Hadis Siksa Kubur Kerana Dosa Kecil

Kuliah Maghrib Masjid Baroh Perlis pada 20 Sept 2012

Oleh Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran Perlis

Pengajian Hadith:

 

Terjemahan Hadith;

Daripada Abdullah bin Abas r.a. Katanya: Nabi S.a.w. telah melalui dua tanah perkuburan, lalu Baginda berkata; “Sesungguhnya mereka berdua sedang disiksa, mereka tidak disiksa dengan dosa besar, salah seorang darinya kerana membuang air kecil ditempat yang tiada bertutup, dan seorang lagi mengadu domba dikalangan manusia”. Maka Baginda mengambil pelepah tamar dan dibelah dua lalu ditanam setiap satu atas kedua kubur tersebut. Sahabat bertanya  Wahai Rasul Allah, kenapa tuan buat begini? Jawab Baginda; semoga diringankan azab mereka berdua selagi pelepah tamar  ini masih basah”.

Makna kalimat:

1-       ليعذبان  انهما  maksudnya ialah setiap daripada mereka berdua sedang disiksa

2-       لا يستتر من البول – tidak mengadakan sekatan ketika buang air kecil, dan pandangan lain iaitu tidak membersihkannya

3-       يمشي بالنميمة- memindahkan kata-kata seorang   kepada  saorang yang lain bertujuan untuk melagakan atau mengadu domba

4-       فأخذ جريدة- pelepah tamar tanpa daun

Ringkasannya:

Nabi S.A.W telah berjalan dengan sahabatnya lalu melintasi dua kubur, Allah Ta`ala telah memperdengarkan kepada Baginda suara  dan melihat mereka berdua sedang disiksa.

Baginda memaklumkan kepada sahabatnya, ini adalah sebagai amaran  dan menakutkan  mereka, mereka berdua sedang disiksa dengan sebab dosa   kecil yang dilakukannya.

Salah seorang daripada mereka tidak berhati-hati ketika  membuang air kecil, dan tidak menjaga kebersihan lalu terkena najis   dibadan dan pakainnya. Manakala seorang lagi berjalan dikalangan manusia dengan adu domba yang membawa permusuhan dan kebencian antara mereka, lebih-lebih lagi terhadap saudara terdekat dan sahabat handai. Kerjanya ialah memindahkan cakap seorang kepada orang yang lain sehingga lahirlah permusuhan dan putus silatur rahim.

Islam didatangi untuk memupuk mahabbah kasih saying   sesama manusia dan mengelakkan daripada perbalahan dan permusuhan, oleh kerana Baginda yang bersifat kasihan dan penyantun lalu  mengambil  pelepah tamar yang basah dibelah dua dan ditanam atas kubur keduanya. Kemudian sahabat bertanya kepada Baginda terhadap perbutan yang ganjil itu baginda menjawab : “Semoga Allah akan meringankan azab terhadap mereka   berdua selagi pelepah tamar ini masih basah”.

Perbedaan Pendapat  di kalangan Ulamak:

Mereka berselisih pandangan tentang perbuatan   menanamkan pelepah tamar atas kubur, antara mereka berpendapat  bahawa perbuatan demikian adalah digalakkan, mereka berdalilkan dengan perbuatan Nabi itu adalah suatu syariat secara umum. Mereka beralasan bahawa pelepah tamar akan bertasbih terhadap ahli kubur selagi ia masih basah, dan dengan tasbih ini juga semoga di terangi kuburnya.

Pandangan kedua bahawa perbuatan ini tidak disyariatkan, kerana setiap ibadat mestilah ada dalil yang mensyariatkannya, apa yang dilakukan oleh nabi hanya  terhadap kubur mereka berdua sahaja, demikian juga sahabatnya tidak pernah berbuat demikian, kecuali salah seorang sahabat yang bernama Buraidah bin al-Husaib telah mewasiatkan supaya berbuat demikian atas kuburnya nanti.

Mengenai tasbih, tidak dikhaskan kepada pelepah tamar yang basah sahaja, malah semua makhluk Allah akan bertasbih,  Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 44, bermaksud; “Tidak ada sesuatu makhluq melainkan bertasbih dengan memuji Tuhannya”.

Kemudian mereka berkata; kalau sekiranya perbuatan ini diperintahkan keatas kita mesti ada  hikmat yang diterima akal  iaitu tasbih kayu yang basah,  munkin kita berkata; kemunkinan perkara tersebut berlaku kepada Nabi s.a.w. dan dua ahli kubur berkenaan sahaja dimana Allah memperlihatkan azab mereka kepada Baginda. Demikian menurut al-Qadi  `Iyadg: Baginda menanam kedua pelepah tamar  adalah   sesuatu perkara yang ghaib berdasarkan kata Baginda; Mereka sedang disiksa, cara ini dinamakan qias  yang tidak sempurna kerana kita tidak tahu sebab  atau `llahnya.

Petikan dari Hadith:

1-      Mengisbatkan azab kubur sebagaimana tersibarnya maklumat dikalangan  mazhab umat Islam,

2-      Tidak menyucikan badan dan pakaian adalan sebab sesaorang diazab dalam kubur, oleh itu wajib membersihkannya, hadith ini menyatakan sebab diazab dalam kubur kerana membuang air kecil tidak sempurna, ini dikuatkan dengan pandangan al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dengan katanya “ Kebanyakan sebab diazab dalam kubur kerana buang air”.

3-      Sikap Nabi yang mengasihani sahabatnya dan menhindarkan mereka dari azab Allah,

4-      Hendaklah menutup keaiban dan dosa kesalahan sesaorang muslim dimana Baginda tidak menyatakan tentang nama kedua sahabat tersebut,

5-      Kata baginda  s.aw., “mereka berdua tidak diazab dengan dosa yang besar”, sesungguhnya meninggalkan adu domba dan tidak berhat-hati dalam masa membuang iar kecil bukanlah suatu yang berat, tetapi azabya amat berat kerana dengan perbuatan demikian boleh membawa kerosakan yang besar.

Kitab bacaan:    تيسير العلام Juz. 1, Abdullah bin Abul Rahman, Dar Ulinnahyi, Berut, 1994 H. Hal:56

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s