Perkara Yang Makruh Ketika Solat

Kuliah Maghrib Masjid Baroh Perlis pada 29 Nob 2012

Oleh

Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran Perlis

Kuliah Hadith bertajuk; Bab Perkara Yang Makruh Ketika Solat

 

Definisi Makruh menurut Ulamak Usul: Diberi pahala ketika meninggalnya dan tidak berdosa bila melakukannya.

Perkara makruh ketika solat ialah sesuatu yang mengurangkan kesempurnaannya tetapi tidak membatalkannya, disini akan  dibincangkan perkara tersebut berdasarkan kepada dua hadith yang berkaitan dengannya.

Hadith pertama:

Imej

 

Maknanya: “ Daripada Ai`shah r.a. daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda; “Bila hendak mendirikan solat dan makanan malam disediakan maka hendaklah dahulukan makan”. Daripada Ibnu Umar.

Makna Ringkas;

Tiga perkara dituntut ketika hendak mendirikan solat, iaitu khusyu`, khudzu` (rasa tunduk) dan hati yang menumpukan solat, perkara berkenaan disebut sebagai roh solat, dengan demikian akan menentukan solat itu sempurna atau kurang sempurna.

Bila tiba masa hendak mendirikan solat sedang makanan dan minuman sudah dihidangkan, sewajarnya didahulukan dengan makan atau minum sehingga  tidak lagi ada gangguan pemikirannya  semasa melakukan solat, agar tidak   hilang khusyu` kerana khusyu` juga disebut sebagai hati solat, walau bagaimana pun dengan syarat masa atau waktu solat berkenaan masih panjang.

Jika sekiranya waktu solah sudah pendek, ketikak itu hendaklah dahulukan solat dalam apa keadaan sekalipun, kerana sesuatu yang digalakkan itu tidak menyempitkan hukum yang wajib.

Petikan Hadith:

  1. Jika makanan dan minuman dihidangkan  semasa hendak mendirikan  solat, dahulukan makan atau minum selagi tidak sempit waktunya.
  2. Menurut zahir hadith ini: Utamakan makan atau minum sama ada berhajat kepadanya atau tidak iaitu dalam keadaan lapar atau tidak.

Namun begitu kebanyakan ulamak mensyaratkan ketika lapar atau berahat kepadanya, mengambil kira sebab yang dapat difahamkan menurutu maksud hukum syara`.

  1. Bila makanan terhidang menjadi salah sebab uzur solat berjamah jika dia memerlukannya atau amat lapar dan dahaga, namun begitu janganlah   menghidangkan makanan diwaktu solat berjamaah sebagai adat yang dibiasakan.
  2. Khusyu` dan meninggalkan sesuatu yang menggangu  solat adalah dituntut agar hati sesaorang itu hadir dihadapan Allah yang dia sedang bermunajat denganNya.

 

Hadith Kedua;

Imej

 

Maknanya:

Diriwayakan oleh Muslim daripada A`isyah r.a katanya; Aku dengan Rasul Allah s.a.w. bersabda; “Tidak ada sembahyang ketika dihidangkan makanan, dan juga ketika  menahan dari dua hadas”.

Makna Ringkasnya;

Dalam hadith lalu dinyatakan bahawa syara` menghendaki agar seorang yang solat itu menghadirkan hatinya dihadapan Rabnya, tidak akan berlaku demikian  melainkan apabila  orang yang mendirikan  solat itu dapat memutuskan hatinya dengan sebarang gangguan atau kesibukan yang menyebabkan solatnya   tidak tenang dan kyusuk.

Dengan demikian syara` melarang sesaorang mendirikan solah ketika makanan dihidangkan dimana hatinya teringat terhadap makanan atau minuman  tersebut. Demikian juga dilarang mendirikan solat dalam keadaan menahan diri dari menunaikan hadas kecil atau hadas besar kerana keduanya akan mengganggu tumpuan terhadap solatnya.

Perselisihan Pendapat Ulamak;

Menurut al-Zahiriyah yang mengambil pandangan zahir hadith dan juga Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah; Tidak sah solat semasa makanan sedang dihidangkan, dan juga tidak solat ketika mehanan dari kedua hadas. Jika didirikan juga solat itu batal dengan sendirinya.

Namun begitu menurut Syeikhul Islam tidak sah solah bila sesaorang itu memerlukan makanan atau dalam keadaan lapar. Sedangkan menurut al-Zahariyyah tidak sah solat   dalam apa keadaan sekalipun.

Menururt pandangan kebanyakan ulamak, solat adalah sah walau pun dalam keadaan makanan atau minuman dihidangkan tetapi makruh sahaja. Kata mereka; Bahawa menapikan solat dalam hadith ini bukanlah bermaksud tidak sah   malah hanya tidak sempurna sahaja. 

Petikan   Hadith:

  1. Makruh mendirikan solat ketika makanan dihidangkan bagi orang yang lapar atau memerlukannya, demikian juga ketika menahan daripada dua hadas, selagi wakktu masih panjang, jika tidak hendaklah didahulukan solat.
  2. Khusyuk dan hati yang sentiasa mengingati Allah   adalah dituntut  semasa mendirikan solat.
  3. Sewajarnya bagi sesaorang yang akan solat menjauhkan dirinya dari perkara yang boleh mengganggu tumpuan hatinya kepada Allah.
  4. Sesungguhnya seorang yang terlalu lapar atau dahaga, atau dalam keadaan menahan daripada dua   hadas  termasuk dari perkara yang diuzurkan   solat berjamaah dan Juma`at, dengan syarat tidak menjadikan waktu tersebut(menghidangkan makanan dan minuman) sebagai satu halangan kepada sesaorang yang mana dia boleh menentukan masanya. Iaitu masa makan dan menunaikan hajatnya.
  5. Kata al-San`ani: Ketahuilah bahawa apa yang diperbincangkan ini bukanlah untuk mendahulukan kewajipan   sesaorang terhadap dirinya,    daripada kewajipanya  terhadap Allah, malah sekadar menjaga hak seorang hamba agar tidak melakukan ibadat kepada Allah dalam keadaan hati yang lalai dan tidak direstui Allah  semasa bermunajat  denganNya.
  6. Sebahagian ulamak menafsirkan erti khusyu`, iaitu terhimpun dalam hatinya perasaan takut dan tenang   serta seluruh anggotanya   penuh pengabdian terhadap Alllah.

 

Bahan bacaan:

Abdullah bin Abdul Rahman, Taisir al-`Allam, Dar Ulil Nuha, Juz 1, Beirut, 1994 M, hal.120

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s