Kisah Wanita Berkulit Hitam Dirasuk Jin Menjadi Wanita Ahli Syurga

Kuliah Maghrib Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 19 Jan 2014

Oleh

Ustaz Ya`ali Bin Dahaman Imam 1 Masjid al-Syakirin

Kuliah Hadith:

dari ata bin rabah

Maknanya:

Dari `Ata`  bin Abu Rabah, katanya: “Ibnu Abbas r.a. mengatakan kepadaku: “Apakah engkau suka saya tunjukkan seorang wanita yang termasuk ahli syurga?” Saya berkata: “Baiklah”. Lalu ia berkata lagi: “Wanita berkulit hitam itu pernah datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Sesungguhnya saya ini telah dirasuk oleh jin dengan sebab itu saya telah membuka aurat. Saya harap tuan do`akan untuk saya agar sembuh. “Baginda bersabda: “Jika engkau suka hendak lah bersabar bagimu adalah syurga, tetapi jika kamu suka saya akan berd`oa kepada Allah agar penyakitmu disembuhkan”. Wanita itu berkata. “Saya bersabar”, lalu katanya lagi. ”Sesaungguhnya dengan penyakit  ini   saya membuka aurat,kalau begitu minta tuan do`akan agar saya tidak membuka aurat lagi”. Nabi s.a.w. berdo`a untuk nya”. Muttafun alaih.

Syarah Hadith:

Kita boleh lihat ahli syurga dengan dua cara;

Pertama: Kita boleh lihat tanda meraka ahli syurga ialah dengan sifat mereka, setiap mukmin yang bertaqwa kepada Alah itulah tanda ahli syurga

Firman Allah Ta`ala dalam surah Ali Imran ayat 133 :

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”.

Dan FirmanNya lagi dalam surah  al-Baiyinah 7-8:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ

جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

 “Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.

Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya, balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya”.

Dari ayat–ayat ini difahamkan bahawa ahli syurga itu ialah setiap orang yang beriman,  bertaqwa dan beramal saleh.

Namun demikian kita tidak bolehlah mengatakan sipulan dan sipulan sebagai ahli syurga kerana kita tidak tahu bagaimana kesudahan hidupnya nanti zahir dan batinnnya, dengan sebab itu  kita tidak berkata ia sebagai ahli syurga.

Contohnya; Jika seorang yang nampaknya baik telah meninggal dunia, memanglah kita mengharapkan dia sebagai ahli syurga, tetapi kita  melihatnya secara  zahir sahaja sebagai ahli syurga. Allah jua yang mengetahui hakikatnya.

Kedua: Mereka yang jelas sebagai ahli syurga kerana mereka telah disebut oleh Baginda s.a.w. ahli syurga, seperti sepuluh orang sahabat yang mendapat berita gembira  sebagai  ahli syurga; seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Said bin Zaid, Saad bin Abi Waqas, Abdul Rahman bin `Aauf, Talhah bin Ubaidillah, Abu Ubaidah Amar bin al-Jarrah, Zubair bin al Awam.

Termasuk juga; Thabit bin Qais bin Shammas,  Saad bin Mu`az r.a., Abdullah bin Salam, Bilal bin Rabbah dan banyak lagi yang telah dinyatakan oleh Rasul Allah s.a.w.

Mereka yang tersebut diatas telah dinyatakan oleh Rasul Allah s.a.w., dengan demikian dapatlah kita katakan bahawa Abu Bakar ialah ahli syurga dan begitu Umar termasuk ahli syurga.

Demikian juga seorang wanita yang telah ditunjukkan oleh Ibnu Abbas kepada anak muridnya Ata` bin Rabbah dengan katanya:

maukah aku

“Mahukah aku tunjuk kepadamu seaorang ahli syurga, aku jawab ya! Katanya itulah wanita yang berkulit hitam”.

Biasanya  seorang wanita yang berkulit hitam tidak mendapat tempat ditengah masyarakat, wanita inilah yang dirasuk jin hingga membuka auratnya, suatu hari dia berjumpa dengan Nabi s.a.w.  memohon agar Baginda berdo`a agar disembuhkan penyakitnya; jawab Baginda: “kalau kamu hendak aku akan do`a kepada Allah. kalau kamu sabar sahaja bagi kamu syurga”. Jawab wanita berkenaan “Kalau begitu saya akan sabar walaupun  merasa sakit  sebab  rasukkan tersebut”. Wanita tersebut   inginkan balasan syurga. Sebaliknya dia meminta  agar Baginda berdoa supaya tidak mendedahkan aurat lagi,  lalu baginda berdo`a, dengan itu dia tidak lagi mendedahkan auratnya.

