Hadiah Pahala Kepada Si Mati

Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 14 Nov 2010

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin.

Kuliah al-Roh (sambungan)

 

Jika sesaorang itu melafazkan dengan  kalimah untuk menghadiahkan pahala kepada sipulan adalah diharuskan,  jika tidak melafazkan memadai dengan niatnya sahaja dan sampai pahala kepada simayat,  tidak perlu dia mengatakan; “ Ya Allah sesungguhnya aku puasa besok hari untuk pulan bin pulan”. Disyaratkan niat semasa mengerjakan  sesuatu amalan   untuk dihadiahkan kepada orang lain.

Apabila sesaorang mengerjakan suatu amalan dengan niat untuk dirinya sendiri, kemudian dia ingin   untuk disampaikan kepada orang lain, tidak akan sampai dengan niatnya itu, sama juga seperti jika sesaorang niat semasa menghebahkan sesuatu benda, atau membebaskan hamba atau bersedekah, tidak akan sampai pahala kepada orang lain dengan niatnya sahaja. Untuk lebih jelas lagi  sebagai contoh apabila  sesaorang membina rumah lalu diniatkan untuk dijadikan masjid, atau sekolah, atau tempat agihan air minuman, akan menjadi wakaf dengan perbuatannya beserta dengan niat dan tidak perlu kepada lafaz lagi. Demikian juga jika sesaorang memberi wang kepada oran faqir dengan niat zakat, dengan sendirinya gugurlah tanggungan zakatnya walaupun dia tidak melafazkannya. Jika sesaorang membayar hutang saudaranya sama ada masih hidup atau mati maka gugurlah zimmah (tanggungjawab membayarnya) walau pun dia tidak melafazkannya seperti dia berkata;”hutang ini adalah untuk sipulan”.

Adakah boleh sesaorang  mensyaratkan ta’liq terhadap hadiahnya itu, seperti dia berkata; “Ya Allah Ya Tuhanku jika Engkau terima amalku ini,   Engkau berikan pahalanya pula   kepada sipulan bin pulan”, adakah    boleh atau tidak  ta’liq ini?. Sebenarnya tidak perlu  ta’liq serupa ini dengan lafaz atau niat, malah dia tidak mendatangkan faedah dengan  ta’liq begini, kerana Allah Ta’ala tetap akan melaksanakannya sama ada disyaratkan atau tidak, kalau sekiranya Allah tidak akan melaksanakan  tanpa  ta’liq ini, maka dengan demikian   ta’liq ini akan  berfaedah.

Jika dikatakan; ‘Ya Alah jika Engkau beri pahala kepadaku terhadap amalan ini maka beri kan pahala ini  kepada si pulan, sebenarnya pahala amalan sesaorang adalah miliknya kemudian akan berpindah kepada siapa yang dia ingin menghadiahkannya, sebenarnya bukan begitu, bahkan apabila sesaorang itu meniatkan ketika hendak mengerjakan sesuatu amal, supaya pahalanya disampaikan kepada sipulan, maka secara terus sipulan itu akan menerima pahalanya, demikian juga seperti memerdekakan hambanya   untuk orang lain, bukan lah  walaknya akan diberikan kepada orang yang membebaskan hamba kemudian barulah berpindah wala’ kepada orang lain.

Jika dipersoalakan; apakah amalan yang utama sekali untuk dihadiahkan kepada mayat, jawabnya; yang utama untuk dihadiahkan kepada  mayat ialah membebaskan hamba untuknya, sedekah adalah lebih utama berbanding dengan puasa, sedekah yag paling utama ialah diberi ketika sesaoang memerlukannya dan sedekah diberi secara tetap atau berkekalan, sabda Nabi s.a.w.

“أفضل الصدقة سقى الماء”

“Sebaik-baik sedekah ialah memberi minuman kepada orang ramai”.

Ini bergantung kepada tempat-tempat yang memerulukan air, iaitu di tempat kemarau sehingga setiap orang dahaga dan memerlukannya, adapun memberi air dari sungai atau tempat-tempat takungan air tidak diberi keutaman berbanding dengan waktu yang amat memerlukan minuman dan amakanan, demikian juga berdoa dan memohon ampun untuk sesaorang dengan ikhlas dan merendahkan diri, doa yang serupa ini adalah lebih utama dari memberi sedekah kepada   simayat seperti sembahyang jenazah atau berdiri dan berdoa di siinya atas kubur .

Bahan bacaan Kitab al-Roh oleh Ibnu al-Qaiyim, hal. 345.

2 thoughts on “Hadiah Pahala Kepada Si Mati

  1. nadiah says:

    assalamualaikum w.r.t…..
    btl ke kita x boleh niat menyedekahkan pahala bacaan al-quran kepad asi mati…maksudnya semasa niat,kita niat untuk diri kita dahulu untuk mencari keredhaan allah swt,dan dalam msa yg sama kita juga niat menyedekahkan pahala bacaan kita untuk simati…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s