Bekas Jilatan Anjing

Kuliah Maghrib Masjid Arau Perlis pada 4 hb Jan 2014

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman

Pengajian Hadith:

HADIS

Maknanya:

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Jika anjing menjilat bekas air kamu maka hendaklah kamu basuh sebanyak tujuh kali”.

Dan dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mughaffal sabda Nabi s.a.w. “Jika anjing menjilat bekas air kamu maka hedanklah basuh sebanyak tujuh kali dan dengan air tanah kali yang kedelapan”.

Makna Ringkasnya:

Anjing adalah binatang yang membawa  kotoran dan penyakit,  Allah s.w.t. memerintahkan supaya membasuh bekas yang dijilatnya sebanyak tujuh kali, kali pertama   dengan air yang dicampurkan dengan tanah kemudian berulah diikuti dengan air mutlaq, dengan itu barulah sempurna kebersihannya dan selamat dari sebarang penyakit.

Apa yang dapat dipetik dari hadith ini;

  1. Anjing termasuk najis mughalladzah (berat) kerana mengandungi kotoran  yang merbahaya, dengan itu hukumnya najis walaupun tidak nampak kesannya, huraian lanjutnya akan datang Insya Allah.
  2. Jilatan anjing pada sesuatu bekas, sama   hukum    seperti  memakan dan meminum dalam bekas tersebut, sisa bakinya  adalah najis.
  3. Wajib menggunakan tanah salah satu dari basuhannya, yang afdzal  basuhan kali pertama kemudian barulah diikuti dengan air lain,  ada pandangan lain mengatakan delapan kali, caranya samada memasukkan air kedalam bekas yang mempunyai tanah atau memasukkan tanah kedalam bekas yang diisi dengan air,  atau digunakan air yang telah digaul dengan tanah, tidaklah sah hanya dengan menggosotkan tanah semata- mata ditempat najis.
  4. Penggunaan tanah ialah bukan tujuan membasuh malah tujuan mengucikan. Ini adalah pandangan Imam Ahmad dan al-Syafi`i serta  dikuatkan dengan pandangan Ibnu Daqiq al-`Aid kerana  disebut dalam   al-Quran   bahawa tanah adalah salah satu bahan untuh meyucikan. Menurut Imam al-Nawawi; Tidak boleh digunakan sabun atau sintuk atau selain dari keduanya bagi menggantikan tanah. Menurut kajian ilmiyah terkini jelas menyatakan bahawa satu mukjizat dari Allah Ta`ala tentang penggunan tanah sabagai alat menyucikan.
  5. Betapa agongnya Sayariat Allah Yang Maha Suci, ianya datang dari Allah Yang Maha Bijaksanan, penyampainya ialah Rasul Allah s.a.w. yang  tidak berkata dan bertindak sesuatu melainkan apa yang diwahyukan oleh Allah, sebahagian ulamak  rasa bungung memikirkan kenapa anjing diketigorikan najis berat sedang menyucikannya tidak sebagitu berat hukumnya. Namun begitu sebahagian ulamak menyatakan bahawa cara menyucikan najis ini sebagai ta`abudi (patuh kepada perintah  Allah) yang susah diterima akal. Suatu hakikat amat jelas dimana doktor terkini telah menemui hasil kajian ilmiyah mereka bahawa air liur  anjing mempunyai kuman dan penyakit yang merbahaya yang tidak apat menghilangkannya dengan air semata-mata.
  6. Menurut  zahir hadith,  semua anjing hukumnya adalah sama, sama ada anjing untuk buruan, anjing mengawasi harta atau   mengawal binatang ternakan, justru hukumnya diringan bagi penggunananya namun cara menyucinya adalah sama.

Perhatian: [Perselisihan tentang najisnya anjing]

Adapun mengenai najis pada anjing terdapat tiga pendapat di kalangan para ulamak :

Pertama, seluruh tubuhnya najis bahkan termasuk bulu (rambutnya). Ini adalah pendapat Imam Syafi’i dan salah satu dari dua riwayat (pendapat) Imam Ahmad.

Kedua, anjing itu suci termasuk pula air liurnya. Inilah pendapat yang masyhur dari Imam Malik.

Ketiga, air liurnya itu najis dan bulunya itu suci. Inilah pendapat Imam Abu Hanifah dan pendapat lain dari Imam Ahmad.

Bahan Bacaan:

1. Abdullah Abd Rahman Ibnu Saleh Ali Bassam, Taisir al-A`alam, Juz 1, cetakan 7 , Dar Ulil Nuha, Berut 1994 m, Hal 35.

2. Rumaysho.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s