Kelebihan Meninggal Dunia di Madinah.

Kuliah Subuh pada 8 Jan 2012

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman iman Masjid al-Syakirin

Sambungan : Kelebihan Meninggal Dunia di Madinah.

 

Dikatakan bahawa kelebihan Madinah itu sendiri  tidak boleh diingkari dan  telah diketahui  umum, kalau sekiranya seorang yang meninggal di Madinah  bukan seorang yang baik,  sekurang-kurangnya dia akan berjiran dengan orang yang  saleh dan yang mati  syahid dan sebagainya.

Ulamak  berpendapat bahawa;  Tempat  pengkebumian seorang     tidak boleh membersihkan dari   dosa dan kesalahan,  yang   membersihkan sesaorang dari dosanya ialah taubat dan amalan saleh, namun begitu jika seorang  yang baik dan beramal saleh kemudian dikuburkan ditempat yang baik akan digandakan pahala amalannya dengan sebab kemuliaan tanah kuburnya dan akan dihapuskan dosanya.

Imam Malik meriwayatkan dari Hisham bin Urwah dari bapanya telah berkata; Aku tidak suka dikebumikan di perkuburan Baqi`, malah aku lebih suka kalau dikebumikan ditempat lain, kemudian beliau memberi sebabnya;  Aku bimbang kalau sekiranya kubur orang yang salih digali untuk dikebumikan jasadku, atau berjiran  dengan orang yang jahat,  oleh itu pada pandanganku dimana sahaja adalah sama tempat tanah perkuburan,   adalah lebih baik bagiku sekiranya   dikebumi kan ditempat keluargaku   dan jiranku dengan tidak mengambil kira kelebihan dan darjatnya.

 Pasal; Memilih Tanah Perkuburan Bersama Orang Yang Saleh

Hadith dari Ibnu Abas daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda:

“اذا مات أحدكم الميت فحسنوا كفنه ، وعجلوا انجاز وصيته , واعمقوا له في قبره وجنبوه جار السوء “

Errtinya; “Jika mati salah seorang daripada kamu maka hendaklah diperelokkan kafannya, segerakan untuk menyelesaikan wasiatnya,  perdalamkan tanah kuburnya dan  elakkan dari berjian dengan orang yang jahat”.

Lalu sahabat bertanya Rasul Allah, Wahai Rasul Allah: Adakah mayat didalam kubur akan mendapat syafaat bila berjiran dengan orang yang saleh dalam kuburnya? Jawab Baginda; “  Adakah memberi manfaat ketika hidup didunia? Jawab sahabat: Ya. Lalu Baginda menjawab; Demikian juga memberi manfaat diakhirat”.

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dengan katanya  Sabda Rasul   Allah s.a.w

“ادفنوا موتاكم وسط قوم صالحين . فان الميت يتأذى بالجار السوء”.

Ertinya; “Hendaklah kamu kebumikan mayat salah seorang dari kamu di tengah-tengah perkuburan orang yang saleh maka sesungguhnya mayat akan terseksa apabila berjiran dengan mayat yang jahat”.

Menurut pandangan ulamak; Digalakkan agar kamu mendapat rahmat Allah dengan harapan agar kamu dikuburkan bersama dengan kubur orang yang saleh, kamu tinggal berjiran dengan mereka mengambil berkat dengan mereka semoga mendapat  keredaan Allah dengan kedudukan mereka yang hampir dengan Allah, hendaklah di jauhkan kubur kamu dari  kubur orang yang jahat, iaitu bagi siapa yang takut terseksa apabila  berjiran dengan mereka,     takut dan tersiksa dengan melihat mereka yang sedang  disiksa  dalam kuburnya. Peristiwa ini  telah dijelaskan dalam hadith Nabi s.a.w.

Bahan Bacaan;

Al-Qurtubi, al-Tazkirah, dar al-Salam, tahun 2008 M, hal. 85.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s