Rasukkan jin berlaku dengan dua cara;

Perama; Gangguan pada angota dan saraf manusia, ini boleh diubati dengan memakan ubat dari doctor.

Kedua; Disebabkan rasukkkan syaitan dan jin yang meresapi dalam badan manusia sehingga dia jatuh pengsan dan tidak terasa sakit, apabila syaitan atau jun sudah merasuk manusia hingga masuk kedalam badannya dia akan bercakap luar dari perkataan yang normal walau seorang itu dalam keadaan sedar, cara mengatasinya dengan bacaan ayat-ayat al-Quran oleh ahli yang alim dalam bidang berkenaan.

Kadang-kadang kita dapat tahu sebab kenapa dia merasuk sesorang manusia apabila disoal sebabnya, dalam sebuah hadith diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya;

satu masa

Maknanya:

Suata masa ketika Nabi s.a.w. dalam satu perjalanan telah melalui sebuah rumah wanita yang anak lelekinya telah dirasuk oleh jin, lalu Baginda berdailog  dengan jin tersebut akhirnya jin itu keluar dari badan  bayi berkenaan, ibu kanak-kanak tersebut telah memberi  hadiah kepada Nabi s.a.w.”.

Ibnu al-Qaiyum murid  kepada Ibnu Taimiyyah telah menceritakan; Suatu hari seorang lelaki yang telah dirasuk oleh jin telah dibawa  kerumah Ibnu Taimiyyah., lalu  beliau  berdailog dengannya dan meminta supaya bertaqwa kepada Allah dan keluar dari dalam badan lelaki tersebut,  kemudian jin perempuan itu menjawab; saya   kasih kepada leleki ini, kata Ibnu Taimiyah; tetapi dia  tidak kasih  kepadamu, keluarlah, jawab jin tersebut, saya ingin mengerja haji dengannya, jawab Ibnu Taimiyah, dia tidak ingin mengerja haji dengan awak hendaklah kamu keluar, jin berkenaan enggan keluar, maka Ibnu Taimiyyah membaca ayat al-Quran sambil memukulnya dengan sekuat-kuatnya. Akhirnya jin itu mengaku akan keluar dengan sebab  menghurmati  Sheikh Ibnu Taimiyyah, jawab Ibnu Taimiyyah;  Jangan kamu  keluar kerana menghurmatiku, hendaklah kamu keluar kerana ta`at kepada Allah dan Rasulnya, kemudian baru dia keluar”.

Apabila  jin keluar dari badan lelaki tersebut  dia pun sedar dan  bertanya orang ramai; Kenapa tuan sheikh ada bersama saya? Meraka menjawab; maha suci Allah? Apakah kamu tidak rasa sakit dengan pukulan sheikh yang memukul kamu sekuat-kuatnya? Jawan lelaki tersebut: saya tidak rasa pukulan tersebut. Contoh-contoh serupa ini amatlah banyak.

Untuk mengelak dan merawat rasukan jin atau syaitan  ada dua cara;

Pertama; Cara untuk mengelakkannya, hendaklah sentiasa membaca bacaan wirid yang disyariatkan sama ada pagi atau petang sebagaimana tercatit dalam kitab-kitab ahli ilmu yang mengetahuinya iaitu, membaca ayat kursi, siapa yang membacanya sebelah malam akan dilindungi  oleh Allah hingga pagi. Antaranya juga ialah dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq     dan al-Nas. Banyak hadith yang menggalakkan untuk membacanya pagi dan petang supaya menghindarkan dari gangguan jin.

Kedua; Untuk mengubatinya; apabila seorang yang  menderita  dengan rasukan jin hendaklah diberi  amaran agar ia takutkan Allah, mengingatkan   keburukannya  dan meminta pertolongan dengan  Allah Ta`ala hingga ia keluar.

Wassalam.

Bahan bacaan:

Muhammad Saleh al-Uthaimin, Syarah Riyadzul Salihin, dar al-Basirah, Mesir, t.t., hal. 134

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s