Ujub Atau Bangga Diri

مسجد الشاكرين

Kuliah Maghrib di Surau Sungai Mati, Oran, Mata Ayer, Perlis

Pada 3 Feb 2014

Oleh

Ustaz Yaali Dahaman Imam 1 Masjid al-Syakirin

Pengajian Hadith:

Bab: Ujub (Bangga diri)

Abdullah bin Mas`ud telah berkata; Kejayaan hidup boleh dicapai dengan dua perkara, pertama ialah taqwa dan keduanya ialah niat yang ikhlas kerana Allah. Binasa atau kerosakan menerusi dua perkara juga iaitu putus harapan dan bangga diri.

Wahab bin Munabbih berkata;  Antara umat  terdahulu ada yang beribadat selama tujuh puluh tahun dan dia berpuasa sepanjang minggu kecuali berbuka pada hari sabtu sahaja, kemudian dia meminta suatu hajat dari Allah Ta`ala tetapi tidak tercapai hajatnya kerana tidak dimakbulkan oleh Allah,  kemudian dia berkata kepada dirinya sendiri;  andaikata jika ada kebaikan dalam diri engkau pasti akan ditunaikan hajat tersebut, ini adalah sebab kesalahan diri kamu sendiri, tiba-tiba turun malaikat dan berkata kepadanya, hai anak  adam,  semasa engkau merendah diri  adalah lebih baik daripada ibadatmu yang  telah lalu.

Al-Sya`bi telah berkata, ada seorang yang sedang berjalan lalu dinaungi oleh awan, ketika itu ada seorang lain yang melihatnya telah berkata, saya akan berjalan dibelakang orang itu dan dibawah naugannya, tiba-tiba orang yang mendapat lindungan itu merasa ujub (sombong) dan berkata; orang ini berjalan dibawah naungan yang telah menaungiku, lalu berjalanlah keduanya kemudian ketika mereka berpisah jalan naugan itu ikut orang yang dihina itu.

Umar bin al-Khattab telah berkata;

ان من صلاح توبتك أن تعرف ذنبك وان من صلاح عملك أن ترفض عجبك ان من صلاح شكرك أن تعرف تقصيرك.

Sesungguhnya kesempurnaan taubatmu bila engkau ingat selalu pada dosamu, kesempurnaan amalanmu dengan menolak perasaan ujub (sombong diri) dan kesempurnaan syukurmu dengan menyedari akan kekuranganmu.

Telah diceritakan bahawa;  Ketika Umar bin Abdul Aziz berkhutbah lalu  dia bimbang akan timbulnya sifat ujub kemudian  ia hentikan khutbahnya, apabila dia sedang menulis  kerana takut rasa ujub lalu dikoyakkan tulisannya, ketika itu ia berdo`a;

“اللهم اني أعوذبك من شر نفسي”

Ya Allah, saya berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku (nafsuku).

Muthrif bin Abdullah berkata;  Bila saya tidur  semalam lalu pagi-pagi bangaun dan menyesal lebik baik daripada  bangun malam lalu ujub pada paginya.

وعن عائشة رضي الله عنها أنها سألها رجل متى أعلم أني محسن؟ قالت اذا علمت أنك مسئ ،قال متى أعلم أني مسئ،  قالت اذا علمت أنك محسن.

A`ishah r.a., ketika ditanya oleh seorang lelaki; Bilakah saya mengetahui bahawa diri saya telah berbuat baik? Jawabnya; Bila kamu merasai dirimu belum baik, lalu ditanya lagi,  bilakah saya mengetahui diri saya jahat, jawabnya, jika kamu merasai  dirimu sudah baik.

Suatu kisah zaman Bani Israil, ada seorang pemuda yag  beribadat disuatu tempat seorang diri, lalu datanglah dua orang  tua dari kaumnya ingin mengajak supaya dia pulang kerumahnya, kedua orang tua tersebut berkata; hai pemuda kamu telah memilih satu cara hidup yang berat kemunkinan kamu tidak sabar meneruskannya, jawab pemuda tersebut,  berdiri dihadapan Allah pada hari kiamat itu adalah lebih berat dari amalanku ini. Seterusnya kata dua orang  tua kepada pemuda tersebut,  kamu mempunyai  kaum kerabat oleh itu kamu beribadat disamping mereka adalah lebih afdzal. Jawab pemuda tersebut;  Jika Tuhanku redza padaku maka Dia akan merelakan semua kerabat dan kawanku. Berkata kedua orang  tua itu, kamu masih muda dan belum berpengalaman dalam hal ini, oleh itu kami khuatir kalau kamu dihinggapi perasaan ujub, jawab pemuda itu;  siapa yang mengenal dirinya(nafsunya) tidak dapat dihinggapi perasaan ujub. Kemudian kedua orang tua ini melihat antara satu sama lain seraya berkata, marilah kita beredar dari sini sesungguhnya pemuda ini telah mencium bau syurga kerana itu dia tdaki akan menerima nasihat kita.

Abu Laiths telah berkata; Siapa yang ingin menghapuskan perasaan ujub dengan amalan yang dikerjakannya hendaklah melakukan empat perkara;

Pertama; Mengingati bahawa taufiq dan hidayah untuk beramal adalah datang dari Alllah,  dengan itu dia akan bersyukur kepada Allah dan tidak membangga dirinya

Kedua; Mengingati bahawa semua ni`mat yang diterima adalah dari Allah, agar ia sibuk dengan mensyukuri ni`mat itu dan tidak ujub dengan amalannya.

Ketiga; Takut tidak diterima amalannya, dengan sebab itu dia tidak bangga dengan amalannya.

Keempat; Mengingati selalu dosa yang pernah dilakukannya sehingga rasa khuatir kalau-kalau dosa-dosa itu lebih banyak dari kebaikan yang diamalkannya.

Sekian wassalam.

 

Bahan bacaan;

Abu Laiths  al-Samarqani, Tanbeh al-Ghapilin, cetakan kedua, 1988 m, Muassasah al-Kutub al-Thaqafiyah, hal. 228.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s