DOSA BESAR

Kuliah Mabgrib Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 24 Jun 2012

Oleh  Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam 1 Masjid al-Syakirin

Dosa Besar

Imej

Ertinya:

Daripada Abu Bakar r.a Katanya: Kata Rasul Allah s.a.w.: “Mahukah kamu supaya aku beritahu kamu mengenai dosa-dosa besar”?: Kami menjawab: Bahkan ya Rasul Allah kami hendak”.

Lalu baginda berkata: “Mengsyirikkan Allah, menyiksa kedua ibu bapa” baginda sedang duduk bersandar lalu baginda duduk tegak seraya berkata: Ketahuilah dosa besar itu ialah kata-kata  dusta dan saksi  dusta”, Baginda mengulangi sehingga kami mengharapkan agar baginda berhenti menyebut perkara tersebut”.

PETIKAN MAKSUD HADIS:

1. Dosa kesalahan atau maksiat terbahagi kepada dua jenis;  dosa  besar dan dosa kecil, Firman Allah yang menyatakan demikian: 

Imej

Maksudnya: “ jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)”.al-Nisak:31.

 

2. Ulamak berselisih pandangan mengenai perbedaan antara dosa kecil dan dosa besar, menurut   Ibnu Taimiyah dosa besar ialah jenis perbuatan maksiat yang dikenakan hukum hudud didunia dan   amaran tindakan oleh Allah  diakhirat, atau dikutuk dengan kalimah laknat, kemurkaan, menafikan iman atau akan dimasukkan ke dalam Neraka.

3. Sebesar-besar dosa maksiat  ialah mengsyirikkan Allah, syirik merupakan pokok  kepada doa-dosa besar, Firman Allah:

Imej

Maksudnya:. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar”.

Sebesar-besar   dosa kesalahan makhluq ialah mengalihkan peyembahannya kepada selain dari Allah.

4. Selepas dosa syirik, menyiksa kedua ibu juga termasuk dosa besar, dimana Allah meletakkan tanggungjawab terhadap mereka berdua seganding dengan  tangungjawab terhadap Allah.

Allah Ta`ala telah menyatakan tanggungjawab anak terhadap kedua ibubapanya dalam banyak ayat al-Quran, antaranya:

Imej

Maksudnya: “dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”. Luqman : 14.

Dalam ayat lain Firman Allah:

Imej

Maksudnya:. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Al-Israk:23.

 

Dan banyak lagi ayat –ayat yang menyatakan demikian.

5. Selain dari menyiksa kedua ibu bapa, saksi palsu dan ucapan yang palsu juga merbahaya dan diharamkan, ketika Baginda memberi nasihat   kepada sahabat   terasa betapa   pentingnya nasihat tersebut sehingga Baginda duduk tegak badannya  dari   duduk menyandar, Baginda juga mengulangi nasihatnya beberapa kali kerana besar kerosakannya terhadap annggoa masyarakat, iaitu menapikan hak terhadap orang yang berhak mendapat haknya, kesaksiannya membawa kepada penginayaan, dusta, pembohongan dan menyesatkan hakim sendiri lalu menghukumkan sesuatu kes  tidak menepati sebenarnya dan berbagai lagi kerosakan akan berlaku disebalik saksi palsu.

6. Nabi s.a.w. amat dukacita dengan berlakunya saksi palsu ini, kerana manusia akan meringan-ringankan dalam   penghakiman  lalu berlakulah suatu perkara yang labih besar lagi     maksiat dan dosa.

7. Nabi s.a.w. memberi nasihat kepada umatnya setiap perkara yang akan mendatangkan manfaat kepada  mereka disamping memberi peringatan   agar menjauhi perkara yang boleh mendatang kemudaratan  dalam kehidupan harian.

8. Betapa cantiknya tunjuk ajar Nabi s.a.w. kepada sahabat  menerusi kisah ini dimana Baginda menyampaikan dengan nada peringatan, agar nasihat tersebut melekat dalam pemikiran   dan menusuk dalam hati mereka.

9. Yang dimaksudkan dengan menyiksa kedua ibu bapa ialah, melakukan apa sahaja yang dibenci oleh mereka berdua sama ada menerusi perkataan atau perbuatan, larangan ini dilakukan agar anak-anak sentiasa melaku ihsan terhadap mereka berdua,  iaitu sentiasa melakukan apa sahaja yang mereka sukai dengan syarat dia tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah, berbuat ihsan kepada ibu   bapa diperintahkan sama ada   semasa mereka hidup atau lepas mati.

Larangan Allah agar  tidak   menyakiti mereka berdua    dengan serendah-rendah kata atau perbuatan walaupun dengan perkataan ah  atau up, ini   mengisyaratkan betapa salahnya jika dilakukan dengan sesuatu yang lebih  kasar darinya.

Sekian. Wassalam.

Bahan bacaan:

Kitab Taisir al-Allam, karangan Abdullah bin Abd Rahman Ibnu Saleh Ali Bassam, Juzuk 2, Dar Ulil-al-Nahy , 1994 h. hal.494.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s