Sabar yang terpuji itu ialah ketika mula-mula ditimpa musibah

KULIAH MAGHRIB DI MASJID AL-SYAKIRIN, ORAN, MATA AYER, PERLIS

PADA 30 DIS 2013

OLEH

USTAZ YA ALI BIN DAHAMAN IMAM 1 MASJID AL-SYAKIRIN

Pengajian Hadith

wanita menagis dikubur

Maknanya:

Dari Anas r.a.  katanya: “Nabi s.a.w. berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis  diatas   kubur. Beliau bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah! Wanita itu berkata: “Ah jauhlah daripada  aku, kerana tuan tidak terkena musibah sebagaimana yang mengenai diriku dan tuan tidak mengetahui apa musibah itu.” Wanita itu diberitahu oleh sahabat beliau., bahawa yang menegur tadi adalah Nabi  s.a.w.. Lalu dia datang kerumah Nabi s.a.w.,  tetapi dia tidak dapati dimuka pintunya penjaga pintu. Wanita itu  berkata: “Saya memang  tidak mengenali  tuan,   maafkanlah saya atas kekasaran tutur bahasa saya tadi.” Kemudian Nabi s.a.w. bersabda; “Hanya  sabar  yang  terpuji itu ialah dikala kedatangan musibah yang pertama.” Muttafaq alaih. Dalam riwayat Muslim disebut: “Wanita itu menangis kerana anak kecilnya yang meninggal dunia”.

Syarah Hadith:

Anas r.a. menceritakan bahawa suatu hari Nabi s.a.w. melalui suatu perkuburan dan melihat seorang wanita sedang menangis di kubur anak lelaki yang baru meninggal dunia, wanita itu amat menyangi anaknya sehingga tidak sabar lalu keluar  ke kubur tersebut  dan menangis atasnya, sebaik sahaja Baginda melihat wanita itu lalu Bagindda meminta supaya dia bertaqwa kepada Allah dan bersabar. Wanita tersebut  telah meminta Nabi supaya menjahinya lalu menambah tuan tidak terkena sebagaimana musibah yang terkena keatas saya. Ini menandakan suatu musibah yang amat berat  menimpa wanita tersebut. Kemudian Baginda beredar  dari situ, selepass itu wanita berkenaan diberitahu oleh rakannya, bahawa lelaki yang menegurnya   ialah Nabi s.a.w., sebaik sahaja dia  mengetahui lalu bergegas ke rumah Nabi s.a.w., dia sungguh hairan kerana di pintu rumah Nabi s.a.w. tiada seorang pun yang mengawalnya. Sebaik sahaja bertemu dengan Baginda s.a.w. lalu meminta maaf atas kata-kata yang kasar itu lantaran dia tidak mengenanali Nabi s.a.w..   Baginda berkata kepada wanita tersebut: “Sabar yang terpuji itu ialah ketika mula-mula ditimpa musibah”. Ini lah sabar yang akan diberi pahala oleh Allah s.n.t. Adapun sabar selepas terkena nmusibah tidak bernilai disisi Allah, malah sepatutnya sebaik  sahaja menerima musibah terus bersikap sabar dan menharapkan balasan baik dari Allah seraya berkata;

kita bagi allah

Sesungguhnya kita bagi Allah dan kepada Nya kita akan dikembalikan Ya Allah berilah kepada ku pahala atas musibah yang  terkena keatasku dan gantilah dengan lebih baik   daripadanya”.

Antara faedah yang dapat diambil dari hadith ini ialah:

Pertama;

Betapa cantiknya akhlak Rasul Allah s.a.w. ,  dakwahnya kejalan yang benar dan kebaikan dimana sebaik sahaja Baginda melihat wanita berkenaan menangis di atas kubur lalu menyuruhnya supaya kepada Allah dan bersabar. Walau pun wanita berkenaan telah berkata kepdanya; “Jauhkanlah dariku”. Namun begitu Baginda tidak bertindak atas dirinya kerana baginda tahu betapa dukacitanya dalam hatinya yang tidak dapat menahan sabar lalu berbuat demikian. Andaikata jika diperkatakan; Adakah   hukumnya haram keatas wanita menziarahi kubur? Pandangan kami: Ya memanglah haram wanita berbuat demikian, kerana Baginda s.a.w. melarang atau melaknat  wanita menziarahi kubur, menjadikan tempat sujud dan menyalakan api diatasnya. Tetapi wanita ini bukanlah   keluar kekubur untuk menzirah malah dilakukan atas desakan hati kecilnya yang terlampau dukacita atas kematian anaknya yang melampaui kesabarannya, sebab itulah Nabi s.a.w. tidak melarang dan bertinda sesuatu atau meminta dia pulang.

Faedah yang lain pula ialah;

Sikap dan tindakan manusia akan dimaafkan jika berlaku atas kejahilan hukum atau jahil terhadap sesuatu keadaan, contohnya ialah wanita tersebut telah berkasar dengan Baginda s.a.w. dengan meminta supaya menjauhi darinya  sebaliknya Baginda meminta supaya wanita tersebut bertaqwa dan bersabar. Sebenarnya wantia itu tidak mengenali Baginda s.a.w. sebab itulah Baginda memaafkannya.

Antara faedah yang lain;

Bagi sesaorang yang kedudukannya sentiasa diziarahi dan diperlukan oleh orang ramai tidak sewajarnya meletakkan penjagapintu sehingga menhalang orang ramai bertemu denganya,  kecualai dalam keadaan yang tertentu boleh menghalang tugas orang yang berkenaan.

Antara faedah juga ialah;

Sabar yang terpuji ialah sabar ketika mula-mula menempuh sebarang musibah.  Manusia seharusnya bersabar dan mengharap balsan baik dari Allah dengan meyakini bahawa Allah yang akan mengambil semula dan Allah jugalah yang memberi kerana setiap sesuatu disisNya dan ada ajal yang ditentukan.

Antaranya juga ialah;

Menangis di atas kubur boleh menafikan kesabarannya, dengan itu Baginda meminta supaya wanita berkenaan bertaqwa kepada Allah dan bersabar. Memang didapati ada orang kematian orang terdekat lalu berulang alik  kekuburnya dan  menangis, ini semuanya boleh menolak sikap sabarnya, malah kalau sekiranya ingin kebaikan terhadap  si mati berdoalah untuknya walaupun berada dirumah tidak berulang alik kekubur, dengan berbuat demikian seorang itu akan timbulan khayalan terhadap simati dan akhirnya dia tidak akan terlupa akan musibah tersebut, yang afdzalnya  agar lupa dan abaikannya sekadar yang mampu.

Wallah aalam.  Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s