Mengapa Hari Raya Korban Di Malaysia Tidak Sama Dengan Arab Saudi

Akhbar-akhbar melaporkan Mahkamah Agung di Riyadh, Arab Saudi mengumumkan bahawa hari wukuf ialah pada 15 November bersamaan 9 Zulhijjah dan Hari Raya Aidiladha bagi negara itu adalah pada keesokan harinya.

Sebaliknya Kerajaan Malaysia mengumumkan tarikh hari raya korban ialah pada Rabu 17 November 2010 dan kerana itu puasa Sunat Wukuf ialah pada Selasa 16 November 2010.

Untuk memahami persoalan ini, sebelum di jelaskan selanjutnya sila baca dua artikal berikut:

1. http://aburedza.wordpress.com/2010/11/15/mengenali-taqwin-hijrah/

2. http://aburedza.wordpress.com/2010/11/15/konsep-ijtimak-bulan-matahari-bagi-penentuan-hilal/

Selepas memahami kedua artikal tersebut sila ikuti laporan berikut yang di keluarkan oleh JAKIM :

Laporan Penetapan Tarikh Awal Zulhijjah 1431 Hijriah/2010 Miladiah

Pendahuluan

Laporan penetapan tarikh awal bulan Syawal dikemukakan dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam pada 13 April 2010 Miladiah untuk diterimapakai oleh ahli mesyuarat segala keputusan penetapan tersebut yang telah dianalisa mengikut kriteria Imkanur Rukyah seperti berikut:

  • Di ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk (horizon) tidak kurang dari 2° dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang dari 3°.

Atau

  • Di ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam

( selepas ijtimak berlaku)

Data-data Kajian Rukyah dan Hisab Awal Bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah

i. Koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur)

U 16 55”
T 119° 15’ 15”

ii. Koordinat Tg. Chincin di Pulau Langkawi, Kedah (stesen paling barat)

U 26′ 10”
T 99° 38’ 30”

Penentuan Awal Zulhijjah 1431 Hijriah adalah seperti berikut :

1.    Pada petang hari merukyah hilal Zulhijjah pada 29 Zulkaedah 1431 Hijriah bersamaan 6 November 2010 Miladiah (Sabtu). Ijtimak(conjunction) berlaku pada jam 12.52 tengahari (12:52).

2. Data-data kedudukan hilal pada 6 November 2010 Miladiah (Sabtu) seperti berikut :

i. Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur)

J M
Matahari Terbenam : 17 44
Bulan Terbenam : 17 44
Tinggi Bulan : -00° 09’
Jarak Lengkong : 04° 24’
J M
Umur Bulan : 04 53
J M
Bulan Di ufuk Barat : 00 00

ii. Tg. Chincin di Pulau Langkawi, Kedah (stesen paling barat)

J M
Matahari Terbenam : 19 01
Bulan Terbenam : 19 04
Tinggi Bulan : -00° 20’
Jarak Lengkong : 04° 40’
J M
Umur Bulan : 06 12
J M
Bulan Di ufuk Barat : 00 03

Berdasarkan data rukyah pada 29 Zulkaedah 1431H bersamaan  6 November 2010 tidak memenuhi ketetapan Kriteria Imkanur Rukyah ( Hilal Visibility Criteria) maka keesokan harinya digenapkan 30 Zulkaedah 1431H. Dengan itu 1 Zulhijjah 1431H bersamaan pada hari Isnin (8hb November 2010) dan 10 Zulhijjah 1431H iaitu Hari Raya Qurban dijangka pada hari Rabu (17hb November 2010).

CATITAN HUJUNG:

Oleh itu kita perlu berpuasa Sunat Wukuf pada Selasa 16 November dan berhariraya pada Rabu 17 November 2010. Mengapa pula Arab Saudi berwukuf lebih awal? Perbedzaan tempat dan kedudukan akan memberi data yang berbedza. Sila perhatikan dan bandingkan  umur bulan di Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) dengan di Tg. Chincin di Pulau Langkawi, Kedah (stesen paling barat). Makah pula jauh kebarat kedudukannya.

Ketetapan syarat kenampakan Hilal sebenarnya telah di persetujui didalam persidangan Istambul. Pada 27-30 November 1978, kerajaan Malaysia menghantar  Tuan Haji Mohd. Khair Bin Hj. Mohd Taib , seorang ahli astronomi Malaysia,  ke persidangan falakiah di Istanbul, Turki. Turut serta ialah Datuk Syeikh Abdul Mohsin, Mufti Wilayah Persekutuan dan Profesor Abdul Hamid Tahir, Pensyarah Fakulti Ukur, Universiti Teknologi Malaysia.

 

Sumber Asal :  http://aburedza.wordpress.com/2010/11/15/mengapa-hari-raya-korban-di-malaysia-tidak-sama-dengan-arab-saudi/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s