Hadis Nabi s.a.w memikul Umamah: Pergerakan Di Dalam Solat

مسجد باروه

Masjid Baroh Perlis pada 6 hb Februari 2014

Oleh

Ustaz Yaali Bin Dahaman Imam 1 Masjid al-Syakirin Oran Perlis

Pengajian Hadith:

nabi memikul umamah

Maknanya;

Dari Abu Qatadah r.a; “Bahawa Rasul Allah s.a.w. memikul Umamah binti Zainab (anak perempuan Rasul Allah s.a.w dengan  bapanya(Umamah) Abu Al-`As bin al-Rabi` bin Abd Sham) , bila Baginda sujud meletaknya dibawah dan bila berdiri  diangkat semula.”

Makna ringkas:

Nabi s.a.w. bersifat lemah lembut kasihan belas dan Baginda kasih dan saying kepada kanak-kanak kecil, orang dewasa, kaya dan miskin.

Dengan akhlak Baginda yang mulia itu Baginda memikul salah seorang cucunya ketika solat, iaitu diletak atas kedua tengkoknya semasa berdiri betul, apabila baginda ruku` dan sujud lalu meletaknya dibawah, ini adalah amalan dilakukan oleh Baginda agar menjadi panduan kepada umat dan memudahkan mereka ketika solat.

Perbezaan Pendapat Ulamak:

Menurut Ibnu Daqiq al-`Id ada banyak huraian ulamak mengnai bab ini, antaranya, mengatakan hukum ini adalah dinasakhkan, dan  khas kepada Nabi sahaja, ada menyatakan ini berlaku dalam keadaaan terpaksa.

Menurut al-Qurtubi: Ulamak berbeza ketika menghuraikan hadith ini dengan kata mereka, ini adalah perbuatan yang banyak pergerakannya.

Menurut Imam al-Nawawi;   Huraian tersebut adalah salah tanpa dalil, sebenarnya menurut ulamak yang lebih memahaminya, bahawa  pergerakan ini diharuskan dalam setiap solat sama ada oleh imam, makmun, atau yang solat berseorangan, Nabi melakukannya  bererti  harus hukumnya.

Selain dari itu Nabi s.a.w. pernah naik dan turun mimbar ketika solat untuk menunjukkan kepada sahabat  perbuatan solat. Juga Nabi pernah membuka pintu kepada A`shah ketika Baginda sedang solat dan lain-lain pergerakan yang tidak membatalkan solat, hasilnya dapatlah kita paham bahawa amalan sedikit dan ada keperluannya dalam solat tidak membatalkannya.

Petikan dari Hadith:

  1. Harus melakukan pergerakan tersebut dalam solat sama ada solat fardzu atau sunat, imam, makmum atau yang solat berseorangan walaupun tidak memerlukannya ini adalah pandangan  ulamak yang benar-benar memehaminya.
  2. Harus menyentuh atau membawa  kanak-kanak yang hanya disangkai ada najis pada badan atau pakainnya, kerana biasanya menurut asal ia adalah bersih.
  3. Perbuatan tersebut   menandakan bahawa Baginda merendah diri, lemah lembut dan sifat belas kasihan kepada kanak-kanak.

 

 

Ulasan Tambahan:

Ulamak membahagikan   dalam solat ada empat jenis pergerakan;

Pertama; Pergerakan yang haram dan membatalkan solat iaitu pergerakan yang banyak berturut-turut  tanpa hajat  dan juga tidak ada kepentingan bagi solat.

Kedua; Pergerakan yang makruh tetapi tidak membatalkan solat, iaitu pergerakan yang sedikit tanpa hajat, dan tidak ada kepentingan bagi solat, seperti memperbetulkan pakaian atau memegang mana-mana bahagian badan, pergerakan ini akan mengurangkan khusyu` dalam solat  disamping tidak memerlukannya.

Ketiga; Pergerakan yang harus dan sedikit atau mempunyai   hajat; pergerakan   inilah yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. terhadap salah seorang cucunya semasa solat,  Baginda naik  dan turun mimbar   semasa solat untuk menunjukkan kepada sahabat, Baginda membuka pintu kepada `Ishah dan lain-lain amalan kerana sesuatu hajat, ini adalah sebagai contoh  kepada kita tentang harus berbuat demikian.

Keempat: Pergerakan yang diisyariatkan dan ada kepentingan dalam solat, seperti mara kehadapan untuk mendapat tempat yang afdzal, atau bergerak untuk memenuhkan saf yang  kosong, pergerakan yang  diperintah  seperti  mara kehadapan atau undur kebelakang semasa solah khauf(semasa peperangan), atau dalam keadaan darurat seperti melepaskan  seorang dalam bahaya umpama sibuta yang akan jatuh kedalam longkang.

