanyak satu perempat daripadanya, demikian juga jika dia hendak menghadiahkan seperempat sahaja dan bakinya untuk   darinya sendiri, ini juga harus  hukumnya.

 

Pasal

Kalau boleh disedekahkan pahala amalannya kepada simati tentu boleh juga diperuntukkan pahala itu untuk dirinya sendiri.

Semasa  mengerjakan amalan untuk  dihadiahkan pahala kepada simati hendaklah disertakan dengan niat, kalau tidak  tak akan sampai pahalanya.

Jawapannya tidak dinaskan oleh Imam Ahmad dan juga dari ulamak-ulamak dikalangan sahabatnya, kecuali ada nasnya dari kalangan ulamak metakhir seperti al-Kadzi dan pengikut-pengikutnya.

 

Berkat Ibnu Uqil: Apabila sesaorang mengerjakan amalan taat seperti solat, puasa dan bacaan al-Quran lalu dihadiahkan pahalanya kepada orang mati dikalangan umat islam, maka sampai pahalanya dan memberi manfaat dengan syarat didahulukan dengan niat atau diniatkan serentak dengan amalan tersebut.

 

Kata Abu Abdullah bin Hamdan: siapa yang mengerjakan amalan sunat demi mendekatkan diri dengan Allah seperti sedekah, sembahyang, puasa, haji, umrah., membaca al-Quran dan membebaskan hamba serta lain-lain ibadat badaniah yang boleh diniatkan badal (ganti) atau ibadat harta (maliah), kemudian diniatkan hadiah semua amalan tersebut kepada simati yang  islam sehingga Nabi s.a.w. sendiri, dan dia berdo’a untuk diampunkan dosanya atau dia tolong tunaikan kewajipan yang wajib keatas simati dari sudut syara’ atau mana-mana  amalan yang termasuk amalan gantian (niyabah), semua amalan ini memberi manfaat dan sampai pahala kepadanya, katanya; sampai pahala tersebut dengan syarat diniatkan sebelum atau semasa ibadat itu dikerjakan.

 

Bersambung, bahan bacaan kitab al-Roh oleh Ibnu al-Qaiyim, hal.327.

 

One thought on “Sedekah pahala amalannya kepada simati

  1. nadiah says:

    bgus blog ni.bila bc artikel ni buat sy teringat pd seseorang yg sgt sy syg.dia telah meninggal thun lps.sy amt sedih.sy ad jg melayari blog2 agma yang lain,tp knpa pandgn berbeza tntg smpai ke x phla yg kita kirimkan pd si mati.sy kdg2 menjd confius.tp pe yg sy tau klu kita btl2 ikhls sedekahkan pd simati phla tersebut smpai kpdnya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s