Malu Sebahagian Daripada Iman

Pengajian Hadis    (Malu Sebahagian Daripada Iman)

( Di Bentang Kepada Kelas Tafaqquh Guru-Guru Takmir Negeri Perlis Oleh Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Orang Mata Ayer Perlis 6 Mei 2012)

Pengajian Hadis    (Malu Sebahagian Daripada Iman)

“Ertinya: “Daripda Abu Mas`ud Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri  r.a. berliau berkata: “Rasul Allah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) para Nabi yang terawal ialah: “Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka”. Riwayat al-Bukhari.

Pengajaran hadis;

1    Diantara warisan para nabi. Sifat malu adalah asas kepada akhlak yang mulia mendorong sesaorang untuk mengerjakan kebaikan dan menjauhkan diri dari keburukan, sebab itu sifat ini menjadi warisan para nabi terdahulu yang tidak dimansuhkan dalam syariat mereka. Sifat ini diamalkan sejak dulu dan menjadikan  para Nabi   mashur dikalangan umat manusia.

Sifat malu telah menjadi warisan sehingga Nabi terakhir Muhammad s.a.w.,  telah dijelaskan  dalam al-Quran, dengan itu kita juga diminta berpegang dengan sifat  ini  sebagai  warisan kepada kita, dengan berpegang kepada sifat malu ini akan  mendatangkan kebaikan di dalam kehidupan harian  sebagai hamba Nya yang beriman.

2. Makna Hadis. Ulamak telah menyebut tiga makna bagi hadis ini;

2.1   Perintah dengan ancaman dan janji buruk, seolah-olah Rasul Allah s.a.w. bersabda; “Kalau kamu tidak malu maka buatlah apa sahaja yang kamu suka, Allah akan membalas kamu dengan balasan yang amat pedih”.  Terdapat perintah yang serupa ini ditujukan kepada orang kafir:

Ertinya; “Buatlah apa yang kamu kehendaki”.

 2.2   Perintah dengan makna cerita, seperti sabda Nabi s.a.w.

Erinya; “Maka dia hendaklah menyediakan tempatnya didalam Neraka”.

Difahami dari hadis ini bahawa orang yang tidak ada rasa malu dia akan melakukan sesuatu mengikut kesukaannya, perasaan malu dapat mengawal sesaorang dari melakukan sesutu yang hina dan keji, sebaliknya  siapa yang yang tidak malu akan tenggelam dalam kemunkaran dan kemaksiatan.

2.3  Perintah dengan makna mengharuskan, seolah-olah maknanya, kalau kamu tidak malu kepada Allah dan manusia buatlah mengikut kehendak kamu kerana perbuatan itu adalah harus,  ini bermakna  kalau sesuatu perkara tidak ada tegahan dari hukum syarak adalah harus.

Yang paling benar dari pandangan  diatas ialah makna yang pertama, namun begitu Imam al-Nawawi memilih pandangan ketiga dan ulamak lain seperti Abu Ubaid bin al-Qasim bin Sulaiman, Ibnu Qutaibah dan Muhammad bin Nasr al-Marwadi  memelih pandangan kedua.

3.   Malu terbahagi kepada dua jenis

3.1               Malu secara fitrah semula jadi.  Malu yang dijadikan oleh Allah tanpa usaha dan ikhtiar, peerasaan malu ini akan meningkatkan manusia kesuatu tingkat akhlak yang paling tinggi yang diberi Allah kepada siapa yang dikehendakiNya, orang yang mempunyai sifat malu secara fitrah ini akan menjauhkan diri dari amalan maksiat dan nilai-nilai akhlak yang rendah, sebab itu sifat ini sebahagian dari cabang iman, sabda Nabi s.a.w.

Ertinya: “Malu adalah satu cabang dari cabang iman”.

Rasul Alllah s.a.w. adalah seorang yang amat pemalu, lebih malu daripada seorang gadis yang berada didalam rumah.

Diriwayatkan daripada Saidina Umar  r.a. katanya: “Siapa yang malu dia akan bersembunyi, siapa yang bersembunyi akan bertaqwa dan siapa yang bertaqwa akan terpelihara daripada keburukan.”.

3.2   Malu yang diusahakan. Malu yang terhasil daripada perkenalan terhadap Allah, mengetahui keagungNya dan Allah Maha Dekat dengan manusia  dan Allah juga mengetahui hasil pandangan mata orang yang jahat dan apa yang tersembunyi dalam  hatinya. Seorang muslim yang berusaha untuk  memiliki sifat malu yang serupa ini akan merialisasikan dalam dirinya sifat iman  yang  terpuji  menjadi puncak kepada sifat ihsan. Kadang-kadang sifat ini timbul hasil daripada pemerhatiannya terhadap nikmat Allah  sedangkan dia  lalai untuk mengsyukurinya.

Imam Ahmad dan Termizi meriwayatkan dari Ibnu Mas`ud  sebuah hadis dari Rasul Allah s.a.w.

Ertinya: “Merasa malu kepada Allah ialah kamu menjaga kepalamu dan anggota yang ada padanya, perut dan isi kandungnannya,kamu sentiasa mengingati mati dan kehancurannya, siapa yang menghendaki akhirat maka hendaklah dia meninggalkan perhiasan dunia. Siapa yang telah memlakukan seperti itu , maka dia  benar-benar malu kepada Allah”.

 Jika seorang  manusia kosong dari sifat malu yang boleh diusahakan dan hatinya kosong dari sifat malu  menurut  fitrahnya, tidak ada sesuatu yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan sesuatu yang maksiat dan hina, dia seolah-olah tidak memiliki iman dan sama seperti manusia yang berperangai syaitan.

4.   Malu Yang Tercela. Jika sifat malu ini melebihi had batasannya maka ia akan menjadikan sesaorang itu hidup tidak menentu dan gelisah serta menghalang dirinya untuk melakukan sesuatu yang wajar dilakukan, keadaan sebegini adalah akhlak yang tercela kerana ia malu bukan pada tempatnya, seperti malu untuk menuntut ilmu dan berusaha untuk mencar rezeki yang halal. Ada yang berkata; “Malu seorang lelaki bukan pada tempatnya adalah kelemahan”. Sekian wassalam.

Bahan bacaan:

Dr Mustafa al-Bugha dan Muhyiddin Misto, al-Wafi Syarah Hadis 40 Imam Nawawi, Pusataka Salam, K.Lumpur, cetakan 1998, hal. 210.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s