Bahan bacaan;

Abdullah bin Abdul Rahman Ibnu Saleh Ali Bassam, Taisir al-`allam, juz 1, Dar Ulil Nahyu, 1994 M, hal. 204

 

CATITAN HUJUNG OLEH ABUREDZA:

Siapa Zianab r.a, Suaminya dan Anak-anaknya?

Zainab ( Isteri kepada Abul ‘As ) – lahir tahun 10 sebelum kenabian, anak gadis yang awal masuk Islam. berhijrah di jalan Allah. Keguguran kandungan apabila nak berhijrah dan terpaksa tangguh. Suaminya anak saudara Khadijah. Abul As masuk islam tahun 6H dan Ia digelar al Amin.Lepas islam baru hijrah ke Madinah menyusul Zainab. Zainab meningal pada tahun ke 8 H. Abul As sahid di perang Yamamah pada tahun 12 H zaman saidina Abu Bakar sebagai Khalifah.

Zainab, menikah dengan Abu Al-Ash bin Rabi’ bin Abdul Uzza bin Abdul Syams sepupu Zainab, karena ibunya adalah Hala binti Khuwailid (saudara dari Khadijah binti Khuwailid). Zainab mempunyai anak bernama Ali (yang Syiah kata  meninggal waktu kecil) dan Umamah yang digendong oleh Nabi saw waktu shalat dan setelah dewasa menikah dengan Ali bin Abi Thalib setelah Fatimah wafat.

Ali bin Abul Ash – cucu lelaki pertama nabi s.a.w. Lahir pada 7 atau 8 tahun sebelum Hijrah. Hidup bersama nabi sebab ayahnya belum Islam.

Kisah cucu pertama nabi Ali bin Abul As , anak dari Zainab. Lahir 7 atau 8 tahun sebelum Hijrah. Selepas susuan nabi sendiri menjaganya. Nabi sangat sayang cucu ini.  Masa pembukaan Mekah nabi gendong beliau diatas unta. Masa itu umur 14-15 tahun semasa pembukaan Mekah beliau membantu mebuang berhala di kaabah. Perang Yarmuk 15 Hijrah ia terlibat. Sahid di Yarmuk pada umur 22 tahun, cucu pertama sahid.

Syiah menukar kelebihan Ali bin Abul Ash kepada Ali bin Abi Thalib : menjadi Nabi s.a.w menjunjung Ali bin Abi Thalib, yang tak masuk akal, menantunnya Ali berumur  muda 26 atau 32 tahun  sedang nabi berumur lebih 60 tahun pada pembukaan Mekah pada tahun 8 H bulan Ramadan. Adakah lojik naik atas belakang – bahu Nabi ……

Hanya Hakim seorang yang membawa riwayat Ali bin Abi Thalib naik atas bahu Nabi tetapi  pada ketika Hijrah bukan masa pembukaan Makah – ini juga tidak munasabah…… Menurut kebanyakan ulamak Hakim adalah Syiah Rafidah…… Imam Zahabi kata ia seorang Syiah …

Kisah Umamah cucu perempuan sulung Rasulullah… beliau lah yang naik atas belakang nabi semasa sembahyang, juga baginda dukung  semasa sembahyang…… Umamah tingal dengan nabi sejak  umur 6 tahun. Kelebihan Umamah kepada nabi ….. Fatimah berpesan kepada Ali sebelum Fatimah meninggal, jika nak kahwin, kahwin lah dengan anak saudaranya Umamah. Umamah berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib dan hidup bersama selama 30 tahun sehingga Ali di bunuh, lebih lama dari hidup dengan Fatimah. Syiah kata Umamah mandul. Sebenarnya  Umamah ada anak dengan Ali bernama Mohammad al Ausad, kata ahli sejarah seperti Baladuri ,Ibnu Athir dan lain-lain, Imam Zahabi berkata anaknya lebih dari seorang …

Selepas Ali wafat Umamah berkahwin Mugirah bin Naufal dan ada anak bernama Yahya.

Abul al Ash adalah dari bani Umaiyah yang di musuhi dan didendami Syiah …. itu punca Syiah berdusta. Syiah berkata Nabi tidak mempunyai anak perempuan selain Fatimah. Zainab bukan anak Nabi kata Siyah. Fatimah – anak perempuan Nabi s.a.w ke 3 bukan pertama.

Sumber:  Catitan ringkas dari kuliah Maulana Mohd Asri Yusof  di: http://aburedza.wordpress.com/2010/12/11/maulana-mohammad-asri-yusof-anak-cucu-nabi-s-a-w-yang-dilupa-dan-dipinggirkan/

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s