Hadis Solat Nabi SAW

KULIAH MAGHRIB MASJID BAROH PERLIS PADA 9 JAN 2014

Oleh

Ustaz Ya`ali bin Dahaman Imam 1 Masjid al-Syakirin Perlis.

Pengajian  Hadith:

TAKBIR

Maknanya:

Dari Abu Hurairah r.a: bahawa Nabi s.a.w. jika berdiri untuk menunaikan solat Baginda  takbir semasa berdiri, kemudian Baginda takbir ketika ruku`, kemudian baginda membaca: (سمع الله لمن حمده ) ketika bangun dari ruku`, kemudian Baginda berdiri tegak dan membaca: (ربنا ولك الحمد), kemudian Baginda takbir ketika turun sujud, kemudian baginda takbir ketika mengangkat kepalanya dari sujud kemudian Baginda takbir ketika sujud kedua dan takbir juga ketika bangun dari sujud kedua, kemudian   Baginda lakukan sehingga selesai solatnya. Baginda takbir juga ketika bangun dari raka`at kedua selepas duduk membaca tahyat pertama.

Dari Matarraf bin Abdillah bin al-Shikhhir, katanya: Saya dan Imran bin Husain solat dibelakang Ali bin Abi Talib r.a., apabila dia sujud lalu membaca takbir, dan apabila mengangkat kepalanya dia membaca takbir, dan apabila dia bangun dari raka`at kedua dia takbir, apabila selesai solat lalu dia memegang kedua tangan Imran bin Husain seraya berkata: sesungguhnya aku telah diperingatkan bahawa beginilah solat Nabi Muhmmad .s.a.w. atau dia berkata: Dia telah solat bersama kami cara solat Nabi Muhammad sa.w..

Makna Ringkas:

Kedua-dua hadith yang mulia ini telah menerangkan cara solat Rasul Allah s.a.w., iainya dilakukan untuk memuliakan Allah dan dan mengagungNya. Tidak disyariatkan solat   melainkan untuk mengangungkan Allah.

Ketika mula memasuki solat dimulai dengan Takbir al-Ihram semasa berdiri tegak bagi memulakan solat, selepas selesai bacaan  dalam setiap raka`at lalu bertakbir ketika rurun ruku`, apabila bangun dari ruku` dibaca

سمع الله لمن حمده

sebaik sahaja berdiri tegak lalu memuji Allah padanya.

Kemudian takbir ketika turun sujud kemudian takbir lagi ketika mengangkat kepala dari sujud, begitulah dikerjakan sehingga selesai solat. Kemudian bila bangun dari rakaat kedua selepas membaca tahyat pertama lalu dibaca takbir ketika bangun darinya.

Pengajaran Hadith:

1. Wajib takbiratul ihram semasa berdiri memulakan solat

2. Disyariatkan takbir ketika turun ruku`, masanya ialah semasa pergerakan ketika turun ruku

3. Membaca

سمع الله لمن حمده

bagi imam atau yang solat berseorangan, bacaannya ialah ketika sedang bangun dari ruku` (bukan semasa ruku`)

4. Membaca

(ربنا ولك الحمد)

bagi imam, makmum dan juga yang solat berseorangan, bacaannya ialah semasa bergerak untuk berdiri bukan semasa berdiri tegaK

5. Berhenti sebentar ketika bangun dari ruku`

6. Takbir ketika bergerak turun untuk sujud bukan semasa sujud

7. Takbir ketika bangun dari sujud pertama untuk duduk antara dua sujud  bukan semasa duduk antara dua sujud

8. Hendaklah membaca takbir dan masanya seperti yang telah dijelaskan kecuali takbiratul ihram

9. Baca takbir ketika bangun dari membaca tahyat awal, bacaannya ialah semasa dalam pergerakan bangun keraka`at berikutnya, jika solat itu mempunyai dua tahyat

10. Difaham dari kalimah dalam حين (ketika) ialah setiap takbir mestilah beserta dengan pergerakan ketika perubahan rukun perbuatan, jangan didahului atau dilewatkan, ini adalah ketetapan hukum, inilah kesilapan yang selalu berlaku dikalangan orang awam semasa mendiri solat

11. Ada riwayat hadith yang menyatakan bahawa bacaan

(ربنا لك الحمد)

tanpa wau dan ada hadith yang menambah و

(ربنا ولك الحمد)

riwayat terbanyak ialah menambah و inilah riwayat yang arjah(lebih jelas).

 

والله اعلم

 

Bahan pengajian:

 

Abdullah bin Abdul Rahman Ibnu Saleh Ali Bassam, Taisir al-Allam, Juz 1, Dar Uli al-Nahy, Beirut, Cetakan ketujuh, 1994M/1414H , hal. 93

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s